Anda di halaman 1dari 11

Masalah Penulisan Tinjauan Literatur : Satu Kajian ke Atas Pelajar Semester 7

di Sebuah IPG Kampus.


Oleh
Zamidi bin Ismail
zamidi@iptho.edu.my
Jamiaaton Soffiah binti Harun
jamiaaton@iptho.edu.my
Muhamad Kasim bin Basir, Ph.D
kasim@iptho.edu.my
IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat

Abstrak

Kajian ini melibatkan seramai 80 orang pelajar semester 7 dalam aspek


penyediaan dan penulisan tinjauan literatur. Mereka telah menghasilkan
kertas cadangan penyelidikan tindakan dalam kursus Penyelidikan Tindakan 1.
Maklumat dikumpul berdasarkan analisis penulisan kertas cadangan dan
borang maklum balas pelajar secara bertulis terhadap masalah yang mereka
hadapi dalam penyediaan tinjauan literatur. Analisis dijalankan menggunakan
pendekatan analisis kandungan. Dapatan disusun dalam beberapa kategori
dan tema. Dapatan menunjukkan terdapat beberapa masalah yang
dikenalpasti terutamanya aspek pemilihan artikel, membuat analisis artikel
dan mensintesis hasil analisis untuk menghasilkan penulisan mengikut gaya
bahasa sendiri serta mengikut format penulisan ilmiah yang berkualiti.
Beberapa implikasi dan cadangan diberikan.

Kata kunci: Masalah penulisan literatur, menganalisis artikel, mensintesis


artikel, menulis semula.

Pendahuluan

Semasa kami memeriksa kertas cadangan penyelidikan tindakan pelajar Semester 7


kami telah mendapati kualiti penulisan bahagian tinjauan literatur kurang memuaskan.
Kebanyakan pelajar tidak dapat mencapai piawaian dan rubrik pemarkahan
bahagian tersebut. Dalam satu perbincangan kumpulan berfokus (Focus Group
Discussion FGD) yang diadakan bersama wakil-wakil pelajar, pelajar telah
menyatakan mereka mengalami masalah yang besar dalam penulisan tinjauan
literatur. Penemuan kepada masalah ini telah mendorong kami untuk mendalami
permasalahan sebenar yang dihadapi oleh pelajar dalam aspek penulisan tinjauan
literatur.
Kajian ini berfokus kepada usaha-usaha mengenalpasti beberapa aspek dalam
tinjauan literatur yang dihadapi oleh pelajar. Ini membolehkan kami mencadangkan
langkah-langkah

yang

boleh

diambil

dalam

menangani

masalah

tersebut.

Diharapkan usaha ini dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam tinjauan literatur
untuk membantu mereka melengkapkan tesis sarjana muda pada semester 8. Di
samping itu kami berharap usaha ini dapat dikembangkan dalam menyediakan
penulisan ilmiah pelajar yang berkualiti.
Usaha meningkatkan kemahiran menulis tinjauan literatur adalah relevan kepada
usaha membangunkan kompetensi guru permulaan menjalankan penyelidikan yang
berkualiti. Di samping itu ia juga dapat membantu mereka dalam penyelidikan dan
penulisan ilmiah sebagai guru atau semasa mereka melanjutkan pengajian di
peringkat yang lebih tinggi di masa hadapan.

Objektif
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar
Semester 7 di IPG dalam penulisan tinjauan literatur.

Peserta kajian
Seramai 80 pelajar-pelajar PISMP Semester 7 IPGKTHO daripada pelbagai
pengkhususan.
Metodologi
Kajian ini merupakan kajian tinjauan. Maklumat dikumpulkan menggunakan borang
maklumbalas pengesanan masalah pelajar dalam penulisan tinjauan literatur secara
bertulis dan kertas cadangan penyelidikan tindakan pelajar. Maklumat yang
diperolehi dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan. Penemuan
diklasifikasikan ke dalam beberapa kategori dan tema yang utama.

Penemuan
Berdasarkan keputusan analisis, terdapat empat kategori utama masalah yang
dikenalpasti iaitu masalah dalam aspek pemilihan artikel, masalah membuat analisis
artikel, masalah mensintesis hasil analisis dan masalah menghasilkan penulisan
mengikut gaya bahasa sendiri mengikut format penulisan ilmiah yang berkualiti.
Masalah pemilihan artikel
Masalah pemilihan artikel mempunyai kaitan tentang kefahaman pelajar mengenai
tinjauan literatur. Terdapat pelajar yang keliru dengan fungsi tinjauan literatur
Sebagai contoh, terdapat pelajar menulis masalah yang dihadapi seperti berikut:
Tidak faham apa yang diperlukan dalam tinjauan literatur.
Tidak jelas cara penulisan tinjauan literatur.
Seharusnya pelajar faham bahawa tinjauan literatur dibuat untuk membolehkan
penyelidik mengetahui secara mendalam perkembangan semasa, isu yang berkaitan
dengan kajian yang akan dijalankan, metodologi yang telah digunakan oleh
penyelidik terdahulu dan dapatan yang diperolehi daripada kajian lepas. Maklumat ini
membolehkan mereka mencari fokus bagi pemasalahan penyelidikan mereka,
merancang

strategi

pelaksanaan

tindakan,

memilih

penyelidikan dan membahaskan hasil dapatan mereka.

instrumen,

menjalankan

Kemungkinan masalah penyampaian dan masa kuliah yang terhad menyebabkan


timbul kekeliruan ini. Oleh itu inisiatif kepada pensyarah memberi bimbingan khas
dan pelbagai usaha lain untuk memberi penjelasan tentang maksud sebenar tinjauan
literatur perlu diambilkira.
Terdapat pelajar yang menghadapi masalah memilih artikel yang bertepatan dengan
tinjauan literatur. Masalah ini berpunca daripada kegagalan pelajar dalam
mendapatkan bahan sumber yang primer, bahan-bahan rujukan tempatan yang
kurang dan sumber rujukan yang lama. Kesan daripada punca dan masalah ini,
pelajar tidak dapat membahaskan teori yang berkaitan dengan isu yang dikaji kerana
mereka memerlukan sumber rujukan yang baik dan terkini. Sebagai alternatif, pelajar
didapati sering menggunakan sumber-sumber lain yang bersifat sekunder, laman
web dan blog yang boleh diperolehi dengan mudah sebagai rujukan utama tinjauan
literatur mereka. Sebagai contoh seorang pelajar menyatakan:
Susah untuk mendapatkan bahan bacaan primer. Selain itu, bahan yang
didapati daripada internet tidak menyatakan pengarangnya. Oleh itu bahan
tersebut menjadi tidak sah...
Masalah pemilihan artikel juga berkaitan dengan kemampuan pelajar menggunakan
sumber-sumber rujukan dalam bentuk elektronik. Sebahagian besar pelajar tidak
dapat menggunakan kemudahan TMK dalam membantu mereka. Ini adalah kerana
mereka tidak dapat menggunakan teknologi terkini dan kurang menyedari terdapat
pelbagai sumber rujukan elektronik terkini yang boleh dimanfaatkan membantu
mereka dalam penulisan tinjauan literatur. Sebagai contoh mpelajar tidak tahu
bahawa terdapat aplikasi perisian seperti Endnote, Mendeley dan sebagainya serta
laman-laman web yang berkaitan yang boleh membantu mendapatkan artikel
penyelidikan yang berwibawa.
Masalah membuat analisis artikel

Masalah dalam membuat analisis artikel juga merupakan satu masalah utama yang
sering dihadapi oleh pelajar. Melalui tinjauan, 77 responden memberi sebab mereka
tidak tahu mengumpul dan menganalisis dan menulis semula sumber maklumat.

Mengikut Noraini (2010), kemahiran mengumpul, menganalisis dan menulis semula


maklumat merupakan beberapa langkah penting dalam membuat ulasan literatur
bermula dengan langkah mengenalpasti kata kunci dan kegunaannya, menentukan
lokasi bahan literatur penyelidikan, menilai dan memilih bahan literatur secara kritikal,
mengatur bahan rujukan dan akhir sekali menulis tinjauan literatur.
Masalah menganalisis artikel berlaku amat ketara disebabkan pelajar tidak dapat
menggunakan artikel yang dibaca bagi menghubungkaitkan isu atau pokok
persoalan yang dikaji. Pelajar juga gagal memecahkan bahan bacaan kepada
komponen-komponen lebih kecil seperti metodologi, dapatan kajian lepas, teori dan
sebagainya.

Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai kemahiran atau teknik

tertentu di dalam membuat analisis artikel. Akibatnya pelajar mengambil jalan mudah
dengan menyalin semula tanpa membuat sebarang perubahan ke dalam penulisan
mereka. Perkara ini dikesan apabila terdapat kecelaruan gaya bahasa di dalam
beberapa perenggan yang berbeza. Perkara ini juga dapat dikenalpasti apabila
mereka menulis isu yang sama dalam beberapa perenggan.
Tinjauan ini juga mendapati antara kelemahan pelajar dalam membuat analisis artikel
berpunca daripada penguasaan mereka dalam membaca artikel dalam Bahasa
Inggeris. Antara dapatan yang ditemui adalah seperti berikut:
..kebanyakan sumber dalam Bahasa Inggeris..
Kemungkinan masalah ini timbul, adalah disebabkan sebelum mengambil kursus
Penyelidikan Tindakan 1, mereka terlalu bergantung dengan bahan-bahan rujukan
berbahasa Melayu. Apabila mereka dikehendaki menulis tinjauan literatur , berlaku
kejutan kerana terpaksa membuat banyak rujukan dan artikel dalam Bahasa Inggeris.
Masalah merumus dan mensintesis hasil analisis
Analisis ke atas penulisan kertas cadangan pelajar telah mendapati masalah pelajar
dalam mensintesis bahan artikel sering berlaku. Terdapat tiga kelemahan utama
yang dikenalpasti dalam aspek mensintesis hasil analisis.

Kelemahan pertama, pelajar tidak dapat mempersembahkan penulisan berdasarkan


isu utama. Sebagai contoh terdapat dua isu yang ditulis dalam satu perenggan.
Seharusnya satu isu boleh dibahaskan dalam satu perenggan sahaja. Rajah 1
menunjukkan contoh penulisan pelajar yang memetik pendapat Subadrah (2001).
Pelajar telah menulis satu isu baru yang dikemukakan oleh Shahabuddin et al. (2007)
di dalam perenggan yang sama. Seharusnya pendapat Subadrah boleh dihuraikan
dengan lebih lanjut dengan rujukan atau petikan yang lain dalam satu perenggan.

Rajah 1. Petikan penulisan tinjauan literatur kajian tindakan bertajuk : Penggunaan


Peta Minda dalam meningkatkan Kefahaman dan ingatan murid tahun 5
Subjek Sains.
Kelemahan kedua yang ketara dan sering berlaku di kalangan pelajar ialah
kegagalan mereka menyusun semula hasil pembacaan artikel dan bahan rujukan
mengikut kefahaman yang telah dirumuskan. Dalam contoh yang sama seperti Rajah
2, pelajar didapati gagal merumuskan isu yang sama daripada dua sumber yang
berbeza dan menulis kembali dalam bentuk ayat sendiri. Seharusnya dalam petikan
tersebut pelajar menulis hanya rumusan daripada dua sumber tersebut dalam dua
atau tiga ayat sahaja.

Rajah 2. Petikan penulisan tinjauan literatur kajian tindakan bertajuk : Penggunaan


Peta Minda dalam meningkatkan Kefahaman dan ingatan murid tahun 5
Subjek Sains.
Kelemahan ketiga yang dikenalpasti ialah pelajar kurang mahir mengulas, memberi
pendapat, atau memberi kritikan terhadap maklumat yang dirumuskan. Perkara ini
menyebabkan mereka tidak dapat mengeluarkan idea baru atau pengetahuan baru
yang diperolehi melalui kombinasi maklumat yang dirumuskan dan tafsiran mereka
terhadap maklumat tersebut. Ini menyebabkan penulisan mereka tidak bersifat
kritikal dan menunukkan penulisan yang kurang matang. Kemahiran ini perlu
dipertingkatkan untuk memupuk kemahiran pelajar berfikir secara kreatif dan kritis
bagi menyuburkan pemikiran pada aras tinggi yang mampu mengutarakan ide-ide
baru dalam bidang pendidikan.

Masalah penulisan mengikut gaya bahasa sendiri dan format penulisan ilmiah
yang berkualiti.
Dapatan daripada borang maklumbalas tinjauan masalah pelajar dan analisis
penulisan kertas cadangan penyelidikan tindakan, beberapa kelemahan yang
berlaku semasa pelajar membuat penulisan tinjauan literatur boleh dikenalpasti.
Antaranya ialah kegagalan menulis dengan bahasa sendiri. Ini menunjukkan pelajar
kurang menguasai laras bahasa penulisan ilmiah. Kelemahan ini mungkin
disebabkan

mereka

kurang

terdedah

penulisan

artikel

secara

ilmiah.

Ini

menyebabkan mereka kurang yakin menulis mengikut bahasa mereka sendiri.


Analisis menunjukkan kebanyakan pelajar tidak merancang penulisan mereka
dengan baik. Kebanyakan mereka tidak menstruktur penulisan mereka kepada tiga
aspek iaitu pengenalan, isi-isi utama (body) dan kesimpulan. Kebanyakan mereka
menghuraikan penulisan tanpa memberi gambaran awal kepada pembaca apakah
isu yang ingin diterangkan. Ini menyebabkan pembaca mengenal isi-isi yang
terkandung dalam perenggan tersebut. Seterusnya mereka tidak merumuskan
penulisan mereka di bahagian akhir sesuatu perenggan.
Di antara kelemahan lain yang didapati dalam penulisan literatur pelajar adalah
ketidakseragaman dalam menggunakan istilah. Sebagai contoh penggunaan istilah
rawatan dengan intervensi, kaedah

dengan metodologi dan subjek dengan

responden. Ini menunjukkan pelajar kurang pasti penggunaan istilah-istilah ini dan
tidak tahu bila dan di mana istilah ini dapat diaplikasikan dalam penulisan literatur.
Masalah ini berterusan sehingga pelajar tidak dapat menulis menggunakan laras
bahasa yang tepat.
Dapatan lain yang turut mempengaruhi kualiti penulisan literatur adalah format atau
sistem APA. Kebanyakan pelajar sering melakukan kesilapan menulis senarai
rujukan dan rujukan di dalam teks mengikut format APA. Perkara ini seharusnya
tidak berlaku kerana pelajar telah diberi pendedahan awal semasa mereka belajar
dan melaksanakan tugasan kerja kursus dalam mata pelajaran lain.

Perbincangan dan implikasi


Masalah pemerolehan dan pemilihan artikel merupakan antara punca pelajar tidak dapat
menghasilkan tinjauan literatur yang baik. Oleh itu usaha-usaha berikut perlu dilakukan:

i.

Meningkatkan kuantiti dan kualiti sumber rujukan bahan-bahan penyelidikan di


pusat sumber

ii. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam mencari sumber bahan rujukan dalam
talian (online) dalam bentuk jurnal, hasil penyelidikan atau prosiding seminar

Tinjauan literatur melibatkan penulis atau pengkaji membuat rumusan dan mensintesis
semula bahan-bahan rujukan yang telah dirujuk. Rumusan melibatkan proses
menganalisis dan mengeluarkan maklumat penting daripada sumber-sumber rujukan,
manakala sintesis melibatkan proses menyusun dan menulis semula maklumat penting
dalam satu bentuk maklumat yang baharu. Proses sintesis boleh memberikan tafsiran
yang baharu ke atas maklumat yang diperolehi atau kombinasi tafsiran lama dan baharu
ke atas maklumat tersebut. Berdasarkan dapatan ini kami mendapati pelajar masih keliru
tentang konsep tinjauan literatur. Oleh itu langkah-langkah berikut harus dilakukan:

i.

Memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang konsep tinjauan literatur


sebelum semester 7

ii. Latihan membuat kritikan penulisan ilmiah perlu dipertingkatkan. Kritikan


terhadap penulisan membolehkan pelajar meningkatkan kemahiran mereka
mengenal isu utama sesuatu penulisan ilmiah, menganaliss dapatan dan
meningkatkan kemahiran mereka membuat rumusan. Perkara ini dijangka
sangat membantu mereka membuat analisis, mensintesis pelbagai bahan dan
menulis semula rumusan tersebut menggunakan gaya bahasa sendiri.

Tinjauan literatur memberikan panduan kepada penyelidik untuk memulakan,


menjalankan dan menyediakan pelaporan penyelidikannya. Ia membekalkan
pengetahuan yang komprehensif tentang perkembangan, isu, dapatan dan
metodologi yang telah digunakan oleh penyelidik yang terdahulu. Ini akan

membolehkan mereka mencari fokus bagi pemasalahan penyelidikan mereka,


merancang

strategi

pelaksanaan

tindakan,

memilih

instrumen,

menjalankan

penyelidikan dan membahaskan hasil dapatan mereka. Oleh itu kemahiran dalam
penulisan tinjauan literatur amat penting kepada pelajar-pelajar semester 8 dalam
menjalankan penyelidikan dan menyiapkan pelaporan tesis sarjana muda mereka.
Oleh itu usaha-usaha berikut perlu dilakukan:
i.

Kemahiran

pelajar membuat penulisan ilmiah perlu terus dipupuk. Usaha

mengadakan perbincangan ilmiah seperti kolokium, dialog profesional dan


seminar melibatkan penyertaan pelajar perlu dibuat dengan lebih kerap.
Perkara ini secara tidak langsung menggalakkan pelajar membuat penulisan
ilmiah yang berkualiti.
ii. Bengkel atau kursus khas kepada pelajar harus diberi memandangkan masa
untuk pembelajaran tentang tinjauan literatur adalah terhad dalam peruntukan
kandungan proforma penyelidikan tindakan 1 (IPG KPM, 2007).

Keupayaan menganalisis dan mensintesis pelbagai maklumat untuk menghasilkan


penulisan yang berkualiti amat penting kepada pelajar untuk menjalankan
penyelidikan dan seterusnya dapat digunakan apabila mereka belajar di peringkat
ijazah lanjutan. Kemahiran ini juga perlu untuk membolehkan mereka membuat
pelaporan penyelidikan samada di peringkat sekolah, PPD, JPN dan juga
Kementerian Pelajaran. Perkara ini boleh membantu mereka menjadi guru
cemerlang yang dapat mengintegrasikan budaya penyelidikan dalam usaha
menambahbaik

amalan

atau

menyelesaikan

pelbagai

isu

melalui

dapatan

penyelidikan.
Oleh kerana pensyarah terlibat secara langsung dalam membimbing pelajar maka
kursus penulisan ilmiah harus diberi kepada mereka. Pendedahan kursus ini amat
penting dalam meningkatkan kemahiran pensyarah dalam menjamin kualiti
penyeliaan dan penulisan tesis yang berkualiti. Di samping itu usaha-usaha ke arah
penghasilan inovasi yang boleh digunakan untuk memudahkan pelajar memahami
dan menguasai penulisan literatur perlu disuburkan. Sehubungan dengan itu kami
telah memperkenalkan satu inovasi bertajuk Teknik KASiM kepada pelajar Semester
8 dalam membantu mereka meningkatkan kemahiran dalam penulisan literatur.

Kesimpulan
Hasil daripada kajian ini telah dapat mengenalpasti beberapa kelemahan dalam
penulisan literatur kajian. Kelemahan-kelemahan tersebut adalah aspek-aspek
pemilihan artikel, membuat analisis artikel dan mensintesis hasil analisis untuk
menghasilkan penulisan mengikut gaya bahasa sendiri serta mengikut format
penulisan ilmiah yang berkualiti.

Beberapa cadangan juga telah diutarakan bagi

mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut. Diharapkan usaha-usaha ini akan


meningkatkan kemahiran pelajar dalam penyelidikan selaras dengan hasrat
menjadikan IPG sebagai institusi yang berwibawa dalam penghasilan guru
permulaan yang berkualiti dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan abad ke 21.

Bibliografi
Creswell, J. W. (2005). Educational research. Planning, conducting and evaluating
quantitative and qualitative research. Ohio: Prentice Hall.
IPG KPM (2007). Pro Forma Kursus SCE3113 : Penyelidikan Tindakan 1 Sains
Pendidikan Rendah (Kaedah) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
dengan Kepujian, Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.
Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd..

Anda mungkin juga menyukai