Anda di halaman 1dari 2

Teknik Drama Sesuai Diaplikasi Dalam Penagajaran Mata Pelajaran Lain

DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD BIN ZOLKIPELI


KELAS : PISMP D5
TARIKH HANTAR : 20/03/2020

Drama merupakan salah satu elemen yang merentas kurikulum kerana


boleh diaplikasikan sebagai pendekatan atau teknik pengajaran dan
pembelajaran dalam semua mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia
Sekolah Rendah. Menurut Farizah Nazir et al. (2015), aktiviti drama yang
dilaksanakan di bilik darjah dapat menggalakkan interaksi dan kemahiran
berkomunikasi secara berkesan serta tepat seperti nama yang ditekankan
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia
Sekolah Rendah. Sama seperti karya kesusasteraan yang lain, drama
sebagai teks, berperanan sebagai medium penyebaran ilmu pengetahuan
dan menjadi sumber rujukan budaya masyarakat yang digambarkan. Guru
boleh membimbing murid menghayati kandungan teks atau skrip melalui
pembacaan dan perbincangan berkenaan dengan skrip yang dibaca. Murid-
murid dapat memahami perihal manusia dan ragamnya serta memahami
perilaku manusia dan sosiobudaya masyarakat melalui watak-wataj yang
terdapat dalam skrip tersebut.

Bagi tugasan ini, saya diminta oleh pensyarah subjek BMMB3083, Dr


Maria binti Tahir untuk memikirkan teknik drama yang sesuai digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek minor saya iaitu
Pendidikan Jasmani.

Oleh itu, saya telah memilih untuk mengaplikasikan teknik drama iaitu
penggunaan boneka semasa melakukan aktiviti dalam PdP. Guru boleh
menggunakan berbagai jenis boneka yang melambangkan watak-watak tertentu.
murid memainkan peranan dan menimbulkan situasi yang sesuai dengan jalan
cerita. Penggunaan boneka adalah melalui pergerakannya serentak dengan lafaz,
iringan skrip dan iringan bunyi-bunyian.
Subjek - Pendidikan Jasmani
Penggabungjalinan - Teknik Drama
Teknik drama yang dipilih - Boneka/ Main peranan (Didik Hibur)
Tajuk - Fungsi Tubuh Badan

1. Guru menyediakan boneka untuk mengajarkan tentang fungsi tubuh badan


kepada murid.
2. Boneka yang disediakan oleh guru ialah boneka Otak, Gigi, dan Tangan.
3. Murid diminta oleh guru untuk memakai boneka berbentuk topeng organ manusia
yang telah disediakan oleh guru dan murid perlu memainkan peranan sebagai organ
tersebut dan organ manusia akan bertanya kepada organ utama iaitu otak yang
menyimpan segala maklumat organ di dalamnya tentang fungsi diri ‘mereka’.
4. Guru akan menyediakan skrip dialog kepada murid yang melakonkan watak.
5. Murid lain akan melihat rakan-rakannya melakonkan aktiviti main peranan sebagai
organ dan mereka akan bersoal jawab dengan guru di akhir PDP.

Anda mungkin juga menyukai