Anda di halaman 1dari 9

TEORI PIAGET

(PERKEMBANG
AN KOGNITIF)
PANDANGAN PIAGET TERHADAP PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK

✘ Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-


peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia
yang berbeza-beza (Mok Soon Sang, 2009).

✘ Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif


kanak-kanak, sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan
mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan
ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan
menilai persekitaran fizikalnya.
✘ Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku
secara berperingkat. Peringkat yang lebih awal adalah penting
bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya
kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas
bagi perkembangan yang berikutnya.

✘ Jean Piaget telah memperkenalkan 4 konsep utama teori


kognitif iaitu:-
I. Skema (Schema)
II. Penyerapan (Assimilation)
III. Pengubahsuaian (Accomodation)
IV. Keseimbangan (Equilibrium)
4 PERINGKAT PERKEMBANGAN
KOGNITIF KANAK-KANAK

PERINGK PERINGK PERINGK


PERINGKA
AT AT AT
T
SENSORI OPERASI OPERASI
PRAOPER
MOTOR KONKRIT FORMAL
ASI
ERINGKAT SENSORI MOTOR ( 0 – 2 TAHUN )
 (Peringkat bayi) belajar interaksi deria dengan persekitarannya.
 Contoh : Bayi belajar dengan mengangkat benda,memainkan-
mainkannya, merasa dan menggigit.
 Memerhatikan benda melalui penglihatan dan pendengaran bunyi.
 2 tahun - memperoleh kepercayaan tentang pengekalan objek,
iaitu dia sedar objek itu akan terus wujud walaupun tidak dapat
disentuh atau lihat.
 Mengulangi sesuatu tingkah laku secara berulang kali, misalnya
menghisap ibu jari.
 Belajar melalui pemerhatian terhadap pelakuan orang lain.
 Mula meniru tindakan yang mereka tidak pernah lakukan sebelum
ini.
 Pembelajaran bayi bergantung kepada pengalaman sensori dan
motor (menggenggam, menghisap, mendengar dan lain-lain).
PERINGKAT PRAOPERASI ( 2 – 7 TAHUN )
 Mula berfikir secara logik tapi belum dapat menguasai kebolehan
memproseskan pemikiran mengikut peraturan-peraturan yang logik.
 Mempratikkan kemahiran yang baru diperoleh dengan menggunakan simbol
untuk mewakili objek.
 Cth : kanak-kanak prasekolah suka bermain masak-masak, berlagak
memandu kereta.
 Semakin maju dalam penguasaan dan penggunaan bahasa.
 Belum dapat bezakan antara sifat-sifat benda hidup dan benda bukan hidup.
 Kanak-kanak mempunyai imaginasi bahawa batu adalah hidup dan pokok
boleh befikir seperti manusia (animism).
 Kanak-kanak masih belum dapat membezakan pandangan orang lain
dengan diri sendiri (egosentrisme)
 Memusat kepada kepentingan diri dan sukar menerima pendapat orang lain
 Kanak-kanak menghadapi kesukaran mengoperasi konsep, misalnya
walaupun boleh mengira secara urutan, mereka tidak memahami operasi
bilangan.
INGKAT OPERASI KONKRIT ( 7 – 11 TAHUN )
 Kanak-kanak telah mula berkemampuan berfikir secara logik.
 Tetapi keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada
konkrit sahaja.
 Dapat dilihat apabila kanak-kanak memperoleh konsep
keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu
mengalami perubahan yang ketara.
 Boleh menguasai prinsip pengelasan - dapat mengklasifikasi
objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri.
Contoh, pengelasan mengikut ciri, warna, saiz dan bentuk.
 Boleh menguasai perkaitan logik - berkebolehan untuk
menyusun dalam minda mereka senarai secara siri ketinggian,
berat atau jantina. Contohnya, membezakan diantara orang yang
lebih tinggi atau lelaki dan perempuan.
 Tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak.
PERINGKAT OPERASI FORMAL ( 11 TAHUN KE
 Dapat melakukan andaian dan ramalan berdasarkan
fakta.
 Tidak lagi tertumpu kepada objek konkrit semata.
 Piaget berpendapat mereka sebenarnya dapat berfikir
secara logik ,termasuk berfikir secara abstrak, berfikir
secara sistematik dan membuat hipotesis. Contohnya
mampu memberi idea tentang punca sesuatu perkara.
 Pemikiran hipotesis membolehkan kanak-kanak itu
meramalkan “apa yang mungkin berlaku “ daripada
“apa yang akan berlaku”.
 Menguasai kebolehan untuk menyelesaikan masalah
dengan kombinasi pengetahuan ,pengalaman dan
kemahiran.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai