Anda di halaman 1dari 36

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Name : Rozilah Binti Daud

Matric number :810603016234001

NRIC : 810603-01-6234

Telephone number : 012 711 8910

E-mail address : rozilah_daud@yahoo.com

Tutors name: Pn.Ruziyah Binti Zainol Abidin

Learning Centre: Johor Bahru

September 2012

Isi kandungan

1.0

Pengenalan

1-2

2.0

Definisi dan Konsep Peribahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

3-6

3.0

Ciri Ciri Kepentingan Peribahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu a. Elemen Penting Dalam Kemahiran Berbahasa b. Mencerminkan Imej Intelektualiti Penutur Bahasa

7-11

c. Aspek Penting Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan. d. Lambang Entiti Jati Diri Bangsa Melalui Penerapan Nilai Nilai Murni

4.0

Strategi Dan Teknik Pengajaran Peribahasa

12

4.1 Strategi Pengajaran Peribahasa Yang Sesuai Diguna Pakai a) Berpusatkan Murid b) Kepelbagaian Teknik c) Kepelbagaian Sumber d) Pengajaran dan Pembelajaran Bertema e) Bacaan Luas f) Penggabungjalinan g) Strategi Penyerapan

13 -16

4.2 Teknik -Teknik Pengajaran Peribahasa

17-28

4.2.1 Teknik Bercerita

4.2.2 Teknik Permaianan Bahasa

4.2.3 Teknik Main Peranan

4.2.4

Teknik Simulasi

4.3 Cadangan Kepada Lain-Lain Teknik Yang Boleh Digunakan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. 29-30

5.0 Rumusan

31

6.0 Bibliografi

32-33

1.0

PENGENALAN

Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Di bawah Organisasi Kandungan, Sistem Bahasa berfokus kepada lima eleman dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Bahagian yang dipilih untuk diinterpretasikan ialah peribahasa. Peribahasa merupakan fokus terakhir dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah (2003) yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Ia merangkumi jenis-jenis peribahasa iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia. Peribahasa memainkan peranan yang amat penting dalam masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan orang-orang Melayu. Peribahasa digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran atau ingatan secara kiasan atau sindiran.

Pada hemat saya, dengan menggunakan peribahasa, segala teguran, nasihat dan sindiran dapat disampaikan tanpa menimbulkan rasa marah atau kecil hati terhadap orang lain. Peribahasa wujud apabila masyarakat Melayu menyedari betapa susahnya untuk memberikan nasihat atau teguran secara terus terang kepada orang lain tanpa menyinggung perasaannya. Lantas, mereka mula mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan oleh semua orang. Seringkali perkara yang

diumapamakan itu berkaitan secara langsung dengan anggota masyarakat dan alam sekeliling mereka. Pada masa kini, aspek peribahasa semakin kurang dititikberatkan walaupun peribahasa merupakan elemen penting dalam kriteria berbahasa. Antara sebabnya ialah, peribahasa

merupakan bahasa klise dan milik sastera lama, tidak memahami peribahasa dengan baik, peribahasa mempunyai banyak makna tersirat, jumlah peribahasa yang banyak dan beberapa sebab yang lain.

Peribahasa Melayu merupakan salah satu daripada jelmaan intelektualiti penutur Bahasa Melayu. Ia diungkap menerusi bahasa yang indah-indah. Setiap ungkapan yang tercipta disusun dan dipadan dengan sedemikian rupa untuk membolehkan idea, rasa dan buah fikiran pengungkapnya dapat diserlahkan dengan lebih bermakna. Justeru itu, menerusi peribahasa ketemadunan, pemikiran, ethos dan moral bangsa Melayu sejak sekian lama (Abdul Samad Idris ,1990:ix). Sebagai kesinambungannya, peribahasa terus dicipta dan berkembang dalam kalangan masyarakat pada hari ini sejajar dengan peredaran masa dan tuntutan persekitaran.Sehubungan itu, amat bertepatan sekali aspek peribahasa turut dimuatkan ke dalam Huraian Sukatan Pelajaran .

2.0 DEFINISI DAN KONSEP PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Menurut Zaaba , peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran , sedap didengar dan bijak perkataannya. Manakala peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan serta yang membina minda. Selain itu, ia juga merupakan rangkaian-rangkaian perkataan yang tetap ,tersimpul dan terbeku dengan susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang khas yang berlaianan daripada yang asalnya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 : 1185 ) peribahasa bermaksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal, pepatah : pegangan merek yang teguh kepada peribahasa biar mati anak jangan mati adat , sudah cukup menggambarkan kebudayaan mereka. Abdullah Husain menakrifkan peribahasa itu sama tuanya dengan bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila manusia mulai mengenal peradaban ketika organisasi kehidupan perlu diatur , batas antara yang baik dengan yang buruk perlu diadakan untuk menjadi pendinding tatatertib pergaulan dan perhubungan sesama manusia. Peribahasa ialah sejenis ungkapan atau kata-kata yang padat, yang bisanya mengandungi

perkara-perkara yang berkait rapat dengan pengalaman manusia dalam pelbagai aspek kehidupan dan rempah ratusnya.Ia merupakan kata-kata yang penuh dengan kebijaksanaan. Biasanya, ia dibentuk daripada gaya kiasan, menggunakan imaginasi dan mudah dihafal.Ia merupakan ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Peribahasa dalam Bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan pepatah ( Kamus Sastera Melayu terkini 2000 : 69 ) .

1) Perumpamaan

Perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat jelas dan terang.Biasanya ia didahului oleh kata pembanding seperti bagai, laksana, umpama,bak, ibarat, macam, seperti, seolah-olah dan seakan-akan.Dalam ayat Budak itu seperti lembu, lembu dan budak itu dianggap menyerupai antara satu sama yang lain. Perumpamaan menjelaskan penilaian yang yang dibuat terhadap sesuatu benda itu dan biasanya penilaian itu melibatkan emosi dan perasaan yang kuat, ( Ainon Mohd& Abdullah Hassan 2003:3 ).Contoh perumpamaan adalah seperti yang berikut : a. Seperti : Seperti ikan dalam belanga ( Keuntungan yang tidak akan terlepas lagi.) b. Macam : Macam kapal tiga tiang ( Rupawan dan anggun ) c. Bagai : Bagai ubur-ubur airnya hitam ( Daripada tingkahlaku dan bahasanya, kita tahu orang itu jahat.) d. Umpama : Umpama enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing ( tidak semuafakat dan mementingkan diri sendiri ) e. Ibarat : Ibarat mencangkul angin ( angan angan yang tidak disertakan dengan usaha) f. Bak : Bak birah dengan keladi ( Hampir serupa sahaja )

2) Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa pula ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal yang dibawa oleh perkataan-perkataan tersebut. Contoh simpulan bahasa ialah seperti makan gaji, bulan madu, simpul biawak, senyum kambing dan sebagainya. Menurut Zaba (2002), simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud khusus. Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna perkataan dalam ungkapan. Contoh: panjang tangan = suka mencuri periuk nasi = punca pencarian

Terdapat dua jenis simpulan bahasa dalam bahasa melayu ialatu simpulan bahasa yang mempunyai dua makna dan simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai maksud yang sama. Contohnya;

a) Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna Contoh: ada angin - mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.

b) Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai maksud yang sama Contoh: Seseorang yang tidak mempunyai sebarang perasaan malu muka talam, muka tebal, muka tembok

Terdapat lima ciri-ciri yang terdapat dalam simpulan bahasa iaitu terbentuk daripada penggunaan kata nama am, kata kerja, kata adjektif, kata nama khas dan nilai kepercayaan. Menurut Zaba (2002), simpulan bahasa terhasil berdasarkan 4 perkara iaitu: 1. Perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang 2. Benda atau kejadian yang berlaku di sekeliling Contoh: mandi kerbau, mata duitan 3. Kepercayaan orang ramai Contoh: harimau berantai, buruk siku 3) Bidalan Peribahasa yang dicipta untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar pula dipanggil bidalan. Antara contohnya adalah seperti jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya (kerja yang sudah dimulakan hendaklah diselesaikan), dan jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh (jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal suka bertanya, pasti akan berjaya) (Ainon Mohd & Abdullah Hassan 2003: 5).

4) Pepatah atau Perbilangan Pepatah atau perbilangan ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam. Makna ungkapan itu tidak berubah-ubah. Pepatah berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam. Pepatah memliki ciri-ciri puisi tradisional Melayu.Contohnya: a. Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai berkabur urai (jimat cermat ialah tangga kejayaan, murah hati ialah tangga tuah).

b. Pada sangka pohon beringin, kiranya tersandar di punggur lapuk (menyangka dapat berkahwin dengan orang kaya, rupa-rupanya miskin).

c. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni (bekerjasama dan tolong-menolong dalam semua pekerjaan, baik senang mahupun susah) (Ainon Mohd & Abdullah Hassan 2003: 4).

Menurut Zaba (2002), perbilangan merupakan susunan kalimah yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Perbilangan mempunyai ciri-ciri tertentu seperti disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi, setiap rangkai terdiri daripada dua baris atau lebih, disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan, ditutur bait demi bait, susunan kata yang berkerat-kerat dan berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat. Perbilangan juga berfungsi sebagai unsur teladan dan pedoman hidupmasyarakat yang mengamalkan adat. Contoh perbilangan: a) Adat istiadat - biar mati anak, jangan mati adat b) Undang-undang - ditelan mati mak, diluah mata bapak c) Peraturan masyarakat - bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

3.0 CIRI CIRI KEPENTINGAN PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

a. Elemen penting kemahiran berbahasa.

Rahman Shaari (1993:88) berpendapat bahawa aspek peribahasa harus dianggap sebagai sama pentingnya dengan aspek-aspek lain dalam pengajaran bahasa Melayu. Ini kerana prinsip peribahasa adalah hidup dan berkembang seiring dengan perkembangan bahasa secara keseluruhannya. Oleh itu, peribahasa Melayu amat wajar diberi pengajaran di setiap peringkat persekolahan sebagai suatu kelangsungan kepada perkembangan tersebut. Menurut Koh Boh Boon (1982:196), peribahasa Melayu seharusnya diajar kepada murid-murid di sekolah supaya mereka dapat menikmati dan menghayati keindahannya, malah menggunakannya untuk melahirkan fikiran dan perasaan dengan tepat dan halus. Sesungguhnya peribahasa Melayu adalah elemen yang penting dalam kemahiran berbahasa. Namun begitu aspek peribahasa semakin kurang dititikberatkan. Peribahasa semakin jarang atau tidak digunakan dalam kehidupan harian malah mungkin ada sesetengah peribahasa yang sudah menjadi begitu asing bagi generasi masa kini. Hal ini mungkin disebabkan oleh anggapan bahawa peribahasa adalah suatu bahasa klise yang sering digunakan dan dihafal oleh orang tua-tua sebagai bahan pidato dalam upacara adat. Ada pula yang meragui sama ada peribahasa masih sesuai digunakan dalam keadaaan masyarakat sekarang. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu khasnya di sekolah, peribahasa mempunyai kedudukan yang sama penting dalam aspek lain. Hal ini kerana peribahasa berupaya untuk berkembang dan relevan dengan bahasa tersebut secara keseluruhannya. Pembelajaran dan penghayatan peribahasa bertujuan meningkatkan keupayaan berbahasa di kalangan murid. Kemahiran berbahasa ini pula akan diteliti dalam konteks kebolehan murid menggunakan peribahasa dalam aktiviti seharian dan penulisan. Hasil

penulisan tentunya akan lebih menjadi indah dan bermutu sekiranya dimuatkan dengan peribahasa yang tepat dan sesuai.

b. Imej intelektualiti penutur bahasa.

Peribahasa Melayu merupakan salah satu daripada jelmaan intelektualiti penutur bahasa Melayu. Ia diungkap menerusi bahasa yang indah-indah. Setiap ungkapan yang tercipta disusun dan dipadan dengan sedemikian rupa untuk membolehkan idea, rasa dan buah fikiran pengungkapnya dapat diserlahkan dengan lebih bermakna. Menerusi peribahasa ini, penutur bahasa Melayu berjaya mengungkap falsafah yang mendalam tentang aspek-aspek ketamadunan, pemikiran, ethos dan moral bangsa Melayu sejak sekian lama (Abdul Samad Idris, 1990:ix). Dalam peribahasa tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya. Peribahasa telah digunakan untuk mengenal peradaban, di samping membuat ketentuan antara baik-buruk serta mencari ketetapan dalam tatacara hidup bermasyarakat. Mohd. Tajuddin Bin Hj. Abdul Rahman (1986: iv) berpendapat bahawa seseorang yang dapat menggunakan peribahasa berkenaan di tempat-tempat yang betul, baik dalam percakapan mahupun tulisan, akan memberikan satu gambaran tentang kemahiran menggunakan sesuatu bahasa.

c. Aspek penting dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Dalam era globalisasi pada hari ini, penggunaan peribahasa amat penting dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan . Oleh itu, dalam era moden ini, nilai dan norma masyarakat Melayu juga kadangkala tergugat akibat daripada penggunaan bahasa yang terlalu berterus terang dan terbuka. Namun begitu, dalam konteks masyarakat Melayu yang kaya dan mementingkan nilai norma serta adab sopan, sikap keterbukaan ini masih perlu dibataskan. Dalam kaitan ini, hati budi orang Melayu sebagai pemilik peribahasa ini akan dapat dikenali dengan jelas selaras dengan ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa dan Bahasa Menunjukkan Bangsa . Oleh itu, penggunaannya dalam wacana penulisan , khususnya dalam bidang pengajaran, amat sesuai dilaksanakan kerana ia secara tidak langsung dapat mendidik generasi muda menjadi warga yang berkeperibadian mulia. Penggunaan peribahasa dalam karangan bertujuan untuk memperindah bahasa dan menimbulkan daya tarikan atau kesan kesan lain. Karangan dan pertuturan akan lebih menarik jika peribahasa adalah unsur gaya dalam pertuturan dan penulisan.Untuk menggunakan peribahasa dengan baik, seseorang hendaklah memahami peribahasa itu dan mengetahui tempat di mana peribahasa itu sesuai digunakan.

d. Lambang entiti jati diri bangsa melalui penerapan nilai-nilai murni Secara mudahnya, peribahasa Melayu yang merupakan salah satu pancang dan cabang bahasa Melayu, mempunyai peranan besar dalam membentuk entiti dan jati diri bangsa yang memiliki dan mengamalkan nilai-nilai murni. Atas kepentingan pendidikan, pengajaran peribahasa Melayu amat wajar dilaksanakan secara terancang dan bijaksana bagi menghindari halangan dan kesukaran murid memahami, meminati dan mengingati sesuatu peribahasa Melayu yang memang banyak terkandung dalam kitab orang Melayu. Oleh itu, seorang pengajar atau guru hendaklah berusaha untuk mempermudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Oleh kerana Bahasa Melayu merentas kurikulum, maka adalah wajar peribahasa Melayu diberi perhatian dalam pendidikan bahasa Melayu agar dapat mencapai ketrampilan berbahasa, iaitu menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi. Penguasaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar di sekolah mahupun peringkat pengajian tinggi perlu dipupuk kembali dan dikembangkan. Justeru itu, bagi meningkatkan minat, kefahaman dan penggunaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar baik di sekolah rendah, menengah atau universiti, satu reka bentuk, strategi, kaedah atau pendekatan berkesan perlu dirancang oleh guru atau pengajar. Koh Boh Bon (1982:198) menyarankan pendekatan pengajaran peribahasa Melayu dengan cara berkesan ialah menerusi pendekatan kontekstual. R.J Wingfield (1968:231) pula berpendapat bahawa dalam pengajaran peribahasa pelajar-pelajar perlu didedahkan dengan budaya bangsa peribahasa itu dan peribahasa yang diajar perlu dipilih dengan teliti untuk memberi kefahaman dan galakan kepada mereka untuk terus menggunakannya.Sementara itu, Nathesan (1989:69) berpendapat bahawa simpulan bahasa seharusnya diberi perhatian yang wajar dalam penulisan dan penuturan. Dalam konteks kemasyarakatan, peribahasa mempunyai dua tujuan utama, iaitu

menyembunyikan ungkapan atau kata-kata kasar dan penghuraian system adat Melayu. Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budi bahasa yang lembut ketika berkomunikasi dengan pihak lain. Pada kebiasaannya, masyarakat Melayu tidak gemar berterus terang dalam menyatakan sesuatu yang tidak digemarinya.Contohnya untuk meluahkan rasa marah terhadap perlakuan seseorang akan diungkapkan peribahasa seperti yang berikut :

10

Siapa makan lada, dialah yang terasa pedasnya, Lembu punya susu, sapi dapat nama

Menerusi peribahasa juga kata-kata kasar dapat dielakkan penggunaannya dan diganti dengan kata-kata yang lebih halus dan indah bagi menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati.Contohnya untuk menyatakan badan seseorang yang terlalu kurus, maka digunakan peribahasa badannya melidi, sementara bagi menyatakan kebodohan seseorang diganti denga ungkapan Pak Pandir. Dalam membicarakan persoalan adat pula, peribahasa banyak mengungkapkan persoalan yang dihadapi oleh masyarakat dalam kehidupan seharian. Dalam hal ini, perbilangan digunakan sebagai media untuk menyampaikan petunjuk dan pengajaran kepada sesuatu khususnya golongan muda.

11

4.0 STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN PERIBAHASA Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Bagi setiap kemahiran pelbagai teknik pengajaran telah diterapkan oleh guru semasa berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.

Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara spontan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran Membaca Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Kemahiran Menulis Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi dan grafik. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru Bahasa Melayu yang berdedikasi dalam mendidik anak-anak muridnya mereka haruslah memiliki inisiatif untuk mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran yang bersesuaian dan dapat merangsang minda serta menarik minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran untuk tempoh masa tertentu.

12

4.1 STRATEGI PENGAJARAN PERIBAHASA YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Strategi ialah konsep yang sesuai untuk semua disiplin ilmu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran ( khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa ), strategi bermaksud suatu cara atau langkah atau tindakan yang harus dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi lebih menjurus kepada pencapaian atau hasil pembelahan ( outcomes ).

Dalam era globalisasi masa kini, strategi boleh dibincangkan berdasarkan perspektif yang berikut : a) Berpusatkan murid

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Pendekatan berpusatkan murid selari dengan pembelajaran masteri yang menekankan keperluan untuk memastikan murid menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Melalui pembelajaran masteri, murid diberikan peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Dalam hal ini aktiviti penilaian, pemulihan, dan pengayaan perlulah dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui strategi pendekatan berpusatkan murid, sesuatu pengajaran mengenai peribahasa di dalam kelas dapat disampaikan dengan berkesan. Contohnya, murid meneliti peribahasa dalam nota edaran yang diberi oleh guru. Pada masa yang sama, guru boleh membuat penilaian terhadap murid semasa melakukan aktiviti. Proses pengayaan boleh dilakukan terhadap murid yang berjaya melaksanakan tugasan yang diberi manakala proses pemulihan akan dilakukan terhadap murid yang tidak berjaya melakukan tugasan yang diberikan oleh guru.

b)

Kepelbagaian teknik

Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan, kaedah , serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Kaedah dan teknik perbincangan, simulasi, projek dan inkuiri berasaskan pembelajaran kajian masa depan, kecerdasan pelbagai dan konstruktivisme, umpamanya dapat meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu dan teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berinteraksi serta berfikir secara kritis dan kreatif. 13

Merujuk

peribahasa, pendekatan strategi pelbagai teknik boleh disampaikan melalui

pembelajaran kooperatif dan sumbang saran. Pembelajaran kooperatif meliputi perbincangan iaitu murid dapat berbincang sesama mereka mengenai lembaran kerja yang diedarkan setelah dibahagikan kepada beberapa kumpulan oleh guru. Lembaran kerja tersebut meminta muridmurid untuk memadankan simpulan bahasa dan mecari maknanya. Seterusnya murid-murid dikehendaki membina satu ayat daripada setiap padanan simpulan bahasa yag telah diperolehi. Kertas mahjong digunakan bagi membentangkan ayat-ayat yang telah dibina oleh setiap kumpulan tersebut.

c)

Kepelbagaian sumber bahan

Penggunaan pusat sumber dan komputer sangat digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan bahan seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, bahan daripada internet , perisian kursus serta bahan sastera dan bukan sastera hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan untuk bacaan luas. Kepelbagaian sumber bahan juga mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas boleh difahami oleh murid. Antara sumber bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran peribahasa ialah kamus peribahasa. Contohnya, aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran peribahasa dalam kelas ialah guru menyenaraikan beberapa perkataan, kemudian murid akan menyemak perkataan tersebut dengan menggunakan kamus yang telah disediakan. Dengan strategi ini, pengajaran berkaitan dengan peribahasa boleh disampaikan secara berkesan kepada murid. Maka, murid dapat memperoleh berbagai-bagai jenis maklumat secara umumnya dan secara khusus yang berkaitan dengan peribahasa.

d)

Pengajaran dan pembelajaran bertema

Pendekatan bertema amat digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema, kemahiran bahasa, pembelajaran tatanahasa dan pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan.Di samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih mudah diserapkan . Bagi tujuan ini, guru perlu merancang dan menentukan tema bagi pengajarannya yang meliputi bidang ilmu, hal persendirian , dan kemasyarakatan serta isu semasa.

14

e)

Bacaan luas

Bacaan luas memberikan peluang kepada murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik untuk meningkatkan daya berfikir dan minat untuk terus membaca.Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan ilmiah dan bahan sastera.Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara serapan. Bacaan luas telah dijalankan dengan menggunakan bahan ilmiah dan sastera seperti kamus peribahasa. f) Penggabungjalinan

Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Melalui proses ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku antara hasil pembelajaran , serta antara kemahiran bahasa anatara hasil pembelajaran, serta antara kemahiran berbahasa dengan tatabahasa, kosa kata dan peribahasa. Penggabungjalinan dihuraikan seperti yang berikut : i. Pembelajaran khusus daripada bidang penggunaan bahasa yang berlainan (contohnya bidang interpersonal dan bidang maklumat ) boleh digabungkan sesuai dengan objektif yang ingin dicapai dalam waktu pengajaran dan pembelajaran tertentu. Sekurang-kurangnya dua daripada mana mana kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur , membaca dan menulis harus digabungkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai dengan contoh, kemahiran kemahiran menulis. mendengar Aktiviti dan bahasa bertutur yang

ii.

digabungjalinkan

menggabungjalinkan kemahiran bahasa ini bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran khusus dan hasil pembelajaran utama.

iii.

Tatabahasa hendaklah digabungkan dengan kemahiran mendengar, bertutur , membaca, dan menulis secara terancang dan dalam konteks.

15

iv.

Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan haruslah digabungkan secara terancang dengan kemahiran dan aktiviti bahasa, misalnya melalui aktiviti lakonan atau perbahasan , membaca dan menaakul teks yang mengan dungi kosa kata (sama ada kata umum atau istilah ) dan peribahasa ; serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa yang betul dan pelbagai genre penulisan.

Dalam strategi pengajaran peribahasa, dua kemahiran digabungkan secara serentak iaitu kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran menulis. Selain itu, aspek tatabahasa juga digabungjalinkan dalam pengajaran peribahasa. Strategi ini sesuai dan berkesan untuk digunakan mengajar peribahasa terhadap murid di dalam kelas.

g) Strategi penyerapan Penyerapan ialah proses menyerapkan unsur-unsur tertentu seperti dalam bidang ilmu, nilai murni, dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur ini dihuraikan dalam pengajaran dan pembelajaran peribahasa seperti isi pelajaran yang diajarkan telah diterapkan pelbagai bidang ilmu iaitu Pendidikan Moral dalam Tema Kemasyarakatan. Kemudian, diserapkan juga kemahiran Bernilai Tambah seperti kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran menulis dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, peribahasa wajar diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai landasan untuk menerapkan nilai-nilai moral dalam masyarakat.

16

4.2

TEKNIK TEKNIK PENGAJARAN PERIBAHASA

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid.

Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan, teater bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk.

Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Tujuan sesuatu teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah ialah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian, serta membangkitkan rasa ingin tahu murid akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang akan dan sedang dilaksanakan.

17

4.2.1 Teknik Bercerita Teknik bercerita dapat membantu guru untuk meningkatkan kemahiran mendengar, kemahiran menulis dan kemahiran bertutur murid-murid iaitu semasa guru bercerita murid perlu memberi perhatian mendengar dengan teliti apa yang diceritakan oleh guru dan guru akan bersoal jawab dengan murid yang melibatkan kemahiran bertutur. Setelah guru bercerita guru akan meminta murid membuat ulasan terhadap tajuk yang diceritakan oleh guru dan ini melibatkan kemahiran menulis dan membaca.

Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat

disampaikan. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid. Selain itu ia dapat melatih murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru yang menggunakan teknik ini boleh menggalakkan murid berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi atau mimik muka mereka.

Aktiviti bercerita merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yang boleh digunakan oleh guru. Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam mana-mana bahagian

kurikulum.Selain itu ia dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati kesusasteraan, pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman, mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid membaca. Guru seharusnya berinovatif dalam mencari cerita yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga berperanan untuk memastikan cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan dapat menarik minat mereka (Mohd Zohir dan Shukri Osman , 2004).

18

Secara tambahannya pula, guru boleh menggunakan bahan-bahan sampingan yang dapat menarik lagi minat murid-murid terhadap cerita yang hendak disampaikan seperti boneka, tali, binatang mainan, kertas dan sebagainya. Kebaikan teknik bercerita ialah ia dapat melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kecekapan lisan. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif khasnya apabila guru beranyakan soalan tentang moral sesuatu cerita. Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan dalam teknik bercerita ialah Kemahiran verbal seperti projeksi suara, penekanan fasa atau bunyi dan penggunaan ayat-ayat yang mudah dan nada suara yang sesuai untuk menggambarkan siuasi tertentu dan memiliki kebolehan memanipulsi mimik muka untuk menunjukkan emosi yang berlainan. Langkah-langkah Bercerita

i. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid- murid. ii.Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. iii.Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. iv. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. v. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekalI sebelum menggunakan teknik ini. vi.Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. vii.Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain Bahan BantuMengajar. viii.Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

19

4.2.2 Teknik Permainan Bahasa Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan. Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu teknik pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.

Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan insentif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khusunya. Hala tuju ini diinterpretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu: a) Merangsang interaksi verbal pelajar Dalam permainan, pelajar akan diminta bercakap untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka. Di samping itu, mereka juga diminta memberikan alasan-alasan tertentu yang berkaitan. Lazimnya, mereka perlu terlibat sepenuhnya secara aktif dalam permainan itu. Setiap ahli kumpulan akan merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan itu dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diminta bercakap dan mengutarakan pandangan. Tiada seorang pun daripada mereka dibiarkan bersendiri dan terkecuali. Sebaliknya, mereka harus mengutarakan tekad dan berazam sepenuhnya untuk berkomunikasi. Kesedaran seperti ini akan memberi peluang kepada guru menghasilkan satu suasana pembelajaran yang menarik dan berorientasikan pelajar. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan menjaga disiplin kelas.

20

b) Menambah kefasihan dan keyakinan Permainan bahasa boleh digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri. Bahasa yang digunakan dalam sesuatu permainan itu tidak harus terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja. Fungsi bahasa boleh melibatkan semua peringkat kerumitan berbahasa yang berbeza-beza. Permainan yang mengandungi kegiatan memberikan arahan umpamanya, boleh dimainkan pada semua peringkat bergantung pada pengetahuan bahasa dan kefasihan tertentu pelajar. Pelajar biasanya merasa seronok apabila dihadapkan dengan permainan yang mencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelajari. Peranan guru sebagai pemaklumat bahasa sangatlah penting. Guru harus bersedia memenuhi keperluan pelajar dalam permainan tersebut, terutama dalam konteks kepelbagaian bentuk kosa kata serta kecanggihan tatabahasa dan sintaksis. c) Menyediakan konteks pembelajaran Permainan bahasa membawa perkembangan perhubungan yang positif dalam kalangan individu yang terlibat, bukan sahaja antara pelajar dengan pelajar tetapi juga antara pelajar dengan guru. Permainan bahasa membantu merapatkan hubungan dan kerjasama antara mereka. Ini merupakan satu suasana yang sihat dan berfaedah kepada para pelajar, khususnya yang bersifat pemalu dan pasif. Dalam permainan, mereka dapat menunjukkan kecergasan, di samping terlibat secara berkesan dalam apa sahaja aktiviti yang dijalankan. d) Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan Pada waktu-waktu tertentu, umpamanya pada waktu menjelang tengah hari, pelajar akan merasa bosan, mengantuk dan lapar. Bayangkan sahaja bagaimana guru dapat menyampaikan pengetahuan tentang tatabahasa dan aspek-aspek pemahaman dalam keadaan yang melesukan. Begitu juga dengan aktiviti kelas yang melibatkan penulisan karangan dan pembentukkan ayatayat. Pada saat ini permainan bahasa dapat menimbulkan perasaan gembira dan menyebabkan mereka lupa sekejap rasa lapar dan mengantuk. Permainan mewujudkan komunikasi dalam bentuk yang semula jadi dan memenuhi keperluan pelajar apabila berhadapan dengan dunia sebenar. Permainan ini berasaskan keadilan dan pertandingan, akan meransang pelajar untuk bertindak balas, memprotes dan memberikan hujah. Dengan ini, pelajar dilatih berhadapan dengan interaksi kehidupan sebenar yang bakal dilalui oleh mereka dalam kehidupan di luar bilik darjah. e) Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan Dalam pengajaran bahasa, permainan boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk mengikut tujuannya. Justeru, permainan sangat berguna dalam aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Kebanyakan pelajar yang lemah menghadapi masalah pengamatan dan pendengaran. Kelemahan ini dapat diatasi sedikit demi sedikit melalui aktiviti permainan yang dirancangkan. Jika tiada langkah yang diambil untuk mengatasi kelemahan ini, pelajar berkenaan akan menemui kesukaran menyebut bunyi, huruf, membunyikan suku kata dan perkataan. 21

Selepas sesuatu pengajaran, gerak kerja pengukuhan pula diadakan. Latihan yang dijalankan secara berterusan mungkin membosankan pelajar. Walau bagaimanapun, aktiviti pengukuhan masih boleh diteruskan dengan syarat latihan dan latih tubi yang diperkenalkan itu dipelbagaikan dalam bentuk aktiviti permainan bilik darjah. Pelajar di dalam sesebuah kelas, biasanya mempunyai pelbagai peringkat kebolehan misalnya kumpulan cergas, sederhana dan lemah. Sesetengah pelajar mempunyai perasaan malu yang tebal dan ada juga yang pendiam atau tidak begitu ramah. Namun demikian, mereka perlu dilibatkan sama supaya perasaan negatif yang menguasai diri mereka itu dapat dihapuskan. Sebagai aktiviti pengayaan, pelajar yang lemah boleh digalakkan mengambil bahagian bersamasama pelajar yang cergas melalui permainan yang dijalankan. Namun, mereka ini harus diberikan tugas yang mudah yang bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan mereka. Bagi pelajar yang cergas pula, permainan dalam aktiviti pengayaan akan menambahkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman mereka.

Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan hari ini. Sebagai satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, permainan bahasa mempunyai kelebihan. Antaranya seperti yang berikut:

Untuk membolehkan pelajar membiasakan diri menyebut sesuatu bunyi (perkataan, frasa dan ayat) dengan jelas, betul dan tepat. Di samping itu, mereka juga boleh berlatih mengucapkan ayat dengan sebutan, intonasi, tekanan, jeda dan gaya yang betul.

Permainan bahasa dijadikan bahan rangsangan sama ada semasa

memulakan sesuatu

pelajaran, pada pertengahan atau akhir pembelajaran. Sebagai bahan rangsangan, permainan bahasa tentunya dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ini kerana pelajar berpeluang menggunakan bahasa dalam suasana yang menyeronokkan serta terlibat secara aktif.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, permainan bahasa lebih merupakan teknik mengulang kaji dan pengukuhan. Ini bermakna apa yang dipelajari itu diulang-ulang sehingga kekal dalam ingatan. Teknik ini berperanan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pembelajaran.

22

Masa untuk permainan bahasa dianggap sebagai masa istirehat yang berfaedah. Teknik ini berupaya menghilangkan rasa letih dan bosan setelah belajar sehari suntuk. Dengan cara bermain pelajar dapat memperbaharui semangat dan minat untuk meneruskan pembelajaran mereka.

Pelajar berpeluang menggunakan kemahiran bahasa yang ada pada mereka dalam konteks dan situasi sebenar dan bermakna. Ini kerana semasa bermain, pelajar akan bertindak balas secara spontan, iaitu dengan bertanya, memberikan arahan, meneka dan membaca. Keseronokan bermain seperti ini akan menghidupkan keinginan pelajar untuk belajar, berfikir, mendengar dan mengeluarkan buah fikiran secara berkesan.

4.2.3 Teknik Main Peranan

Salah satu cara untuk mendapatkan penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah melalui aktiviti main peranan. Aktiviti main peranan boleh dijalankan di dalam kelas. Murid-murid yang mengambil bahagian hendaklah membayangkan diri mereka dalam situasi tertentu dan berlagak seperti watak yang dibayangkan. Apabila aktiviti main peranan dijalankan di dalam kelas ia memberi peluang kepada murid memainkan peranan sebagai anggota masyarakat dan menguji tingkah laku atau belajar berinteraksi dalam kumpulan. Selain membantu murid menguasai kemahiran berbahasa, aktiviti main peranan boleh membantu murid mengalami sendiri dan memahami tentang sesuatu situasi.

Maksud Main Peranan

Main peranan ialah satu aktiviti dalam pengajaran yang memberi peluang kepada murid membayangkan dirinya sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi tertentu. Aktiviti main peranan boleh dijalankan dalam bilik darjah dengan melibatkan kesemua murid atau sebahagian murid. Murid yang tidak melakonkan watak boleh menjadi pemerhati situasi yang dilakonkan.

Dalam aktiviti main peranan setiap murid yang berlakon berpeluang menguji tingkah laku atau belajar berinteraksi dalam kumpulan. Pada akhir aktiviti main peranan, pemain dan pemerhati akan berpeluang memahami sesuatu watak atau situasi dengan lebih mendalam. Ia membantu murid lebih memahami perasaan dan tingkah laku diri sendiri dan orang lain.

23

Matlamat Main Peranan

Dalam main peranan, untuk meningkatkan kefahaman dan menerapkan nilai positif, peluang diberikan kepada murid untuk mengalami situasi dan watak baru. Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral, guru boleh mengadakan situasi dengan menimbulkan perbincangan dalam kalangan murid untuk menyelesaikan isu atau masalah yang berkaitan dengan kefahaman dan nilai. Terdapat beberapa matlamat dalam menjalankan aktiviti main peranan: a) Memberi peluang kepada murid melahirkan pelbagai peranan dengan bebas mengikut situasi watak yang dimainkan. b) Murid berasa prihatin dan memahami masalah orang lain. c) Murid berpeluang membincangkan dan memikirkan masalah diri sendiri, dengan itu murid dapat memahami diri sendiri dengan lebih mendalam. d) Memberi latihan kepada murid melakonkan pelbagai tingkah laku atau watak dan mengalami sendiri sesuatu situasi. Dengan ini, murid dapat meluaskan pengalaman hidup dan memahami tingkah laku atau watak orang lain. e) Membolehkan murid memperoleh kemahiran dan mengalami pelbagai bentuk masalah social. Hubungan atau interaksi ahli kumpulan di dalam kelas samada dalam keadaan formal ataupun tidak formal membolehkan murid mempelajari laras bahasa dan sebutan yang betul. f) Menjadikan mata pelajaran seperti Bahasa Melayu atau mata pelajaran lain disampaikan dalam bentuk yang menarik dan berkesan. g) Membantu murid yang bersifat pendiam mengambil bahagian dalam aktiviti, disamping membina keyakinan diri. h) Melatih murid untuk mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi. i) Menggalakkan murid menggunakan bahasa yang bernas. j) Membantu murid berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai watak. k) Membina sikap yang positif.

24

Jenis main peranan

Kesemua aktiviti main peranan boleh dijalankan melalui proses-proses tertentu mengikut fungsi watak atau situasi yang ditentukan. Tiap-tiap aktiviti main peranan boleh berfungsi sebagai memperihal tentang sesuatu, demostrasi, memberi latihan, cerminan, meningkatkan kepekaan dan mencipta. Guru boleh mengadakan aktiviti main peranan dengan cara memilih salah satu daripada enam jenis main peranan mengikut keutamaan fungsinya. Setiap jenis main peranan tersebut memerlukan pendekatan yang berbeza. Sebelum menjalankan main peranan mengikut fungsi , guru hendaklah memberi penerangan yang jelas tentang peranan-peranan yang akan dimainkan oleh murid. Semasa main peranan dijalankan, guru perlu mengawasi suasana supaya aktiviti main peranan berjalan lancar dan mencapai matlamatnya.

Walaupun terdapat beberapa jenis main peranan, namun terdapat tiga perkara penting yang perlu guru lakukan semasa merancang dan menjalankan aktiviti main peranan, iaitu: i.Jelaskan objektif dan tujuan; ii.Tentukan latihan itu saling berkaitan; iii.Main peranan digunakan sebagai alat memecah kebuntuan atau penyelesaian masalah. Main peranan bertujuan untuk melatih murid memperoleh sesuatu kemahiran. Oleh itu, tidak wajar jika main peranan yang dijalankan itu menekankan sikap murid. Jika guru mengambil situasi masa lampau, murid mungkin tidak dapat mengaitkan situsi itu dengan situasi sekarang. Oleh itu, lebih baik jika guru menggunakan contoh-contoh situasi masa kini. Semasa guru merancang main peranan, semua unsure seperti scenario, peranan dan taklimat latar mesti dipadankan untuk menghasilkan main peranan yang menyeluruh dan menyeronokkan.

25

4.2.4 Teknik Simulasi Salah satu usaha untuk menuju ke arah pengajaran yang berpusat kepada murid ialah mengadakan pelbagai teknik pembelajaran yang memerlukan penglibatan murid secara aktif. Penglibatan murid secara aktif ini perlu kerana murid akan dapat memperoleh pengetahuan dan penguasaan kemahiran dengan lebih berkesan melalui pelbagai aktiviti yang disarankan. Simulasi merupakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang memberi sumbangan kea rah mewujudkan pembelajaran yang berpusat kepada murid. Melalui simulasi,murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul maklumat melalui pembacaan, temu ramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting sebagai persediaan untuk aktiviti simulasi yang dirancangkan oleh guru. Semasa proses simulasi ini dijalankan, murid-murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Selepas aktivit simulasi ini murid-murid digalakkan membuat laporan tentang keputusan yang telah dibuat dengan kata sepakat dan kerjasama dalam kumpulan. Aktiviti seperti ini dapat memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah, dan seterusnya menggalakkan mereka membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Peluang belajar melalui pengalaman seperti ini sesuai dengan naluri dan keperluan murid yang sentiasa mempunyai sikap ingin mencuba, mengkaji, mengalami sendiri dan berperanan seperti individu-individu tertentu. Teknik simulasi sesuai digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Alam dan Manusia dan Pendidikan Moral. Walaupun contoh-contohnya lebih ditumpukan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi guru bolehlah menggunakan prosedur yang sama untuk mata pelajaran lain. Apakah simulasi? Simulasi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Simulasi memerlukan peserta berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masingmasing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu atau tugasan tertentu. 26

Terdapat persamaan dan perbezaan antara simulasi dengan main peranan. Dari segi persamaan, kedua-dua teknik ini berdasarkan situasi dan peserta memegang peranan atau tanggungjawab tertentu. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dari segi penglibatan peserta, peranan, persediaan dan situasi yang diwujudkan. Matlamat simulasi

Tujuan Simulasi adalah untuk membolehkan pelajar: a) b) c) d) e) f) g) Menggunakan bahasa dengan lebih berkesan mengikut situasi Memahami bidang pengetahuan dan situasi yang dihadapi Menajamkan pemikiran dan meningkatkan daya kreativiti, analitis dan kritis Menghasilkan laporan dengan berkesan Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi Mengalami sendiri sesuatu situasi Menyakinkan diri sendiri

Jenis Simulasi

Aktiviti simulasi dapat diwujudkan berasaskan masalah dan penyelesaian masalah. Masalah ini boleh diambil daripada masalah murid, masyarakat atau masalah yang diketahuinya. Apabila masalah dapat diselesaikan, murid-murid dikehendaki menyediakan dan menyampaikan laporan sama ada secara lisan atau penulisan. Secara amnya, simulasi dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu pemusatan kepada masalah dan pemusatan kepada penerbitan.

a) Pemusatan kepada Masalah Simulasi jenis ini memerlukan peserta berbincang tentang sesuatu masalah atau isu dan kemudian membuat keputusan serta menyelesaikan masalah tersebut. Semasa perbincangan, kemungkinan timbul konflik atau percanggahan pendapat. Namun demikian, keptusan perlu dibuat berdasarkan kata sepakat. Pemusatan kepada masalah memerlukan peserta menyediakan laporan atau cadangan setelah sesuatu masalah atau isu itu dibincangkan.

27

(b) Pemusatan kepada Penerbitan Simulasi jenis ini mengandungi komponen penyelesaian masalah pada peringkat awal, tetapi sebahagian besar adalah untuk menghasilkan sesuatu penerbitan. Dalam simulasi jenis ini, perbincangan dan keputusan yang dibuat akan menghasilkan sesuatu projek atau penerbitan. Sesuatu projek yang dihasilkan itu merupakan hasil usahasama yang positif.

Perancangan aktiviti simulasi

Sebelum sesuatu simulasi hendak dibina, guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan kepada diri sendiri: a) b) c) d) Apakah masalah dan situasi yang hendak dikemukakan? Siapakah yang mengambil bahagian semasa simulasi dijalankan? Apakah yang perlu mereka lakukan semasa melaksanakan simulasi? Apakah yang perlu peserta sediakan sebelum simulasi dijalankan?

Keperluan utama dalam aktiviti simulasi

Untuk menjalankan aktiviti simulasi, guru perlu menyediakan kad arahan bertulis. Kad arahan ini ialah kad atau kertas yang dicatatkan arahan bertulis yang bertujuan membolehkan murid menjalankan tugas yang ditentukan. Terdapat dua jenis kad arahan iaitu kad arahan am dank ad arahan khusus. Kad arahan am ialah kad yang dapat menggambarkan secara umum tentang situasi, masalah dan tugas yang perlu dijalankan oleh kumpulan berkenaan. Manakalan kad arahan khusus pula disediakan untuk individu yang memegang peranan yang telah ditentukan. Arahan yang diberi dapat membantu murid menjalankan peranan atau tugas yang diharapkan.

28

4.3 Cadangan kepada lain- lain teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran peribahasa.

Cover, D.J (1971:51-53) berpendapat bahawa peribahasa boleh diajar dengan empat teknik supaya pelajar dapat menguasai peribahasa Melayu dengan baik iaitu :

1. Guru perlu menggunakan nota tatabahasa sebagai alat mencatatkan peribahasa yang terpilih dan membina ayat berdasarkan peribahasa tersebut.

2. Dalam kemahiran lisan, pelajar-pelajar membaca petikan yang mengandungi peribahasa. Seterusnya guru menanya semula peribahasa tersebut dan berbincang tentang peribahasa yang telah dibaca.

3. Guru menggunakan teknik karangan di papan tulis. Guru mencatat peribahasa di papan tulis dan membimbing pelajar-pelajar dalam perbincangan sambil mencatatkan isi-isi dari peringkat demi peringkat yang akhirnya menghasilkan satu karangan yang lengkap.

4. Guru menggunakan petikan dialog. Guru memilih petikan yang pendek yang mengandungi peribahasa untuk dihafal oleh pelajar-pelajar. Teknik ini boleh membantu pelajar-pelajar mengingat konteks peribahasa yang digunakan apabila diperlukan. Sejajar dengan perkembangan arus dunia moden semasa dan cabaran dunia pendidikan khususnya terhadap bahasa Melayu, satu pendekatan pengajaran yang lebih inovatif dan kreatif perlu dirancang dengan teliti dan bersesuaian dengan kandungan pelajaran. Antara pendekatan yang sering dan rancak digunakan ialah melalui bahan beranimasi. Animasi merupakan salah satu bentuk komunikasi grafik yang dipersembahkan secara menarik dan ringkas untuk menyampaikan maklumat dan pesanan. Oleh kerana sifatnya yang unik, animasi mampu meninggalkan kesan ingatan dan mengukuhkan ingatan pelajar. Animasi juga berfungsi untuk mendidik murid-murid ke arah menumpukan minat terhadap penggunaan animasi yang bermutu tinggi dari segi lukisan., mesej, dan sudut persembahan serta bahasa yang digunakannya. Kartun boleh memperjelaskan maksud dan menggambarkan makna isi kandungan bahan yang diajar dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik.

29

Pengajaran peribahasa dan simpulan bahasa menjadi lebih mudah difahami jika disampaikan dengan mengunakan bahan animasi. Selain itu guru juga boleh menggunakan beberapa kaedah dan pendekatan pilihan seperti permainan bahasa interaktif, keratan tanyangan video seperti siri sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu atau ungkapan oleh wartawan Karam Singh Walia, yang mengandungi peribahasa Melayu yang menarik untuk pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran.

Selain itu, pengajaran peribahasa juga harus dijalankan dengan menggunakan kaedah dan teknik yang menarik. Penggunaan ICT boleh diterapkan untuk menghasilkan ilustrasi yang

menggambarkan maksud peribahasa. Pengajaran secara visual ini, seperti tayangan klip video dapat memudahkan murid memahami maksud peribahasa dengan lebih mendalam. Penggunaan kuiz peribahasa Melayu juga boleh diterapkan sebagai aktiviti pengukuhan. Selain itu, penerapan aktiviti permainan dalam pembelajaran dan pengajaran juga merupakan salah satu pendekatan yang berkesan. Permainan dalam pengajaran bertujuan menghidupkan suasana pembelajaran yang melibatkan setiap orang murid serta mewujudkan pengajaran dan pembelajaran peribahasa Melayu secara holistik. Sebagai contoh, permainan Domino beraplikasikan persembahan MSPowerPoint merupakan satu set aktiviti pengukuhan yang dijalankan secara berkumpulan dan melibatkan setiap orang murid. Dalam permainan tersebut, setiap murid akan diberikan sekeping kad domino yang mengandungi peribahasa serta maksudnya. Murid dikehendaki mencantumkan kad yang ada pada diri mereka dengan rakannya yang lain sehingga setiap kad tersebut dapat dipadankan. Permainan ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan dan harus diselesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan. Kumpulan yang berjaya mencantumkan kad domino dalam masa yang terpantas akan diisytiharkan sebagai pemenang.

30

5.0 RUMUSAN Peribahasa ternyata begitu penting dalam pengajaran bahasa. Dengan adanya pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan, kemahiran berbahasa murid-murid akan dapat ditingkatkan. Ini bukan sahaja dalam aktiviti penulisan ayat atau karangan , malah murid juga digalakkan untuk menggunakan bahasa kiasan dalam aktiviti lisan sama ada lisan formal atau sebaliknya. Lebih penting lagi, pengajaran peribahasa kepada generasi muda terutama kanakkanak dan remaja akan dapat memastikan warisan bangsa tidak akan terus dilupakan. Mereka juga boleh didedahkan dengan falsafah, pemikiran dan moral bangsa Melayu untuk dijadikan pedoman hidup. Secara langsung , hasrat Negara menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek dan keperibadian akan mampu direalisasikan pada masa hadapan. Dalam pengajaran peribahasa, satu cabaran yang kita semua hadapi adalah untuk menggalakkan murid supaya bersikap positif dalam pembelajaran peribahasa khususnya dan Bahasa Melayu amnya. Ramai yang beranggapan bahawa pembelajaran Bahasa Melayu tidak ubah sebagai satu subjek yang harus di atasi dan dicapai gred A1. Kadangkala sebagai guru, kita juga terpaksa menggunakan pendekatan latih tubi yang sememangnya tidak kondusif dalam pengajaran nilai melalui Bahasa Melayu. Yang ditekankan adalah peratusan lulus yang dicapai. Akibatnya, kita kurang menerapkan pengajaran nilai dan budaya dalam pengajaran Bahasa Melayu kita. Dengan itu, kita harus mempertingkatkan kesedaran dan melakukan apa sahaja yang terdaya dalam mempromosikan pengajaran nilai melalui peribahasa dan juga menyampaikan adat tradisi serta budaya dalam pengajaran Bahasa Melayu kita. Mudah-mudahan, murid-murid kita tidak sahaja akan mencapai gred yang cemerlang tetapi akan juga memiliki rasa cinta dan bangga terhadap bahasa, budaya dan adat bangsa mereka sendiri.

31

6.0

BIBLIOGRAFI

Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari. (2009). Semantik dan Paradigma Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd. Alias Mohammad Yatim. (1998). Mengenali Bahasa Melayu. Kedah: Penerbitan Sarlis. Amir Hamzah Shamsudin. (1993). Cerita Peribahasa (pepatah). Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan Sdn. Bhd. Awang Sariyan (1992). Tikaman Bahasa, Mohd Adnan Mohd Ariffin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Balakhisnan Mutin dan Ahmad Shahril Rajain (Inkuiri), 1992, Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. Dahlia Janan, Husna Faredza Mohamed Redzwan, Khairul Azam Bahari, Mohd Rain Shaari dan Zulkifli Osman (2004). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hishamudin Isam, Mohd Azmi Ab. Rahman dan Phat Awang Deng (2007). Bahasa dan Pemikiran Melayu/ Indonesia Menyongsong 2025: Menterjemah Nilai Murni Dalam Peribahasa Melayu Melangkau Era Milenium. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu (2003). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ishak Ramly (1990). Perkembangan Peribahasa Dalam Bahasa Melayu: Jurnal Dewan Bahasa Januari 1990. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Keris Mas (1988). Perbincangan Gaya Belajar Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koo Kee Peng, Zainab Majid (Main Peranan), 1992, Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

32

Md. Said Hj Suleiman, (1991). Siri Koleksi Warisan: Perian Basa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Md. Said Haji Suleiman (1993). Jalan Basa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Muhammad Ariff Ahmad (1990). Perlunya Pembakuan Peribahasa, Bahasa Jiwa Bangsa. Diperoleh pada 11 Ogos, 2009 daripada http://www.scribd.com.doc/12904129/ PerlunyaPembakuan-Peribahasa

Mohd Dahlan Mohd Ramli dan Mohd Kasim Ismail (Simulasi), 1992,Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Peribahasa.Diperoleh pada 11 Ogos, 2009 daripada

http://ms.wiktionary.org/wiki/ Wiktionary

S.Nathesan (1998). Simpulan Bahasa: Satu Tinjauan Dari Sudut Makna, Jurnal Dewan Bahasa November 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu (2003). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Zainal Abidin Ahmad (2002). Ilmu Pengarang Melayu: Edisi Ejaan Rumi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

33

Anda mungkin juga menyukai