Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Penulisan akademik ini adalah tentang konsep mengajar sebagai satu profesion dan ciri-
ciri guru sebagai seorang yang profesional. Pelan pembangunan diri dan pembangunan
kerjaya menjadi seorang guru profesional juga akan ditetapkan berdasarkan teori lima
peringkat perkembangan guru. Seterusnya, isu dan cabaran yang dihadapi berkaitan dengan
profesion keguruan juga akan dianalisis.

2.0 Konsep mengajar sebagai satu profesion

Menurut Kamus Dewan (2015), definisi profesion ialah pekerjaan terutamanya yang
memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Dari perspektif ini, bidang keguruan telah
memenuhi syarat seperti yang dinyatakan dan boleh dianggap sebagai satu profesion.
Kebanyakan guru yang dimasukkan dalam sistem pendidikan Malaysia, terutamanya sistem
pendidikan sekolah rendah merupakan graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP). Bagi membolehkan bakal guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang
berkaitan dengan profesion perguruan, program ini telah menawarkan ilmu pengetahuan dan
menyediakan pengalaman yang berkaitan di Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.
(Malaysia, 2017) Ini menunjukkan bahawa bidang keguruan merupakan satu profesion. Selain
itu, guru juga sentiasa berpeluang untuk meningkat kemampuan diri dengan menyertai
kursus-kursus yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengikut
perubahan dalam pendidikan dari semasa ke semasa. Oleh itu ,sebagai seorang guru yang
profesional, kita haruslah sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan mata pelajaran
yang diajar, pengetahuan mengenai murid-murid dan kemahiran serta pengetahuan pedagogi
pendidikan.
3.0 Ciri-ciri guru profesional

Walaupun kebanyakan masyarakat menerima pendidikan daripada golongan guru


sejak kecil, tetapi mereka tidak mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai bidang
keguruan. Terdapat segelintir masyarakat mempunyai tanggapan bahawa guru merupakan
bidang pekerjaan yang senang dan bergaji besar. Ini menunjukkan bahawa masyarakat tidak
memahami bidang pekerjaan ini secara mendalam. Pekerjaan ini bukan pekerjaan yang
mudah jika dijawat oleh seorang guru yang dilengkapi dengan ciri-ciri guru profesional.
Apakah ciri-ciri guru profesional? Ciri-ciri guru profesional adalah seperti berikut :

i. Mempunyai personaliti yang positif dan stabil


ii. Dilengkapi dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan
pendidikan.
iii. Mengambil bahagian dalam masyarakat dan sekolah.

(Octavia, 2019)

Berdasarkan ciri-ciri guru profesional yang disenaraikan seperti di atas, guru yang
profesional haruslah mempunyai personaliti yang positif dan stabil seperti bertanggungjawab,
sabar, rendah hati, bertatasusila, tekun dan sebagainya. Hal ini demikian kerana guru adalah
teladan kepada anak murid kita. Sebenarnya, oleh sebab guru dipandang tinggi dan mulia
oleh masyakarat, guru telah menjadi skala moral kepada masyarakat pada hari ini. Oleh itu,
guru haruslah sentiasa mengamalkan tingkah laku yang boleh dicontohi, menjaga imej diri
dan mengamalkan perlakuan yang beradab.

Selain itu, sebagai seorang guru yang profesional, guru haruslah dilengkapi dengan
kemahiran dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pendidikan. Contohnya, kemahiran
pedagogi abad ke-21, strategi pengajaran dan pembelajaran, kemahiran generik, kandungan
mata pelajaran dan lain-lain. Dengan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan
kemahiran pendidikan, maka guru baru boleh melaksanakan tanggungjawab diri dengan
efektif, profesional dan penuh dengan keyakinan.

Seterusnya, menurut Standard Guru Malaysia (2009), peranan guru adalah sebagai
agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Kemahiran sosial adalah
penting dalam kehidupan seharian manusia dan kemahiran ini bukan sedia ada. Untuk
menguasai kemahiran sosial, murid-murid memerlukan panduan dan persekitaran untuk
melatih kemahiran tersebut. Malah, sekolah merupakan tempat yang sesuai untuk melatih
dan mempraktikkan kemahiran sosial. Oleh itu, guru memainkan peranan yang sangat
penting bagi menerapkan kemahiran sosial dalam golongan murid-murid. Sebagai seorang
guru yang profesional, kita sentiasa bersedia untuk mengambil bahagian dalam masyarakat
dan sekolah.

4.0 Pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya

Peringkat
Peringkat Pakar
Peringkat Mahir
Peringkat Cekap
Peringkat Novis
Novis Lanjutan

Five-step process for the development of expertise

(Gossman, 2008)

Terdapat lima peringkat perkembangan guru, iaitu peringkat novis, peringkat novis
lanjutan, peringkat cekap, peringkat mahir dan peringkat pakar. Lima peringkat ini
menunjukkan proses seorang guru pelatih menjadi seorang guru yang profesional. Malah,
menjadi seorang guru yang profesional merupakan matlamat yang ingin dicapai oleh setiap
guru. Menurut Huitt (2007), proses ini kira-kira mengambil masa selama 10 hingga 15 tahun
untuk mencapai peringkat pakar. Oleh itu, saya akan membina pelan pembangunan diri
dan pembangunan kerjaya berdasarkan lima peringkat perkembangan guru ini.

Pada peringkat novis, saya telah menerima pelbagai pengetahuan pendidikan


dengan mengambil pelbagai kursus di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong
Ibrahim (IPGKTI). Berikut merupakan beberapa contoh kursus yang diambil semasa di
IPGKTI sebagai seorang guru pelatih :

i. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (EDUP 3013)


ii. Perkembangan Kanak-kanak (EDUP 3023)
iii. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDUP 3043)
iv. Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran (EDUP 3053)
v. Pentaksiran dalam Pendidikan
(Malaysia K. P., 2017)

Kursus-kursus ini telah memberi gambaran keseluruhan secara ringkas kepada guru
pelatih sebelum berkhidmat di sekolah. Walau bagaimanapun, pada peringkat ini, guru
pelatih masih tidak dapat menguasai tugas-tugas seharian sebagai seorang guru. Tetapi,
saya akan terus meneroka ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk
mencapai matlamat saya, iaitu menjadi seorang guru profesional.

Pada peringkat novis lanjutan, saya telah mengambil bahagian Program Praktikum
secara dua peringkat, iaitu Praktikum Fasa 1 dan Praktikum Fasa 2 yang mengambil masa
sebanyak 6 bulan. Program ini membolehkan guru pelatih mendapat pengalaman awal
tentang tugas-tugas seharian guru dengan melaksanakan pembelajaran dan pengajaran
(P&P), menulis refleksi, membuat persediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan
Bahan Bantu Mengajar (BBM), mentaksir prestasi pembelajaran murid dan lain-lain.
Program ini membolehkan saya mempraktikkan teori-teori yang telah dibelajari dan juga
memperolehi pengalaman yang relevan dengan bimbingan daripada guru pembimbing dan
pensyarah pembimbing.

Pada peringkat cekap, saya akan menamatkan pengajian di IPGKTI dan mendapat
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian selepas berjaya menyempurnakan
pengajian selama lapan semester. Dalam peringkat ini, dengan pengalaman dan
pengetahuan yang diperolehi, saya akan lebih memberi tumpuan kepada pembelajaran
anak murid dan memahami teori-teori, strategi-strategi, prinsip dan konsep pembelajaran
haruslah dipraktikkan mengikut situasi yang berbeza. Dengan ini, saya telah menjadi
seorang guru yang berkemampuan untuk bekhidmat di sekolah rendah.

Pada peringkat mahir dan pakar, saya telah menjadi seorang guru profesional yang
berpengalaman dan berilmu pengetahuan. Guru dalam peringkat ini kebiasaanya menjadi
golongan yang diingati dan disanjungi oleh anak murid mereka. Oleh itu, saya mempunyai
pelan untuk memperkembangkan kerjaya saya seperti gambar berikut bagi menerima
cabaran yang lebih mencabar :

Guru Pensyarah
Guru
Cemerlang di IPG
5.0 Isu dan cabaran profesion keguruan

Guru haruslah berupaya untuk menghadapi cabaran stres di bidang perguruan. Hal
ini demikian kerana selain daripada menjalankan tugas seharian, guru masih perlu
menghadapi tekanan daripada masyarakat. (Seman, 2007) Guru sentiasa memberi imej
yang positif kepada masyarakat, malah juga telah menjadi skala moral kepada masyarakat
pada hari ini. Oleh itu, setiap tingkah laku guru dan segala isu dalam bidang keguruan akan
diperhatikan dan dikritikan oleh setiap lapisan masyarakat. Ini menunjukkan bahawa guru
menerima tekanan daripada masyarakat dalam kehidupaan seharian termasuk waktu lepas
kerja. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita haruslah sentiasa bersedia untuk menangani
stres yang dihadapi.

Pendidikan Malaysia telah mengalami perubahan yang pesat dari segi misi dan visi,
kandungan kurikulum, kaedah P&P dan bentuk-bentuk penilaian dan pengukuran. (Nurlina
Mohd Puad, 2018). Walaupun perubahan ini adalah demi kebaikan pendidikan Malaysia,
tetapi ini juga merupakan cabaran yang besar kepada guru untuk menyesuaikan diri dalam
kaedah yang baharu. Tambahan lagi, guru memainkan peranan yang penting bagi
menjayakan perubahan ini.

Akhirnya, terdapat banyak ahli masyarakat yang mengukur prestasi kerja guru
melalui pencapaian skor dan prestasi murid. (Nurlina Mohd Puad, 2018) Hakikatnya,
prestasi guru tidak harus diukur melalui prestasi murid. Hal ini demikian kerana setiap murid
ialah individu yang berbeza dan terdapat aspek-aspek yang lain harus ditimbangkan seperti
kepimpinan, sikap bertanggungjawab, kecekapan dan lain-lain. Perspektif seperti ini adalah
sangat tidak adil terhadap guru dan pandangan ini adalah seperti menafikan segala kerja
keras guru.

6.0 Penutup

Tuntasnya, bidang keguruan merupakan satu profesion dan untuk menjadi seorang
guru yang profesion, guru haruslah dilengkapi dengan ciri-ciri guru profesional. Pelan
pembangunan diri dan pembangunan kerjaya yang ditetapkan harap boleh dilaksanakan
secara sempurna. Guru bukan kerja yang mudah dan mereka juga menghadapi pelbagai
cabaran yang sukar dibayangkan oleh pihak di luar bidang.

(1100 p.p)
Rujukan
Gossman, P. (2008). Teaching Development - Experience and Philosophy (Using the Three
Rs). Teacher Education Quarterly, Spring, 155-166.

Malaysia, K. P. (2017, September). Buku Panduan Akademik Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Dengan Kepujian (PISMP). Cyberjaya, Selangor, Malaysia. Didapatkan
dari http://ipgkpm.edu.my/download/bp_pismp_sesi_2017-18.pdf

Nurlina Mohd Puad, M. D. (2018). ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB PENDIDIK DALAM


PROFESION PERGURUAN DAN CABARAN PENDIDIK MASA KINI. Jurnal AL-
ANWAR, 43-52.

Octavia, S. A. (2019). Sikap Dan Kinerja Guru Profesional. Yogyakarta: Penerbit


Deepublish.
doi:https://books.google.com.my/books?id=08qsDwAAQBAJ&printsec=frontcover&so
urce=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=true

Seman, M. b. (2007). CABARAN DALAM PROFESION PERGURUAN DAN


HUBUNGANNYA. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai