Anda di halaman 1dari 29

KSMK3013

KESENIAN MELAYU
UNIT PSV JABATAN SAINS SOSIAL
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Dr. MOHD ZAMANI BIN MOHD NOR PEAH
3. SENI MELAYU
TRADISIONAL
(1 jam KULIAH 2 jam TUTORIAL)
BENTUK SENI MELAYU TRADISIONAL
• TRADISIONAL
bersifat atau bercorak tra­­disi: masyarakat ~ masyarakat yg mengamal­kan cara hidup yg
turun-temurun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
• Datang dari perkataan latin "traditio", bermakna menyerahkan,
menyampaikan, melangsungkan, mewarisi atau mewariskan dalam erti
sesuatu yang diperturunkan atau dilanjutkan dalam struktur keturunan,
kelompok dan juga dari kepercayaan sesuatu masyarakat.
• Tradisional lebih berbentuk budaya, adat, pemikiran atau juga dari segi
kebendaan dalam kehidupan sesuatu masyarakat yang diteruskan oleh
generasi kemudian.
• Tradisional terdahulu yang diperturunkan pada generasi terkemudian
dalam kegiatan harian yang ditampilkan melalui corak atau rentak
kehidupan dan biasanya tanpa perlu nota atau catitan kecuali bila kita
memperkatakan tradisional yang berhubung dengan keagamaan.
• Kerana tradisional yang berasaskan cara hidup melalui keagamaan,
biasanya diperturunkan beralaskan catitan, nota atau dipanggil kitab-kitab.
• Dalam kalangan masyarakat Melayu, kesenian boleh
dibahagikan kepada empat bahagian utama, iaitu seni rupa
(ukiran), seni suara (nyanyian), seni gerak (tarian) dan
permainan tradisional.
• Di rantau ini, kesenian telah menjadi identiti bagi
masyarakat Melayu.
• Kesemua seni tersebut dicipta hasil bakat para arif tempatan
melakukan interaksi nilai yang wujud di lingkungan
persekitarannya.
• Interaksi ini melibatkan penggunaan akal (kebijaksaan)
sehingga hasil daripada proses tersebut mencerminkan
tahap pemikiran masyarakatnya yang disebut sebagai
kearifan tempatan (local wisdom).
SENI RUPA
Seni rupa dalam masyarakat melayu merupakan ciptaan yang mengandung unsur-unsur seni.

Syed Ahmad (1979) seperti berikut:


• Seni rupa Melayu ialah kenyataan tampak sesuatu
kebudayaan yang tertentu, sebagai kain dewangga yang
merintangi masa.
• Konsep seni rupa Melayu adalah seni rupa dengan
konsep muzium tidak bertebuk. Seni rupa Melayu ialah
penjelmaan bahan-bahan dari alam semula jadi pada satu
bentuk yang merupakan jiwa pencipta.
• Hasil-hasil seni rupa itu yang diwujudkan dari alam sekitar
penglihatan dan fikiran, adalah ciptaan jiwa yang
dijelmakan melalui impian yang mencerminkan keadaan
harmoni di antara manusia dan alam semula jadi.
Menurut Siti Zainon (1986) seni rupa Melayu bermaksud:
• Satu hasil cipta seni lukis, grafik, tekstil, seni perusahaan dan
beberapa hasil kraf tangan termasuk kraf tangan tradisi Melayu.
• Terdapat dua bentuk seni rupa iaitu seni rupa dua dimensi dan
seni rupa tiga dimensi (Ensiklopedia Kebangsaan 1977).
• Seni rupa dua dimensi berdasarkan kepada ukuran panjang
dan lebar manakala seni rupa tiga dimensi berdasarkan kepada
ukuran panjang, lebar dan tinggi.
• Melalui kedua-dua bentuk seni rupa ini, maka bentuk dan
struktur sesuatu seni rupa dapat didedahkan.
• Sebagai contoh, lukisan merupakan hasil seni rupa dalam
bentuk dua dimensi manakala ukiran, seni bina dan seni kraf
tangan merupakan hasil seni rupa dalam bentuk tiga dimensi.
Seni rupa yang dihasilkan oleh orang melayu diantaranya:

Seni Ukir
• Seni Ukir dalam masyarakat melayu mempunyai
hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja tangan yang
dicipta melalui kepandaian mengukir.
• Ciri-ciri ukiran itu dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran
terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus.
Seni Anyaman
• Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun,
lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang
lain.
• Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui
anyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan
harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul
dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk.
Seni Tenunan
• Seni tenunan terbagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa,
tenunan ikat celup dan songket.
• Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap
dan cantik.
• Tenunan ini merupakan satu perkembangan dari proses
tenunan biasa.
• Sementara tenunan ikat pula dipercayai berkembang di istana
raja-raja.
• Penciptaannya lebih rumit terutama dalam proses menyongket
solek atau menyolek.
• Jenis kain tenunan ini dikenali juga dengan panggilan kain
benang emas.
• Seni Batik
• Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui
proses menerapkan lilin dan mencelup kain.
• Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses
menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan.
• Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga
yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan.
• Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara
celupan yang berperingkat-peringkat.
• Selanjutnya kain itu direbus dan dibasuh sehingga bersih
lalu dijemur hingga kering.
2. SENI SUARA
Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibagi kepada dua bahagian iaitu:

A. Seni Vokal
• Seni Vokal lahir dari pita suara yang memberi kepuasan
kepada pendengar.
• Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat.
• Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vokal tanpa
muzik dan seni vokal yang bergabung dengan muzik.
i. Seni Vokal tanpa musik yang sering dinyanyikan
dalam masyarakat Melayu ialah:
Endoi atau Dendang Siti Fatimah dan Ulit Anak
• Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negeri Perak, Selangor dan
Negeri Sembilan manakala ulit anak di negeri Terengganu. Biasanya
dilagukan dalam upacara berbentuk keislaman seperti menyambut
kelahiran anak atau upacara bercukur kepala.
Nazam atau Naban
• Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam
Bahasa Melayu yang mengisahkan riwayat Nabi Muhammad, para Nabi
Allah dan para sahabat Rasul. Persembahan yang tidak disertai alat muzik
ini memerlukan kemerduan suara.
Marhaban, nasyid dan qasidah
• Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi
Muhamad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian dan
berbentuk dakwah Islam yaitu terdapat dalam senikata Arab dan Melayu.
Qasidah biasanya dinyanyikan dalam bahasa Arab yang mengandung puisi
memuji Nabi Muhamad dan para sahabat.
ii. Lagu yang digabungkan dengan muzik:
Hadrah
• Sejenis nyanyian dinyanyikan dengan iringan sejenis alat
bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang.
Beduan
• Sejenis nyanyian rakyat negeri Perlis dan diringi dengan
bunyi-bunyian gendang. Beduan mempunyai persamaan
dengan bentuk zikir dan burdah yang diringi dengan
pukulan rebana.
Ghazal
• Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal
dinyanyikan dengan iringan alat seperti syeringgi, sitar,
harmonium dan tabla.
B. Seni Muzik
• Didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk
dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian.
• Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia.
• Ahli-ahli falsafah berpendapat bahwa setiap manusia
mempunyai minat terhadap muzik.
• Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-
bunyian yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia
dilahirkan.
• Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan
pancaindera penglihatan, tetapi dirasakan dengan hati atau
perasaan.
• Dalam masyarakat terdapat dua kelompok masyarakat iaitu:
Muzik Tradisi Warisan Istana
• Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri dari golongan
bangsawan yang merupakan golongan kelas pemerintah yang
menjadikan istana sebagai pusat kebudayaan.
• Raja-raja menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik di istana dan
latihan dianjurkan untuk meningkatkan mutu persembahannya.
• Muzik ini dimainkan dalam upacara pertabalan, kematian raja dan
upacara menghadap oleh para pembesar di hadapan balairung.
• Selain Nobat, muzik yang berkembang melalui tradisi istana di
Malaysia ialah Gamelan.
• Gamelan yang terkenal di Tanah Melayu berasal dari kerajaan
Riau-Lingga dan Johor.
• Alat-alat muzik yang digunakan dalam gamelan termasuk Saron,
Bonang, Kerompong, Gendang Dan Gong.
Tradisi Muzik Rakyat
• Disamping tradisi tinggi yang berpusat di istana, terdapat pula
tradisi rendah dikalangan rakyat biasa yang terdiri dari kaum
petani dan nelayan.
• Perkembangan seni muzik diperingkat masyarakat tradisi rendah
lahir daripada minat anggota masyarakat itu sendiri.
• Sebahagian dari mereka mewarisi keahlian bermain alat-alat
muzik itu dari pada keluarganya.
• Alat-alat muzik ini dibuat dari bahan-bahan yang diperoleh
disekeliling mereka seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lain-
lain.
• Muzik rebana merupakan sejenis alat muzik yang berkembang
dalam masyarakat Melayu tradisional.
• Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur keislaman
seperti Dikir, Ratib, Nazam, Hadrah, Rodat, Maulut dan lain-lain.
3. Seni Gerak
Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur – unsur keindahan

• Seni ini dapat dilihat pada gerakan tangan, kaki, badan,


mata dan anggota badan yang lain.
• Seni gerak orang melayu dapat dibahagi kepada dua jenis
iaitu seni tari dan seni drama.
A.   Seni Tari
• Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri
berirama yang indah. Seni tari dikategorikan dalam berbagai
jenis.
• Di antara pembahagian terhadap seni tari melayu adalah
seperti berikut:
i. Tarian-tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan
pada waktu perkawinan , pertabalan , istiadat menyembah dan
sebagainya seperti tarian Siti Payung, Mak Inang, Asyik, Gamelan
dan sebagainya.
ii. Tarian-tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan
Parsi seperti tarian Rodat , Hadrah dan sebagainya.
iii. Tarian rakyat seperti Dondang Sayang, Ronggeng, Joget dan
sebagainya.
iv. Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki seperti tarian Kuda
Kepang, tarian Labi-labi, tarian Berdayung dan sebagainya.
B. Drama Tradisional
• Drama tradisional ialah karya drama yang dianggap oleh
masyarakat yang mewarisinya sebagi hasil yang diwarisi
secara turun temurun dari generasi yang lampau.
• Antara seni drama tradisional yang popular dalam
masyarakat melayu adalah seperti berikut:
• Main Puteri
Berkembang dengan popular sekali di desa-desa negeri Kelantan
yang digunakan untuk mengubati orang sakit. Tok Puteri
memainkan peranan sebagai pawang atau bomoh untuk mengawal
penyakit yang dibawa oleh roh-roh atau semangat jahat.
• Mak Yong
Drama tradisional yang popular dinegeri Kelantan. Drama ini
berasal dari ritual memuja roh datuk nenek. Permainan makyung
ini dikatakan berasal dari negeri Patani.
• Wayang Kulit
Merupakan sejenis drama tradisional melayu yang terbagi kepada
beberapa jenis seperti Wayang Golek, Wayang Wang, Wayang
Topeng. Kini hanya Wayang Kulit yang masih kekal.
4. Permainan Tradisional
Permainan tradisional pada masyarakat melayu diantaranya:
• Permainan Gasing
Gasing ialah permainan rakyat yang popular dikalangan
orang Melayu. Di negeri-negeri Pantai Barat gasing dibuat
dari kayu, sementara di negeri-negeri Pantai Timur
khususnya di negeri Kelantan gasing dibuat dari timah.
• Sepak Raga
Sepak raga ialah sejenis permainan yang menggunakan
bola yang dibuat dari rotan yang dianyam dua hingga tiga
lapis. Sepak raga dimainkan oleh beberapa orang pemain
yang berdiri membentuk bulatan. Permainan ini dimulai
dengan salah seorang pemain melambungkan bola kepada
salah seorang pemain yang lain.
• Permainan Congkak
Permainan congkak ialah sejenis permianan Melayu
tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak.
Permainan ini dipercayai mula berkembang di istana yaitu
dikalangan wanita-wanita istana dan para pembesaryang
dimainkan untuk menghiburkan hati pada waktu lapang dan
juga bagi mengisi masa yang banyak terluang. Permainan ini
menggunakan dua bahan, iaitu papan congkak dan buah
congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak,
lubang-lubangnya dibuat diatas tanah. Sementara biji-biji
congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-
batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya
boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.
Pengaruh Tempatan
Alam sekitar
• Hasil inspirasi daripada alam seperti keindahan ombak yang
bergulung di lautan, kehijauan warna gunung-ganang,
keindahan matahari tatkala ianya terbit dan terbenam serta
bunga yang bercampuran warnanya memberi ilham dalam
penghasilan seni rupa bagi masyarakat Melayu.
• Seni suara dan seni gerak pula diinspirasikan daripada bunyi
serta gerakan flora dan fauna seperti pohon buluh yang
bergeseran antara satu sama lain, kicauan burung dan bunyi
dari pelbagai lagi spesies haiwan yang wujud di Alam Nusantara
ini.
• Maka, menikmati keindahan alam ini akan membawa rasa
keinsafan pada diri seseorang manusia dan boleh mengukuhkan
imannya (Hamka, 2016).
Pengaruh Animisme
• Pembentukan budaya masyarakat Melayu terhasil melalui usaha
masyarakat untuk menguasai alam sekeliling dan adaptasi
mereka dengan pelbagai unsur yang wujud seperti kepercayaan
animisme.
• Pada era animisme masyarakat Melayu umumnya menumpukan
perhatian kepada keperluan hidup sehari-hari dan meyakini
bahawa di alam ini semua benda dikuasai oleh kekuatan ghaib.
• Mereka melakukan berbagai ritual kepada kekuatan ghaib
tersebut seperti tarian dan nyanyian.
• Unsur-unsur animisme ini, pada masa sekarang masih ada yang
hidup, namun biasanya diselaraskan dengan ajaran-ajaran
agama Islam.
• Sebelum adanya interaksi dengan dunia luar iaitu pada
Zaman Animisme, kebanyakan seni persembahan
masyarakat Melayu adalah dalam bentuk mantera dan
jampi serta digunakan untuk tujuan upacara kepercayaan
animistik (Mohamed Ghouse Nasaruddin, 1992) termasuk
untuk tujuan memuja semangat dan roh nenek moyang
mereka (Mohd Kipli Abdul Rahman, 2013).
Pengaruh Luar
Pengaruh Islam
• Kesenian melayu yang berlangsung sekarang adalah pengaruh dari tamadun Islam
yang dibawa oleh pedagang dan penyiar  ke Alam Melayu.
• Hal itu dapat dilihat dari bangunan- bangunan seperti batu nisan dan sebagainya.
Misalnya bentuk batu nisan Fatimah binti Maimon ibn Hibatullah yang terdapat di
Leren Jawa Timur.
• Batu nisannya tertulis tahun 1082M, Juga batu nisan Malik al-Saleh di Pasai tahun
1297M dan banyak lagi batu nisan lain yang ditemukan. Semua batu nisan tersebut
ditulis dengan tulisan Arab dan hal tersebut sebagai bukti adanya pengaruh Islam
terutama dari asal datangnya penyiar Islam.
• Demikian pula dari aspek bangunan tempat ibadah seperti masjid yang dibangun di
Alam Melayu merupakan pengaruh Islam di mana terdapat khat-khat tulisan Arab
yang digunakan untuk hiasan masjid pada bagian dalamnya disamping adanya
mimbar dan menara.
• Dalam aspek kesenian yang lain juga dipengaruhi oleh Islam. Misalnya alat-alat
yang dipakai untuk kesenian di Alam Melayu dikenal dengan nama gambus.Gambus
digunakan untuk mengiringi zapin yaitu kesenian yang berasal dari Arab.
Pengaruh agama Hindu-Buddha
• Proses ini berlaku dalam satu tempoh masa yang panjang dan
kompleks bagi membentuk satu nilai bersama (Mohd Anuar,
2006).
• Berbagai unsur budaya India biasanya dikaitkan dengan
pengaruh India di Asia Tenggara. Ajaran-ajaran Hindu dan
Buddha, dan konsep-konsep Hindu di kerajaan, dapat dilihat
dengan penggunaan teks-teks berbahasa Sanskrit, juga
penggunaan cerita seperti Ramayana dan Mahabrata.
• Seni bina dan reka bentuk Hindu, serta dasar bentuk tarian,
diserap dan digabungkan dengan unsur-unsur budaya tradisional
Nusantara, dan terus-menerus berinteraksi.
• Unsur-unsur Hindu ini juga terdapat pada struktur singgahsana
kerajaan Melayu, seperti yang dideskripsi oleh Sheppard (1977).
RUJUKAN
• http://
kumpulanmakalah-mey.blogspot.com/2015/07/seni-dan-b
udaya-melayu.html
• https://www.researchgate.net/profile/Muhammad-Takari/p
ublication/258201353_MAKALAHBATAMTAKARI/links/0c
9605273234cb0c29000000/MAKALAHBATAMTAKARI.pdf
• http://
waneesa1dehwar.blogspot.com/2019/03/seni-suara-dala
m-masyarakat-melayu.html
• https://
www.researchgate.net/publication/294892823_Kelestarian
_dan_Pengkomersialan_Seni_Persembahan_Tradisional_
Melayu_dalam_Konteks_Industri_Kreatif_Cabaran_Pelua
ng/link/56c5e02108ae972194ae4313/download

Anda mungkin juga menyukai