Anda di halaman 1dari 23

1.

PENDAHULUAN
Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Bahasa

digunakan untuk menyampaikan pendapat, bertukar fikiran, menyatakan perasaan, dan


sebagainya. Bahasa dapat menggambarkan dan memberikan kesan terhadap cara
berfikir serta perubahan dan perkembangan budaya. Bahasa mempunyai struktur yang
kompleks dan boleh dianalisis dan diperlihatkan secara sistematik. Bahasa mempunyai
struktur yang berbeza untuk menyampaikan makna iaitu dikenali dengan istilah
semantik.
Semantik adalah suatu bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan
ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Melalui kata
manusia

mengungkap

fikiran,

perasaan,

pendapat,

emossi,

perlakuan

dan

keperibadian, Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, maka semakin banyaklah
idea yang mampu diungkapkan baik yang tersurat mahupun yang tersirat.
Semantik mempunyai peranan penting kepada semua guru yang mengajar
Bahasa Melayu baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Semantik
merupakan cabang ilmu bahasa yang mempelajari segala sesuatu tentang makna.
Semantik berada di luar gramatika bahasa yang berbeza dengan morfologi dan
sintaksis yang berada pada tataran gramatika bahasa. Cakupan semantik sangat luas
mencakup semua tataran bahasa, baik kata, frasa, klausa, kalimat, perenggan, maupun
wacana. Dengan demikian, semantik adalah ilmu makna, membicarakan makna,
bagaimana mula adanya makna sesuatu, bagaimana perkembangannya, dan mengapa
terjadi perubahan makna dalam sejarah bahasa.
Tuntasnya, sebagai guru Bahasa Melayu kita hendaklah melengkapkan diri
dengan pengetahuan yang mendalam dalam bidang semantik untuk diaplikasikan di
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Kemampuan kita
menguasai bidang tersebut membolehkan kita berkeyakinan untuk menyalurkan
pengetahuan yang dimiliki kepada murid-murid

dan seterusnya dapat membimbing

murid-murid menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan standard.

TUGASAN 1

2.0

KONSEP SEMANTIK
Mengikut Kamus Dewan semantik bermaksud ilmu mengenai makna atau erti

kata, dan penambahan atau perubahan makna kata. Perkataan ini berasal daripada
perkataan Greek iaitu semantikos yang bermaksud memberi tanda, sesuatu gejala atau
sesuatu yang bermakna. Menurut Palmer di dalam bukunya yang bertajuk Read(1984)
istilah semantik merujuk kepada kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak
baharu dalam bidang linguistik. Istilah ini mula diperkenalkan oleh Micheal Bral
daripada perkataan Perancis semantique pada tahun 1883. Istilah ini pernah
digunakan dalam sebuah kertas kerja yang berjudul Reflected Meanings: a point of
semantic pada tahun 1894.
Menurut Abdullah Hassan (1992), semantik ialah istilah yang merujuk kepada
kajian makna. Oleh sebab makna adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik
juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Kajian makna kata dalam bahasa Melayu
menurut sistem penggolongan semantik adalah cabang linguistik yang berperanan
semata-mata untuk meneliti makna kata, bagaimana asal mulanya, bahkan bagaimana
perkembangannya dan apakah sebab-sebab terjadi perubahan makna dalam sejarah
bahasa. Bidang semantik terbatas pada usaha memperhatikan dan mengkaji proses
transposisi makna kata dalam pemakaian bahasa.
F.R Palmer di dalam bukunya yang bertajuk Semantik yang diterjemahkankan
oleh Prof. Abdullah Hassan menyatakan semantik ialah istilah yang merujuk kepada
kajian makna, dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka
semantik menjadi sebahagian daripada linguistik. Menurut Harimurthi Kridalaksana
( 1983), Buku Bahasa Melayu II semantik ialah bahagian daripada struktur bahasa
yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu
bahasa.
Kesimpulannya, semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata iaitu
ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah
kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakann makna, hubungan
antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.
3

2.1

FITUR MAKNA
Makna sesuatu perkataan itu dibahagikan kepada komponen-komponennya.

Makna perkataan dianggap terdiri daripada sekolompok fitur distingtif. Kaedah ini
diasaskan oleh Katz dan Fodor telah diperluaskan oleh Jackson(1988) dan John
Lyons(1995). Penanda makna ialah gagasan teoritis bertujuan mewakili konsep yang
menjadi sebahagian erti morfem dan unsur lain dalam bahasa semula jadi. Melalui
analisis komponen makna ini, perhubungan dan pengertian yang mengait-ngaitkan di
antara satu sama lain diformulakan secara mutlak.
Dalam menyatakan makna, fitur-fitur atau sifat-sifat tersebut akan diberi tanda +
atau -. Tanda-tanda ini mempunyai pengertian khusus dalam memberi makna tersebut.
Tanda + membawa makna fitur tersebut wujud pada perkataan yang dianalisis
maknanya. Sementara tanda yang bermaksud fitur tidak wujud bagi perkataan
tersebut.
Binatang

+bernyawa

Batu

- bernyawa
Kesimpulannya, kita sebagai pengguna bahasa Melayu sendiri yang memberi

makna kepada perkataan tersebut mengikut konteks dan penggunaannya. Di samping


itu, fitur makna amat berkait rapat dengan sinonimi dan berkait dengan leksikal.

2.2

Makna Leksikal
Makna leksikal juga disebut sebagai makna kata. Menurut Nik Safiah Karim di

dalam bukunya Bahasa Melayu STPM perkataan leksikal diterbitkan dari perkataan
leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. Unit leksikon ialah
leksem iaitu bentuk bahasa yang bermakna. Ini bermaksud makna leksikal ialah makna
yang bersifat leksikon, makna yang sesuai dengan referensnya, makna yang sesuai
dengan pemerhatian deria kita atau makna yang nyata.

Sebagai contoh, makna leksikal buaya ialah sejenis binatang buas, yang tinggal di
dalam air tetapi juga boleh naik ke darat.Makna buaya Nampak jelas di dalam ayat
berikut:
a) Buaya di sungai itu telah ditangkap.
Bagi ayat kedua

kata buaya tidak bermaksud leksikal lagi tetapi membawa erti

seorang lelaki yang suka memujuk dan menipu wanita.


b) Jangan percaya dengan kata-kata Hafiz kerana dia itu buaya.
Makna

buaya

tidak

bersifat

leksikal

lagi

kerana

telah

berubah

mengikut

penggunaannya dalam ayat.


Dalam sesuatu bahasa tidak sesuatu perkataan mempunyai makna leksikal.
Perkataan seperti rumah, bunga, buruk dan sebagainya memiliki makna leksikal. Tetapi
perkataan yang tergolong di dalam kata tugas sepert tetapi, sebelum, walaupun dan
sebagainya tidak memiliki makna

leksikal. Kesimpulannya makna leksikal sesuatu

perkataan ialah gambaran yang nyata tentang sesuatu konsep yang dilambangkan oleh
perkataan itu.
Perkataan yang terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif
kesemuanya mengandungi makna. Hal ini menunjukkan terdapat hubungan antara
makna dengan kata-kata tersebut dan tidak boleh digunakan dengan sewenangwenangnya. Kata-kata dengan makna berhubung di antara satu sama lain dengan
melalui pelbagai cara di antaranya ialah:
2.2.1 Sinonimi
Menurut S Nathesan(2008) di dalam bukunya yang bertajuk Makna Di Dalam
Bahasa Melayu sinonimi iaitu perkataan yang berlainan tetapi mempunyai makna dan
pengertian yang sama. Umpamanya, pasangan perkataan cantik dan lawa, bijak dan
cerdik dikatakan bersinonim. Hubungan makna antara dua perkataan yang bersinonim
itu bersifat dua hala. Jika bijak dikatakan bersinonim dengan cerdik maka cerdik
bersinonim dengan bijak.
5

Namun demikian , perkataan-perkataan tersebut tidak mendukung makna yang


sama dalam erti kata yang sebenarnya jika diteliti daripada komponen maknanya.
Contohnya wanita dan perempuan walaupun bersinonim tetapi penggunaannya
perkataan tersebut hendaklah mengikut konteks ayat walaupun mempunyai makna
yang sama.
2.2.2 Antonimi
Mengikut pendapat Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya yang bertajuk Bahasa
Melayu II, antonimi ialah pertentangan makna perkataan misalnya sejuk lawannya
panas, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah dan sebagainya. Terdapat juga
sinonim sebagai perkataan berlawanan yang saling melengkapi seperti duduk-bangun,
tajam-tumpul gembira sedih dan sebagainya.
Kesimpulannya antonim ialah lawan kata. Tetapi jika direnung dengan mendalam, yang
berlawan itu bukan perkataan tetapi makna perkataan-perkataan. Maka ungkapan
lawan makna adalah lebih tepat.
2.2.3 Hamonimi
Menurut Nik Safiah Karim(2013) di dalam buku Bahasa Melayu STPM perkataan
hamonimi berasal dari bahasa Yunani iaitu onoma yang bermaksud ungkapan yang
bentuknya sama dengan ungkapan lain tetapi maknanya tidak sama. Perkataan buku
yang bererti kitab dan perkataan buku yang bererti bahagian keras antara ruas.
Perkataan peria yang bererti sejenis buah yang pahit dan peria yang bererti pemuda,
lelaki dan teruna. Perkataan buku dan peria walaupun mempunyai sebutan dan bentuk
yang sama tetapi mempunyai perbezaan makna mengikut konteks ayat.
2.2.4 Hiponimi
Hiponimi ialah ungkapan yang maknanya dianggap merupakan sebahagian
daripada makna ungkapan lain. Sebagai contoh melur, mawar, melati, kemboja dan
cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya hiponimi ialah kata umum
yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau
dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggota yang
6

terdiri daripada kata yang khusus. Contohnya bawal memang ikan tetapi ikan bukan
hanya bawal sebaliknya juga meliputi ikan-ikan lain seperti kembung, selar, sardin,
salmon, kerisi dan sebagainya.
2.2.5 Polisemi
Perkataan tunggal yang mendukung beberapa makna yang berlainan disebut
polisemi di dalam ilmu semantik, menurut M Nathesan(2008). Polisem ialah perkataan
yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau
sedarjah. Sebagai contoh, kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitan sesuatu
perkara. Tentang juga boleh membawa maksud berlawan. Dengan kata lain, polisem
ialah hubungan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai
etimologi yang sama.

2.3 MAKNA AYAT


Makna

merupakan

satu

unsur

penting

untuk

memahami

ujaran

dan

penulisan.Sekiranya kita tidak memahami makna ayat, sukar untuk kita berkomunikasi
atau memahami apa yang ditulis. Ayat mempunyai makna untuk kita menyatakan
sesuatu.
Dalam setiap bahasa untuk membentuk sesuatu ayat, perkataan hendaklah disusun
dan untuk mendapatkan makna ayat bergantung kepada makna perkataan yang
terdapat dalam ayat tersebut. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2009) di dalam bukunya
Bahasa Melayu II, makna ayat bergantung pada makna perkataan yang terkandung di
dalamnya dan bagaimana perkataan tersebut distruktur dan digabungkan.
Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang
mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa
membawa apa-apa makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa
pendengar atau penulis memahami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita
mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan. Dalam bahasa
Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif.
7

Makna Ayat
Makna konotatif
Makna Denotatif
-Makna tersirat iaitu kata-kata yang
-Makna yang diterima umum yang
membawa makna langsung atau
mempunyai rujukan yang sama.
makna dasar sesuatu kata.
-Makna sebenar / asli yang dimiliki
-Makna yang ditambah disamping
oleh sesuatu kata.
makna sebenar.
-Makna tersurat
-Contoh bunga bermaksud
-Contohnya bunga bermaksud
tumbuhan yang berwarna -warni dan
tumbuhan yang berwarna -warni dan
berbau harum tetapi juga boleh
berbau harum.
bermaksud gadis atau anak dara.

Rajah 1: Makna denotatif dan makna konotatif

2.4 KETAKSAAN MAKNA


Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan taksa ialah sesuatu yang
mempunyai makna yang kabur, menyangsikan, meragukan, boleh menimbulkan lebih
daripada satu makna atau tafsiran. Darwas Harahap, (1994) menyatakan taksa ialah
ayat ayat yang tidak pasti maknanya.Ketaksaan menunjukkan kesalahan tentang
strukur makna digunakan untuk membayangkan maksud lain yang mempunyai kaitan
rapat

dengan

ciri

makna

sesuatu

perkataan. Ketaksaan bermaksud kata,

frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya. Ayat yang mempunyai lebih daripada satu
makna.Dalam situasi ayat yang taksa, pembaca meneka makna ayat tersebut mengikut
kefahaman mereka . Namun, ayat itu memberi makna lain jika konteks ayat ditambah.
Kesimpulannya, sesuatu kekeliruan, kekaburan dan perkara yang tidak jelas
yang berlaku pada perkataan, frasa, ayat dan juga wacana sama ada melalui bacaan
atau ujaran bolehlah didefinisikan sebagai ketaksaan makna. Ayat taksa yang tidak
menyampaikan maksud yang lengkap kepada pendengar atau pun pembaca. Ayat
taksa yang tidak menepati nahu yang tepat membuat pembaca keliru, tidak jelas dan
8

kabur iaitu dari segi logik ayat. Ayat taksa ialah ayat yang betul dan tepat
nahunya tetapi jika tidak dibaca dengan intonasi yang betul akan menimbulkan
ketaksaan makna. Ketaksaan boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu:
2.4.1 Ketaksaan Struktural
Ketaksaan Struktural melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatu
konstituen, seperti frasa, klausa dan ayat.
Contoh ayat
Suaranya lembut walaupun agak garau.
Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana melibatkan satu pentafsiran bagi
satu konstituen. Di dalam ayat ini terdapat dua ayat penyata iaitu Suaranya lembut dan
Suaranya agak garau. Perkataan suaranya mungkin bermaksud bahasa yang
digunakan atau nada suaranya yang digunakan menggunakan bahasa yang
menunjukkan bahasa yang penuh sopan walaupun bersuara garau. Jika dibaca tanpa
mengambil kira intonasi, ayat ini menimbulkan ketaksaan. Tetapi mana mungkin orang
yang bersuara garau dapat bertutur dengan suara lembut
2.4.2 Ketaksaan Leksikal
Ketaksaan leksikal melibatkan lebih daripada satu penfsiran bagi sesuatu perkataan.
Contoh ayat
Sedang matahari menyembunyikan diri di ufuk barat, beberapa penduduk yang lain
pula mengayuh sampan seakan membawa sesuatu
Ayat tersebut mungkin membawa maksud sampan itu membawa sesuatu benda
berharga. Mungkin juga membawa sesuatu yang pelik tidak pernah dilhat oleh penulis.
Ayat ini menimbulkan ketaksaan kerana perkataan sesuatu membawa pelbagai maksud
yang pelbagai yang boleh menimbulkan pelbagai persoalan tentang apa yang dibawa
oleh beberapa orang penduduk yang mendayung sampan tersebut.

2.4.3 Ketaksaan Metafora


Ketaksaan metafora melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsur-unsur
kiasan yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya.
Contoh ayat
Penerbangan MH 307 hilang dari radar pada 1.20 pagi dan belum lagi di kesan,
walaupun operasi mencari dan menyelamat raksasa yang melibatkan 26 negara.
Perkataan raksasa jelas menunjukkan ayat ini mengandungi unsur ketakasaan
metafora kerana mengambarkan operasi mencari dan menyelamat secara besarbesaran yang digambar secara melampau atau melebih-lebih dengan penggunaan
istilah raksasa. Raksasa ialah sesuatu makhluk yang bertubuh badan yang besar dan
tinggi dan ditakuti oleh manusia.
2.4.4 Ketaksaan Figuratif
Lazimnya dikaitkan juga dengan ketaksaan di peringkat leksikon atau kata, iaitu
kerana adanya unsur polisemi, dan ketaksaan yang ada kaitannya dengan unsur
perbezaan budaya. Dalam hal ini, makna sesuatu kata itu hendaklah dianalisis dari segi
makna figuratif bukan makna literal.
Contoh ayat
Apabila kubu siap dibina,ni bererti tanda nak perang.
Perang boleh membawa maksud warna, juga boleh membawa maksud perang.
Jika tidak dibaca mengikut intonasi makna ayat akan berubah. Walaupun perkataannya
sama tetapi sebutannya lain-lain untuk membezakan makna.
2.4.5 Ketaksaan Yang Disengaja(deliberate)
Dalam sesetengah jenis penulisan, beberapa

struktur leksikal dan

sintaksis

disengajakan ketaksaannya, misalnya dalam penulisan teks sastera, iklan, tajuk berita
dan undang-undang.

10

Contoh ayat
Budak korban tiang gol.
Ayat di ayat merupakan sebuah tajuk berita. Ayat ini sengaja ditaksakan. Sekiranya
dibaca akan memberi pelbagai makna.

2.5

KEKABURAN MAKNA
Kekaburan pula dapat dibahagikan kepada empat jenis yang dijumpai dalam

bahasa. Jenis pertama ialah kekaburan rujukan, kedua ketidakpastian makna, ketiga
kurang ketentuan pada makna item itu dan keempat pertentangan pada penentuan
makna item. Kekaburan rujukan bermaksud item itu pada dasarnya sudah cukup jelas
tetapi sukar ditentukan sama ada item itu dapat digunakan pada benda-benda tertentu.
2.5.1 Kekaburan Referensi
Kekaburan referensial muncul kerana makna leksikal sebuah perkataan sukar
diterapkan pada objek tertentu.
Contoh ayat
Tolong pastikan gerai anda kemas dan bersih.
Perkataan kemas dan bersih jika dihuraikan membawa makna yang hampir sama.
2.5.2 Kekaburan Makna
Kekaburan makna muncul kerana adanya penafsiran yang berbeza atau tidak pasti
terhadap makna kata atau frasa tertentu.
Contoh ayat
Durian Thailand(Siam)
Penyataan ini dapat dimaknakan sebagai:

11

a) Durian itu berasal dari Thailand.


b) Sejenis durian Thailand(Siam) yang dijual di Malaysia dinamakan durian
Thailand yang berisi tebal dan berkulit tebal dan perlu diperam.
c) Durian itu dibeli di Thailand tetapi bukan durian siam tetapi durian jenis lain.
d) Sejenis durian Thailand(Siam) juga ditanam di negara kita.
2.5.3 Kekaburan Spesifikasi
Kekaburan ini disebabkan oleh sifat makna sesuatu perkataan yang terlalu umum.
Contoh ayat
Rata-rata penduduknya pada keseluruhannya sungguh menyenangkan.
Perkataan menyenangkan yang tidak dapat ditentukan kerana bersifat terlalu umum
untuk difahami. Menyenangkan boleh bermaksud baik, tidak sombong , peramah dan
sebagainya.
2.3.4 Kekaburan Disjungsi
Kekaburan ini disebabkan kerana terdapat pilihan yang menimbulkan penafsiran yang
berbeza, sementara pilihannya juga di luar pilihan yang disediakan.
Contoh ayat
Cucu nak kaya tak?
Soalan yang ditanya boleh memberi pelbagai maksud sama ada cucu hendak jadi kaya
atau hendak sejenis makanan yang boleh disapu dengan roti. Pilihan makna yang lain
pula ialah sekadar menguji seseorang yang ingin menjadi kaya atau ingin memberi
sesuatu yang dimiliknya yang boleh menjadikan seseorang itu kaya.

12

TUGASAN 2

3.0

MENGKAJI DAN MENILAI ISTILAH

13

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka(2007) istilah ialah kata, gabungan
kata dan frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam
sesuatu bidang ilmu. Istilah ialah lambang linguistic yang berupa huruf, bentuk bebas
atau gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik yang
mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu. Kewujudan
sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang menjadi
unsur penyamapai sesuatu ilmu. Melalui istilah sesuatu konsep dalam bidang ilmu
tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan kepada khalayak
Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya.
Menurut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, tata istilah ialah
kumpulan peraturan untuk membentuk istilah. Tata istilah pula merupakan kumpulan
istilah-istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan
yang ada.
3.1

Singkatan
Menurut kamus dewan(2007) mentakrifkan singkatan sebagai kependekan atau

ringkasan dalam pemakaian bahasa. Mansoer Pateda(1995) menyifatkan singkatan


sebagai kependekan kata-kata dengan mengwujudkan satu bentuk kata berlainan.
Proses singkatan tidak melibatkan gabungan perkataan seperti akronim. Sekiranya
diperhatikan secara mendalam, kata singkatan ini kebanyakkan dipengaruhi oeh
masyarakat dalam penggunaannya untuk berkomunikasi. Setiap perkataan yang
disingkatkan haruslah difahami oleh khalayak umum supaya mesej yang ingin
disampaikan dapat difahami. Kata singkatan ini adalah proses pembuangan huruf
dalam beberapa perkataan seperti YB-Yang berhormat, dsb-dan sebagainya, b.p-bagi
pihak dan sebagainya. Kata singkatan ialah pembuangan huruf dalam beberapa
perkataan seperti bilangan-bil, halaman-h, nombor-no dan sebagainya.
Contoh ayat
Universiti Tun Razak (UNITAR) membekalkan bahan melalui CD-ROM.
3.2

Lambang
14

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat(2007) lambang ialah tanda yang mewakili
entiti linguistik seperti bunyi, fonem, suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam
transkrip fonetik atau sistem tulisan. Menurut Sibarani(2004) pula, bahasa merupakan
satu sistem tanda atau sistem lambang sebagai alat komunikasi dan digunakan di
dalam kelompok masyarakat. Namun begitu, dalam ilmu bahasa lambang, ia
merupakan sesuatu yang dikeluarkan atau yang disebut dari mulut seseorang sebagai
mewakili apa yang ada dalam kepala atau fikiran seseorang itu untuk merujuk kepada
sesuatu yang lain. Oleh itu lambang tidak sama dengan benda, perbuatan, peristiwa
atau sifat tetapi wakilnya sahaja. Setiap kata yang dikeluarkan adalah lambang yang
mewakili sesuatu. meter-m, kilogram-kg, ampere- A dan sebagainya.
Contoh ayat
Minyak evening primrose ( 300mg setiap hari, memberikan 300mg GLA)
3.3

Ejaan
Menurut Kamus Dewan(2007) , menyatakan kaedah atau cara

menulis

perkataan dengan huruf. Terdapat pelbagai jenis ejaan iaitu ejaan grafemik iaitu
berdasarkan bunyi, ejaan estimologi iaitu istilah yang sama dan ejaan yang sama, ejaan
transliterasi iaitu alih huruf kepada ejaan yang sama dan ejaan transkripsi iaitu
penulisan sebutan dalam bahasa yang bersangkutan.
Penyesuaian ejaan di dalam bahasa Melayu ini dibuat bagi menambahkan kosa
kata bahasa Melayu sesuai dengan kehendak masyarakat hari ini. Pinjaman istilah ini
digunakan bagi digunakan di dalam pelbagai disiplin ilmu sesuai dengan makna
sesuatu ilmu yang hendak digunakan atau disampaikan kepada umum. Istilah yang
baru dipinjam di serapkan didalam bahasa Melayu dan ditulis atau diungkap
berdasarkan darjah penyesuaian unsur pinjaman itu di dalam bahasa Melayu
.Contoh ayat
Wanita yang mengalami PMS juga sering sering kekurangan magnesium.
3.4

Tatabahasa
15

Menurut Kamus Dewan(1993), tatabahasa ialah pengetahuan atau pelajaran tentang


pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat iaitu penyusunan kata-kata di
dalam ayat. Peranan semantik dalam menghuraikan tatabahasa dapat ditinjau dari
pelbagai aspek diantaranya ialah:
a) Penggunaan kata akar iaitu istilah yang dibentuk daripada kata akar. Contohnya
gaya, sudut, kaji dan sebagainya.
b) Proses pengimbuhan iaitu kata akar atau kata dasar diberi imbuhan iaitu awalan,
akhiran, apitan dan sisipan. Proses ini mampu mengubah kelas kata iaitu kata
nama, kata kerja dan kata adjektif.. Contohnya tani- petani-pertanian, sediapenyedia-penyediaan, klorin pengklorin pengklorinan dan sebagainya.
c) Proses penggandaan iaitu kata dasar yang digandakan atau diulang. Kewujudan
tanda sempang(-) untuk menunjukkan pengulangan istilah. Contoh kacangkekacang, jari-jejari dan rumput-rerumput
d) Proses pengabungan ialah peleburan kata atau bahagian kata kepada satu kata

TUGASAN 3

melalui gabungan satu atau lebih kata akar atau kata dasar, kemudian diberi
makna yang berbeza daripada kata asal.. Contohnya ketua pengarah, mesin
kira dan setiausaha
e) Bentuk tata bahasa dan leksikal yang berubah disebabkan oleh pengaruh pola
seragam lain dalam bahasa iaitu bentuk yang sudah lazim digunakan.

16

4.0 REFLEKSI

17

Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3111 Semantik dan
Peristilahan Bahasa Melayu, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk
dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baru kepada saya. .Saya berasa begitu
bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada
saya tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu amatlah sedikit. Namun dengan
bantuan pensyarah-pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai
semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya meneruskan tugasan ini
walaupun terdapat masalah kekangan waktu. Cabaran dan halangan ini tidak
mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula
dengan mencari nota yang berkaitan dan seterusnya mengkaji ketaksaan dan
kekaburan makna. Di sini saya telah berjaya mencari ketaksaan dan kekaburan dalam
rencana-rencana majalah dan akhbar dan membuat analisis bukanlah sesuatu yang
mudah dan perlu menghayatinya dengan penuh kesungguhan.
Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang
semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya kumpulkan dan saya perolehi
maklumat-maklumat tersebut melalui buku-buku terutamanya buku Tatabahasa Dewan
dan sumber internet. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu
yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini terutamanya membuat
analisis mengenainya akan dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran
yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi.
Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang
disenaraikan untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan
yang lebih meluas mengenai ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu.
Sebagaimana yang kita ketahui semantik merupakan bidang kajian tentang makna
sama ada pada peringkat perkataan atau ayat. Manakala istilah pula merupakan kata
atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan kata yang menyatakan sesuatu
dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan.
Bidang kajian tentang makna dalam bahasa Melayu merupakan sesuatu yang
menarik untuk dikaji. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi
18

melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan
berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.. Sebagai
guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.
Kesimpulannya, sebagai seorang guru keperluan menguasai aspek semantik di
dalam bilik darjah amatlah penting kerana dalam bahasa Melayu, setiap perkataan
mempunyai banyak makna. Penguasaan semantik yang dimiliki oleh guru dapat
memantapkan lagi penyampaian ilmu kepada murid kerana menggunakan bahasa
Melayu yang tepat dan bermakna.

BORANG PENENTUAN TUGASAN


19

PROGRAM
NAMA PELAJAR
KUMPULAN
MATA PELAJARAN

: PPG JUN 2011


: ZAINAB BINTI HASHIM (671121-02-5990)
: BAHASA MELAYU KUMPULAN 2
: SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
( BMM 3111 )
PENSYARAH PEMBIMBING: PUAN DR NOR DIANA BT HAMZAH
Bil

Tarikh

Perkara

Tanda Tangan
Pensyarah

15.2.2014 Interaksi kedua, pensyarah


pembimbing memberi soalan
tugasan secara individu dan
memberi penerangan dengan
lengkap tentang tugasan individu
yang akan dilakukan oleh pelajar.

22.2.2014 Mencari bahan tugasan di


Perpustakaan Awam dan
berbincang kehendak tugasan
dengan rakan.

1.3.2014

Mengumpul bahan untuk rujukan


tugasan melalui buku, majalah,
dan pelbagai modul-modul dari
universiti.

8.3.2014

Interaksi ke tiga pensyarah


pembimbing memberikan panduan
perlaksanaan tugasan.

6.4.2014

Mencari ayat ketaksaan dan


kekaburan.

8.4.2014

Menaip tugasan dan menyemak


kesalahan ejaan dan tatabahasa

10.4.2014 Mencetak dan menjilid tugasan.

13.4.2014 Menyerahkan bahan tugasan


kepada pensyarah.

20

Tanda Tangan
pelajar

BORANG KOLABORASI
PROGRAM
: PPG JUN 2011
NAMA PELAJAR : ZAINAB BINTI HASHIM (671121-02-5990)
KUMPULAN
: BAHASA MELAYU KUMPULAN 2 (BMM2)
MATA PELAJARAN : SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
( BMM 3111 )
PENSYARAH PEMBIMBING: PUAN DR NOR DIANA BT HAMZAH
Bil

Tarikh

Perkara

Tanda
Tangan
Pensyarah

15.2.2014

Interaksi kedua, tugasan


diberikan oleh En Bukhari dan
memberi penerangan dengan
lengkap tentang tugasan
individu.

22.2.2014

Berjumpa di perpustakaan
Awam Negeri Kedah dan
mencari sumber rujukan di
sana. Berbincang tentang
kehendak soalan. Bertukartukar bahan tugasan dengan
rakan dari kumpulan BM 2.

5.3.2014

Menelefon rakan berbincang


tentang tugasan dan masalahmasalah yang dihadapi.

8.3.2014

Pensyarah pembimbing
memberi panduan untuk
melaksanakan tugasan dan
buku-buku yang berkaitan
dengan tugasan.

22.3.2014

Berbincang mengenai ayat-ayat


yang mengandungi ketaksaan
dan kekaburan bahasa Melayu
dengan kawan-kawan di IPDA.

21

Tanda
Tangan
pelajar

5.4.2014

Pensyarah pembimbing
menerangkan fitur makna dan
cara menghuraikan ketaksaan
dan kekaburan pada interaksi 4.

Rujukan
1. F.R Palmer, Penterjemah Abdullah Hassan, Prof(1989). Universiti Sains Malaysia
dan Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur
2. S Nathesan(2008), Makna Dalam Bahasa Melayu Edisi Kedua. Dewan Bahasa
3.
4.
5.
6.
7.

Dan Pustaka, Kuala Lumpur


Siti Hajar Abdul Aziz(2009), Bahasa Melayu II. Oxford Fajar, Kuala Lumpur
Modul PISMP Semantik Semester Enam
Modul PGSR Semantik Semester Enam
Modul PPG SGR 3038 Semantik Dan Pragmatik Universiti Utara Malaysia
Modul Psikolinguistik Dan Semantik Open University

Sumber internet diambil pada 1 Mac 2014


1. http://www.slideshare.net/NurFateha3/semantik-18437779
2. http://www.scribd.com/doc/134663176/UNIT-6-PJJ-SP-3-bml-3053
3. http://norlizasamzakaria.blogspot.com/2012/12/semantik-dan-pragmatik-bahasamelayu.html
4. http://www.scribd.com/doc/75831857/Nota-Assigment-BMM3111-Zaleha

22

23

Anda mungkin juga menyukai