Anda di halaman 1dari 4

Profesion keguruan merupakan satu proses mendidik, mengajar, mengasuh, dan menunjuk

arah kepada seseorang individu ke arah yang lebih cemerlang. Biasanya guru adalah
seorang individu yang mengajar murid kemahiran asas iaitu menulis, membaca, mengira
dan menaakul. Menurut Wikipedia, Teachers may provide instruction in literacy and
numeracy, craftsmanship or vocational training, the arts, religion, civics, community roles, or
life skills yang bermakna guru adalah orang yang mendidik jasmani, rohani, mental dan
emosi murid dengan ilmu, kemahiran dan keterampilan dalam melahirkan insan yang bakal
menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Para pendidik hari ini
juga memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan aspirasi Negara supaya ia
dapat meningkatkan taraf pendidikan negara ke persada dunia.
Para pendidik hari ini juga memainkan peranan penting dalam usaha mewujudkan
perpaduan kaum bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan. Lebih-lebih lagi, guru
merupakan

agen

kepada

keberkesanan

pendidikan

dan

segala

kejayaan

serta

keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab dalam melengkapkan ilmu dan keluhuran
peribadi mereka. Dengan ini, perpaduan kaum dapat disemai apabila guru menerapkan
nilai-nilai murni, seperti saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira agama
dan bangsa.
Menurut Kamus Dewan, profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran tinggi dan latihan khas. Maka, guru
adalah individu yang dilatih oleh Kementerian Pendidikan untuk menjalankan tugasnya
untuk membimbing dan membantu murid-murid dalam meningkatkan tahap pencapaian
akademik ke tahap yang lebih tinggi. Manakala, menurut Mok Soon Sang (1996)
profesionalisme merupakan satu pekerjaan yang dilaksanakan oleh individu yang
mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang bermutu dan dedikasi dalam tugasannya.
Sepertimana yang kita tahu, setiap guru di dunia ini akan menjalani beberapa
peringkat perkembangan selaku sebagai seorang guru. Segala peringkat yang mereka alami
ini akan meningkatkan prestasi mereka ke arah yang cemerlang dalam bidang perguruan
ini. Menurut Trotter (1986), setiap guru akan mengharungi 5 peringkat dalam profesion
keguruan mereka iaitu peringkat novis, peringkat novis lanjutan, peringkat cekap, peringkat
mahir dan akhirnya peringkat pakar. Setiap peringkat yang mereka alami ini akan
meningkatkan tahap profesionalisme mereka ke tahap yang lebih maju dalam bidang yang
diceburi. Maka disini, peranan guru pakar adalah sangat penting dalam meningkatkan tahap
profesionalisme seseorang guru biasa.
Peringkat perkembangan yang pertamanya adalah peringkat Novis. Peringkat ini
akan memerlukan seorang guru untuk berkhidmat sekitar setahun. Biasanya dalam

peringkat ini seseorang guru akan mula mempelajari cara mengajar sedikit demi sedikit.
Lebih-lebih lagi, guru juga akan mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran
yang perlu dikuasai sebelum menjejak kaki ke alam persekolahan sebagai seorang guru.
Tambahan pula, dalam peringkat ini guru masih belum dapat menangani tugas - tugas
harian seorang guru seperti biasa. Hal ini kerana, mereka memerlukan latihan dan
pendedahan tentang kerja-kerja yang perlu dilakukan di sekolah selaku seorang guru nanti.
Selain itu, pada peringkat inilah seorang guru akan dapat membuat satu peta kognitif
tentang tugas - tugas am seorang guru profesional melalui kursus yang ditawarkan dalam
program Ijazah Perguruan. Maka, seseorang guru pakar hendaklah membantu guru novis
dalam menguasai ilmu pengetahun yang mendalam tentang bidang perguruan ini sejak awal
lagi. Dengan ini, guru novis dapat bersedia menghadapi cabarannya sebagai guru baru di
sekolah nanti.
Seterusnya adalah peringkat Novis Lanjutan. Peringkat ini merupakan peringkat
kedua dalam peringkat perkembangan guru. Peringkat ini memerlukan seorang guru untuk
berkhidmat sekitar 3 tahun sebelum mengikuti peringkat seterusnya. Pada peringkat ini,
seorang guru akan menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengalaman awal yang
dibina oleh guru dalam amalan bilik darjah membantu membina keyakinan diri yang tinggi.
Dengan ini, guru akan memahami dan dapat menyediakan dirinya

dengan penuh

bersemangat untuk memasuki alam pekerjaan kelak. Menurut Abdul Ghani (2009), proses
pembangunan profesionalisme keguruan mempunyai kesan positif yang penting pada
amalan dan kepercayaan guru, pembelajaran pelajar serta pelaksanaan reformasi
pendidikan. Tambahan pula, guru pakar perlulah berperanan disini untuk memberi
bimbingan dan tunjuk ajar selaku guru mentor kepada guru-guru sebagai proses permulaan
dalam alam pekerjaan ini. Ia amat penting dalam mengekalkan minat dan motivasi guru
novis lanjutan dalam bidang perguruan ini.
Peringkat seterusnya dalam bidang perkembangan guru ialah peringkat cekap.
Peringkat ini pula memerlukan seorang guru untuk berkhidmat sekitar 5 tahun. Sepanjang
berkhidmat, guru akan memiliki kelayakan ikhtisas untuk meneruskan pekerjaan mereka
dalam bidang perguruan ini. Bidang ini merupakan bidang dimana guru akan lebih
memberikan fokus kepada pembelajaran murid. Pada peringkat ini guru akan memahami
prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi yang khusus.
Perkara yang penting pada peringkat ini adalah setiap guru akan memiliki pelbagai strategi
pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang berbeza. Aspek
ini sangat penting bagi guru untuk menguasainya supaya dapat mengenali diri setiap murid
dengan lebih mendalam dan ia akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru pakar bolehlah berperanan disini dengan memberi pengalaman kepada guru tentang
kecekapan dan kepakarannya dalam bidang yang diceburi. Maka, guru novis bolehlah
menjadikannya sebagai panduan dalam kerjaya ini.
Peringkat keempat dalam perkembangan guru adalah peringkat mahir. Seseorang
guru akan mengambil masa selama 10 tahun bagi mencapai peringkat ini. Biasanya, guru
yang sudah mencapai tahap ini telahpun mahir dalam bidangnya. Sudah tentu golongan
guru mahir ini akan sentiasa diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar mereka. Golongan ini
akan memiliki gaya lancar dan spontan yang membolehkannya mereka membuat keputusan
dengan rasional berdasarkan situasi yang wujud. Lebih-lebih lagi, golongan guru mahir ini
memang bijak dalam menyelesaikan masalah yang wujud dengan cekap. Golongan guru
mahir ini kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta menyusun maklumat yang
kompleks berkaitan sesuatu situasi pembelajaran secara kreatif dan unik. Maka, dalam hal
ini seseorang guru itu dapat menyesuaikan diri dengan proses pengajaran dan
pembelajaran yang dapat memanfaatkan dunia murid-murid ke arah yang lebih positif dalam
bidang akademik. Menurut Amin Senin (2008), menyatakan pembangunan professional guru
telah diakui sebagai komponen ters sebarang perubahan dalam pendidikan khususnya
usaha-usaha menungkatkan prestasi sekolah. Maka, guru pakar pula turut boleh
berperanan disini dengan memberi pendedahan tentang Kod Etika Keguruan serta
pegangan yang perlu ada dalam jiwa seseorang pendidik.
Peringkat terakhir dalam peringkat perkembangan guru adalah peringkat pakar.
Seseorang guru memerlukan tempoh sebanyak 15 tahun dalam kehidupannya bagi
menguasai peringkat pakar ini. Biasanya, seseorang guru yang menguasai kepakaran ini
akan dikategorikan sebagai seorang guru yang gemilang dan terbilang dalam

profesionalnya. Selain itu, golongan ini dapat memahami dan menangani maklumat yang
banyak dan pelbagai serta masih mempunyai gaya pengajaran yang lancar. Tambahan pula,
golongan ini adalah individu yang berautoriti dalam profesionnya. Mereka mampu dapat
melontarkan pelbagai idea dan kemahiran yang bernas sehingga boleh mempengaruhi
polisi-polisi berkaitan pengendalian di bilik darjah yang sesuai dan sistematik.
Maka, setiap guru pakar hendaklah berperanan dalam meningkatkan lagi tahap
perkembangan profesion perguruan ke arah yang lebih tinggi. Hal ini kerana, Negara kita
sememangnya memerlukan golongan pendidik yang bernas dan efektif serta produktif
dengan perkembangan semasa. Dalam hal ini, setiap warga pendidik perlu jelas dengan
tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh kerajaan kepada mereka dalam meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan bersungguh-sungguh. Menurut Khalijah Salleh
(2007), pembangunan modal insan ialah proses pembangunan sumber manusia yang

mampu menyumbang secara aktif kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan


sesebuah negara. Setiap warga pendidik hendaklah berganding bahu dalam melahirkan
modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai