Anda di halaman 1dari 2

Bagaimanakah seseorang guru praperkhidmatan bergerak dari peringkat guru permulaan

kepada seorang guru yang matang, mempunyai keyakinan diri dan mahir dalam bidang
keguruan? Apakah yang berlaku dalam tempoh tersebut? Apakah pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan?
Anda mungkin melihat diri anda dalam situasi ini dan berharap anda akan menjadi seorang
guru yang dihormati murid dan disanjungi masyarakat. Sepanjang program latihan
keguruan, anda telahpun diberi peluang secara beransur-ansur untuk mengalami situasi
sebenar sekolah melalui aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan kemudiannya
amalan praktikum di sekolah. Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh guru
pendamping, guru mentor, pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah sepanjang tempoh
tersebut berfungsi sebagai jambatan untuk anda mengaitkan teori psikologi dan pedagogi
dengan amalan praktikal. Pengalaman ini juga telah membina keyakinan anda untuk berdiri
di hadapan kelas untuk melaksanakan pengajaran buat kali pertama. Melalui suatu tempoh
masa, anda menjadi lebih cekap dalam memilih Strategi pengajaran yang sesuai, membuat
keputusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih bijak serta menguruskan rutin
bilik darjah dengan lebih efisien. Dengan erti kata lain, anda akan secara berterusan
mengalami proses perkembangan dalam tindakan -tindakan mengubahsuai keupayaan dan
kebolehan diri dalam profesion keguruan.
Pada peringkat pakar, guru merupakan bintang yang me- nyerlah dalam bidangnya. Guru
pakar menggunakan penga- lamannya seperti mana pada peringkat mahir tetapi secara
holistik. Hal ini bermakna beliau boleh memahami dan menangani maklumat yang banyak
dan pelbagai serta masih dapat mempamerkan gaya pengajaran yang lancar. Hal yang
sedemikian belum lagi ditunjukkan oleh guru walaupun di peringkat cekap. Apa jua yang
dilakukan oleh seorang guru pakar sentiasa berjaya berbanding dengan guru mahir yang
kadang-kadang masih melakukan kesilapan. Guru pakar boleh dianggap sebagai jurucakap
atau orangyang berautoriti dalam profesionnya. Seringkali, idea dan kemahiran yang ada
pada guru pakar boleh mempengaruhi polisi-polisi berkaitan dengan pengendalian
pengajaran di bilik darjah.

Trotter (1986) telah mengemukakan teori lima peringkat perkembangan untuk seseorang
menjadi pakar dalam bidang yang diceburinya. Kajian berkaitan lima peringkat
perkembangan ini kemudiannya diperluas oleh David Berliner (1988) serta para pendidik
guru yang lain (Carter, Cushing, Sabers, Stein & Berliner, 1988) untuk mendapatkan
kefahaman yang mendalam tentang cara-cara guru novis dan pakar berfungsi dalam situasi
P&P Lima peringkat perkembangan tersebut ialah: Peringkat novis Peringkat novis lanjutan

Peringkat cekap Peringkat mahir Peringkat pakar Secara amnya, seseorang mengambil
jangka masa antara 10 hingga 15 tahun untuk beranjak dari peringkat novis menjadi
seorang pakar dalam bidangnya. Guru-guru praperkhidmatan dalam program Ijazah
Perguruan mungkin akan bergerak dari peringkat novis ke peringkat novis lanjutan dan
mulai menuju ke peringkat cekap apabila mereka menjadi guru permulaan di sekolah.Trotter
(1986) berpendapat guru memerlukan pengalaman bertahun-tahun untuk beranjak ke
peringkat mahir dan hanya segelintir daripada mereka akan mencapai perkembangan di
peringkat pakar.

Anda mungkin juga menyukai