Anda di halaman 1dari 7

Fungsi Falsafah Dalam Kehidupan

• Cara pemikiran yang semula jadi tentang persoalan kehidupan kita.


Jika kita tekun mempelajari bidang falsafah, kita dapat
memperkembangkan kebolehan, kemahiran, kepandaian, kepintaran
dan kebolehan melihat sifat sebenarnya manusia.
• Falsafah bermula dengan perasaan ingin tahu yang terlalu tinggi dan
juga soalan-soalan yang timbul daripadanya.
• Perasaan ingin tahu - sedari awal kehidupan manusia.
• contoh; kanak-kanak yang baru belajar untuk bertutur akan menyoal
pelbagai soalan kepada ibu bapanya seperti: Dari manakah saya
datang?, Apakah yang ada di sebalik langit? Bagaimankah dunia ini
bermula? Dan pelbagai lagi soalan yang timbul.
• Pada dasarnya, dari permulaan kehidupan, setiap manusia menyoal
pelbagai soalan yang bermula dengan permasalahan yang berkaitan
dengan falsafah.
Fungsi Falsafah Dalam Kehidupan
• Falsafah berfungsi dengan sumber ilmu pengetahuan yang lain
sebagai bimbingan kepada keinginan dan aspirasi manusia.
• Falsafah - cinta pada kebebasan, iaitu secara pendekatan
etimilogi.
• Falsafah juga mencari kebenaran untuk memperoleh
pengetahuan sebenar sesuatu keadaan.
• -membentuk satu pandangan yang sistematik terhadap perkara
yang wujud di alam ini.
Fungsi Falsafah Dalam Kehidupan
• Falsafah merupakan bahagian pengetahuan yang berurusan
dengan realiti sebenar yang membantu manusia berfikir
dengan jujur dan teliti tentang makna hidup bagi seseorang
untuk menentukan manusia ke arah penghidupan yang tinggi
dan mulia.
• Falsafah merupakan satu proses yang memantulkan semula
apa yang dikritik tentang sesuatu konsep, atau fahaman.
• dianggap satu permainan yang bermain di kepala.
• Memberi panduan dan prinsip untuk memilih matlamat, kaedah
dan tujuan di samping mencari kebenaran tetapi tidak memberi
jawapan yang tetap yang tidak dapat dipersoalkan lagi.
Fungsi Falsafah Dalam Kehidupan
• Falsafah membantu manusia untuk memuaskan keperluan
yang sebenar (keperluan untuk memenuhi kehendak
sendiri) dengan menolong membina pendapat dan
kepercayaan, meningkatkan kesedaran diri, melengkapkan
kita untuk membuat keputusan, mencungkil daya kreativiti
dan membantu kita memperoleh konsep yang jelas dalam
sistem nilai.
Fungsi Falsafah Dalam Kehidupan
• Secara umum:
• Membantu manusia berkeupayaan dalam membuat analisasi
• Kita akan lebih berjaya dalam menandatangani masalah dan
membentangkan sesuatu perkara yang ingin diucap dengan lebih
efektif.
• Memberikan suatu pandangan hidup yang jelas.
• membolehkan kita melihat dunia ini secara mendalam dan
membentangkan kebolehan berfikir secara praktikal dan kreatif.
• Falsafah dapat membantu memperluaskan pandangan seseorang dan
memperbaharui pemikiran kita tentang apa itu kehidupan sebenarnya.
• Socrates -menyakinkan bahawa berkemampuan menentukan arah tuju
kehidupan sendiri. Pemikiran ahli falsafah adalah sistematik dan
berdasarkan prinsip-prinsip hidup.
Fungsi Falsafah Dalam Kehidupan
• Membantu manusia menguji kehidupannya
• Kebanyakan orang yang belajar falsafah mempercayai adalah penting
mempunyai pertanyaan tentang makna kemunculan kita di dunia ini.
Soalan-soalan yang paling asas akan ditanyakan ialah:
• - Kenapa kita datang ke dunia ini?
• - Apakah bukti kewujudan tuhan?
• - Apakah matlamat hidup kita?
• - Apakah yang menentukan betul, atau salah sesuatu perkara?
• - Adakah kita hidup secara imaginasi?
• - Bagaimana sains berkembang?
• - Apakah itu kesenian?
Fungsi Falsafah Dalam Kehidupan
• Membantu manusia berfikir secara teliti terhadap masa depan.
• Membuat analisis berdasarkan pendapat-pendapat yang dikeluarkan
dapat digunakan dalam ruang kehidupan yang lain.
• Memberi kepuasan dalam kehidupan
• Penilaian terhadap perkara yang telah berlalu
• perkara yang lepas selalunya dikaitkan dengan pengetahuan, konsep,
atau cara untuk menjadi teladan dan pengalaman kepada masa
hadapan. Ia adalah penting untuk mengetahui sesiapa yang salah,
atau betul dalam sesuatu peristiwa. Seterusnya, seseorang itu
haruslah memahami kesalahan yang dibuat dan mengapakah kita
melakukan kesilapan tersebut.
• Daripada pengalaman, atau peristiwa yang berlaku, seseorang itu
dapat mengambil pengajaran dan iktibar untuk memajukan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai