Anda di halaman 1dari 15

TOPIK 6

TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 6

TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

PENGENALAN
Pendidikan Jasmani menitikberatkan kefahaman dan penghayatan individu tentang betapa pentingnya pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Perlaksanaan Pendidikan Jasmani dapat memupuk kesedaran masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya hidup Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap dalam menghadapi cabaran hidup. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan potensi murid ke tahap optimum.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir penggunaan modul ini pelajar akan dapat: 1. 2. 3. mencirikan konsep kesepaduan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani; menghuraikan kesinambungan Pendidikan Jasmani; dan unit dan tajuk dalam sukatan pelajaran

membuat perancangan kaedah pengajaran yang baik dan bersesuaian.

PETA MINDA

OUM

73

TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 6

6.1

KONSEP KESEPADUAN DALAM PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI


Kurikulum ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Akta Pendidikan 1996

Kementerian Pendidikan telah mensasarkan beberapa strategi-strategi utama untuk mempastikan objektif yang ditetapkan tercapai. Kesepaduan merupakan elemen yang diterapkan di antara kurikulum dan kokurikulum. Kurikulum Pendidikan Jasmani mempunyai kepentingan dan peranan yang tersendiriuntuk membentuk insan yang sihat dan cemerlang. Matapelajaran Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan dengan berkesan dilihat berupaya membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan kata lain matapelajaran Pendidikan Jasmani yang menekankan bidang perkembangan diri individu melalui objektif yang berlandaskan pembangunan fizikal, pembangunan motor, pembangunan kognitif serta pembangunan sosial, emosi dan afektif. Pembangunan fizikal melibatkan aktiviti pembangunan kuasa fizikal dalam individu dengan membangunkan pelbagai sistem organ dalam tubuh badan individu. Seseorang individu akan menjadi aktif, mempunyai prestasi yang lebih baik dan lebih sihat jika sistem organik tubuh badan dibangunkan dan berfungsi dengan baik. Pembangunan motor melibatkan pembangunan kesedaran tubuh badan, perlakuan pergerakan fizikal yang baik menjimatkan tenaga serta bergerak dengan cekap. Pembangunan motor boleh membekalkan seseorang individu dengan kebolehan melakukan sesuatu kerja dengan kadar kecekapan yang tinggi. Keadaan sedemikian membangkitkan keseronokan dalaman dan secara tidak langsung membolehkan individu menyesuaikan diri dalam kumpulan dengan lebih sempurna. Perkembangan fizikal, sosial, mental dan emosi adalah aspek-aspek yang diberikan tumpuan dalam perkembangan diri individu dalam matapelajaran pendidikan jasmani. Aspek ini dilihat berupaya menyumbangkan kepada pembentukan individu yang seimbang dan menyeluruh.

6.1.1

Penyerapan atau Kesepaduan Matapelajaran Lain dalam Pendidikan Jasmani

Pengajaran Pendidikan Jasmani disampaikan dengan kaedah bersepadu dengan matapelajaran yang lain. Konsep integrasi atau kesepaduan ini selaras dengan matlamat Pendidikan Jasmani iaitu mewujudkan masyarakat yang menyeluruh. Kemahiran daya cipta guru dalam membuat perancangan dan memikirkan kesepaduan adalah penting kerana ia akan menjadikan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan serta menimbulkan kesan-kesan pembelajaran yang maksimum.

74

OUM

TOPIK 6

TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Miller dan Cheffer (1974), telah memperkenalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam gimnasium yang boleh digunakan untuk memperkembangkan asas-asas bahasa. Pelajar mempelajari bahasa melalui perkaitan perkataan-perkataan dan ayat-ayat dengan objek, simbol dan pengalaman yang mereka hadapi. Melalui Pendidikan Jasmani, para pengajar seharusnya sedar bahawa pelajar mendengar dan memahami segala yang mereka lihat dan dengar. Oleh itu arahan-arahan yang diberikan perlu ringkas dan jelas dengan menggunakan bahasa yang betul supaya dapat difahami oleh murid-muridnya. Kegiatan-kegiatan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani perlulah menggalakkan pemikiran kreatif dan dramatik untuk memberi peluang kepada murid-murid melahirkan perasaannya, sambil menikmati keseronokan daripada pergerakan-pergerakan yang mencabar kemampuannya. Pelbagai aktiviti seperti nyanyian-nyanyian, pantun-pantun dan peniruan pergerakan binatang-binatang dalam pelajaran Pendidikan Jasmani bolehlah digunakan untuk tujuan tersebut. Pendidikan Jasmani juga boleh menerap dan menggunakan konsep dan kemahiran asas matematik kepada murid-murid di sekolah rendah. Menurut Miller dan Cheffer (1974), matematik dikenal pasti boleh diajar melalui pengalaman melakukan aktiviti permainan, aplikasi permainan sebenar, aktiviti permainan dan penggunaan peralatan Pendidikan Jasmani dapat meningkatkan kemahiran matematik. Contoh penyerapan matapelajaran lain dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani boleh kita lakukan dengan cara berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Bahasa penulisan mengenai sukan, sikap yang positif, kecergasan, pengekalan aktiviti dan jurnal permakanan yang berkaitan dengan kesihatan. Kajian sosial perkaitan sukan dengan sejarah dan permainan daripada pelbagai sosio budaya. Matematik pengiraan markah di dalam sukan iaitu mencampur, menolak, membahagi dan mendarab bagi mendapatkan sesuatu keputusan. Sains pendedahan kepada konsep pergerakan, otot, tuas dan fungsi-fungsi tubuh manusia. Muzik penghasilan bunyi yang bersesuaian untuk pergerakan manusia. Lukisan melukis pelbagai simetri dan bentuk yang dapat dilakukan oleh badan manusia semasa melakukan aktiviti serta melabel tubuh manusia.

6.1.2

Amalan dan Kemahiran Berfikir

Penguasaan di dalam kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif merupakan matlamat yang digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matapelajaran Pendidikan Jasmani memberi peluang kepada murid mengambil bahagian secara aktif, memperoleh pengetahuan dan kemahiran praktikal. Kemahiran berfikir merupakan sub kemahiran yang perlu dimasuk dalam mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Antara aspek kemahiran berfikir yang selalu diserapkan ketika mengajar Pendidikan Jasmani ialah membuat kategori, menerangkan setopik, mengusul periksa andaian, membuat ramalan, mencipta metafora dan mencipta

OUM

75

TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 6

definisi. Matapelajaran ini juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah.

6.1.3

Penerapan nilai

Nilai-nilai murni yang terdapat dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani adalah selaras dengan kehendak matlamat matapelajaran ini. Antara nilai yang perlu diterapkan dan diamalkan ialah semangat kesukanan, permainan bersih, toleransi, semangat berpasukan, disiplin, berdaya saing, kepemimpinan dan penyertaan. Pembangunan sosial boleh membantu individu menyesuaikan diri sebagai ahli masyarakat. Kepimpinan yang baik merupakan suatu medium utama untuk mencapai objektif Pendidikan Jasmani. Kejayaan yang diperoleh dalam permainan fizikal menjadikan seorang individu lebih berkeyakinan dan berpuas hati dengan pencapaian individu terutama dari segi pembangunan emosi. Peluang yang disediakan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani boleh merangsang individu untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti dan membangunkan kemahiran-kemahiran asas bagi mencapai kejayaan. Pembangunan afektif yang melibatkan elemen-elemen sikap, apresiasi dan nilai dapat dipraktikkan di dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Dalam setiap aktiviti Pendidikan Jasmani penekanan terhadap sikap seperti bekerjasama dalam aktiviti fizikal, mengiktiraf sumbangan kegiatan fizikal terhadap kesihatan, penggunaan masa lapang, memiliki sikap positif terhadap Pendidikan Jasmani, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan. Nilai ini merupakan aspek yang positif yang akan menjurus kepada pembentukan masyarakat yang seimbang adil dan menyeluruh.

Latihan 6.1
Pendidikan Jasmani menekankan bidang perkembangan diri individu melalui objektif, nyatakan objektif yang terlibat?

6.2

SUSUNAN UNIT DAN TAJUK PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani (1998) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menjelaskan tentang dasar, tujuan, aspek-aspek pengelolaan, dan pentadbiran serta rangka pelajaran bagi Pendidikan Jasmani. Cadangan tentang kegiatan yang sesuai untuk murid-murid juga disenaraikan di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Ciri utama sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani ini adalah fleksibiliti. Panduan yang diberikan kepada guru-guru Pendidikan Jasmani membenarkan mereka membuat penyesuaian mengikut keadaan di sekolah masing-masing.

76

OUM

TOPIK 6

TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

6.2.1

Kesesuaian Isi Pelajaran dengan Objektif

Kandungan matapelajaran perlu menekankan kepada kecergasan yang bersesuaian dengan ciri dan keperluan murid. Pendekatan yang dicadangkan adalah pembelajaran melalui aktiviti. Melalui pendekatan ini murid diberi peluang untuk mempelajari pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan matapelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Penyertaan aktif setiap murid dalam kelas Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan. Murid perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental, membentuk perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan selamat. Pengalaman Pendidikan Jasmani merangkumi tiga aspek penting, iaitu : (i) (ii) (iii) Penglibatan murid secara aktif dan selamat. Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan rakan. Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti bahawa pembelajaran telah berlaku.

6.2.2

Kesinambungan Isi Pelajaran

Program Pendidikan Jasmani adalah program pendidikan yang berobjektifkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor. Aspek penumpuan utama dalam program Pendidikan Jasmani ini ialah dari sudut psikomotor di mana ianya melibatkan fizikal, motor, kecergasan dan permainan. Kesinambungan isi pelajaran adalah penting kerana objektif matapelajaran Pendidikan Jasmani ialah penekanan tehadap ketiga-tiga domain ini. Bidang khusus dalam Pendidikan Jasmani bermatlamat menyediakan keperluan Pendidikan Jasmani kepada pelajar untuk memberikan penghayatan ketiga-tiga domain tersebut. Fizikal Aktiviti fizikal tertumpu kepada aspek struktur anotomi individu. Struktur anatomi manusia mengandungi dua aspek iaitu aspek keseimbangan dan pergerakkan. Penumpuan gerakan kepada aspek perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Tumpuannya melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Kawalan postur adalah merupakan asas yang perlu di bina bagi membolehkan individu berkapasiti mengalami sekuen perkembangan motor berdasarkan umur perkembangan dan mempelajari kemahiran motor yang lebih kompleks. Motor Motor melibatkan kepada aspek perihal kualiti pergerakkan individu di mana perlakuan adalah mencapai tahap berkemahiran. Aspek ini adalah melibatkan beberapa faktor yang asas seperti:

OUM

77

TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 6

x x x x x x

Imej tubuh Kawalan objek Orientasi spatial (ruang) Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor Perkembangan kemahiran Kecergasan

Permainan Permainan adalah merupakan platfom untuk individu mengaplikasikan aspek-aspek fizikal, motor dan kecergasan. Ia melibatkan integrasi semua komponen psikomotor dalam konteks sosial. Secara tradisinya aktiviti permainan ini melibatkan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi selain daripada menyediakan peluang pencapaian sosial.

6.2.3

Kesesuaian Isi Pelajaran dengan Kemudahan dan Peralatan

Terdapat beberapa faktor-faktor utama yang perlu di teliti dalam melaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Di antaranya ialah: 1. Jumlah Masa Pengajaran yang Terhad Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu Pendidikan Jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi Tiga Waktu dan mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll,masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi. Peruntukan masa yang terhad, secara tidak langsung memerlukan pengkajian semula atau perancangan tentang bilangan objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu. Persekitaran Pengajaran Faktor-faktor yang mempengaruhi persekitaran pengajaran ialah saiz kelas,peralatan dan kemudahan. Faktor-faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas Pendidikan Jasmani. Saiz kelas yang besar akan menambahkan masalah dari segi kekurangan peralatan dan kemudahan. Justeru itu, perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut. Misalnya ,suatu kumpulan kecil boleh dibentuk untuk tujuan diatas. Latar Belakang Guru Kejayaan program Pendidikan Jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar penting untuk menjayakan pengajaran. Minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting untuk mempastikan objektif tercapai. Latar Belakang Pelajar Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyetopikkan mereka kurang minat terhadap Pendidikan Jasmani.

2.

3.

4.

78

OUM

TOPIK 6

TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Latihan 6.2
Ciri utama sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani ini adalah fleksibiliti. Nyatakan ciri fleksibiliti.

6.3

PENYEDIAAN RANCANGAN KERJA TAHUNAN

Rancangan kerja merupakan rancangan untuk melaksanakan sukatan pelajaran secara terperinci mengikut keperluan kelas yang diajar oleh seseorang guru. Rancangan kerja merupakan panduan kepada guru untuk menyediakan pelajarannya. Rancangan kerja hanya merupakan sebagai panduan untuk mempastikan pengajar tidak tersasar dari objektif asalnya. Rancangan kerja tidak semestinya diikuti seratus peratus di sepanjang tahun persekolahan. Rancangan kerja yang baik dan berfungsi membenarkan seseorang mengubahsuaikan pelajarnya apabila keadaan memerlukan pengubahsuaian. Di antara kepentingan menyediakan Rancangan Kerja Tahunan yang fleksibel ialah: (i) Mempertimbangkan keadaan di sekolah secara menyeluruh. Mengambil kira peralatan dan kemudahan yang terdapat di sesebuah sekolah. Dengan ini seseorang guru dapat memenuhi keperluan yang khusus mengenai matapelajaran yang akan diajarkannya. Rancangan Kerja Tahunan boleh menjadi panduan untuk mempastikan Pendidikan Jasmani diajar sebagai proses yang berterusan. Pelajaran yang dirancangkan itu dapat diserapkan dengan matapelajaran yang lain bersama dengan unsur-unsur ansur maju (progression). Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif. Rancangan tahunan juga menolong memastikan Pendidikan Jasmani diajar sebagai satu proses yang berterusan. Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yang sama boleh disusun supaya mengikut prinsip ansur maju. guru

(ii)

(iii)

6.3.1 Format Rancangan Kerja Tahunan


Garis panduan menyediakan rancangan kerja tahunan Pendidikan Jasmani 1. Penyelarasan - Rancangan Kerja Tahunan (RKT) perlu dirancang secara menyeluruh dan bersinambungan walaupun Rancangan Kerja Tahunan dibahagi kepada penggal persekolahan. Guru hendaklah menyediakan pilihan kegiatan yang serta lengkap misalnya kegiatan yang menunjukkan sifat ansur maju dan kesinambungan. Objektif - Sebelum seseorang guru dapat merangka rancangan kerja tahunan, objektif matapelajaran hendaklah difahami terlebih dahulu.

2.

OUM

79

TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 6

3.

Kemudahan Pendidikan Jasmani - Kemudahan seperti padang atau kawasan lapang yang berhampiran dengan sekolah, jenis dan bilangan peralatan Pendidikan Jasmani, masa yang diperuntukkan untuk pelajaran Pendidikan Jasmani antara faktor yang perlu di teliti dalam membuat rancangan kerja tahunan. Kemungkinan menggunakan peralatan reka ganti (improvised apparatus) hendaklah difikirkan juga. Keperibadian murid-murid - Rancangan kerja tahunan yang dirancangkan itu mestilah sesuai dengan murid-murid. Khususnya: (a) Latar belakang murid-murid - Pengetahuan mereka seperti jenis kegiatan yang telah mereka pelajari dan tahap kemahiran mereka dalam kegiatan ini perlu diberi perhatian. Minat serta kesediaan murid - Rancangan itu mestilah sesuai dengan umur, kemampuan murid-murid.

4.

(b)

5.

Keperincian - Rancangan Kerja Tahunan bagi setiap semester persekolahan mestilah menyatakan butir-butir tentang pelajaran yang dirancangkan. Dicadangkan bahawa catatan dibuat di dalam ruangan dengan teratur di bawah tajuk-tajuk yang dicadangkan.

6.3.2

Kandungan Rancangan Mengajar

Rancangan kerja tahunan dibina bertujuan memberi satu gambaran keseluruhan terhadap kurikulum yang telah disediakan. Rancangan kerja tahunan adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah. Contoh persediaan mengajar di sediakan pada Lampiran 1.

6.3.3

Kesesuaian Strategi dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

sStrategi adalah merupakan aspek yang penting dalam membuat rancangan tahunan Pendidikan Jasmani. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang selalu di gunakan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani ialah akses kendiri, terarah kendiri dan pelbagai kecerdasan murid. Setiap strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani menuju kearah pemupukan nilai serta pemahaman unsur pergerakan dihubungkaitkan dengan kemahiran asas. Amalan rutin kecergasan perlu dilakukan dalam suasana riang dan menyakinkan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dengan keadaan persekitaran murid dan sekolah. Persediaan mengajar sahaja tidak dapat menentukan kejayaan sesuatu pelajaran. Kejayaannya bergantung kepada kaedah yang diamalkan oleh seseorang guru. Persoalan kaedah yang berkesan untuk menyampaikan pelajaran Pendidikan Jasmani sering ditimbulkan oleh guru. Mace dan Barry (1982) pernah menyatakan bahawa soalan yang dihadapi oleh guru Pendidikan Jasmani ialah yang manakah lebih berkesan: kaedah penyelesaian masalah atau kaedah terus yang lebih formal. Persoalan kaedah ini timbul kerana dalam tahun-tahun kebelakangan ini banyak strategi pengajaran telah muncul dalam pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Kaedah Langsung atau Arahan (Command Method) yang dianggap terlalu formal dan berpusat

80

OUM

TOPIK 6

TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

kepada guru (teacher-centred) kini dibanding dengan kaedah-kaedah lain yang dikatakan berpusat kepada murid (pupil-centred) dan kurang formal. Penyelidikan mengenai teori pembelajaran kemahiran motor oleh tokoh-tokoh pendidikan (Mosston M, Singer R, Healey J, Heitman H.M., Locke L, Siedentop) telah banyak mempengaruhi kaedah pengajaran Pendidikan Jasmani. Mosston`Teaching Physical Education' (1981 2nd Edisi), membicarakan secara mendalam kaedah-kaedah mengajar Pendidikan Jasmani. Kaedah-kaedah mengajar adalah satu spektrum strategi pengajaran (spectrum of teaching strategies) yang merangkumi kaedah arahan hingga kaedah belajar penggerak diri (Self-Initiated Learning). Menurut Mosston, kesesuaian sesuatu kaedah itu hendaklah mengambil kira objektif pelajaran dan proses pembelajaran yang murid-murid akan sertai. Tidak ada sesuatu kaedah pengajaran yang dapat diiktirafkan sebagai kaedah pengajaran yang terbaik dalam matapelajaran apa jua di sekolah. Kebenaran pendapat ini diakui oleh ramai para pendidik. Beberapa kaedah yang biasa diamalkan dalam Pendidikan Jasmani: (a) (b) (c) (d) (e) Kaedah Langsung atau Arahan Kaedah Tugasan Kaedah Resiprokal atau Bertindakbalas Kaedah Penyelesaian Masalah Kaedah Ekletik atau Gabungan

Bagi memilih kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai aspek-aspek ini perlu di teliti: 1. 2. 3. 4. Pengurusan kelas semasa pengajaran (termasuk kemudahan Pendidikan Jasmani) Penglibatan murid-murid dalam proses pembelajaran Pengalaman pembelajaran dari segi sosial, kognitif, dan psikomotor Kesesuaiannya dari segi kematangan, umur, dan kemampuan murid.

Latihan 6.3
Nyatakan kepentingan menyediakan Rancangan Kerja Tahunan?

RUMUSAN
Topik enam membincangkan mengenai Tafsiran Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Dalam topik ini konsep kesepaduan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani yang terdiri daripada penyerapan matapelajaran lain dalam Pendidikan Jasmani amalan dan kemahiran berfikir serta penerapan nilai dibincangkan. Topik ini juga membincangkan

OUM

81

TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 6

susunan unit dan tajuk pelajaran Pendidikan Jasmani yang terdiri daripada kesesuaian isi pelajaran dengan objektif, kesinambungan isi pelajaran dan kesesuaian isi pelajaran dengan kemudahan dan peralatan. Selain itu topik ini juga turut mendedahkan mengenai penyediaan rancangan kerja tahunan yang terdiri daripada format rancangan kerja tahunan, kandungan rancangan mengajar dan kesesuaian strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

GLOSARI
Rancangan Mengajar Rancangan Kerja merupakan rancangan untuk melaksanakan sukatan pelajaran secara terperinci mengikut keperluan kelas yang diajar oleh seseorang guru. Kandungan yang menerangkan hasrat tujuan dan harapan dalam melaksanakan program pendidikan. penting semasa merekabentuk kurukulum.

Falsafah

UJIAN 1
1. Pendidikan Jasmani berlandaskan kepada tiga kategori pembangunan. Nyatakan kategorinya. Pengalaman Pendidikan Jasmani merangkumi tiga aspek penting. Nyatakan? Nyatakan kemahiran berfikir yang selalu diserapkan dalam mengajar Pendidikan Jasmani. Motor melibatkan kepada aspek perihal kualiti pergerakkan individu di mana perlakuan adalah mencapai tahap berkemahiran. Aspek ini melibatkan beberapa faktor yang asas. Kategorikan? Definasikan rancangan kerja tahunan?

2. 3.

4.

5.

UJIAN 2
1. Berikan contoh kesepaduan matapelajaran lain dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Nyatakan elemen-elemen pembangunan afektif dalam pengaran dan pembelajaran? Program Pendidikan Jasmani adalah program pendidikan yang berobjektifkan Nyatakan? Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi persekitaran pengajaran? Huraikan garis panduan yang digunakan dalam menyediakan rancangan kerja tahunan Pendidikan Jasmani.

2. 3.

4. 5.

82

OUM

TOPIK 6

TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

CONTOH PERSEDIAAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Pintas Raya Tarikh : 22 Mei 2006 Waktu : 7.30 pg 8.00 pg Kelas : 6 Amanah Bil Murid : 30 Umur : 12 tahun Matapelajaran : Pendidikan Jasmani Tajuk : Bola Baling Kemahiran : Hantaran aras dada dinamik Pengalaman sedia ada : Pelajar telah di ajar dengan kemahiran menangkap bola pada pelajaran lepas. Pelajar telah didedahkan tentang permainan bola baling di kejohanan bola baling peringkat sekolah. Objektif : Di akhir pelajaran ini, murid-murid dapat: Psikomotor Melakukan kemahiran hantaran aras dada dan aras kepala dengan tepat dan pantas kesasaran rakan pada jarak 5 meter dan 7 meter Kognitif Memahami prinsip imbangan, penggunaan daya kekuatan dan sistem tuas sewaktu menjalankan aktiviti kemahiran ini. Afektif Merasa seronok, puas dan ingin mencuba aktiviti yang di ajar. Kemahiran berfikir: Membanding dan membeza, mengumpul dan mengkelas, menganalisis, menghubung kaitkan dan membuat gambaran mental.

OUM

83

84
Kesan Pengelolaan Jasmani Nilai Butiran Mengajar Catatan

Bahagian

Aktiviti

1. Pembukaan panaskan badan (5 minit)

1.1 Lari bebas dan di selang varisi dengan lari anak

Sistem kardiak Meningkatkan kadar nadi Meningkat suhu badan Lari bebas dalam kawasan yang dihadkan

Memahami arahan

Lari atas hujung kaki Badan tegak Lutut bengkok

1.2 Lari pecut berpasangan

Kekuatan Ketangkasan Lari bebas berpasangan

Kerjasama

Mata hadapan Badan dicondongkan Ayunan tangan bebas di hujung kaki

TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

1.3 Lurge

Keregangan otot Kesediaan otot Keselamatan otot

Mematuhi arahan

Kedudukan pelajar

Kaki hadapan dibengkok Kaki belakang lurus

TOPIK 6

OUM

OUM
Kesan Pengelolaan Jasmani Nilai Butiran Mengajar Catatan

TOPIK 6

Bahagian

Aktiviti

Pembukaan panaskan badan (5 minit)

1.4 Tarik kaki belakang cecah punggung

Kelembutan Keregangan otot Mengelakkan kecederaan Persediaan otot Imbangan Susunan sama seperti aktiviti 1.3

Memahami arahan Kesungguhan

Badan tegak Tangan pegang pergelangan kaki Tarik kaki hingga tumit cecah punggung Seimbangkan badan dengan kaki yang menyokong Tukar kaki

TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

2. Gerakerja Kelas (35 minit)

2.1 Hantaran aras dada dengan jarak:

Kepantasan Koordinasi pergerakan

Ketepatan Keyakinan

3 meter 5 meter A membuat hantaran ke B kemudian ke belakang B membuat hantaran ke D kemudian ke belakang.

Pegang bola dengan sepuluh jari Sebelah kaki berada di hadapan Pergelangan tangan menolak ke hadapan Ikut lajak semasa membuat hantaran

85

86
Kesan Pengelolaan Butiran Mengajar Jasmani Nilai Catatan

Bahagian

Aktiviti

2.2 Hantaran arah dada (dinamik)

Kepantasan Kelembutan A akan membuat hantaran ke B, selepas itu A lari ke B dan duduk ke tempat B. B akan membuat hantaran ke C, selepas itu B lari ke C dan duduk ke tempat C. Dalam erti kata pelajar berlari mengikut aliran bola.

Kerjasama Persefahaman

Pegang bola dengan sepuluh jari Sebelah kaki berada di hadapan Pergelangan tangan menolak ke hadapan Ikut lajak semasa membuat hantaran

TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

2.3 Hantaran aras dada melepasi halangan aktif

Kekuatan Kuasa

Puas Mencuba

D akan bertindak sebagai penghalang, kedudukan ini akan ditukar selepas 2 minit.

TOPIK 6

Pegang bola dengan sepuluh jari Sebelah kaki berada di hadapan Pergelangan tangan menolak ke hadapan Ikut lajak semasa membuat hantaran

OUM

Kesan Pengelolaan Jasmani Nilai

OUM
Butiran Mengajar Catatan

TOPIK 6

Bahagian

Aktiviti

3. Permainan (15 minit)

Captain Ball

Kelajuan Koordinasi Ketangkasan Guna padang bola baling Gunakan hantaran aras dada sahaja Tidak dibenarkan melarikan bola Tidak dibenarkan menyimpan bola lebih dari 5 saat
Keseronokan Guna padang bola baling

Seronok Kepuasan Syarat pertandingan

4. Penutup (5 minit)

Lari sambil membayangkan sebagai burung yang berterbangan

TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Ambil nafas Hembus nafas

Menurunkan suhu badan Menurunkan kadar nadi Mengelakkan kecederaan

Lari perlahan sambil tangan diayun sebagai burung. Minta pelajar pejam mata dan bayangkan berada di gunung sedut nafas dan hembus nafas.

87

Anda mungkin juga menyukai