Anda di halaman 1dari 22

( 1) SUSUNAN KATA MASUK ( ENTRI MASUK )

DEFINISI

(2) EJAAN

PERKAMUSAN

KONSEP DASAR DALAM PERKAMUSAN

(3) SEBUTAN

(5) TANDA TILDE (TANDA ~ )

(4) ETIMOLOGI

Harimurti Kridalaksana(1982:73) Buku rujukan yang memuatkan daftar kata atau gabungan kata dengan keterangan pelbagai makna dan penggunaan dalam bahasa, biasanya mengikut abjad. Abdullah Hassan, 1992:114)- kamus adalah dokumen penting berkenaan sesuatu bahasa. Istilah kamus dipinjam daripada bahasa Arab. Pada mulanya, kamus membawa makna senarai kata yang disusun mengikut abjad dan bagi setiap kata diberikan maknanya.

The American College Dictionary (1060:336)kamus ialah buku yang berisi pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun mengikut abjad dengan penjelasan makna serta maklumat lain dinyatakan atau dilahirkan dalam bahasa yang sama atau dalam bahasa lain.

1.

Tipologi bermaksud pengelompokan bahasa berdasarkan ciri-ciri fonologi, nahuan atau leksikal untuk menentukan jenisnya yang lepas daripada perkembangan sejarah ( Hartmann, 1972:243 ) Leksikologi- ilmu untuk mempelajari dan menganalisis kosa kata melalui perkembangan bentuk dan erti (makna) dengan bantuan bidang etimologi (asal usul kata ) Leksikografi - bidang linguistik terapan yang garapannya mencakupi teknik dan metodologi penyusunan. Leksikografi juga adalah cabang leksikologi yang mengkaji dasar dan kaedah penyusunan kamus, iaitu dari segi pengumpulan data, pemilihan data, dan pengabjadan, d samping penyusunan definisi dan pemberian makna.

2.

3.

1.1 Kata dasar


I.

Perkataan-perkataan yang dimuatkan di dalam kamus disusun menurut urutan abjad kata dasarnya yang dicetak dengan huruf tebal.

Contoh: asma, atap, aur dl


II.

Kata-kata dasar yang berupa homonim (kata-kata yang sama ejaannya dan sebutannya tetapi berlainan maknannya) diperturunkan berasingan diikuti dengan angka-angka I, II dan seterusnya sebagai penanda yang memisahkan: I II III IV (tertutup rapat-rapat) ( memotong padi ) ( alat pelicin kayu ) ( sj haiwan )

Ketam Ketam Ketam Ketam

I.

Kata terbitan dimuatkan di bawah kata dasar yang berkenaan: persenyawaan terdapat di bawah nyawa. Dua atau beberapa kata terbitan yang membawa makna yang sama ditempatkan bergandingan dan dipisahkan dengan tanda koma, misalnya: berbelasan, berbelas-belas beberapa belas.. kebaratan, kebarat-baratan meniru-niru adat orang Eropah, berlaku spt orang Eropah. Kata terbitan yang dipisahkan daripada kata dasar sebelumnya oleh tanda koma noktah(;) menunjukkan bahawa takrif dan sebagainya yang diberikan adalah berkaitan dengan kata terbitan yang berkenaan sahaja dan tidak meliputi kata dasarnya: tampi; menampi 1. membersihkan beras (padi, kacang dan lain-lain) dgn nyiru yg. digerakgerakkan:[merupakan takrif bagi menampi ]. Ungkap; mengungkap mengeluarkan isi hati

II.

III.

IV.

Kata-kata terbitan yang hanya membawa makna yg. Tertentu sebagaimana yang dihuraikan di bawah, tidak dimuatkan kecuali ada pertimbangan-pertimbangan tertentu:
ber yang hanya membawa erti ada atau mempunyai (misalnya berjari, bermodal, berpeluru);

a)

b) ter yang membawa erti superlatif iaitu pangkat atau peringkat yang penghabisan atau tertinggi (misalnya tertinggi, terindah dll ) c) ter yang hanya membawa erti pasif dan sama fungsinya dengan awalan pasif di:

d) Di yang membentuk kata kerja pasif juga tidak dimuatkan. Pengguna kamus hendaklah merujuk kepada bentuk aktif sesuatu kata kerja untuk mengetahui makna bentuk pasifnya yang berawalan di ( dengan pengubahsuaian yang sewajarnya);

e)

Se yang membawa erti sama.dengan (sebesar, semulia dan sebagainya) umumnya tidak dimuatkan, demikian juga se sebagai awalan yang bererti satu. Kata terbitan yang berawalan sedemikian bagaimanapun dimuatkan berasaskan sesuatu keistimewaan atau pertimbangan tertentu (misalnya, sebaya, sebau )

Rangkai kata yang berupa frasa, ungkapan, kata majmuk dan sebagainya umumnya dimuatkan di bawah kata pertama pada rangkai kata yang berkenaan (kerja lembur pada kerja; pelabuhan bebas pada pelabuhan dan sebagainya). Bagaimanapun terdapat beberapa keadaan tertentu sesuatu rangkai kata itu ditempatkan di bawah kata yang bukan kata pertama iaitu apabila difikirkan bahawa kata tersebut lebih penting atau menjadi tumpuan takrif.

(2 ) EJAAN- kata standard dan variasi


2.1 Ejaan yang digunakan dalam kamus ialah ejaan

Rumi baru yang telah diisytiharkan pemakaiannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972, dan sejajar dengan Pedoman serta senarai perkataan yang terdapat di dalam Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (Edisi Kedua, 1988). Atas beberapa petimbangan sebilangan besar perkataan yang berbeza daripada bentuk standard masing-masing iaitu yang merupakan variasi kata, serta bentuk tertentu variasi ejaan, masih dimuatkan dalam kamus ini sebagai kata masukan yang dirujukkan kepada bentuk ejaan standard, dengan tanda anak panah

sambungan
2.2

Bentuk Standard dan ejaan rasmi. Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yang terdapat pada perkataan yang ditakrifkan (seringkalinya dengan maklumat-maklumat selanjutnya). Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan.

sambungan
2.3
I.

Variasi Kata variasi kata diperturunkan terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Malaysia yang mengetemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus itu. Variasi kata yang ketara terhasil daripada pelat atau kegagalan menyebut perkataan dengan betul dan tepat, atau variasi yang difikirkan selama ini amat jarang diketemui, tidak lagi dimuatkan dalam cetakan baru ini-misalnya khanduri (bentuk standardnya, kenduri): lafal (lafaz), petenah (fitnah) dll.

II.

sambungan
2.4
I.

Variasi ejaan Variasi ejaan bagi perkataan-perkataan tertentu diperturunkan sebagai rujuk silang tanda dengan tanda anak panah merujuk kepada bentuk dan ejaan yang standard semata-mata untuk kemudahan pengguna yang mungkin masih keraguan tentang bentuk atau ejaan yang standard. Kemasukan variasi demikian dibataskan kepada bentuk kata yang tertentu sahaja.

sambungan
II. a)

Ejaan lama Perkataan-perkataan dalam ejaan lama yang luput oleh pelaksanaan sistem ejaan baru dan difikirkan tidak seharusnya menimbulkan kesulitan pada masa kini tidak dimuatkan sama sekali. Perkataan dalam ejaan lama sedemikian umumnya ialah yang tertakluk kepada peraturan-peraturan ejaan yang tertentu seperti:

b)

i.

Peraturan yang berkaitan dengan keserasian vokal pada suku kata praakhir dan suku kata akhir tertutup (misalnya balek menjadi balik; langsong menjadi langsung dll. )

sambungan
ii.

Peraturan yang berkaitan dengan penggunaan gugus konsonan bagi pengejaan kata asing yang tertentu (keritik menjadi kritik, sekerip menjadi skrip dll) dimaklumi pengguna bahasa Malaysia.

iii. Peraturan-peraturan lain yang diyakini sudah

(iii)

Suatu senarai kata yang bertujuan untuk membantu pengguna mendapatkan ejaan kata yang betul bagi kata-kata yang banyak variasinya dalam ejaan lama diberikan di bahagian akhir kamus.

Sebutan

yang diberikan terbatas kepada keterangan bagi sebutan huruf e pada kata dasar. Huruf e yang disebut [ ]( iaitu e pepet) tidak diberikan keterangan sebutan sedangkan e taling diberikan keterangan sebutannya dengan lambang .

bela bela (bla )

semak semak (smak )

(4) ETIMOLOGI
Keterangan etimologi tidak diberikan

selengkapnya tetapi hanya sekadar untuk menyatakan bahasa sumber sesuatu perkataan yang sudah meresap ke dalam perbendaharaan bahasa Malaysia tetapi masih terasa sifat-sifat keasingannya tanpa memperhitungkan taraf atau peringkat meresapan perkataan yang berkaitan di kalangan pengguna bahasa.

Tanda tilde atau tanda ~ yang terdapat pada kata

masukan pecahan ( seperti frasa, ungkapan dan sebagainya ) dan pada contoh penggunaan kata digunakan untuk menggantikan kata dasar atau kata terbitan yang ditakrifkan sebelumnya:
abah III; abah-abah Jw alat, perkakas, tali-temali; ~ kuda

alat kuda ~ kuda dimaksudkan: abah-abah kuda helah (h lah) 1. akal, muslihat, tipu daya: ini satu ~ utk memerangkap dia; tipu ~ tipu daya .. Tanda ~ dimaksudkan menggantikan tipu helah

TANDA-TANDA
~ pengganti kata dasar atau kata terbitan bererti lihat; = bererti atau, sama dengan; tanda ini dipakai sebagai peringatan bahawa kata yang berkenaan: a) jarang dipakai; b) penggunaannya terbatas kepada sesuatu daerah atau lingkungan sahaja; c) sudah kuno atau mati; d) disangsikan kebenarannya (disebabkan oleh salah baca, salah tulis, salah dengar dll)

KEPENDEKAN Ar Br C E IB Id Ig Jh Jk Jw Kd Kl Ml Arab Brunei Cina Eropah Indonesia-Belanda Indonesia Inggeris Johor Jakarta Jawa Kedah Kelantan Melaka Mn Ns Ph Pl Pn Pr Si Sl Sr Tr Minangkabau Negeri Sembilan Pahang Perlis Pulau Pinang Perak Singapura Selangor Sarawak Terengganu

KEPENDEKAN
bd bh bk bkn bp dgn dll dlm dr drpd dsb ib bahasa dalam bahasa halus bahasa kasar berkenaan (dengan) bahasa percakapan dengan dan lain-lain dalam dari daripada dan sebagainya istilah ilmu bahasa it kep ki kpd lw mis pd prb sbg sj sl spt istilah teknik kependekan kiasan kepada lawan misalnya pada peribahasa sebagai sejenis sastera lama seperti

ie
ipt is

istilah ekonomi
istilah pertanian istilah sains

sr
utk yg

seruan
untuk yang

ist

istilah am

Anda mungkin juga menyukai