Anda di halaman 1dari 6

NAMA PELAJAR: SRI SUGANTHI A/P GOVINDARAJU

NO.MATRIK: M20192001277 (1ST SEM)

TAJUK ARTIKEL: Perkembangan Emosi Kanak-Kanak menggunakan Lagu Didi & Friends

PENULIS ARTIKEL: Zaharah Osman

TAHUN DITERBITKAN: 2016

ULASAN ARTIKEL:

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat perkembangan emosi kanak-kanak dalam
aktiviti muzik. Penulis kajian ini, Zaharah Osman telah mengkaji perkembangan emosi kanak-
kanak menggunakan Lagu Didi & Friends di sebuah taska di Petaling Jaya, Selangor. Mengikut
penulis, melalui aktiviti pembelajaran dan pengajaran di taska, perkembangan emosi kanak-
kanak dapat dipupuk. Kemahiran guru di taska dalam pengelolaan aktiviti pembelajaran dan
pengajaran sangat penting dalam memupuk perkembangan kanak-kanak. Berbagai teknik
pembelajaran dan pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak seperti nyanyian, bercerita ataupun
modeling (Naughton & Williams, 2009). Ini kerana kanak-kanak suka mendengar dan
melibatkan diri dalam aktiviti muzik. Terdapat juga kanak-kanak yang akan menyanyi sendirian
ketika bermain. Oleh itu, pengalaman aktiviti muzik yang dirancang untuk kanak-kanak boleh
memupuk perkembangan emosi mereka (Parlakian & Lerner, 2010).

Penulis telah mengemukakan dapatan daripada beberapa kajian lepas pada bahagian
kajian literatur. Pertamanya, penulis telah mengemukakan kajian mengenai penggunaan lagu
kanak-kanak dalam membantu penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak berusia tiga
tahun di taska. Kajian tersebut dilakukan oleh Muhd Amirull pada tahun 2014 dan bertujuan
menganalisis kemahiran dalam penguasaan kosa kata bahasa Inggeris, mengaplikasikan
perkataan bahasa Inggeris ketika berkomunikasi di dalam kelas, dan menganalisis kesan terhadap
minat serta rasa keterujaan dalam kalangan kanak-kanak berusia tiga tahun di taska untuk
mempelajari bahasa Inggeris selepas menggunakan kaedah nyanyian lagu kanak-kanak. Dapatan
kajian tersebut menunjukkan bahawa penggunaan lagu kanak-kanak membantu kanak-kanak
berusia tiga tahun di taska tersebut dalam penguasaan kosa kata bahasa Inggeris,
mengaplikasikan perkataan bahasa Inggeris ketika berkomunikasi di dalam kelas, dan
melahirkan minat serta rasa keterujaan dalam kalangan kanak-kanak berusia tiga tahun di taska
untuk mempelajari bahasa Inggeris.

Kelahiran minat dan rasa keterujaan tersebut berkait rapat dengan tahap ketiga iaitu
‘inisiatif lawan bersalah’ dalam Teori Perkembangan Psikososial Erikson yang dipelajari dalam
kursus KPP 60104. Kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun akan mengalami tahap ketiga
ini. Pada tahap ini, kanak-kanak berinisiatif untuk meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan
mencabar. Mereka juga dapat belajar dan bergerak dengan cepat. Maka, sudah tentu apabila
mereka didedahkan kepada lagu yang melibatkan muzik dan pergerakan, mereka tertarik
kepadanya. Pembelajaran berasaskan lagu adalah sesuatu yang baru untuk mereka pada tahap ini
lalu mereka mencuba mempelajarinya dengan rasa keterujaan. Lebih-lebih lagi, sekiranya cikgu
taska memberi galakan dan motivasi dengan menepuk tangan, mereka berasa lebih gembira dan
pembelajaran berlaku secara optimum.

Walaubagaimanapun, cikgu-cikgu di taska perlu sangat berhati-hati dengan perlakuan


dan percakapan mereka kerana kanak-kanak lebih peka kepada perkara betul dan salah pada
tahap ini. Mereka berasa malu apabila diketawakan oleh cikgu-cikgu atau rakan sebaya mereka.
Sebaliknya, mereka membina sikap positif jika diberi galakan. Galakan akan menyedarkan
kanak-kanak tentang potensi diri. Dalam tahap ‘inisiatif lawan bersalah’ ini, tugas cikgu-cikgu
taska bukan hanya memasang lagu, malah mereka perlu membimbing dan memberi kebebasan
kepada kanak-kanak untuk mencuba menyanyi. Sekiranya kanak-kanak sering dikawal dari
mencuba, mereka akan berasa putus asa dan kurang berinisiatif. Hal ini kerana, pada tahap inilah
kanak-kanak mula berinteraksi dengan persekitaran. Banyak inisiatif dilaksanakan bagi
memenuhi naluri ingin tahu yang tinggi. Mereka akan cuba melakukan kerja-kerja yang dibuat
oleh orang dewasa. Perkembangan ketika ini tidak boleh disalah asuh kerana akan menyebabkan
kanak-kanak hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan menimbulkan masalah apabila memasuki
alam persekolahan.
Seterusnya penulis telah membincangkan mengenai kajian Azli dan Abu Bakar (2013)
yang menggalakkan kanak-kanak berimaginasi untuk membantu kanak-kanak untuk berfikir dan
seterusnya menghasilkan idea atau pendapat yang pelbagai. Menurut kajian ini, unsur muzik
dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja boleh membina kanak-kanak yang kreatif,
malah dapat mengembangkan lagi tahap kepintaran dan perkembangan kognitif dan bahasa
mereka.

Bukan hanya perkembangan kepintaran dan kognitif, malah unsur muzik juga boleh
dikaitkan dengan perkembangan emosi. Perkembangan emosi sudah tentu berkait rapat dengan
persekitaran mikrosistem dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner yang dipelajari dalam kursus
KPP 60104. Persekitaran mikrosistem seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1, merangkumi
sekolah/taska dan perhubungan antara cikgu dan rakan-rakan sebagai interaksi terdekat dengan
kanak-kanak. Kepintaran, kecelikan dan kestabilan emosi sudah tentu dimulakan atau ‘initiated’
daripada keluarga tetapi diperkembangkan ke tahap yang lebih tinggi di taska. Tanpa bimbingan
yang elok daripada cikgu di taska, perkembangan emosi kanak-kanak akan terjejas. Bimbingan
cikgu taska berbantukan lagu dan muzik akan menjayakan lagi proses perkembangan emosi
kanak-kanak.
Rajah 1 menunjukkan sekolah/taska dan perhubungan antara cikgu dan rakan-rakan
sebagai interaksi terdekat dengan kanak-kanak dalam persekitaran mikrosistem.

Seterusnya, penulis telah membincangkan kajian mengenai “Penggunaan dan Integrasi


Muzik dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Prasekolah Seri Mawar, Institut Pendidikan Guru,
Kampus Ipoh” yang dikaji oleh Hanizah pada tahun 2010. Kajian dijalankan untuk mendapatkan
persepsi atau pandangan guru prasekolah di Prasekolah Seri Mawar, Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh mengenai penggunaan dan integrasi muzik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Dapatan kajian menunjukkan kecerdasan muzikal membantu
kanak-kanak prasekolah dalam proses pembelajaran, muzik latar di dalam kelas dapat
mempengaruhi mood dan keadaan sedia kanak-kanak, dan penggunaan dan integrasi muzik dapat
membantu kanak-kanak secara akademik, pembentukan sahsiah dan pembentukan emosi kanak-
kanak, yakni keupayaan perkembangan minda serta menambah kesedaran estetika dalam diri
kanak-kanak.
Rajah 2 Orientasi kepatuhan dan hukuman sebagai peringkat pertama dan orientasi ganjaran
peribadi sebagai peringkat kedua untuk kanak-kanak bawah 6 tahun.

Pembentukan sahsiah dan kesedaran estetika dalam diri kanak-kanak boleh dikaitkan
dengan peringkat kedua Teori Perkembangan Moral Kohlberg yang dipelajari dalam kursus KPP
60104. Menurut Kolhberg, peringkat kedua perkembangan moral ialah orientasi ganjaran
peribadi seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2. Peringkat ini boleh dilihat pada kanak-kanak
yang berumur 6 tahun di mana mereka menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri.
Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas
mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau menggembirakan mereka itulah yang
dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara atau insiden
itu berlaku kepada kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh jika Arif mendapat gula-gula daripada
cikgu disebabkan menyanyi dengan baik, Ali pun hendakkan ganjaran itu lalu berusaha
menyanyi dengan baik.

Akhirnya, penulis telah membincangkan kajian mengenai ‘Joint Music Making Promotes
Prosaically Behavior in 4 Years Old Children’ yang dikaji Kirschner & Tomasello pada tahun
2010. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan muzik terhadap tingkah laku pra
sosial kanak-kanak. Hasil kajian menunjukkan muzik boleh meningkatkan pra sosial kanak-
kanak. Selain itu, muzik juga dapat meningkatkan tingkah laku kanak-kanak iaitu seperti
kerjasama, interaksi sosial dan bahasa kanak-kanak.

Pembentukan moral seperti kerjasama dalam kalangan kanak-kanak boleh dikaitkan


dengan peringkat pertama Teori Perkembangan Moral Kohlberg yang dipelajari dalam kursus
KPP 60104. Menurut Kolhberg, peringkat pertama perkembangan moral ialah orientasi
kepatuhan dan hukuman seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2. Peringkat ini boleh dilihat pada
kanak-kanak yang berumur 4 tahun di mana penilaian oleh kanak-kanak ini bergantung kepada
kesan fizikal yang akan dikenakan ke atas mereka. Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa
adalah untuk mengelakkan dendaan. Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu
dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang akan diterima. Mereka tidak dapat
membezakan apa yang betul atau salah merujuk kepada harapan masyarakat. Mereka akan
mempraktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan dan pelbagai jenis aspek moral yang
lain, walaupun mereka tidak mengetahui maksud moral yang sebenar. Dalam pembelajaran
berbantukan muzik pun pada mulanya perkembangan moral iaitu bekerjasama akan berlaku
tanpa disedari oleh kanak-kanak tersebut. Contohnya, mereka berdiri secara berpasangan atau
berkumpulan serta membuat gerak-geri mengikut rentak lagu seperti yang diarahkan oleh guru
pra-sekolah dengan betul untuk elakkan dirotan. Lama-kelamaan baru kanak-kanak belajar erti
sebenar bekerjasama dalam kumpulan semasa menari.

Pada akhir kajian literatur, penulis telah membuat kesimpulan bahawa nyanyian dan
pergerakan seperti menari secara bersama dapat menggalakkan kanak-kanak untuk sama-sama
berkongsi dari segi emosi, pengalaman dan aktiviti yang dilakukan dengan orang lain. Secara
ringkasnya penggunaan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang positif
terhadap perkembangan sosial, emosi, dan moral kanak-kanak merujuk kepada Teori Ekologi
Brofenbrenner, Teori Sosioemosi Erik Erikson dan Teori Perkembangan Moral Lawrence
Kohlberg.

Anda mungkin juga menyukai