Anda di halaman 1dari 13

Penggunaan Audio Visual Meningkatkan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris Kanak-Kanak Prasekolah Mohd Faiz Bin Md Saleh

Puan Sharifah Hanim Bt Syed Akbar Abstrak Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana kaedah audio visual dapat membantu meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah. Objektif kajian ini adalah untuk membantu kanak-kanak prasekolah menyebut, mengeja dan menulis kosa kata bahasa Inggeris dengan betul. Subjek kajian terdiri daripada lima orang murid prasekolah di Kuala Lumpur. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, senarai semak dan temubual. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan). Hasil refleksi menunjukkan kanak-kanak kurang memberikan respons dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di bilik darjah kerana mempunyai kosa kata bahasa Inggeris yang terhad. Kaedah penggunaan audio visual digunakan untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah yang dihadapi dengan meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka dan secara tidak langsung meningkatkan keyakinan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Teknik muzik dan video kanak-kanak digunakan dalam intervensi yang dijalankan. Kosa kata yang ingin ditekankan menjadi fokus utama agar kanak-kanak dapat menguasai kosa kata tersebut. Aktiviti muzik dan video ini dijadikan sebagai rutin di prasekolah. Muzik video ini ditayangkan dalam waktu perbualan pagi dan juga diselitkan dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Implikasinya, penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak meningkat dan secara tidak langsung kanak-kanak berkeyakinan untuk memberikan respons dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Selepas intervensi dijalankan,didapati bahawa bilangan kosa kata kesemua subjek meningkat berbanding sebelum intervensi dijalankan. Penggunaan audio visual dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris secara tidak langsung dapat memudahkan guru menyampaikan isi pelajaran kepada kanak-kanak prasekolah. Abstract This research is done to value how audio-visual methods can improve the vocabulary of pre-school students. The aims are to help preschoolers say and write English vocabulary correctly. The respondents for this research are 5 preschool students in Kuala Lumpur area. The data were collected from the observation, checklists and interviews. The data were analyzed by using descriptive analysis. Moreover, the results shows that kids rarely gave respond in class because of them were lack of English vocabulary. Audio-visual methods are used to help the kids to attain the problems faced by enhance their vocabulary. Not only that, the confidence level will increase where the kids start to give responds in the learning session.Music and video techniques were used during the intervention. In this intervention, the teacher will focus on the target

words in the songs so they can master them. This activity should become a routine in pre-school. . Music video premiered in conversation in morning class especially in teaching and learning slot. With this activity, the kids can improve their language automatically and they can respond towards the lesson. It is proven that the kids' vocabulary improved drastically and the kids can respond to the lesson confidently right after the intervention was done. Thus, audio-visual methods can help the kids to master and improve their vocabulary could indirectly help teachers convey lessons to preschoolers.

Pengenalan Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas yang penting bagi kanak-kanak. Ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Lim The Eng (1999, seperti dinyatakan dalam Mok Soon Sang, 2009) menyatakan tahap pencapaian murid arus perdana (darjah 1 hingga 6) dalam kemahiran 4M iaitu menulis, membaca mengira dan menaakul adalah merosot berbanding jika murid yang mendapat pendidikan awal yang baik. Murid sekolah rendah gagal memperolehi kemahiran ini walaupun menduduki kelas arus perdana selama enam tahun. Jika kebanyakan murid melalui perkembangan awal kanakkanak yang sihat, kita tidak mungkin akan menghadapi masalah ini. Oleh sebab itu guru prasekolah perlulah mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah. Seiring dengan itu timbul pelbagai teknik dan pendekatan yang diguna pakai oleh guru bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Terdapat pelbagai teknik yang boleh guru gunakan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah. Antaranya adalah penggunaan audio visual. Penggunaan audio visual untuk sesi pengajaran dan pembelajaran telah lama diperkenalkan tetapi kebanyakan guru hanya memandang remeh kerana menganggap penggunaannya hanyalah sama jika mengajar menggunakan teknik tradisional. Pengkaji adalah guru pelatih yang telah menjalani program Praktikum Fasa 3 di sekolah kajian iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (4) selama 12 minggu. Daripada pengalaman ke sekolah tersebut, pengkaji dapati terdapat pelbagai masalah telah berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran slot bahasa Inggeris dijalankan. Sebagai contoh, murid tidak faham apakah yang guru sebutkan, murid tidak memberi respon kepada arahan guru dan murid tidak tahu untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa kedua. Pengkaji telah mengenalpasti punca kepada masalah ini iaitu kebanyakan murid tidak menguasai kosa kata bahasa Inggeris dan mempunyai kosa kata bahasa Inggeris yang sedikit. Menurut teori peniruan Albert Bandura, seseorang kanak-kanak akan meniru apa sahaja yang ditunjukkan dan diperlihatkan kepada mereka sejak mereka kecil. Ibu bapa memainkan peranan yang penting semasa proses pembesaran anak-anak. Murid-murid menghadapi masalah ini kerana bahasa komunikasi di rumah menggunakan bahasa Melayu. Oleh itu, murid tidak terdedah kepada penggunaan bahasa Inggeris dan menghadapi masalah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran slot bahasa Inggeris di prasekolah.

Pengkaji menghadapi banyak masalah setiap kali pengajaran slot bahasa Inggeris dijalankan. Kanak-kanak sering menghadapi masalah apabila diminta untuk mengingati pelajaran bahasa Inggeris yang telah dipelajari. Kanak-kanak juga tidak dapat menyebut perkataan-perkataan yang telah dipelajari dalam pelajaran lepas. Sering kali pengkaji terdengar mereka berkata, Ala, cikgu, saya lupalah, Saya tak tahu dan kadang- kala kanak-kanak hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah guru (pengkaji) mengharapkan jawapan apabila tidak dapat menjawab pertanyaan dalam bahasa Inggeris. Setelah membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak prasekolah, didapati sebahagian daripada kanak-kanak prasekolah tidak menguasai kosa kata bahasa Inggeris. Ternyata mereka agak lemah dalam penggunaan bahasa kedua ini. Ini amat mengejutkan kerana dasar pendidikan sekarang yang ingin memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris (MBMMBI). Jika sejak daripada peringkat prasekolah kanak-kanak lemah dalam penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka akan menghadapi masalah untuk mempelajari bahasa ini apabila telah memasuki arus perdana. Oleh yang demikian, satu penyelidikan berbentuk kajian dijalankan untuk mengatasi masalah ini. Penggunaan kaedah audio visual diperkenalkan bagi mengatasi masalah penguasaan kosa kata bahasa Inggeris ini. kaedah ini digunakan kerana ia adalah merupakan kaedah yang berlainan jika dibandingkan dengan kaedah mengajar secara tradisional. Kaedah ini juga boleh dipelbagaikan dengan menggunakan teknik yang berlainan sebagai contoh mengubah persembahan audio visual supaya menjadi lebih menarik. Adalah diharapkan dengan menggunakan kaedah ini dapat memudahkan pengajaran guru dan kanak-kanak akan dapat menguasai kosa kata dengan baik. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah menggunakan kaedah audio visual. Soalan kajian akan lebih menfokuskan kepada tajuk kajian yang spesifik di mana soalan-soalan dibina bagi membantu mengumpulkan serta mendapatkan bahan dan maklumat yang mencukupi untuk melihat kesan penggunaan audio visual dalam meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanakkanak prasekolah. Beberapa soalan telah dipilih dan diharap dapat memberikan sumbangan terhadap kajian yang dijalankan. Antara soalannya ialah adakah penggunaan kaedah audio visual mampu membantu kanak-kanak prasekolah menyebut kosa kata bahasa Inggeris dan adakah penggunaan kaedah audio visual dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mampu untuk membantu kanak-kanak mengeja dan menulis kosa kata bahasa Inggeris dengan betul. Tinjauan Literatur Menurut Patsy M. Lightbown (dalam Chua Y. D. 2006), kanak-kanak mula menguasai kebolehan untuk memahami bahasa dan menggunakannya pada peringkat prasekolah lagi. Kebolehan mereka akan berkembang dengan meluas apabila masuk kepada peringkat persekolahan yang sebenar. Noam Chomsky (dalam Mok Soon Sang, 2009) mewakili perspektif nativisme mengandaikan kanak-kanak dilahirkan dengan potensi semula jadi untuk menguasai pertuturan bahasa yang kompleks. Selain itu, (Helen Bee, 2007) pula mengatakan, kanak- kanak yang kurang didedahkan kepada bahasa dalam peringkat awal umur mereka, pada masa akan datang mereka tidak dapat mengecam banyak kosa kata. Jadi, pendedahan kepada bahasa adalah sangat penting kepada kanak-kanak bagi membantu perkembangan bahasa mereka.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan Uji Rintis Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan terhadap 618 respon di Prasekolah KPM semua negeri pada tahun 2010. Hasil dapatan uji rintis itu mendapati bahawa tahap pencapaian dan penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris sangat lemah. Konstruk yang diuji adalah seperti Listening skills, Speaking skills, Reading skills dan Writing skills. Bagi Listening skills sebanyak 14.9% responden masih belum menguasai kemahiran ini. 18.5% masih belum menguasai Speaking skills, 17.7% masih belum menguasai reading skills dan 12.0% bagi Writing skills. Peratusan ini benar-benar membimbangkan kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa yang penting untuk dipelajari di negara kita. Penggunaan muzik dan video kanak-kanak merupakan salah satu cara untuk membantu murid-murid dalam penguasaan kosa kata bahasa Inggeris. Kanak-kanak prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan besar. Kanak-kanak prasekolah pada masa kini pandai menyanyi lagu yang lebih kompleks dan berbagai-bagai jenis lagu mengikut video yang ditayangkan. Nyanyian adalah salah satu aktiviti menyeronokkan pada kanak-kanak. Suara adalah alat muzik semula jadi di mana kanak-kanak dapat menggunakannya bagi meluahkan perasaan mereka melalui nyanyian (Nani Menon, 2005). Peery (1987, dalam Rohani Abdullah, 2001) pula mencadangkan kanak-kanak patut didedahkan, dilatih dan dibudayakan dengan muzik untuk kepentingannya juga. Muzik perlu didedahkan bermula pada peringkat awal kanak-kanak lagi untuk memperluaskan pengalaman pembelajarannya. Kajian yang telah dijalankan oleh Edi Mohd Ezral Bin Mohammad (2010) dalam kajiannya yang bertajuk penggunaan teknik nyanyian dapat meningkatkan penguasaan kosa kata dalam kalangan murid prasekolah. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau keberkesanan penggunaan teknik nyanyian untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam kalangan murid-murid sama ada responden cepat menghafaz dan memahami atau sebaliknya. Sampel terdiri daripada 6 orang kanak-kanak prasekolah kawasan Kuala Lumpur. Bentuk kajian yang dijalankan ini ialah kajian penyelidikan dan pengkaji telah menggunakan tinjauan awal, ujian selepas intervensi, temu bual dan pemerhatian sebagai alat kajian. Secara keseluruhan, analisis yang telah dikira melalui perbezaan peratusan antara tinjauan awal dan ujian selepas intervensi menunjukkan perbezaan yang ketara antara melalui bacaan dan teknik nyanyian. Peratusan bagi teknik nyanyian amat berkesan kerana peratusan kearah cemerlang berbanding dengan membaca. Seterusnya ialah Rohaya Binti Abu Samah (1990) di dalam kajiannya yang bertajuk penguasaan kosa kata dalam kalangan murid-murid tahap 2 di daerah Gombak, Selangor. Bentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah kajian kes. Sampel kajian yang diambil oleh pengkaji ialah dengan membuat kajian di dua buah sekolah di sekitar Gombak. Alat kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah soal selidik dan senarai semak. Hasil dapatan yang didapati daripada pengkaji ini ialah banyak perkataan yang difahami oleh responden. Salina Binti Misran (2005) berdasarkan kajiannya tentang penggunaan bahan lagu/muzik dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai satu bahan mengajar di prasekolah. Objektif kajian yang dicapai ialah kepentingan kepada kanak-kanak, kepentingan kepada guru prasekolah, kepentingan kepada Kampus Bahasa melayu dan kepentingan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Sampel yang diambil oleh pengkaji ialah seramai 50 orang murid prasekolah daripada dua buah sekolah di Johor dan Petaling Jaya, Selangor. Analisis dapatan dikira dengan menggunakan peratusan hasil daripada pemerhatian melalui 50 orang murid prasekolah ini. Hasil

dapatan yang didapati ialah seramai 40 orang murid prasekolah minat dengan lagu/muzik iaitu 80% manakala 10 orang murid prasekolah kurang minat dengan muzik iaitu 20%. Metodologi Kajian Kumpulan sasaran terdiri daripada 5 orang kanak-kanak prasekolah yang berumur 6 tahun di sebuah sekolah sekitar Petaling Jaya. Kanak-kanak prasekolah ini terdiri daripada tiga orang lelaki dan dua orang perempuan. Di antara kelima-lima kanak-kanak ini terdapat kanak-kanak yang mempunyai akademik yang baik dan sederhana namun mempunyai satu ciri yang sama iaitu tidak menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian di rumah ataupun di sekolah. Pemilihan subjek bagi kajian ini di buat semasa menjalankan latihan perguruan selama 12 minggu dan telah mendapat nasihat daripada pensyarah pembimbing dalam pemilihan tersebut. Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke atas 5 orang subjek tersebut untuk melihat tahap penguasaan kosa kata bahasa Inggeris dengan menggunakan kaedah audio visual dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, saya cuba membuat intervensi dengan menggunakan teknik muzik video dalam membantu penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak. Aktiviti ini dijalankan bagi mengatasi masalah yang akan difokuskan. Bahan yang digunakan untuk prosedur tindakan bagi menjalankan kaedah audio-visual ini ialah komputer, pembesar suara, dan CD Phoenics Song. Aktiviti ini dijalankan setiap hari sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris selama 30 minit sepanjang dua minggu dengan menggunakan set muzik video yang sama. Berikut merupakan langkah untuk melaksanakan aktiviti muzik dan video dalam membantu penguasaan dan kefahaman kosa kata bahasa Inggeris subjek dengan menggunakan kaedah audio visual. Jadual perancangan langkah-langkah tindakan intervensi Kaedah/teknik Cara pelaksanaan Penggunaan muzik dan video Bahasa Inggeris Langkah 1 Kanak-kanak akan diajar dengan menggunakan muzik video sehingga kanak-kanak benar-benar dapat memahami apakah kosa kata yang dilihat dan didengar oleh mereka. Contoh lirik: A is for apple B is for ball Langkah 2 Kanak-kanak akan cuba menyebut kosa kata tanpa iringan muzik video. Langkah 3 Beberapa perkataan / kosa kata diberi penekanan yang lebih. Kanak-kanak diterangkan dengan maksud atau pengertian dalam bahasa Melayu untuk setiap perkataan yang ingin diuji. Contoh kosa kata: O = Octopus Q = Queen

Muzik video yang digunakan Bahan Bantu Belajar

Langkah 4 Muzik dan video ini dinyanyikan oleh kanak-kanak sebagai salah satu rutin prasekolah iaitu seperti pada waktu Perbualan Pagi, waktu Rehat atau dalam waktu pengajaran dan pembelajaran. Phoenics Songs Komputer, pembesar suara, dan CD Phoenics Songs

Untuk mengumpul data, kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi murid dalam menyatakan kosa kata bahasa Inggeris adalah pemerhatian, senarai semak dan temubual. Jadual perancangan cara mengumpul data bagi soalan kajian pertama
Langkah Langkah 1 Cara Mengumpul Data Pemerhatian Kumpulan Sasaran 25 orang murid prasekolah Tujuan Melihat percakapan dan penggunaan kosa kata Bahasa Inggeris sepanjang slot P&P bahasa Inggeris Langkah 2 Membuat Nota Lapangan Langkah 3 Ujian Awal Lisan 5 orang subjek yang terlibat 5 orang subjek yang terlibat Melihat tahap kosa kata Bahasa Inggeris kanak-kanak yang terlibat. Mengetahui jumlah kosa kata Bahasa Inggeris subjek yang terlibat mengikut tema. Langkah 4 Melakukan Intervensi 5 orang subjek yang terlibat Langkah 5 Ujian Akhir Lisan Selepas Intervensi 5 orang subjek yang terlibat Melakukan intervensi menggunakan teknik muzik dan video. Mengetahui jumlah kosa kata Bahasa Inggeris yang dapat disebutkan oleh subjek kajian.

Jadual perancangan cara mengumpul data bagi soalan kajian kedua.


Langkah Langkah 1 Cara Mengumpul Data Pemerhatian Kumpulan Sasaran 25 orang murid prasekolah Tujuan Melihat percakapan dan penggunaan kosa kata bahasa Inggeris sepanjang slot P&P bahasa Inggeris . Langkah 2 Membuat Nota Lapangan 5 orang subjek yang terlibat Melihat tahap kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak yang terlibat.

Langkah 3

Ujian Awal Tulisan

5 orang subjek yang terlibat

Mengetahui jumlah kosa kata bahasa Inggeris yang dapat ditulis oleh subjek yang terlibat.

Langkah 4 Langkah 5

Melakukan Intervensi

5 orang subjek yang terlibat

Melakukan intervensi menggunakan teknik muzik dan video. Mengetahui jumlah kosa kata yang dapat ditulis oleh subjek kajian dengan betul.

Ujian Akhir Tulisan Selepas Intervensi

5 orang subjek yang terlibat

Jadual perancangan cara mengumpul data bagi pengukuhan dapatan.


Langkah Cara Mengumpul Data Kumpulan Sasaran Langkah 1 Temubual Guru prasekolah Mendapatkan kesahan dapatan daripada soalan kajian pertama dan soalan kajian kedua. Langkah 2 Temubual Pembantu pengurusan murid prasekolah Mengukuhkan hasil dapatan bagi setiap soalan temubual yang dikemukakan kepada guru prasekolah. Tujuan

Keputusan Bab ini akan membincangkan tentang hasil kajian mengenai keberkesanan penggunaan kaedah audio visual terhadap 5 orang kanak-kanak prasekolah. Pemerhatian , temubual, ujian lisan dan ujian tulisan serta temubual bersama guru dan pembantu pengurusan murid prasekolah bagi membuat penilaian dan melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan audio visual bagi meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah. Jadual dan rajah di bawah menunjukkan perbandingan secara peratusan ujian awal lisan dan ujian akhir lisan yang telah dijalankan. Peratusan secara meningkat telah dicatatkan dan soalan kajian pertama iaitu adakah kaedah audio visual mampu membantu kanak-kanak menyebut kosa kata bahasa Inggeris telah dapat dibuktikan dengan peningkatan graf. Jadual perbandingan ujian awal dan akhir lisan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris bagi setiap subjek kajian.
Subjek A B C Markah ujian lisan awal (%) 7.69 0 11.53 Markah ujian lisan akhir (%) 84.61 88.46 57.69

D E

19.23 3.84

80.76 96.15

100 90 80 70 Peratus 60 50 40 30 20 10 0 Subjek A 7.69 0 84.61

96.15 88.46 80.76

57.69 Ujian Awal Ujian Akhir 19.23 11.53 3.84 Subjek C Subjek Subjek D Subjek E

Subjek B

Rajah peratusan perbandingan ujian awal dan akhir lisan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris

Ujian awal dan akhir lisan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris telah dilaksanakan, dan didapati perubahan begitu ketara sekali sepertimana ditunjukkan dalam jadual di atas dimana pada ujian awal, didapati hanya seorang sahaja yang mendapat markah 19.23% manakala subjek lain mendapat markah antara 0% hingga 11.53%. Namun, ujian akhir mendapati perubahan yang ketara dimana seorang subjek mendapat markah 96.15% iaitu subjek E, subjek B pula mendapat markah sebanyak 88.46%, subjek A mendapat markah 84.61% dan subjek D mendapat markah sebanyak 80.76%. Subjek C pula merupakan subjek yang mendapat markah terendah setelah ujian akhir dilakukan tetapi menunjukkan peningkatan ketara daripada ujian awal iaitu peningkatan sebanyak 57.69%. Keputusan meningkat kerana semasa ujian awal lisan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris dilaksanakan, subjek-subjek masih tidak didedahkan dengan penggunaan kaedah audio visual. Ujian akhir lisan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan kerana semua subjek telah mengikuti kaedah audio visual di dalam kelas. Dengan ini, persoalan kajian pertama telah terbukti iaitu kaedah audio visual dapat membantu kanak-kanak prasekolah menyebut kosa kata bahasa Inggeris. Jadual dan rajah di bawah menunjukkan perbandingan secara peratusan ujian tulisan sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Peratusan secara meningkat telah dicatatkan dan soalan kajian kedua telah dapat dibuktikan dengan peningkatan graf. Jadual perbandingan ujian tulisan sebelum dan selepas intervensi dijalankan.
Subjek A B Markah ujian lisan awal (%) 11.53 23.07 Markah ujian lisan akhir (%) 65.38 73.07

C D E

7.69 15.38 30.76

57.69 65.38 80.76

90 80 70 60 Peratus 50 40 30 20 10 0 Subjek A Subjek B Subjek C Subjek Subjek D 11.53 23.07 15.38 7.69 65.38 57.69 73.07 65.38

80.76

Ujian sebelum intervensi 30.76 Ujian selepas intervensi

Subjek E

Rajah peratusan perbandingan ujian sebelum dan selepas intervensi dijalankan Ujian tulisan sebelum dan selepas intervensi telah dilaksanakan, dan didapati perubahan begitu ketara sekali sepertimana ditunjukkan dalam jadual peratusan perbandingan ujian tulisan sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Dalam jadual di atas, didapati subjek A menunjukkan peningkatan daripada 11.53 % kepada 65.38%. Subjek B pula menunjukkan peningkatan sebanyak 50% iaitu daripada 23.07% kepada 73.07%. Subjek C pula menunjukkan peningkatan daripada 7.69% kepada 57.69%. Bagi subjek D pula, peningkatan sebanyak 50% dilihat iaitu daripada 15.38% kepada 65.38% dan akhir sekali iaitu subjek E pula menunjukkan peningkatan daripada 30.76% kepada 80.76%. Keputusan meningkat kerana semasa ujian awal tulisan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris dilaksanakan, subjek-subjek masih tidak didedahkan dengan penggunaan kaedah audio visual dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ujian akhir tulisan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan kerana semua subjek telah mengikuti kaedah audio visual dalam sesi pembelajaran mereka di dalam kelas. Dengan ini, persoalan kajian kedua telah terbukti iaitu kaedah audio visual dapat membantu kanak-kanak prasekolah menulis kosa kata bahasa Inggeris dengan betul. Satu temubual seperti dalam lampiran F telah dijalankan bersama guru prasekolah untuk menyokong dapatan kajian bagi soalan kajian pertama dan soalan kajian kedua. Soal selidik ini akan dijalankan oleh penyelidik bersama guru prasekolah. Seterusnya, penyelidik akan

menjalankan temubual bersama pembantu prasekolah bagi menyokong dapatan yang diperoleh. Sebanyak 5 soalan yang berkaitan persoalan kajian akan dikemukakan terhadap guru dan pembantu prasekolah. Soalan yang dikemukakan berkaitan dengan kaedah intervensi yang dijalankan oleh penyelidik.

Jadual soalan dan jawapan temubual bersama guru prasekolah.

Bil 1

Soalan Temubual Melalui pemerhatian anda, adakah terdapat murid yang sukar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kerana kurangnya kosa kata bahasa Inggeris? J: Melalui pemerhatian saya, terdapat beberapa orang murid sukar untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kerana kurangnya kosa kata bahasa Inggeris.

Adakah anda menghadapi masalah semasa menjalankan slot pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris? J: Ya, sebagai seorang guru saya menghadapi masalah untuk mencapai objektif pembelajaran kerana kurangnya penguasaan kosa kata bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

Adakah faktor kurangnya kosa kata bahasa Inggeris menyebabkan murid tidak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris semasa slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris? J: Ya, melalui pemerhatian saya murid kurang berkomunikasi kerana tidak terdedah dengan kosa kata bahasa Inggeris. Jadi mereka mengambil langkah mudah dengan berdiam diri ketika slot bahasa Inggeris dijalankan.

Perlukah digunakan teknik mengajar yang lain selain teknik mengajar biasa yang sering digunakan di dalam kelas prasekolah? J: Teknik mengajar boleh diubah jika mahukan murid cekap dan cenderung untuk berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Seharusnya teknik yang menyeronokkan perlu direka agar murid dapat belajar melalui bermain.

Adakah kaedah audio visual dapat membantu anda meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah? J: Ya, kaedah ini sedikit sebanyak dapat menambah kosa kata bahasa Inggeris mereka. Dengan menggunakan kaedah ini ternyata murid lebih seronok untuk menguasai kosa kata bahasa Inggeris. Kanak-kanak juga dapat menyebut dan menulis kosa kata dengan lebih baik berbanding sebelum intervensi dijalankan.

Mengikut jawapan daripada soalan yang dikemukakan oleh pengkaji kepada guru prasekolah ternyata kaedah audio visual dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanakkanak prasekolah. Ini telah terbukti dengan soalan kelima dan jawapan guru menyatakan kanakkanak juga dapat menyebut dan menulis kosa kata dengan lebih baik berbanding sebelum intervensi dijalankan. Guru tersebut juga menyokong kaedah yang dijalankan dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah. Maka soalan kajian telah dijawab dengan sesi temubual ini. Penggunaan kaedah audio visual dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah. Perbincangan dan Implikasi Kajian Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah audio visual untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah. Objektif khusus kajian ini adalah untuk membolehkan kanak-kanak prasekolah menyebut kosa kata bahasa Inggeris disamping menulis kosa kata bahasa Inggeris dengan betul. Pelaksanaan kajian ini juga dapat menambahkan aktiviti pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan disamping membantu kanak-kanak prasekolah menguasai kosa kata bahasa Inggeris. Kajian ini juga dapat memudahkan guru menyampaikan isi pelajaran dan objektif pembelajaran juga akan tercapai. Pelaksanaan pengajaran menggunakan kaedah audio visual memberi kebaikan dalam meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah. Melalui pelaksanaan kaedah ini. Kanak-kanak prasekolah telah dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeis mereka. Objektif khusus kajian ini iaitu untuk membolehkan kanak-kanak prasekolah menyebut dan menulis kosa kata bahasa Inggeris dengan betul telah dapat dicapai. Kajian ini juga telah menyokong kajian yang telah dilaksanakan oleh Edi Mohd Ezral Bin Mohammad pada tahun 2010 dalam kajiannya yang bertajuk Penggunaan teknik nyanyian dapat meningkatkan penguasaan kosa kata dalam kalangan murid prasekolah. Di samping itu, penggunaan kaedah audio visual telah dapat mengubah cara mengajar dan telah meningkatkan semangat belajar dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Salina Binti Misran (2005) melalui kajiannya yang bertajuk Penggunaan bahan lagu/muzik dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai satu bahan mengajar prasekolah telah menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran tidak hanya tertumpu dengan kaedah dan teknik tradisional iaitu chalk and talk. Pengajaran dan pembelajaran mungkin akan lebih menarik jika guru dapat mengubah teknik mengajar dengan lebih kreatif dan inovatif seperti teknik yang lebih interaktif lagi. Secara tidak langsung, ia akan dapat menambahkan ilmu dan kreativiti guru dan kanak-kanak prasekolah dapat mempelajari sesuatu yang baharu. Untuk cadangan kajian seterusnya, aktiviti-aktiviti pengukuhan konsep perlu ditambah. Ini kerana dengan adanya pengukuhan, guru dapat menilai sejauh mana kefahaman murid tentang pembelajaran yang dijalankan. Pengukuhan boleh dijalankan secara terus mahupun secara ujian. Secara terus bermaksud, guru bertanya beberapa soalan dan murid menjawab secara lisan

manakala ujian pula bermaksud, guru akan menyediakan ujian agar murid dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari sebelum ini. Pengkaji mencadangkan supaya dilakukan kajian yang sama tetapi menambah bilangan subjek kajian berbanding dengan bilangan subjek kajian yang sedia ada iaitu seramai 5 orang. Tujuan menambah bilangan subjek kajian adalah untuk mendapatkan hasil dapatan yang jitu dan tepat. Selain itu, data yang diperoleh boleh membuktikan bahawa persoalan yang dikaji dapat di atasi menggunakan kaedah yang dicadangkan iaitu penggunaan kaedah audio visual. Untuk kajian yang akan dating pengkaji perlu menambah bilangan subjek kajian sekurang-kurangnya 10 subjek kajian. Selain itu juga, subjek kajian perlu diuji dan dipilih secara rawak bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan data. Pemilihan secara rawak juga dapat memastikan kesahan data yang dikumpul. Pengkaji mencadangkan supaya kajian pada masa akan datang dijalankan di dua buah sekolah di kawasan yang berbeza iaitu di sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Tujuan pemilihan lokasi yang berbeza adalah untuk menunjukkan bahawa masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak prasekolah tidak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Dua lokasi yang berbeza berfungsi sebagai perbandingan dalam kajian tersebut. Rujukan Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. (2010). Pengantar Penyelidikan Tindakan: dalam Penyelidikan Tindakan. Bangi: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga . Putrajaya: BPPDP, KPM.

Chua Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Edi Mohd Ezral (2010). Penggunaan Teknik Nyanyian Dapat Meningkatkan Penguasaan Kosa Kata Kanak-kanak Prasekolah. Kuala Lumpur.

Tahot Bin Sulai (2005). Penggunaan Muzik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Kelas Prasekolah. Kuala Lumpur.

Mazlan Bin Kasdi (1990). Penguasaan Kosa Kata di Kalangan Murid-murid Tahap 1 di Daerah Kota Tinggi. Kuala Lumpur.

Rohaya Binti Abu Samah (1990). Penguasaan Kosa Kata dalam Kalangan Murid-murid Tahap 2 di Daerah Gombak, Selangor. Kuala Lumpur.

Ramli Bin Ngah (1990). Penguasaan Kosa Kata di Kalangan Murid-murid Tahap 1 di Bandaraya Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Kuala Lumpur.

Salina Binti Misran (2005). Penggunaan Bahan Lagu / Muzik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sebagai Satu Bahan Mengajar di Prasekolah. Kuala Lumpur.

Helen Bee, D. B. (2007). The Developing Child, 8th Edition. Boston: Pearson Education, Inc.

Hidayatul Akmal Hashim, N. M. (2010, Ogos 11). Cara Pemerolehan Bahasa Kedua. Didapatkan Mac 6, 2012 daripada, Retibasa: http://retibasa.blogspot.com/2010/08/cara pemerolehan-bahasa-kedua_11.html.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Mok S.S. (2009) . Perkembangan Kanak-kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nani Menon. (2005). Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak. Bentong: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Rohani Abdullah. (2001). Perkembangan Kanak-kanak: Penilaian Secara Portfolio. Serdang: Penerbit UPM. ;

Anda mungkin juga menyukai