Anda di halaman 1dari 11

Topik X Penilaian

9 Perisian
PPBK
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud penilaian perisian pengajaran
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK);
2. Menjelaskan maksud pemilihan perisian PPBK untuk pengajaran
dan pembelajaran;
3. Membezakan penilaian formatif dan sumatif perisian PPBK;
4. Menyatakan kriteria-kriteria penting dalam pemilihan perisian
PPBK untuk pengajaran dan pembelajaran; dan
5. Membezakan penilaian dan pemilihan dalam perisian PPBK.

X PENGENALAN
Sebelum anda menggunakan perisian kursus PPBK di dalam pengajaran dan
pembelajaran, anda perlu memastikan ianya adalah sesuai untuk kandungan
pelajaran yang hendak disampaikan serta sesuai dengan pelajar-pelajar anda.
Lebih penting lagi, ia perlulah dapat membantu pelajar-pelajar mencapai objektif
pembelajaran. Topik ini akan membincangkan beberapa perkara yang perlu
diambil kira apabila menilai perisian PPBK bagi membolehkan anda membuat
pemilihan yang tepat.
TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK W 227

AKTIVITI 9.1

Jalankan beberapa perisian PPBK yang dibekalkan ke sekolah anda oleh


Kementerian Pelajaran Malaysia. Adakah ia sesuai digunakan untuk pelajar
anda? Pada pendapat anda, apakah kelemahan dan kekuatan perisian yang
anda jalankan? Bincangkan isu ini dalam kelas tutorial anda.

9.1 PENGENALAN PENILAIAN PERISIAN PPBK

Penilaian ialah satu prinsip untuk pengukur pencapaian secara sistematik


(Robiah Sidin, 1992).

Penilaian terhadap perisian PPBK adalah sangat penting kerana ia akan


menentukan keberkesanan perisian tersebut di dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Walaupun penilaian perisian PPBK memerlukan masa untuk dilaksanakan, ia


adalah penting bagi memastikan hanya perisian yang sesuai sahaja digunakan di
sekolah-sekolah serta dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kegagalan
menilai akan membawa kepada kegagalan pelaksanakan perisian kursus PPBK
secara optimum (Shaifol, 2003).

Penilaian hendaklah merangkumi beberapa aspek agar kelemahan-kelemahan


dapat dikenal pasti dan pemilihan yang tepat dapat dilakukan. Aspek yang
hendak dinilai bergantung pada tujuan penilaian dilakukan. Penilaian dilakukan
untuk:

(a) Mengukur Kesesuaian


Mengukur kesesuaiannya untuk pengajaran dan pembelajaran bagi
membolehkan anda membuat pilihan yang tepat. Anda perlu mengambil
kira sama ada perisian tersebut akan dapat membantu mereka mencapai
objektif pembelajaran, adakah ia mudah digunakan dan adakah perisian
tersebut dapat menarik minat pelajar.

Sebagai pengguna, penglibatan pelajar adalah penting agar anda dapat


membuat rumusan yang tepat dan tidak hanya berpandukan kepada
andaian. Penilaian juga tertumpu kepada apakah kelebihan perisian ke atas
kaedah biasa, bahan-bahan tambahan yang perlu disediakan untuk pelajar
228 X TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

dan adakah guru akan mempunyai lebih banyak masa yang terluang untuk
berinteraksi dengan lebih berkesan dengan pelajar.

(b) Memberi Maklum Balas


Penilaian juga dilakukan untuk memberi maklum balas kepada pereka
bentuk dan pembangun perisian. Pembangun perisian lebih berminat
kepada soal-soal teknikal seperti:
x Ralat;
x Navigasi;
x Saiz font;
x Susun atur elemen dalam satu skrin;
x Reka bentuk grafik; dan
x Penerbitan video dan audio.

Penilaian untuk pelajar dan guru akan membawa anda kepada pemilihan
perisian kursus yang sesuai digunakan.

9.2 PEMILIHAN PERISIAN YANG SESUAI


Subtopik ini akan membincangkan keperluan dan kriteria pemilihan perisian
yang sesuai.

9.2.1 Keperluan Memilih Perisian


Sekarang ini, pembangunan perisian kursus mudah dilakukan dengan adanya
alat pengarangan yang mesra pengguna. Ini membolehkan sesiapa saja
membangunkan perisian kursus yang mengandungi pelbagai media yang dapat
menarik perhatian.

Perisian kursus ini dibangunkan untuk kumpulan sasaran tertentu dengan objektif
tertentu. Oleh itu, anda sebagai guru perlu menilai dan seterusnya memilih perisian
yang sesuai dan yang dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar anda. Tanpa
pemilihan yang teliti anda mungkin akan memilih perisian yang:
x Tidak dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
x Tidak mengikut kurikulum pengajaran dan pembelajaran.
TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK W 229

x Tidak sensitif terhadap budaya dan agama pelajar.


x Tidak sesuai dengan tahap umur pelajar.

9.2.2 Kriteria Pemilihan


Dalam membuat pemilihan perisian kursus, anda perlu memastikan ia
memenuhi beberapa kriteria penting. Terdapat beberapa kaedah yang boleh
digunakan untuk menilai suatu perisian kursus seperti:
(a) The Learning Object Review Instrument (LORT) yang dicadangkan oleh
E-Learning Research and Assessment Network, Canada.
(b) ESL Software Evaluation Form yang dicadangkan oleh Robb, T. (1996).
(c) Buyers Worksheet yang dicadangkan oleh Planning and Evaluation
Service, U.S. Department of Education (2002).

Rujuk kepada Rajah 9.1. Kita akan bincangkan kriteria-kriteria yang dicadangkan
oleh Evalutech dalam subtopik ini. Evalutech adalah satu inisiatif di bawah
kerjasama antara North Carolina Department of Public Instruction dan Southern
Regional Education Board.

Rajah 9.1: Kriteria pemilihan perisian kursus

Kriteria-kriteria yang dicadangkan dikategorikan kepada tiga, iaitu:


(a) Isi kandungan;
(b) Aspek teknikal; dan
(c) Dokumentasi.
230 X TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

Jadual 9.1 berikut memperincikan setiap kategori tersebut.

Jadual 9.1: Kriteria Pemilihan Perisian Kursus

Kriteria Keterangan
Isi kandungan Ketepatan Bebas daripada kesilapan.
Maklumat terkini.
Pendapat yang tidak berat sebelah.
Sesuai dengan kebudayaan dan agama.
Penggunaan bahasa yang betul dari segi nahu,
ejaan dan struktur ayat.
Kesesuaian Konsep dan bahasa sesuai dengan tahap pelajar.
Maklumat adalah sesuai dengan objektif yang
hendak dicapai.
Interaksi komputer-pelajar hendaklah sesuai
dengan tahap pelajar.
Skop Kandungan yang disampaikan berada dalam skop
topik yang hendak diajar.
Kandungan disampaikan mengikut susunan yang
sesuai.
Kepelbagaian dan kesesuaian aktiviti.
Aspek teknikal Navigasi Maklumat dapat dicari dengan mudah dan cepat.
Penggunaan menu, ikon dan arahan yang intuitif.
Ada pilihan untuk mengawal perjalanan perisian,
berhenti atau keluar.
Bunyi yang boleh dikawal .
Ciri-ciri Kemudahan untuk mencetak maklumat.
penyimpanan Menyimpan maklumat tentang kedudukan semasa
rekod dalam suatu perisian atau permainan.
Mengambil dan menyimpan nota apabila perlu.
Rekod penggunaan perisian pelajar untuk
memantau pelajar.
Persembahan Isi kandungan disampaikan dengan cara yang
dapat merangsang pemikiran pelajar.
Aktiviti yang menggalakkan penyelesaian masalah
secara kreatif.
Maklum balas yang membina.
Kemudahan untuk mendapatkan bantuan.
Susun atur paparan yang baik.
Penerangan yang mencukupi bagi visual.
Teks yang mudah dibaca yang mempunyai saiz
yang sesuai dengan kumpulan sasaran.
TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK W 231

Kualiti Visual yang sesuai dengan kandungan pelajaran.


Audio yang jelas dan mudah difahami dan
dikawal.
Suara dan musik yang berkaitan dengan paparan
visual.
Dokumentasi Teknikal Penerangan tentang keperluan peralatan dan sistem
operasi komputer.
Penerangan tentang pengoperasian perisian.
Bantuan melalui telefon.
Panduan Maklumat tentang kumpulan sasaran.
Pengguna Ringkasan kandungan perisian.
Objektif pembelajaran.
Cadangan cara penggunaan dalam kelas,
rancangan mengajar dan aktiviti.
Bahan pengajaran dan pembelajaran tambahan.

Rajah 9.2: Contoh susun atur butang dan grafik

Rajah 9.3: Contoh panduan pengguna


232 X TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

AKTIVITI 9.2
Sila lawati beberapa laman web berikut untuk mengetahui beberapa
kaedah lain yang digunakan untuk menilai perisian kursus:
 http://www-writing.berkeley.edu/TESL-
EJ/ej06/mr2/mr2app1.html
 http://www.ncrel.org/tech/claims/checklist.html
 http://www.elera.net/eLera/Home/About%20%20LORI/

Berpandukan kepada kaedah-kaedah yang telah diberikan, pada


pendapat anda, bagaimanakah cara yang paling sesuai digunakan untuk
menilai dan seterusnya memilih perisian kursus PPBK?

9.3 PROSES PENILAIAN PEMBANGUNAN


PERISIAN
Penilaian pembangunan perisian adalah satu proses berterusan yang dilakukan
semasa peringkat pembangunan. Penilaian dijalankan di akhir proses
pembangunan bagi memastikan ia sesuai digunakan oleh pelajar dan mencapai
objektif yang telah ditetapkan.

Peringkat penilaian dalam model pembangunan perisian kursus ADDIE yang


anda telah pelajari dalam Topik 8 mencadangkan agar dua jenis penilaian
dilakukan iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Rajah 9.4: Proses Penilaian dan Pembaikan ADDIE (Suzuki, 2004)

9.3.1 Penilaian Formatif


Seperti yang anda sedia tahu, penilaian formatif (formative) merupakan satu
proses yang berterusan yang perlu dilakukan semasa proses pembangunan.
Maklumat yang diperolehi digunakan untuk meningkatkan keberkesanan
perisian kursus.
TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK W 233

Penilaian formatif boleh dilakukan dalam tiga peringkat iaitu:

Rajah 9.5: Tiga peringkat penilaian formatif

Sekarang marilah kita bincangkan setiap peringkat tersebut.

(a) Kumpulan Kecil


Dalam peringkat ini, penilai bekerja rapat dengan dua atau tiga orang guru
(Golas, 1983). Penilai akan berbincang, memberi panduan dan seterusnya
memerhati bagaimana guru-guru ini berinteraksi dengan perisian.
Maklumat mengenai aspek-aspek kejelasan, kesan dan kebolehan untuk
melaksanakan akan dikumpulkan.
(i) Kejelasan
Arahan dan mesej hendaklah jelas dan mudah difahami. Ini
termasuklah mesej yang disampaikan melalui teks, ilustrasi dan
demonstrasi. Kandungan pelajaran juga hendaklah jelas dan
mengikut susun atur yang sesuai.
(ii) Kesan
Kandungan pelajaran hendaklah disampaikan dengan cara yang
menarik dan relevan mengikut kesesuaian kumpulan sasaran.
(iii) Kebolehlaksanaan
Peralatan yang diperlukan untuk perisian kursus ini mestilah mudah
digunakan dan pelajar selesa dengan perisian tersebut. Kos juga
merupakan faktor penting dalam menentukan sama ada pelaksanaan
boleh dijalankan. Dengan itu, kos pembangunan perlu dikurangkan
agar pengguna atau sekolah mampu membelinya.
234 X TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

(b) Berkumpulan Besar


Dalam peringkat ini, satu kumpulan guru akan menentukan pembaikan
yang dilakukan berpandukan maklumat yang dikumpul pada peringkat
pertama. Bilangan guru pada peringkat ini adalah lebih kurang 10 orang
yang menilai perisian kursus dengan berpandukan kepada buku panduan.
Ini berbeza dengan peringkat kumpulan kecil  di mana penilai dan guru
bersama-sama membuat penilaian.

(c) Pengujian
Peringkat akhir penilaian formatif adalah pengujian perisian tersebut
dalam keadaan sebenar. Sebelum memulakan penilaian peringkat ini,
segala pembaikan hendaklah dilakukan berdasarkan peringkat-peringkat
terdahulu.

AKTIVITI 9.3
Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM, ada menerbitkan panduan
untuk pembinaan perisian kursus, Educational Courseware Standards.
Sila lawati laman web
http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/informasi/muat_turun/
untuk mendapatkan panduan tersebut. Dengan menggunakan
panduan ini, anda boleh menilai perisian kursus, sama ada ia menepati
ciri-ciri yang ditetapkan.

9.3.1 Penilaian Sumatif


Penilaian sumatif dilakukan di akhir proses pembangunan dan boleh
menentukan sama ada ia dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Ia merupakan satu proses pengumpulan data untuk memastikan sama ada apa
yang disampaikan melalui perisian kursus sepadan dengan objektif pengajaran
dan pembelajaran. Penilaian sumatif (summative) juga digunakan untuk
mengukur pencapaian berdasarkan objektif perisian kursus serta sikap pelajar
selepas menggunakan perisian tersebut.

Selain daripada menilai pencapaian pelajar, pandangan pakar, pelajar dan guru
juga perlu bagi tujuan pembaikan versi-versi yang berikutnya:
(a) Pandangan pakar adalah perlu bagi memastikan perisian kursus
memenuhi keperluan teknikal seperti kualiti video dan audio.
TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK W 235

(b) Penilaian pelajar pula bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang


perisian tersebut dari sudut pandangan pengguna.
(c) Penilaian guru bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan isi kandungan perisian kursus seperti kesesuaian media dan kualiti
soalan-soalan ujian.

Contoh-contoh instrumen penilaian untuk pakar, guru dan pelajar diberikan


dalam Lampiran D, E dan F.

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Nyatakan dua bentuk penilaian perisian pengajaran dan


pembelajaran berbantukan komputer.
2. Huraikan keperluan memilih perisian kursus.
3. Perincikan kriteria-kriteria dalam pemilihan perisian kursus.
4. Apakah tujuan penilaian formatif dilakukan?
5. Apakah tujuan penilaian sumatif dilakukan?
6. Huraikan langkah-langkah penilaian formatif perisian kursus
PPBK.

x Dalam membuat pemilihan perisian kursus untuk pelajar-pelajar anda, ciri-


ciri perisian harus dinilai terlebih dahulu.

x Ciri-ciri tersebut dikategorikan kepada tiga, iaitu:


 Isi kandungan;
 Aspek teknikal; dan
 Dokumentasi.

x Bagi yang berminat dalam pembangunan perisian kursus, satu proses yang
penting ialah penilaian. Penilaian dikategorikan kepada dua, iaitu:
 Penilaian formatif yang dilakukan semasa pembangunan dijalankan.
 Penilaian sumatif yang dilakukan selepas selesai proses pembangunan.
236 X TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

Penilaian Penilaian formatif


Pemilihan Penilaian sumatif

ERE-Evalutech (n.d.). Criteria for evaluating computer courseware. North


Carolina Department of Public Instruction, US. Dicapai pada 8 April 2008
dari http://www.evalutech.sreb.org/criteria/courseware.asp
Golas, K. C. (1983). The formative evaluation of Computer-Assisted Instruction.
Educational Technology, 23 (1), 26-28.
Robiah Sidin (1992). Keberkesanan program penyediaan guru-guru KBSR satu
tinjauan literatur. Jurnal Pendidikan guru, 4 (3), 248-259.
Shaifol Bahary Sulaiman (2003). Latihan dalam perkhidmatan 12 minggu sekolah
bestari. Prosiding seminar Aliran terkini teknologi maklumat dan
komunikasi, hal. 29-38.
Suzuki, K. (2004). Online Instructional Design Workshop for Distance and
Flexible Learning. Distance and Flexible Learning Support Centre, University
of South Pacific, FIJI, Oct. 18 Nov. 5, 2004. Dicapai pada 8 April 2008,
http://www.usp.ac.fj/jica/resources/PRESENTATION.HTM

Anda mungkin juga menyukai