Anda di halaman 1dari 7

Definisi

Amalan refleksi ini diperkenalkan oleh Donald Schon dalam bukunya “The
Reflective Practitioner” dalam tahun 1983. Menurut beliau, amalan reflkesi
merangkumi pengalaman dalam minda apabila menggunakan
pengetahuan teori yang berubah menjadi aplikasi praktikal. Sacara amnya,
refleksi adalah pengalaman hidup peribadi seseorang itu.
Refleksi bagi guru-guru boleh didefinisikan sebagai proses di mana guru-
guru mempelajari kaedah pengajaran sendiri dan menentukan cara-cara
yang terbaik untuk mengajar murid-murid. Melalui penglibatan dalam
pelbagai aktiviti, guru-guru mempelajari apa yang berjaya dan apa yang
tidak berjaya dalam bilik darjah. Guru-guru akan mempelajari apa yang
penting dan apa yang perlu dielak dalam pengajaran dan pembelajaran
yang akan datang.
Kedua-dua aktiviti yang berkesan dan kurang berkesan boleh digunakan
untuk memperkayakan seseorang melalui pendekatan refleksi sistematik.
Apabila direnung kembali sesuatu tindakan dan akibatnya, guru-guru
bukan sahaja mengingati perkara tersebut tetapi juga memikirkan
keputusan yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.
Refleksi atau introspeksi tersebut akan memberi input yang berharga untuk
memperbaiki diri dan peribadi seorang guru. Proses mengingat kembali
faktor-faktor penyebab dan hasil tindakan guru-guru akan memberi
pengertian kepada mereka untuk mengelak perkara-perkara yang kurang
berkesan dan memperbaiki segala tindakan mereka. Guru-guru yang
cekap dalam mengamalkan refleksi juga akan mengalami proses
pembelajaran dan pengajaran yang lebih bermutu.

Ciri-ciri Refleksi
Memahami ciri-ciri amalan reflkesi akan memberi guru-guru asas yang baik
tentang proses refleksi seperti berikut :

(a) Proses Sistematik

Proses refleksi ialah proses yang sistematik , mengingati kembali dari


ingatan pengalaman-pengalaman yang telah berlalu. Dalam proses
sistematik ini, guru-guru memahami dan menjelaskan proses-proses yang
berlaku dari awal hingga akhir bagi sesuatu kejadian supaya mendapat
pengertian dan pemahaman pembelajaran yang baru.
Contohnya, mengingati kembali dan memahami apa yang berlaku ketika
mengajar, apa yang berlaku di minda guru-guru dan reaksi murid-murid
pada setiap langkah pengajaran.

( b) Bukti Penambahbaikan
Refleksi juga dapat menyediakan bukti dan pengetahuan teknikal untuk
meramal penyelesaian efektif untuk proses-proses penambahbaikan.
Selepas mengajar sesuatu pelajaran, guru-guru perlu menganalisis aktiviti
pembelajaran untuk menunjukkan hasil positif dan negatif. Contohnya,
dalam sesuatu keadaan pembelajaran dan pengajaran, perkara-perkara
yang perlu dielakkan dan langkah-langkah yang diteruskan apabila sesuatu
pelajaran diulangi perlu diberi penekanan.

( c) Pengetahuan Gerak Hati


Refleksi melibatkan penggunaan pengetahuan gerak hati. Dalam proses
refleksi, pembelajaran berlaku melalui teknik inkuiri. Mengikut pengetahuan
gerak hati, guru-guru sentiasa dapat membuat perubahan dan
pembaharuan kepada proses pengajaran.

d) Meramal Akibat
Refleksi membolehkan guru-guru menjangka hasil sesuatu tindakan dan
membuat perancangan awal. Guru-guru dapat meramalkan tentang segala
perubahan dan hasil pembelajaran kerana mereka mempunyai
pengetahuan tentang murid-murid mereka.

(e) Menjana Idea-Idea Baru


Refleksi membantu guru-guru merangka semula pengetahuan teori yang
lampau dengan menggunakan pengertian baru untuk mengubah
pengajaran mereka. Oleh yang demikian, guru-guru boleh menjana idea-
idea yang baru untuk diterapkan dalam pengajaran selepas pengalaman
praktikal mereka.

( f) Berfikir Secara Kritikal


Refleksi adalah proses pemikiran kritikal pelbagai faktor yang
mempengaruhi pengajaran guru-guru di dalam kelas. Dalam proses
pemikiran kritikal, guru-guru perlu membuat pengubahsuaian kepada
pengetahuan yang diperolehi daripada langkah-langkah pengajaran yang
berlaku di dalam kelas. Guru-guru juga perlu membuat perubahan secara
langsung apabila keadaaan yang tidak dijangka berlaku ketika mereka
mengajar.
(g) Amalan Etika
Refleksi adalah suatu proses yang menghargai dan menghormati semua
orang. Terdapat satu kod amalan etika yang perlu diikuti oleh semua guru
yang terlibat dalam amalan refleksi. Semua aktiviti professional dan
peribadi dijalankan dengan sikap mengambil berat dan toleransi.

(h) Proses Aktif


Refleksi adalah proses aktif mengingat kembali, menganalisis dan mencari
penyelesaian kepada masalah. Menurut Schon (1983), ini dibuat melalui
refleksi dengan cara-cara yang berikut :-

i. Refleksi Semasa Pengajaran


Merujuk kepada pemikiran langsung mengenai apa yang dilakukan oleh
guru-guru ketika mereka mengajar. Guru-guru melaksanakan pelan
tindakan pengajaran berasaskan teori-teori yang pernah dipelajari.

ii. Refleksi Selepas Pengajaran


Refleksi dilakukan selepas sesuatu pengajaran dilaksanakan dan ia
membolehkan guru-guru memahami apa yang telah dilakukan dan reaksi
murid-murid terhadapnya. Ini menjana beberapa persoalan dan idea-idea
mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan ketika guru-guru mengajar.

iii. Refleksi Tindakan Susulan


Refleksi ini diamalkan selepas pengajaran apabila guru-guru menilai dan
membuat
kesimpulan mengenai implikasi untuk tindakan selanjutnya seperti
membentuk satu pelan tindakan baru untuk pengajaran
Ciri-ciri tersebut wujud apabila guru-guru menjadikan refleksi sebagai
suatu aspek amalan praktikal pengajaran. Ia memanfaatkan guru-guru
dalam pelbagai cara.

Kebaikkan Refleksi
Refleksi penting kerana pembelajaran berlaku melalui campuran teori dan
praktikal, pemikiran dan tindakan serta pemerhatian dan interaksi :
a - Menghasilkan perancangan pengajaran yang lebih baik.
b - Menjana idea-idea inovatif untuk menghasilkan bahan pengajaran.
c - Memahami keperluan murid-murid yang pelbagai.
d - Boleh menyelesaikan masalah selepas mengambil kira semua pilihan.
e - Menjana proaktif dan bukannya reaktif.
f - Membina cara kreatif untuk memotivasikan murid-murid.
g - Bertimbang rasa terhadap murid-murid yang lain.
h - Memahami diri sendiri dan orang lain.
i. - Menyedari kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.

Guru-guru akan lebih bertimbang rasa terhadap murid-murid kerana lebih


memahami diri sendiri dan keperluan anak murid mereka. Guru-guru akan
menyedari kesilapan dan kesalahan diri dan tidak akan mengulangi
kesilapan-kesilapan tersebut.
Melakukan amalan refleksi, guru-guru yang berkeyakinan juga dapat
menjalankan kajian secara kolaborasi dengan jayanya dan berkongsi
hasilnya dengan guru-guru lain dalam profesion keguruan.

Kaedah-kaedah Refleksi
Terdapat beberapa model untuk menjalankan refleksi. Contohnya, model
tiga langkah, iaitu RANCANG, BUAT dan NILAI seperti yang dicadangkan
oleh Greenway (1988) boleh digunakan untuk menjalankan refleksi dalam
sistem sekolah.
Dalam satu lagi model oleh Johnson (1998), proses refleksi boleh
dijalankan dalam enam tahap seperti berikut :

(i) Tahap Pemahaman


Guru-guru memahami konsep pedagogi atau teori yang akan
digunakan dalam bilik darjah. Contohnya, guru perlu memahami teknik-
teknik dan kaedah-kaedah kumpulan koperatif sebagai satu strategi
pengajaran.

(ii) Tahap Transformasi


Dalam tahap transformasi, guru akan melaksanakan pengajaran dengan
sesuatu konsep atau prinsip di dalam kelas. Contohnya, guru menyediakan
rancangan pelajaran harian dengan menjelaskan langkah-langkah kaedah
koperatif secara terperinci.

(iii) Tahap Pelaksanaan


Dalam tahap ini, guru akan melaksanakan pengajaran dengan
melaksanakan segala langkah-langkah dan prosedur yang disarankan
dalam kaedah koperatif. Guru akan membahagikan murid-murid kepada
kumpulan-kumpulan yang kecil untuk menyelesaikan masalah
pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.

(iv) Tahap Penilaian


Guru menilai pelaksanaan kaedah koperatif langkah demi langkah dengan
mengingati kembali pelajaran yang disampaikan. Beliau juga akan
membuat catatan dalam buku jurnal mengenai prosedur-prosedur yang
diambilnya dalam bilik darjah semasa melaksanakan kaedah koperatif dan
menilai pencapaian setiap langkah pelaksanaan dalam kaedah pengajaran
ini.

(v) Tahap Refleksi


Guru mempersoalkan diri tentang pengajaran yang dilaksanakan dan
merujuk kepada catatan-catatan di dalam buku jurnal serta mengimbas
kembali mengenai respon dan emosi para murid semasa beliau
melaksanakan pengajarannya dengan menggunakan kaedah koperatif.

(vi) Tahap Pemahaman Baru


Dalam tahap ini, guru mendapat pengertian baru daripada pengalaman
pengajaran dengan menggunakan kaedah koperatif. Beliau akan
memperbaiki rancangan pelajaran harian yang menerapkan kaedah
koperatif untuk mengatasi segala kelemahan yang timbul semasa
melaksanakan kaedah ini.

Jenis-jenis Penulisan Refleksi Ÿ Penulisan Deskriptif Ÿ Refleksi Deskriptif


Ÿ Refleksi Dialog Ÿ Refleksi Kritikal Kajian oleh Hatton dan Smith (1995)
menunjukkan bahawa terdapat empat jenis penulisan yang telah dikenal
pasti dalam penulisan reflektif. Pertama, penulisan deskriptif (descriptive
writing) yang merupakan penulisan yang menerangkan keadaan atau
peristiwa di bilik darjah dengan hanya menulis tarikh, tempat tanpa
sebarang penerangan berkenaan sebab, akibat dan kaitan peristiwa serta
kesannya terhadap sikap dan kepercayaan penulis.

Kedua, penulisan refleksi deskriptif (descriptive reflection) yang merupakan


penulisan jurnal yang mempunyai penerangan sebab dan akibat terhadap
peristiwa yang terjadi secara jelas dengan ciri-ciri taakulan dan renungan
terhadap peristiwa dan memberi alasan-alasan/justifikasi terhadap perkara
yang berlaku. Ketiga, penulisan refleksi dialog (dialogical reflection) yang
merupakan penulisan refleksi yang mengandungi kata-kata yang merujuk
kepada bisikan hati penulis kepada peristiwa yang sedang direnungkannya
melalui siri soal jawab tentang persoalan yang difikirkan. Keempat,
penulisan refleksi kritikal (critical reflection) yang merupakan penulisan
refleksi yang mengaitkan peristiwa di bilik darjah dengan hal-hal di luar
rutin bilik darjah seperti falsafah diri insan guru sendiri, falsafah pendidikan,
isu-isu wawasan, perpaduan, politik, ekonomi dan sosial. Contoh Penulisan
Refleksi Penulisan Refleksi Tahap Pertama (penulisan deskriptif) 1.
Pengajaran tidak dapat diteruskan kerana sebahagian pelajar lambat hadir
ke kelas. 2. Latihan kebakaran sekolah dijalankan pada waktu pengajaran.
Kelas terpaksa dibatalkan. 3. Pelajar mengantuk di dalam kelas. 4. Masa
pengajaran tidak mencukupi. Aktiviti kelas terpaksa ditangguhkan kepada
pengajaranakan datang.

Penulisan Refleksi Tahap Kedua (penulisan refleksi deskriptif) 1. Guru


mengajar dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar kurang faham apa
yang disampaikan oleh guru. Guru sepatutnya cuba menerangkan sesuatu
istilah dalam bahasa Melayu. 2. Terdapat beberapa orang pelajar yang
membuat bising di dalam kelas dan tidak menghiraukan pengajaran guru.
Guru bertindak memanggil nama pelajar tersebut dan bertanyakan soalan
yang berkaitan.

Penulisan Refleksi Tahap Ketiga (Refleksi Dialog) 1. Terlalu banyak


kelemahan saya dalam pengajaran tentang prinsip geometri pada hari ini.
Saya tidak menyediakan contoh soalan untuk pelajar mencuba. Saya tidak
dapat menumpukan satu persatu pelajar untuk menjawab soalan. Ada isi
yang saya tertinggal. Saya kurang persediaan mengenai tajuk yang di ajar.

Penulisan Refleksi Tahap Keempat (Refleksi Kritikal) 1. Saya memang


seorang yang tegas semasa mengajar. Walaupun begitu saya suka ketawa
semasa mengajar. Saya mesti pastikan pelajar memberikan tumpuan yang
sepenuhnya semasa saya menyampaikan aktiviti pengajaran. Saya akan
memarahi pelajar yang tidak mengendahkan pengajaran saya. Saya
menggunakan pendekatan behaviourisme apabila mengajar kerana saya
ingat lagi masa cikgu saya mengajar sejarah beliau menggunakan
pendekatan yang sama. Dan dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya
mendidik saya menjadi insan yang berjaya. Oleh itu, saya percaya
pendekatan tersebut akan dapat membantu pelajar mempelajari sejarah.

Hatton, N. dan Smith, D. (1995). Reflection in teacher education: Towards


definition and implementation. Teacher and Teacher Education. 11(1), 33-
49. 1 comments: Anonymous said... August 26, 2010 at 1:19 AM satu
panduan yang baik. umumnya kita mengalakkan guru-guru menulis refleksi
pengajaran yang berbentuk penilaian terdapat pengajaran guru
berdasarkan respon pelajar. Tujuan supaya guru dapat mengekal atau
mengubah cara pengajarannya.

Persoalan seperti:

1. -adakah pengajaran yang saya berjaya menyampaikan maklumat yang


ingin saya sampaikan?

2. -apakah cara lain yang boleh saya gunakan?

3. -bagaimana pelajar telah memberi respon kepada pengajaran saya?

4. -sejauh manakah berkesannya pengajaran saya hari ini?

5. -bagaimana saya boleh memperbaiki pengajaran saya?

6.-adakah bahasa yang saya gunakan sesuai?

7.-adakah kaedah yang saya gunakan membantu saya dalam pengajaran


saya?

Hasil daripada refleksi ini guru-guru boleh:

1. mengekalkan kaedah atau cara pengajaran mereka jika ini membawa


kesan yang positif atau

2. mencadangkan / melakukan sesuatu yang lain dengan cara yang lain


untuk membawa hasil yang diinginkan. Yang inilah dikatakan
pembangunan profesional.

Anda mungkin juga menyukai