Anda di halaman 1dari 7

ANALISIS MAKNA PERIBAHASA DI DALAM CERPEN ANAK PENGGUNTING RAMBUT

Buat analisis makna peribahasa tersebut berdasarkan peristiwa dalam cerpen tersebut dan
membuat penilaian dalam konteks realiti amalannya dalam masyarakat pada hari ini.
Di dalam cerpen Anak Penggunting Rambut terdapat beberapa peribahasa yang saya peroleh
samada yang tersurat dan tersirat dalam petikan.Antaranya adalah seperti di dalam jadual di
bawah ini;

JENIS-JENIS
PERIBAHASA
CONTOH Makna
Kiasan/Simpulan
bahasa
Anak dara
Titik peluh
Wang saku
Mata duitan
Ambil upah
Hari bersejarah
Bapa tunggal
Ayam tambatan
Iri hati
Anak emas
Keras hati
Panjang tangan
Warga sementara
Baik hati
Budak mentah

Menghembus nafas
terakhir

Perempuan yang belum pernah berkahwin
Hasil usaha
Wang yang diberikan untuk belanja
Mementingkan wang
Pekerjaan yang dilakukan dengan berbayar
Hari paling diingati
Lelaki yang kematian isteri atau bercerai
Orang harapan kerana kebolehannya
Cemburu atau dengki
Anak kesayangan
Tidak mahu mengalah
Suka mencuri
Penduduk yang tidak tetap
Suka menolong orang
Masih kanak-kanak lagi

Meninggal dunia atau mati
Pepatah Cubit paha kanan paha
kiri terasa

Jika orang yang rapat dengan seseorang itu
mendapat kesusahan , maka orang itu turut
berasa susah

Kais pagi makan pagi,kais
petang makan petang


Yang dikejar tak dapat,
yang dikendong berciciran


Kehidupan yang sangat susah kerana
pendapatannya hanya cukup untuk masa itu
sahaja.

Keuntungan yang diharapkan tidak diperoleh
sedangkan yang telah ada pula hilang
Perbilangan Sekali air bah sekali pantai
berubah
Sekali berlaku perubahan maka orang itu pun
berubah juga

Perumpamaan
(bagai / macam
Seperti busut hitam
Seperti menari-nari
Bagai menatang minyak
yang penuh

Keaadan rambut yang berlonggok
Cepat dan mahirnya dia menggunting
Menjaga dan menyayangi anak dengan
sepenuh hati
bidalan Biar sejuk ubun-ubun
Serampang dua mata
Rambut itu tertanam dengan sempurna
Mendapat dua faedah serentak

Kebanyakan peribahasa yang saya peroleh dalam cerpen Anak Penggunting Rambut ini saya
ambil berdasarkan ungkapan-ungkapan atau petikan .Berikut adalah beberapa contoh yang
saya sesuai dikaitkan dengan peribahasa Melayu.

Ungkapan-ungkapan dalam cerpen Anak Penggunting rambut.
1. Aku mengambil upah bekerja di kebun kelapa.Pendapatan yang diperoleh tidak
seberapa.Aku terpaksa berusaha mencari pendapatan sampingan.
Berdasarkan pernyataan di atas peribahasa yang sesuai dikaitkan dengan situasi ayah Manis
dalam mencari rezeki kita boleh kaitkan dengan simpulan bahasa ambil upah, pendapatan
sampingan dan kerja sampingan .Peribahasa kais pagi makan pagi,kais petang makan
petang juga sesuai kita kaitkan dengan ekonomi Pak Uda Ahmad kerana beliau terpaksa
membuat kerja sampingan untuk menyara hidup keluarganya. Ayah manis terpaksa mencari
kerja sampingan selain bekerja di kebun kelapa kerana pendapatnya tidak seberapa.Amalan
seperti ini bukanlah perkara asing lagi di kalangan masyarakat kerana ramai ibu bapa yang
terpaksa mencari kerja sampingan selain daripada kerja sebenar mereka tidak kira yang makan
gaji atau yang bekerja sendiri.Keadaan ini berlaku kerana usaha ibu bapa untuk menampung
kos hidup yang semakin meningkat dewasa ini.
2. Abah yakin,dengan menggunting rambut,abah akan mendapat wang sampingan
sekarang bagaimana abah harus meninggalkan rezeki yang Allah kurniakan menerusi
jari- jari abah ini?
Di dalam pernyataan di atas kita boleh kaitkan sikap Pak Uda Ahmad sebagai tidak tamak dan
bersyukur dengan rezeki yang diperolehi daripada menggunting rambut walaupun tidak
seberapa.Beliau tidak bersikap tamak seperti yang dikejar tak dapat,yang dikendong
berciciran. Ayah Manis tidak meninggalkan kebolehannya menggunting rambut walaupun dia
sudah bekerja di Felda.Sikap Pak Uda Ahmad patut dicontohi oleh masyarakat supaya tidak
terlalu memilih kerja pada zaman sekarang kerana rezeki itu ada di mana mana asalkan kita
rajin berusaha.
3. Dia terlalu sedih.Jauh di sudut hati,aku turut bersedih.
Berdasarkan petikan di atas peribahasa yang kita boleh kaitkan dengan persaan ayah Manis
ialah pepatah cubit paha kanan,paha kiri terasa. Perkara seperti ini sering terjadi di kalangan
ibu bapa yang akan berasa sedih juga apabila anak-anak mereka mengalami kesedihan kerana
apa jua yang dihadapi oleh anak-anak akan turut dirasai oleh ibu bapa.Begitu jugalah hakikat
sebenar yang berlaku dengan ibu bapa zaman sekarang yang sentiasa akan terasa dengan apa
jua yang dirasai oleh anak kita.
4. Dia terlalu kecil untuk memahami

Berdasakan petikan di atas simpulan bahasa yang sesuai dengan situasi ini ialah budak
mentah yang membawa maksud orang yang belum mengetahui makna atau pun tidak
matang.Sesuai dengan usia manis yang masih muda maka masih tidak mengetahui maksud
yang dikatakan oleh ayahnya iaitu rezeki yang Allah kurniakan menerusi jari- jemari
abah.Memang tidak dapat dinafikan kanak kanak seusia manis pada zaman sekarang pun tidak
akan memahami kata -kata orang tua mereka yang diungkapkan dengan berkias.

5. Manis menceritakan bahawa dia telah berjaya memberikan kemenangan kepada
kumpulannya dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala semasa sukan di
tadikanya.
Di dalam petikan di atas,simpulan bahasa yang sesuai dikaitkan dengan peranan yang
diberikan oleh Manis untuk kumpulannya ialah sebagai ayam tambatan.Manis telah berjaya
membawa kejayaan untuk pasukannya dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala.
6. Tujuan asalku supaya manis berambut pendek hanyalah untuk meringankan tugasku
agar manis tidak menjadi anak kecil yang manja .
Berdasarkan petikan di atas,perumpamaan yang sesuai untuk dikaitkan dengan motif Pak Uda
Ahmad menggunting pendek rambut Manis ialah umpama serampang dua mata.Serampang
dua mata yang bermaksud melakukan sesuatu dengan ada tujuan lain selain daripada tujuan
asal seperti niat Pak Uda Ahmad yang bertujuan memudahkan tugasnya dan tidak mahu Manis
menjadi anak yang manja.Sikap Pak Uda Ahmad juga masih kita nampak dalam kalangan
masyarakat hari ini yang melakukan sesuatu seperti menyuruh anak perempuan supaya
berpenampilan sopan supaya tidak mengundang kecelakaan seperti dirogol,dicabul apabila
berpakaian mencolok mata.
7. Selepas kematian isteri semua tugas di dapur dan menjaga anak-anak aku cuba
melakukan sendiri.
Berdasarkan ayat di atas,tanggungjawab yang dipikul oleh Pak Uda Ahmad selepas kematian
isterinya seperti simpulan bahasa bapa tunggal.Kini Pak Uda Ahmad yang kematian isteri
terpaksa melakukan semua tugas seorang isteri dan menjaga anak-anaknya tanpa bantuan
orang lain.Dalam kehidupan masyarakat masa kini ramai juga bapa tunggal atau ibu tunggal
yang memikul sendiri peranan sebagai ibu dan bapa dalam keluarga mereka setelah kematian
suami atau isteri.Ini mungkin disebabkan mereka belum bersedia untuk mendirikan
perkahwinan seterusnya dan selesa untuk bersendirian.
8. Manis mulai suka berambut pendek sejak peristiwa kemenangannya di tadika itu.
Berdasarkan penyataan di atas,simpulan bahasa yang sesuai kita kaitkan dengan peristiwa
kemenangan manis di tadika pada hari itu ialah hari bersejarah baginya.Ini kerana Manis
berasakan kejayaannya pada hari itu ada kaitannya dengan imej berambut
pendeknya.Fenomena seperti ini juga sering kita dengari daripada anak anak atau pun para
pelajar yang mengaitkan kejayaan mereka dengan sesuatu yang lain apabila memperoleh
kejayaan dalam bidang yang mereka lakukan. Walhal faktor itu hanya menyumbang sedikit
kejayaan sebenarnya ataupun tidak langsung.
9. Aku menurut sahaja kemahuan Manis.
Tindakan Pak Uda Ahmad dalam ayat diatas perumpamaan bagai menatang minyak yang
penuh kerana beliau menurut sahaja kemahuan anak kesayangannya Manis yang ingin
berambut pendek kerana Manis selesa begitu. Sikap ayah Manis ini memang berlaku lagi pada
masa kini di mana ibu bapa cenderung untuk menurut sahaja kemahuan anak mereka dalam
memilih gaya mereka berfesyen tidak kira dari segi fesyen rambut dan berpakaian.
10. Aku mengambil upah menggunting rambut dengan harga 50 sen untuk kanak -kanak
dan seringgit untuk orang dewasa.
Berdasarkan petikan diatas,simpulan bahasa yang sesuai dikaitkan dengan sikap Pak Uda
Ahmad adalah baik hati dan bukan mata duitan.Pak Uda Ahmad tidak tamak dan beliau
mengenakan bayaran 50 sen untuk kanak kanak dan seringgit untuk orang dewasa
memandangkan kanak kanak belum lagi mempunyai pendapatan sendiri. Malah sikap Pak Uda
Ahmad ini boleh dikatakan sebagai bertimbang rasa .Dalam kehidupan sekarang, kita juga
patut contohi sikap Pak Uda yang mengenakan bayaran yang sesuai mengikut umur dan
pekerjaan supaya para pelanggan mendapat keadilan sewajar.
11. Wang hasil menggunting rambut itu sengaja aku letakkan di dalam bekas kelengkapan
menggunting rambut aku tahu Manis selalu mengambil wang itu.
Berdasarkan petikan dia atas,simpulan bahasa yang sesuai dengan perbuatan Manis sentiasa
mengambil wang itu adalah panjang tangan.Ini kerana Manis mengambil wang itu tanpa
meminta kebenaran ayahnya.Anak-anak kita pun ramai yang mengambil wang dari tempat kita
simpan tanpa memberitahu kita terlebih dahulu.Sikap seperti ini jika kita tidak kawal dari awal
akan memberikan kesan buruk kepada mereka suatu hari nanti. Mereka mungkin akan semakin
berani mengambil dalam jumlah yang lebih besar jika mereka Berjaya mengambil sedikit demi
sedikit tanpa pengetahuan kita.Oleh itu kita perlu kawal duit yang diberikan kepada anak-anak
supaya cukup untuk keperluan harian di sekolah nanti.
12. Cerita Manis,banyak pelajar senior yang kurang senang dengan penampilan Manis yang
berambut pendek.
Berdasarkan petikan di atas,simpulan bahasa yang boleh dikaitkan dengan ayat diatas adalah
iri hati.Ini kerana penampilan Manis yang berambut pendek membuatkan pelajar seniornya
kurang senang terhadap Manis.Sikap pelajar senior Manis seringkali terjadi jika ada pelajar
junior yang tampil agak berani dan menonjol pada zaman persekolahan. Jika ditegur secara
baik, Manis mungkin boleh terima tetapi jika sebaliknya akan menyebabkan Manis bertambah
degil dan terus memberotak dengan menggunting rambutnya lebih pendek lagi.Fenomena
seperti ini sering menjadi budaya di sekolah. Jika ada sesuatu budaya yang baharu atau trend
terkini maka pelajar cepat meniru dan seperti mewarna rambut, gaya rambut meniru artis atau
ikon sukan mereka.
13. Biasanya setiap hujung bulan,Manis akan pulang bercuti. Waktu itulah aku akan
mengikut segala kehendaknya.
Berdasarkan petikan di atas,simpulan bahasa yang sesuai dengan kedudukan Manis dalam
keluarganya ialah anak emas.Ini adalah kerana kerinduan ayahnya untuk berjumpa Manis dan
juga mengikut segala kemahuan manis selepas setiap hujung bulan menunggu kepulangan
Manis.Ayah Manis sangat sayang pada Manis lebih-lebih lagi Manis adalah satu-satunya anak
perempuan dalam keluarganya dan ibunya pun telah meninggal.Situasi seperti ini pun masih
berlaku dalam masyarakat kita hari ini di mana ramai ibu bapa akan mengikut segala kemahuan
anak-anak kesayangan setelah balik dari belajar di asrama, institusi pengajian tinggi dan
universiti. Mereka ingin melayan kemahuan anak-anak yang lama mereka rindukan.
14. Aku sangkakan Manis akan berubah.rupa-rupanya Manis bertambah marah.
Berdasarkan petikan di atas,simpulan bahasa yang sesuai adalah keras hati.Ini kerana Manis
semakin marah apabila dia dituduh sebagai pembawa imej berambut pendek malah meminta
ayahnya agar memendekkan rambutnya sependek-pendeknya. Sikap Manis yang suka
memberotak ini masih berlaku kepada anak-anak kita zaman sekarang yang suka menunjuk
sikap degil mereka melalui perbuatan bukannya percakapan. Begitulah yang terjadi kepada
remaja kini yang bila dilarang membuat sesuatu seperti membuat tatu , berpakaian sendat,
lumba botosikal di jalan raya namun masih ada yang melakukannya.
15. Kau nakal tetapi kau baik hati.Kau selalu berubah-ubah.dulu kau benci berambut
pendek sekarang kau membuatkan aku menjadi penggunting rambut yang tetap
buatmu.
Berdasarkan petikan di atas,peribahasa yang sesuai untuk dikaitkan dengan sikap Manis
adalah sekali air bah,sekali pantai berubah.Ini kerana sikap Manis yang suka berubah- ubah
dari sudut penampilannya. Jadi Manis tidak tetap pendiriannya dalam menentukan gaya
penampilannya.Remaja sekarang ini pun ramai yang bersikap seperti manis di mana mereka
sentiasa berubah-ubah dalam pendirian mereka mengikut perkembangan semasa.
16. Sudah tiga tahun Manis berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah.
Berdasarkan petikan di atas,simpulan bahasa yang sesuai adalah cekal hati.Ini adalah kerana
Manis tunjuk kesungguhan dan ketabahan untuk mendapatkan segulung ijazah dalam masa
tiga tahun . Masa tahun tahun boleh dikatakan jangka masa yang lama dan memerlukan
pengorbanan dan komitmen yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Sikap Manis perlu dicontohi
oleh pelajar sekarang supaya memegang ijazah suatu hari nanti Walaupun terpaksa memakan
masa yang agak panjang.
Kesimpulannya , itulah kesemua peribahasa yang dapat saya petik daripada cerpen Anak
Penggunting Rambut yang saya jumpa dan saya kaitkan peribahasa yang sesuai berdasarkan
peristiwa dalam plot cerita. Saya juga huraikan makna serta kaitannya dengan masyarakat kita
hari ini samada masih dipraktikkan atau sebaliknya .

Anda mungkin juga menyukai