Anda di halaman 1dari 2

Jenis-jenis Kamus

Kamus Ekabahasa

Kamus ekabahasa dikenali juga dengan nama kamus monolingual dan bahannya dalam satu

bahasa sahaja. Entri disusunmenurut abjad dan bentuk dasar katadijadikan entri kamus manakala

bentuk

peluasannya dicatat sebagai subentri,yang dalam kamus dicetak dalam huraiansatu entri dasar

yang sama. Makna yangdihuraikan berbentuk pemerian yangpanjang dan mungkin kompleks

untukmencapai maksud sejelas-jelasnya.

Takrifan makna ke atas kata-kataberdasarkan makna yang diberikandalam contoh ayat yang

mengandungi kata-kata berkenaan. Pendekatan inimenggunakan pembuktian data korpus.

Sinonim juga digunakan sebagai unsur pilihan tambahan kepada pemerian makna. Contoh bagi

kamus eka bahasa ialah Kamus Dewan.

 Kamus Diakronik

Kamus ini menumpukan kepada aspek pensejarahan. Dalam huraian entri,satuan leksikal

diperlihatkan aspek perkembangannya sama ada bentuk atau makna diberikan perhatian dalam

huraian kata.

 Kamus Sinkronik

Kamus ini disusun bertujuan untuk menggarap penyediaan leksikal pada sesuatu bahasa pada

masa tertentu atau pada satu tahap perkembangan yang singkat atau sezaman.

 Kamus Umum

Kamus umum memuatkan segala kata dalam sesuatu bahasa disertakan denganmaknannya. Ia

merangkumi semua kata dengan segala kemungkinan dari segi makna yang digunakan dalam

sesuatu bahasa.

 Kamus Ensiklopedia

Kamus besar yang memuatkan leksikal, keterangan atau maklumatekstralinguistik disusun

mengikut urutankata-kata atau satuan leksikal sebagaiacuan bahagian daripada dunia ekstra

linguistik. Kamus ini mempunyai persamaan dengan kamus ekabahasa darisegi urutan kata.
Hartmann mendefinisikan kamus ensiklopedia sebagai „a comprehensive summary of knowledge in

a given field or branch of science‰

 Kamus Etimologi

Kamus yang menumpukan perhatian kepada asal-usul kata dalam tradisitekstual. Kamus ini

menerangkan asal usul perkataan dan makna asalnya.Kamus etimologi yang besar cenderung

menjadi kamus komparatif

Anda mungkin juga menyukai