Anda di halaman 1dari 8

TEKNIK KASiM+M GooD

Oleh
Tuan Hj.Zamidi bin Ismail
IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat

SINOPSIS
Teknik KASiM+M GooD merupakan satu inovasi bersepadu di antara
Teknik KASiM, Perisian Mendeley dan Google Drive dalam membantu
penulisan penyelidikan tindakan pelajar tahun akhir terutama bahagian
tinjauan literatur. Inovasi ini tercetus setelah mendapati ramai pelajar tahun
akhir PISMP menghadapi masalah dalam penulisan tinjauan literatur yang
berkualiti semasa mereka menghasilkan kertas cadangan penyelidikan
tindakan. Masalah yang dihadapi dalam penulisan tinjauan literatur
merangkumi aspek pemilihan artikel, membuat analisis artikel dan
mensintesis hasil analisis untuk menghasilkan penulisan mengikut gaya
bahasa sendiri serta mengikut format penulisan ilmiah yang berkualiti. Bagi
mengatasi masalah ini, Teknik KASiM+M telah diperkenalkan kepada
pelajar sebagai tindakan untuk membantu mereka menghasilkan penulisan
laporan kajian. Teknik KASiM merupakan kaedah yang sistematik untuk
menstruktur dan mengorganisasikan penulisan tinjauan literatur
mengandungi empat proses iaitu K=Kumpul, A=Analisis, Si=Sintesis dan
M=Murni. Teknik KASiM telah ditambahbaik melalui aplikasi Teknologi
Maklumat & Komunikasi (TMK) dengan mengubahsuai templat analisis
berasaskan kata kunci dalam format MS Word, integrasi perisian bibliografi
Mendeley dan penyimpanan bahan rujukan dalam Google Drive. Satu
bengkel aplikasi Teknik KASiM+M GooD telah dilaksanakan kepada 60
orang pelajar PISMP Semester 8 daripada pelbagai opsyen dan mendapat
sambutan yang amat menggalakkan.
OBJEKTIF/TUJUAN
a) Memberi pendedahan kepada pelajar teknik dan kaedah menulis tinjauan
literatur secara teratur dan sistematik menggunakan Teknik KASiM.

b) Meningkatkan kualiti penulisan tinjauan literatur di dalam menghasilkan


laporan penyelidikan tindakan berbantukan perisian Mendeley.

c) Mengumpul bahan dan artikel rujukan di dalam perpustakaan digital


individu melalui kolaborasi dan perkongsian di Google Drive.

ASPEK/HURAIAN INOVASI
Inovasi Teknik KASiM+M GooD telah dilaksanakan berdasarkan carta alir
seperti dalam Rajah 1 berikut:

Rajah 1. Carta Alir Teknik KASiM + M


Kertas cadangan penyelidikan tindakan pelajar disemak dan dinilai oleh
penyelia menggunakan Senarai Semak Teknik KASiM. Tujuan penilaian
ini adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi pelajar dan
pengetahuan mereka dalam penulisan literatur. Ini dapat membantu pengkaji
dan inovasi ini memberi keutamaan dalam membantu menyelesaikan
masalah pelajar. Masalah penulisan tinjauan literatur di dalam penyediaan
kertas cadangan dan penulisan laporan penyelidikan tindakan dikategorikan
kepada empat tema atau kategori (Zamidi et al. 2013). Empat tema masalah
ini diringkaskan seperti di dalam Jadual 1.
Jadual 1. Masalah penulisan tinjauan literatur mengikut tema dan kategori
masalah pelajar PISMP Semester 7.
Tema Kategori Masalah
Masalah

Pemilihan Kekurangan artikel atau bahan rujukan penyelidikan


Artikel Hasil penyelidikan tempatan berkaitan yang kurang
Kurang mahir mencari sumber /artikel dengan isu/kajian
Kurang bahan rujukan primer
Membuat Tidak tahu mengumpul , menganalisis dan menulis semula
Analisis Artikel Tidak tahu membezakan isi-isi penting
Tidak dapat mengesan isu utama yang ingin dijelaskan
dalam satu artikel ilmiah
Mensintesis Tidak tahu merumus beberapa artikel
Hasil Analisis Tidak faham konsep tinjauan literatur
Tidak tahu mengintegrasi bahan literatur ke dalam
penulisan
Format Menulis dengan bahasa sendiri
Penulisan Kandungan Tinjauan Literatur (ada pengenalan, isi utama
Berkualiti dan rumusan)
Penulisan rujukan APA
Keseragaman (konsistensi) dalam penggunaan istilah
Penggunaan laras bahasa yang betul

Penggunaan senarai semak ini juga dapat memberi maklumbalas yang


berguna untuk membantu pensyarah penyelia membuat penilaian dan
seterusnya membimbing pelajar menyempurnakan penulisan laporan
penyelidikan tindakan. Langkah berikutnya adalah membantu pelajar-pelajar
yang bermasalah dalam penulisan tinjauan literatur melalui bengkel Teknik
KASiM+M GooD berasaskan modul yang disediakan (Rajah 2).
Rajah 2. Isi kandungan Modul Teknik KASiM+M
Modul disusun dalam bentuk latihan kendiri mengandungi maklumat tentang
Teknik KASiM dan juga aplikasi templat analisis MS Word (Rajah 3) serta
manual penggunaan perisian Mendeley. Sesi bengkel dapat memberi peluang
kepada pelajar berinteraksi dengan penginovasi tentang proses Teknik
KASiM+M melalui tunjukcara dan juga aspek-aspek teknikal yang
berkaitan. Di samping interaksi bersemuka dalam bengkel, perkongsian
inovasi ini juga menggunakan aplikasi Google Drive, One Drive atau
Dropbox sebagai satu medium untuk mereka menyimpan bahan-bahan
literatur secara digital berasaskan teknologi awan. Melalui bengkel, modul
dan perkongsian bahan digital pelajar-pelajar khususnya yang berada di
Semester 7 telah diberi pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi sebagai
bekalan mereka melalui proses Intership dan mengaplikasinya dalam
penulisan laporan penyelidikan tindakan pada Semester 8.

Rajah 3. Templat Teknik KASiM+M versi 2

KEBAIKAN/KELEBIHAN PROJEK INOVASI


Satu kajian mengenai keberkesanan Teknik KASiM+M menggunakan soal
selidik dan senarai semak Pra & Pos telah dijalankan dan dibentangkan
dalam Seminar Penyelidikan Zon Selatan pada Oktober 2014. Antara
dapatan yang menarik ialah peratus bilangan responden dalam
mengaplikasikan proses-proses yang dicadangkan dalam Teknik KASiM
telah meningkat. Dari segi kekuatan, lebih 91% responden bersetuju teknik
ini banyak membantu menyelesaikan masalah penulisan literatur. Dalam
aspek peluasan, lebih 92% responden bersetuju teknik ini boleh
dikembangkan untuk tugasan kerja kursus yang lain dan kemajuan profesion
keguruan selepas tamat belajar (Zamidi et al. 2014).
Berdasarkan senarai semak Pra dan Pos, terdapat peningkatan yang menarik
dalam aspek proses Teknik KASiM. Ini dapat diringkaskan seperti Rajah 4
berikut:

100
91.43
90 98.57 97.14
92.86 91.43 91.43 91.43
80 81.43
82.86 80 81.43 82.86
70 77.14
60
50 PRA
40 POS
30
20
10
0
K1 K2 K3 K4 A1 A2 Si1 Si2 Si3 M1 M2 M3 M4

Rajah 4. Perbandingan peratus persetujuan pelajar tentang proses-proses


Teknik KASiM berdasarkan senarai semak Pra dan Pos.

Inovasi Teknik KASiM+M GooD telah mencetuskan budaya baru dalam


membuat penyelidikan khususnya bagi pelajar-pelajar Tahun Akhir. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa kemahiran pelajar dalam menghasilkan,
menganalisis dan membuat rumusan telah meningkat proses penggunaan
teknik KASIM dalam proses penulisan tinjauan literatur. Ini menunjukkan
bahawa Teknik KASIM berbantukan Mendeley dan Google Drive telah
dapat menjimatkan masa pelajar menulis laporan penyelidikan di samping
mengubah cara dan budaya menyelidik dengan cara yang lebih sistematik.
Seterusnya dapatan juga menunjukkan bahawa kemahiran dan pengetahuan
yang diperolehi meningkatkan keyakinan pelajar untuk membuat penulisan
laporan penyelidikan tindakan dan artikel penyelidikan dengan lebih
berkualiti dan membantu proses penyemakan para pensyarah penyelia
dengan lebih lancar.

KEJAYAAN INOVASI

Di peringkat IPGKTHO inovasi ini telah berjaya membantu pelajar Tahun


Akhir menyiapkan penulisan penyelidikan tindakan dengan cara yang
sistematik. Di samping itu ia dapat membantu pensyarah penyelia mengurus
penulisan laporan penyelidikan pelajar-pelajar di bawah seliaan dengan
penyediaan templat analisis secara teratur. Pada tahun 2014, inovasi ini telah
mendapat Johan Keseluruhan dalam pertandingan Inovasi P&P peringkat
IPGKTHO. Seterusnya pada tahun 2015 mendapat anugerah Perak dalam
Pertandingan Inovasi & Kreativiti peringkat IPGM di IPGK Pulau Pinang.

GAMBAR BERKAITAN
Johan Inovasi IPGKTHO Tahun 2014

Gambar menunjukkan akaun Mendeley pelajar yang terlibat dalam Inovasi


Teknik KASiM+M GooD

Anda mungkin juga menyukai