Anda di halaman 1dari 10

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru
sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Rancangan Pengajaran Harian
ini dibina sebagai panduan kepada para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta
mampu untuk mencapai objektif pengajaran. Dokumen ini sangat penting dan berguna supaya guru
dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid dengan teratur. Selain itu RPH adalah
bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di blik darjah. Rancangan Pengajaran Harian yang dibina perlu merujuk
kepada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran
(HSP). Maklumat yang perlu dicatatkan dalam RPH adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas,
masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau
refleksi. Guru boleh merujuk kepada SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999 bagi tujuan
penyediaan RPH untuk memenuhi keperluan pekeliling tersebut.

Terdapat perbezaan format RPH yang perlu disediakan oleh Guru Pelatih dengan guru terlatih. Guru
pelatih menggunakan format RPH yang lebih mendalam. Setiap institusi latihan perguruan mempunyai
format yang tertentu bagi penyediaan RPH oleh guru pelatih masing-masing.

Kepentingan RPH

Penyediaan RPH dalam kalangan guru dapat mengelakkan penyelewengan atau terkeluar
daripada topik atau sub topik semasa pengajaran dilakukan. Oleh kerana pengalaman dan
penguasaan isi kandungan guru adalah berbeza antara satu sama lain maka dengan adanya
RPH, persamaan daripada segi maklumat yang disampaikan akan dapat dilakukan. Guru
dapat menggunakan kreativiti masing-masing semasa merancang aktiviti pembelajaran yang
akan dilaksanakan. Siri aktiviti yang dirancang ini akan membolehkan perubahan tingkah
laku dan penguasaan isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan. Objektif atau hasil
pembelajaran yang telah dirancang dalam RPH menjadikan pengajaran dan pembelajaran
sentiasa tertumpu dan guru dapat melaksanakan penyampaian maklumat dan isi kandungan
dengan lebih tersusun dan berfokus.

Pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran sebab jadual waktu
pengajaran bagi setiap mata pelajaran adalah begitu terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan
membantu guru menguruskan masa dengan lebih cekap.

Aktiviti pengajaran yang telah disusun dalam RPH membantu guru menyampaikan isi
kandunag pelajaran dengan mudah. Penyusunan sub topik daripada mudah ke sukar
membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dengan
mudah dan jelas.

Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat dimanfaat dengan optimum apabila


perancangan dilakukan dengan baik. Guru boleh memikirkan apakah teknologi yang akan
diintegrasikan dalam pengajaran semasa mereka menyediakan RPH. Guru boleh memeriksa
sama ada media yang sesuai dapat diintegrasikan dalam pengajaran terdapat di Pusat Sumber
Sekolah (PSS).
Refleksi Dalam P&P
Refleksi
Refleksi merupakan suatu proses yang penting dalam kitaran pembelajaran bagi kemajuan
profesion keguruan. Pengalaman pengajaran yang diperolehi oleh guru-guru sejak mereka
mula berkhidmat adalah amat bernilai dan boleh dikongsi untuk manfaat semua guru.
Berasaskan kaedah yang sistematik dalam refklesi, pengalaman tersebut dapat dijadikan
pengajaran dan membawa pengertian kepada semua guru.

Definisi
Amalan refleksi ini diperkenalkan oleh Donald Schon dalam bukunya “The Reflective
Practitioner” dalam  tahun 1983. Menurut beliau, amalan reflkesi merangkumi pengalaman
dalam minda apabila menggunakan pengetahuan teori yang berubah menjadi aplikasi
praktikal. Sacara amnya, refleksi adalah pengalaman hidup peribadi seseorang itu.
Refleksi bagi guru-guru boleh didefinisikan sebagai proses di mana guru-guru mempelajari
kaedah pengajaran sendiri dan menentukan cara-cara yang terbaik untuk mengajar murid-
murid. Melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti, guru-guru mempelajari apa yang berjaya
dan apa yang tidak berjaya dalam bilik darjah. Guru-guru akan mempelajari apa yang penting
dan apa yang perlu dielak dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.
Kedua-dua aktiviti yang berkesan dan kurang berkesan boleh digunakan untuk
memperkayakan seseorang melalui pendekatan refleksi sistematik. Apabila direnung kembali
sesuatu tindakan dan akibatnya, guru-guru bukan sahaja mengingati perkara tersebut tetapi
juga memikirkan keputusan yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.
Refleksi atau introspeksi tersebut akan memberi input yang berharga untuk memperbaiki diri
dan peribadi seorang guru. Proses mengingat kembali faktor-faktor penyebab dan hasil
tindakan guru-guru akan memberi pengertian kepada mereka untuk mengelak perkara-
perkara yang kurang berkesan dan memperbaiki segala tindakan mereka. Guru-guru yang
cekap dalam mengamalkan refleksi juga akan mengalami proses pembelajaran dan
pengajaran yang lebih bermutu.

Ciri-ciri Refleksi
Memahami ciri-ciri amalan reflkesi akan memberi guru-guru asas yang baik tentang proses
refleksi seperti berikut :
(     a)    Proses Sistematik
Proses refleksi ialah proses yang sistematik , mengingati kembali dari ingatan pengalaman-
pengalaman yang telah berlalu. Dalam proses sistematik ini, guru-guru memahami dan
menjelaskan proses-proses yang berlaku dari awal hingga akhir bagi sesuatu kejadian supaya
mendapat pengertian dan pemahaman pembelajaran yang baru.

Contohnya, mengingati kembali dan memahami apa yang berlaku ketika mengajar, apa yang
berlaku di minda guru-guru dan reaksi murid-murid pada setiap langkah pengajaran.

(     b)   Bukti Penambahbaikan


Refleksi juga dapat menyediakan bukti dan pengetahuan teknikal untuk meramal
penyelesaian efektif untuk proses-proses penambahbaikan. Selepas mengajar sesuatu
pelajaran, guru-guru perlu menganalisis aktiviti pembelajaran untuk menunjukkan hasil
positif dan negatif. Contohnya, dalam sesuatu keadaan pembelajaran dan pengajaran,
perkara-perkara yang perlu dielakkan dan langkah-langkah yang diteruskan apabila sesuatu
pelajaran diulangi perlu diberi penekanan.
(    c)    Pengetahuan Gerak Hati
Refleksi melibatkan penggunaan pengetahuan gerak hati. Dalam proses refleksi,
pembelajaran berlaku melalui teknik inkuiri. Mengikut pengetahuan gerak hati, guru-guru
sentiasa dapat membuat perubahan dan pembaharuan kepada proses pengajaran.
  
d)   Meramal Akibat
Refleksi membolehkan guru-guru menjangka hasil sesuatu tindakan dan membuat
perancangan awal. Guru-guru dapat meramalkan tentang segala perubahan dan hasil
pembelajaran kerana mereka mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka.

e)   Menjana Idea-Idea Baru


Refleksi membantu guru-guru merangka semula pengetahuan teori yang lampau dengan
menggunakan pengertian baru untuk mengubah pengajaran mereka. Oleh yang demikian,
guru-guru boleh menjana idea-idea yang baru untuk diterapkan dalam pengajaran selepas
pengalaman praktikal mereka.

(     f)     Berfikir Secara Kritikal


Refleksi adalah proses pemikiran kritikal pelbagai faktor yang mempengaruhi pengajaran
guru-guru di dalam kelas. Dalam proses pemikiran kritikal, guru-guru perlu membuat
pengubahsuaian kepada pengetahuan yang diperolehi daripada langkah-langkah pengajaran
yang berlaku di dalam kelas. Guru-guru juga perlu membuat perubahan secara langsung
apabila keadaaan yang tidak dijangka berlaku ketika mereka mengajar.

(     g)    Amalan Etika


Refleksi adalah suatu proses yang menghargai dan menghormati semua orang. Terdapat satu
kod amalan etika yang perlu diikuti oleh semua guru yang terlibat dalam amalan refleksi.
Semua aktiviti professional dan peribadi dijalankan dengan sikap mengambil berat dan
toleransi.

(     h)   Proses  Aktif
Refleksi adalah proses aktif mengingat kembali, menganalisis dan mencari penyelesaian
kepada masalah. Menurut Schon (1983), ini dibuat melalui refleksi dengan cara-cara yang
berikut :-

i.                 Refleksi Semasa Pengajaran    


Merujuk kepada pemikiran langsung mengenai apa yang dilakukan oleh guru-guru ketika
mereka mengajar. Guru-guru melaksanakan pelan tindakan pengajaran berasaskan  teori-teori
yang pernah dipelajari.

ii.               Refleksi Selepas Pengajaran


Refleksi dilakukan  selepas sesuatu pengajaran dilaksanakan dan ia membolehkan guru-guru
memahami apa yang telah dilakukan dan reaksi murid-murid terhadapnya. Ini menjana
beberapa persoalan dan idea-idea mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan ketika guru-guru
mengajar.

iii.               Refleksi Tindakan Susulan


Refleksi  ini diamalkan  selepas pengajaran apabila guru-guru menilai dan membuat
kesimpulan mengenai implikasi untuk tindakan selanjutnya seperti membentuk satu  pelan
tindakan baru untuk pengajaran
Ciri-ciri tersebut wujud apabila guru-guru menjadikan refleksi sebagai suatu aspek amalan
praktikal pengajaran. Ia memanfaatkan guru-guru dalam pelbagai cara.

Kebaikkan Refleksi
Refleksi penting kerana pembelajaran berlaku melalui campuran teori dan praktikal,
pemikiran dan tindakan serta pemerhatian dan interaksi :
a  -      Menghasilkan perancangan pengajaran yang lebih baik.
b  -      Menjana idea-idea inovatif untuk menghasilkan bahan pengajaran.
c  -      Memahami keperluan murid-murid yang pelbagai.
d  -      Boleh menyelesaikan masalah selepas mengambil kira semua pilihan.
e  -      Menjana proaktif dan bukannya reaktif.
f   -      Membina cara kreatif untuk memotivasikan murid-murid.
g  -      Bertimbang rasa terhadap murid-murid yang lain.
h  -      Memahami diri sendiri dan orang lain.
i.    -    Menyedari kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.

Guru-guru akan lebih bertimbang rasa terhadap murid-murid kerana ebih memahami diri
sendiri dan keperluan anak murid mereka. Guru-guru akan menyedari kesilapan dan
kesalahan diri dan tidak akan mengulangi kesilapan-kesilapan tersebut.
Melakukan amalan refleksi, guru-guru yang berkeyakinan juga dapat menjalankan kajian
secara kolaborasi dengan jayanya dan berkongsi hasilnya dengan guru-guru lain dalam
profesion keguruan.

Kaedah-kaedah Refleksi
Terdapat beberapa model untuk menjalankan refleksi. Contohnya, model tiga langkah,
iaitu RANCANG, BUAT dan NILAI seperti yang dicadangkan oleh Greenway (1988) boleh
digunakan untuk menjalankan refleksi dalam sistem sekolah.
Dalam satu lagi model oleh Johnson (1998), proses refleksi boleh dijalankan dalam enam
tahap seperti berikut :
        (i)          Tahap Pemahaman
        Guru-guru memahami konsep pedagogi atau teori yang akan digunakan dalam bilik
darjah. Contohnya, guru perlu memahami teknik-teknik dan kaedah-kaedah kumpulan
koperatif sebagai satu  strategi pengajaran.
 (ii)      Tahap Transformasi
Dalam tahap transformasi, guru akan melaksanakan pengajaran dengan sesuatu konsep atau
prinsip di dalam kelas. Contohnya, guru menyediakan rancangan pelajaran harian dengan
menjelaskan langkah-langkah kaedah koperatif secara terperinci.
(iii)      Tahap Pelaksanaan
Dalam tahap ini, guru akan melaksanakan pengajaran dengan melaksanakan segala langkah-
langkah dan prosedur yang disarankan dalam kaedah koperatif. Guru akan membahagikan
murid-murid kepada kumpulan-kumpulan yang kecil untuk menyelesaikan masalah
pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.
(iv)      Tahap Penilaian
Guru menilai pelaksanaan kaedah koperatif langkah demi langkah dengan mengingati
kembali pelajaran yang disampaikan. Beliau juga akan membuat catatan dalam buku jurnal
mengenai prosedur-prosedur yang diambilnya dalam bilik darjah semasa melaksanakan
kaedah koperatif dan menilai pencapaian setiap langkah pelaksanaan dalam kaedah
pengajaran ini.
 (v)       Tahap Refleksi
         Guru mempersoalkan diri tentang pengajaran yang dilaksanakan dan merujuk kepada
catatan-catatan di dalam buku jurnal serta mengimbas kembali mengenai respon dan emosi
para murid semasa beliau melaksanakan pengajarannya dengan menggunakan kaedah
koperatif.
(vi)      Tahap Pemahaman Baru
        Dalam tahap ini, guru mendapat pengertian baru daripada pengalaman pengajaran
dengan menggunakan kaedah koperatif. Beliau akan memperbaiki rancangan pelajaran harian
yang menerapkan kaedah koperatif untuk mengatasi segala kelemahan yang timbul semasa
melaksanakan kaedah ini.

Penyediaan rancangan pengajaran memerlukan ketelitian dan kreativiti guru. Proses ini boleh
dilakukan secara berkumpulan di dalam panitia mata pelajaran masing-masing. Model
perancangan yang sesuai seperti plan, do, check and  act boleh digunakan sebagai garis
panduan penyediaan rancangan pengajaran.

Plan (Rancang)

Aktiviti pengajaran yang dirancang dengan rapi dan sistematik dapat mengelakkan
pelaksanaan secara ad-hoc. Guru tidak boleh meniru aktiviti pengajaran daripada rakan-rakan
lain semata-mata. Guru perlu menyemak Sukatan Pelajaran sesuatu mata pelajaran disamping
menjadikan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) sebagai panduan untuk merancang aktiviti
pengajaran yang lebi kreatif dan inovatif. Rujuk HSP supaya semua kemahiran yang perlu
dikuasai oleh seseorang murid telah dicakupi dalam perancangan pengajaran masing-masing.

Do (Buat)

Setelah perancangan dihasilkan, guru mesti melaksanakan dengan sepenuhnya. Peringkat ini
adalah paling penting dan kritikal kerana dapat menentukan kejayaan setiap perancangan.

Check (Semak)

Semakan perlu dilakukan oleh guru-guru supaya perancangan yang telah dilakukan mencapai
objektifnya. Kemungkinan objektif perlu dibuat penambahbaikan supaya sesuai dengan
murid dan persekitaran pembelajaran. Kaedah penilaian juga begitu penting dalam
pengajaran dan pembelajaran, oleh itu, semakan perancangan dapat menambah baik lagi
aktiviti penilaian yang telah dirancang supaya mencapai objektif seperti terkandung dalam
sukatan pelajaran. Pentadbir sekolah sebagai pemimpin instruksional perlu memantau setiap
perancangan pengajaran yang telah disediakan oleh guru. Sebagai pentadbir, mereka perlu
memberikan pandangan dan nasihat kepada guru supaya mematuhi setiap perancangan yang
telah dibuat sebelumnya.

Act (Bertindak)

Tindakan yang seharusnya diambil oleh setiap guru adalah apabila mendapati perancangan
yang telah dibuat tidak mencapai sasaran atau wujud kelemahan. Oleh itu, panitia mata
pelajaran seharusnya memainkan peranan yang penting bagi membuat tindakan susulan
terhadap kelemahan dan kekurangan dalam perancangan yang telah dibuat. Apa yang berlaku
di sekolah ialah tindakan ini tidak berlaku, malah proses menyemak sama ada perancangan
yang telah dibuat juga tidak dilaksanakan. Perancangan pengajaran yang digunakan oleh guru
adalah perancangan yang telah dibuat sekian lama dan digunakan berterusan dengan menukar
tarikh sahaja.

Sumatif dan formatif


           Jenis
Ciri Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

Satu jenis ujian formal atau tak Satu jenis ujian formal untuk
Pengertian formal untuk mengesan tahap mengesan tahap pencapaian dalam
penguasaan dan kemajuan murid di sesuatu tap persekolahan.
dalam kelas.

Mengesan penguasaan dan Mengesan pencapaian murid


Tujuan kemajuan murid untuk membaiki berdasarkan beberapa unit
kelemahan dengan kada segera. pembelajaran dan pemeringkatan
gred murid di dalam kelas.

Menjalankan ujian formal atau tidak Menjalankan ujian formal dalam


Aktiviti formal semasa sesi pengajaran dan beberapa waktu berdasarkan
pembelajaran  sama ada dibuat ketetapan jadual secara individu
secara individu, kumpulan atau mengikut kelas.
menyeluruh.

Masa Semasa sesi pengajaran dilakukan Semasa semester pertama


atau setiap hujung bulan. (pertengahan tahun) dan semester
kedua (akhir tahun).

Ujian tidak formal (pemerhatian dan Ujian formal adalah ujian kertas
Bentuk sesi soaljawab), atau formal (ujian pensel atau ujian, lisan dalam
bulan) melibatkan ujian kertas jangka masa yang ditetapkan
pensel dam masa yang singkat. mengikut kesesuaiannya.

Sasaran Secara individu, secara kumpulan Secara kelas


atau kelas.

Liputan Meliputi sesuatu kemahiran (ujian Meliputi beberapa unit


tidak formal) atau beberapa pembelajaran atau sesuatu tahap
kemahiran (ujian formal) persekolahan

Rekod Tiada (bagi ujian tidak formal) dan Penggunaan rekod profil atau
penggunaan senarai semak atau pensijilan.
rekod prestasi (bagi ujian formal)
Membetulkan kelemahan dengan ·   Menempatkan murid kumpulan
kadar segera atau menjalankan atau kelas yang sesuai.
Tindakan aktiviti pengayaan atau pemulihan ·   Merancan g dan mengubahsuai
di dalam kelas. pelajaran atau kurikulum.
·   Memberi sijil berdasarkan
pencapaian dalam peperiksaan.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.
Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal
insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. 

PIBG adalah satu penubuhan yang diceburi secara sukarela. AJK yang dipilih perlu
menitikberatkan ciri-ciri keikhlasan, pengorbanan masa, wang ringgit dan tenaga. Fungsi
PIBG ialah membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti demi kebaikan anak-anak yang belajar
di sekolah tersebut. Selain dari itu juga PIBG juga berperanan mencari sumbangan dari ahli
dan orang ramai samada berbentuk wang, material mahupun tenaga bagi faedah
para pelajar.PIBG yang ditubuhkan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan
antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini
diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam
usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah,
selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan
komuniti setempat.
            Antara peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG terhadap pencapaian akademik di
sekolah ialah membantu dan menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah baik dan
meningkatkan kemudahan di sekolah iaitu dengan menubuhkan tabung pendidikan yang
bertujuan untuk kebajikan dan manfaat kepada sekolah dan para pelajar. PIBG juga
berperanan membantu dan menambah usaha sekolah untuk memenuhi kehendak-kehendak
dan keperluan-keperluan kebendaan para pelajar dalam kegiatan-kegiatan mereka seperti
aktiviti kelas tambahan dengan memberi sumbangan kewangan untuk membeli buku latihan
atau buku kerja bagi meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan.
            Selain itu PIBG juga berperanan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat
menambahkan minat para pelajar untuk belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang
dengan mengadakan program motivasi,seminar dan bengkel.Dengan adanya program-
program sebegini secara tidak langsung akan memberi kesedaran dan semangat kepada para
pelajar untuk belajar dan  berjaya. PIBG juga berperanan membantu pihak sekolah
menangani pelajar bermasalah dengan bekerjasama mengadakan program pemulihan
akhlak,kem bina semangat dan sesi kaunseling yang bertujuan memberi kesedaran, keinsafan
dan semangat untuk belajar dan berjaya dalam pelajaran.Hal ini bukan sahaja dapat
mengurangkan masalah disiplin di sekolah malah dapat meningkatkan prestasi akademik para
pelajar.
Di samping itu, PIBG juga berperanan sebagai entiti utama yang membolehkan kelompok ibu
bapa dan guru berkongsi dan bertukar pendapat serta maklumat mengenai pendidikan semasa
dan method untuk meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum pelajar iaitu dengan
membuat pemantauan dari semasa ke semasa di sekolah. Ia turut memberi peluang kepada
ibu bapa dan guru untuk sama-sama memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka
Dengan itu sebarang masalah dan kerumitan yang dihadapi dapat diatasi hasil dari
perbincangan dan kerjasama antara PIBG dengan pihak sekolah.
Kesimpulannya,memang tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah
sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan percapaian sekolah kerana persatuan berkenaan
menjadi medium untuk mencetuskan hala tuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan
pendidikan. PIBG juga turut membantu pihak sekolah dalam pembangunan modal insan
dengan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak, dan jati diri
pelajar bagi melahirkan generasi pelajar yang berkualiti, bersepadu dan seimbang dari segi
jasmani, rohani, emosi dan intelektual.

Perbezaan gst dengan sst


SALES
GOODS AND AND
SERVICES TAX SERVICE
(GST) TAX
(SST)

Cukai berperingkat bagi


semua pihak di rantaian
Cukai di peringkat kilang sahaja
bekalan, peniaga boleh
claim balik GST

Skop pelaksanaan yang


luas, hampir semua Dikenakan pada produk dikilangkan dan produk
barang dikenakan diimport tertentu sahaja, serta perkhidmatan
dengan GST (kecuali tertentu sahaja. 
dinyatakan)

 Kadar: 6%
 Cukai jualan: 5% atau 10% (masih
 Sesetengah
dalam perbincangan)
bekalan dikenakan GST
 Caj perkhidmatan: 6%
sifar atau dikecualikan

Merangkumi 60%
daripada Kumpulan
Merangkumi 38% daripada Kumpulan
Barangan dan
Barangan dan Perkhidmatan Indeks Pengguna
Perkhidmatan Indeks
Pengguna
Gelombang 2 ( 2016-2020)
Dalam tempoh Gelombang 2, Kementerian akan melaksanakan perubahan struktur sistem
pendidikan negara untuk mempercepatkan perjalanan perubahan (rancangan untuk
semua inisiatif akan bermula semasa Gelombang 1). Perancangan ini melibatkan
pergerakan kesemua 410,00 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya
baharu, penstrukturan semula Kementerian, JPN dan PPD untuk menjajarkan dengan
peranan yang direncanakan menerusi Gelombang 1, dan memperkenalkan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disemak
semula dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan
nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.
 Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan semula bagi meningkatkan standard
kandungan dan pembelajaran setanding dengan standard antarabangsa.
 Menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM melalui kempen dan kerjasama.
 Merintis pilihan program untuk meningkatkan pendedahan kepada bahasa Inggeris,
dan mengukuhkan penyediaan bahasa tambahan dalam usaha menambah baik
penguasaan kemahiran bahasa secara menyeluruh.
 Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti kumpulan
peribumi dan kumpulan minoriti lain, pintar cerdas, dan berkeperluan khas.
 Memacu inovasi ICT khususnya untuk pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran
terarah kendiri.
 Meningkatkan bimbingan dan sokongan kepada guru bagi penambahbaikan
penyampaian pengetahuan, kemahiran, dan nilai merentasi semua aspek kurikulum dan
kokurikulum.
 Meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi serta memantapkan
laluan kerjaya guru untuk mencergaskan semula profesion keguruan.
 Mengukuhkan bahagian utama Kementerian, menyusun semula peranan Kementerian,
JPN dan PPD untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan pelaksanaan.  Memperoleh
akreditasi antarabangsa dan memantapkan kurikulum program matrikulasi sebagai
persediaan murid ke universiti.
 Memperluas pilihan pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan dengan
pembekal pendidikan vokasional swasta.

Gelombang 3 (2021-2025)
Pada permulaan Gelombang 3, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu
menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Oleh itu, Kementerian akan memberikan
tumpuan kepada meningkatkan keluwesan operasi untuk memupuk budaya kepimpinan rakan
setugas bagi pembangunan kecemerlangan profesional.Kementerian juga akan menganjakkan
kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan
model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran. Matlamat Kementerian
adalah untuk membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk
mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.
 Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran dalam bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris secara berterusan dan menyediakan lebih banyak pilihan untuk
mempelajari bahasa tambahan.
 Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di seluruh
negara untuk meningkatkan standard pembelajaran secara berterusan.
 Memupuk budaya kecemerlangan profesional keteladanan rakan setugas, iaitu guru dan
pemimpin sekolah saling membimbing, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan
setugas mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard profesional.
 Mempertingkat pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dari segi pelaksanaan
kurikulum dan pengurusan kewangan bagi kebanyakan sekolah yang layak, sekiranya tidak
kepada semua sekolah.
 Memperkasa Kementerian dan menginstitusikan transformasi melalui pengukuhan
kemajuan kerjaya pegawai Kementerian.
 Mengkaji semula penstrukturan sekolah untuk menentukan sekiranya wujud keperluan
untuk mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan.Memikir Cuba fikirkan, apakah
impak pelaksanaan transformasi sistem pendidikan ini kepada :  Murid  Guru  Pemimpin
sekolah  Ibu bapa

Apa itu SAPS?


SAPS dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran untuk menyelesaikan masalah pengendalian data. Dengan adanya
sistem SPAS sebagai pusat pangkalan data, masalah boleh dikurang, contohnya insiden
konflik data yang pernah berlaku suatu ketika dahulu di bahagian dalaman KPM boleh dielak.

Kepentingan SAPS
Melalui satu sistem yang berpusat, beberapa pihak seperti KPM, JPN, PPD boleh
bekerjasama dengan lebih berkesan. Penjimatan masa merupakan kebaikan utama
menggunakan sistem atas talian. Guru-guru dan pihak sekolah tidak perlu lagi membuat
analisis dan pengiraan secara manual dan menghantarkan maklumat melalui pos lagi. Pihak
sekolah hanya perlu membekalkan data ke dalam sistem SAPS NKRA
(https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php) , hal ini telah memberi impak yang besar
dengan meringankan beban guru-guru dan membolehkan guru-guru dapat memberikan fokus
dalam pengajaran.
SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis TOV
( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR ( Actual Result ) untuk
memperbaiki cara pengajaran, seterusnya meningkatkan prestasi murid di sekolah tersebut.

Ibu bapa merupakan golongan kedua yang mendapat kebaikan sistem SAPS. Sistem SAPS
Ibu Bapa (https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2) membolehkan ibu bapa mengetahui
keputusan dan markah peperiksaan anak-anak. Biarpun reka bentuk laman web tersebut tidak
begitu senang untuk dipandang, namun kesenangan dan keringkasan penggunaannya masih
boleh dikira baik. Dengan memasukkan nombor IC anak-anak, ibu bapa dapat mengetahui
keputusan ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun, ujian 2, peperiksaan akhir tahun dan
percubaan UPSR,PT3 & SPM.
Terdapat penambahbaikan yang ketara pada sistem SAPS terutamanya pada kestabilan
mengakses. Disebabkan sistem ini merupakan sistem yang menghubung rapat dengan sistem-
sistem yang lain, kadang-kala pengguna perlu tunggu apabila kunjungan serentak ke laman
web saps ibu bapa dilakukan oleh ramai pengguna.

Anda mungkin juga menyukai