Anda di halaman 1dari 2

Jenis-jenis Kamus

Kamus Ekabahasa Kamus ekabahasa dikenali juga dengan nama kamus monolingual dan bahannya dalam satu bahasa sahaja. Entri disusunmenurut abjad dan bentuk dasar katadijadikan entri kamus manakala bentuk peluasannya dicatat sebagai subentri,yang dalam kamus dicetak dalam huraiansatu entri dasar yang sama. Makna yangdihuraikan berbentuk pemerian yangpanjang dan mungkin kompleks untukmencapai maksud sejelas-jelasnya. Takrifan makna ke atas kata-kataberdasarkan makna yang diberikandalam contoh ayat yang mengandungi kata-kata berkenaan. Pendekatan inimenggunakan pembuktian data korpus. Sinonim juga digunakan sebagai unsur pilihan tambahan kepada pemerian makna. Contoh bagi kamus eka bahasa ialah Kamus Dewan. Kamus Diakronik Kamus ini menumpukan kepada aspek pensejarahan. Dalam huraian entri,satuan leksikal diperlihatkan aspek perkembangannya sama ada bentuk atau makna diberikan perhatian dalam huraian kata. Kamus Sinkronik Kamus ini disusun bertujuan untuk menggarap penyediaan leksikal pada sesuatu bahasa pada masa tertentu atau pada satu tahap perkembangan yang singkat atau sezaman. Kamus Umum Kamus umum memuatkan segala kata dalam sesuatu bahasa disertakan denganmaknannya. Ia merangkumi semua kata dengan segala kemungkinan dari segi makna yang digunakan dalam sesuatu bahasa. Kamus Ensiklopedia Kamus besar yang memuatkan leksikal, keterangan atau maklumatekstralinguistik disusun mengikut urutankata-kata atau satuan leksikal sebagaiacuan bahagian daripada dunia ekstra linguistik. Kamus ini mempunyai persamaan dengan kamus ekabahasa darisegi urutan kata.

Hartmann mendefinisikan kamus ensiklopedia sebagai a comprehensive summary of knowledge in a given field or branch of science Kamus Etimologi Kamus yang menumpukan perhatian kepada asal-usul kata dalam tradisitekstual. Kamus ini menerangkan asal usul perkataan dan makna asalnya.Kamus etimologi yang besar cenderung menjadi kamus komparatif

Anda mungkin juga menyukai