Anda di halaman 1dari 3

PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN, KEBERTANGGUNGJAWABAN

INISIATIF KENDIRI

ISI PENTING
Kehadiran guru-guru di dalam program PPG ini boleh memberikan impak yang besar
kepada diri sendiri, murid-murid, guru besar dan semestinya kepada negara.
Apa yang dapat boleh diaplikasikan di dalam kelas dan berkongsi dengan
guru-guru di sekolah tentang tanggungjawab inisiatif kendiri. Pembangunan
Profesionalisme Berterusan Program latihan secara sistematik yang
menjuruskan kearah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya
serta kecemerlangan perkhidmatan dapat membantu meningkatkan
kemajuan Negara an masyarakat itu sendiri.
Guru-guru yang mengikuti program PPG ini adalah perlu untuk inisiatif
sendiri bukan hanya dipaksa oleh mana-mana pihak. Diharapkan guru
menggunakan
peluang
yang
diberi ini
untuk mempertingkatkan
profesionalisme keguruan dan dapat mengubah segalanya bukan setakat akademik
sahaja tetapi dalam semua perkara. Guru juga perlu meningkatkan kualiti diri
untuk menjadikan pelajar kita boleh mengaplikasikannya dengan kehidupan
mereka pada masa hadapan. Malah bukan hanya untuk lulus peperiksaan
semata-mata sahaja. Katanya transformasi keguruan sebagai profesional
pilihan yang merupakan satu daripada 11 anjakan dalam laporan awal di dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada
peningkatan pembelajaran dan pembangunan guru.Bagi melaksanakannya,
kita perlu
meningkatkan
kualiti
profesion
perguruan
supaya
dapat menghasilkan guru-guru yang cemerlang yang boleh menjayakan program
ini. Kita juga mahu jadikan profesion perguruan sebagai profesion yang diminati dan
menarik yang membolehkan kejayaan kepada negara dan akan dijadikan
perhatian ramai pelajar, katanya.
Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti yang boleh
meningkatkan martabat negara. Guru sebagai pemangkin utama
kecemerlangan murid perlu diberikan pendedahan tentang pelbagai
pendekatan dan program penambahbaikan secara langsung melalui program
pembangunan ini. Dengan cara ini, profesionalismeguru besar itu sendiri
dapat ditingkatkan bermula daripada peringkat awal ketika guru tersebut
ditempatkan di sekolah buat kali pertama. Kajian-kajian lepas menunjukkan
peningkatan di dalam profesionalisme guru Berjaya memberi kesan yang
positif dari segi peningkatan ilmu dan amalan guru di sekolah,seterusnya
meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah (David et al., 2003).

Contohnya, kita sendiri iaitu kita boleh berjaya disebabkan guru-guru kitapaa
ketika dahulu adalah berkualiti. Sebagai guru, kita sentiasa mencari untuk
meningkatkan kualiti diri kita.Kemenjadian pelajar amat penting pada
masa sekarang kerana mereka yang akan memimpin negara kita pada masa
hadapan. Kita bangga ramai pelajar yang cemerlang setiap kali peperiksaan tetapi
ramai juga yang gagal. Kita harus mendidik pelajar pada hari ini
untuk menyediakan mereka pada akan datang. Contohnya, murid tahun 1
yang kita didik hari ini boleh faham hidup mereka pada tahun 2025 nanti. Faktor
penting yang perlu kita lihat adalah berkomunikasi dengan berkesan dan
efektif, yang boleh berkolaborasi dengan semua pihak dan mahir di dalam
bidang yang diceburi. Ini adalah ciri-ciri yang dikehendaki oleh sesebuah
institusi atau seseorang majikan.Guru sentiasa proaktif ke hadapan. dan jangan
tunggu guru besar menyuruh anda baru nak buat. Faktor guru amat penting dalam
membangunkan profesionalisme keguruan ini. Guru perlu membuat kajian tindakan
yang perlu bagi mengenalpasti kelemahan atau kekuatan yang ada pada
pelajar. Pihak media sosial seperti facebook, juga memainkan peranan
penting. Guru seharusnya menggunakan ict di dalam p & p yang dimana
boleh berhubung dan tukar maklumat.
Semua guru tidak kira gred perlu ada kompeten, profisien, strategi, aspirasi dan
wawasan diri. .Contoh, kompetensi yang diharapkan adalah p & p akan
berkesan, nilai profesional, aktiviti luar bilik darjah dan sumbangan
profesionalisme. Laluan kerjaya-3 tahun berprestasi tinggi akan dapat manfaat.
Guru terdiri daripada beberapa jenis iaitu 3kelompok iaitu guru berprestasi
tinggi, biasa dan rendah. Mereka akan memperoleh peluang pembangunan
kerjaya yang menarik merentasi beberapa laluan kerjaya, dengan kemajuan
berasaskan
kompetensi,
dan
bukan bergantung
kepada
tempoh
perkhidmatan, katanya ketika berucap untuk merasmikan Konvensyen
Antarabangsa
Institut
Pendidikan Guru
Dalam
Pembelajarandan
Pembangunan Guru di sini hari ini. Selain itu, Kementerian Pelajaran akan
menyediakan banyak peluang untuk peningkatan kerjaya, termasuk peluang
kenaikan pangkat kepada guru dan pengetua cemerlang sebagai insentif untuk
terus meningkatkan pencapaian mereka, sekali gus membolehkan
pengajaran dan pembelajaran lebih baik. Ini seharusnya dilihat sebagai
usaha danperkembangan positif dalam memartabatkan profesion perguruan kerana
program pembangunan profesional yang berterusan mensasarkan kepada matlamat
mempertingkatkan kompetensi, ilmu pengetahuan serta kebolehan guru itu.
Kesimpulan:Sebagai guru harus sentiasa meningkatkan kompetensi dan perlu
seiring dengan kehendak negarahari ini.Kita tidak perlu takut atau risau
dengan kemungkinan generasi akan datang yang akan hilang tradisi, tetapi

dengan pengetahuan baharu dan keupayaan berfikir secara kritis, generasi


dan guru-guru akan datang tetap relevan dalam pasaran pekerjaan, katanya.

Anda mungkin juga menyukai