Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Tugasan 2:

Melalui pelaksanaan kertas kerja yang telah dilaksanakan dan dihantar pada 31 Januari yang lalu, saya
mendapati bahawa kerjasama antara ahli kumpulan dalam menyiapkan kertas kerja amat memainkan
peranan yang penting. Ini kerana tanpa kerjasama yang diberikan, tugasan 1 iaitu kertas kerja bagi aktiviti
rakit ini tidak dapat disiapkan dengan baik. Saya amat bersyukur mempunyai ahli kumpulan yang sangat
membantu sepanjang proses menyiapkan kertas kerja kerana sekiranya saya tidak menjumpai maklumat
yanng diperlukan mereka akan turut sama membantu.

Selain itu, saya juga menyedari betapa pentingnya perancangan program melalui kertas kerja yang
dilakukan sebeleum ia dilaksanakan seperti merancang tentatif dan menyenaraikan peralatan dan
kelengkapan yang diperlukan supaya perjalanan program akan berjalan dengan lancar serta dan juga
menyediakan segala peralatan yang mencukupi bagi peserta program. Tanpa persediaan yang rapi dari
pihak penganjur program, berkemungkinan akan menyebabkan objektif dan matlamat program tidak
tercapai. Maka dengan itu, penyediaan kertas kerja bagi aktiviti rakit ini sedikit sebanyak telah membantu
saya dan rakan-rakan melakukan perancangan sebelum program dijalankan.

Di samping itu, pengurusan masa saya dan ahli kumpulan yang lain juga penting kerana saya dan ahli
kumpulan yang lain tidak mendiami rumah sewa yang sama. Maka dengan itu, kami mengambil alternatif
untuk berbincang tentang tugasan ini melalui video call dan perbincangan seterusnya dilakukan melalui
whatsapp sahaja. Walaupun saya dan ahli kumpulan menghadapi kekangan seperti ini, Alhamdulillah kami
berjaya menyiapkan tugasan ini dengan baik.

Saya berharap melalui pelaksanaan kertas kerja ini akan membantu saya dalam merancang program di
sekolah kelak
Refleksi 3

Apa yang saya peroleh Berdasarkan kelas BIG yang telah dijalankan pada bulan 1 yang lalu yang pertama
adalah Operasi Standard dalam aktviti Keyakinan Air, Rakit, Kembara dan Tali. Melalui aktiviti keyakinan air
saya mengetahui cara memakai jaket keselamatan dengan betul, apa langkah persediaan dan keselamatan
dalam aktiviti keyakinan air dan juga cara berenang dan apungkan badan melalui video yang ditunjukkan
oleh Puan Syikin. Antara perkara yang saya tak pernah tahu sebelum ini dan saya baru tahu melalui kelas BIG
ini adalah semasa aktiviti keyakinan air kita perlu memakai kasut.

Seterunsya, dalam aktiviti tali pula saya mempelajari cara penjagaan dan keselamatan tali sebagai contoh
cara membasuh tali kemmantle dan harness adalah basuh guna air tawar tanpa menggunakan sabun. Perkara
ini merupakan perkara baru bagi saya kerana saya tidak pernah didedahkan dengan maklumat sebegini.
Seterunsya cara keringkan tali, gulung tali dan juga cara bawa tali yang betul. Begitu juga dengan aktiviti
abseiling yang belum pernah saya lakukan, melalui kelas ini saya mengetahui prosedur pelaksanaan yang
mempunyai 4 fasa iaitu memakai peralatan (5H+1K) dengan sempurna, guna trek untuk ke lokasi puncak
mula, persediaaan melakukan abseiling dan pendaratan.

Bagi aktiviti rakit pula, saya tidak pernah tahu bahawa rakit juga dibuat dengan tong biru kerana selama ini
saya hanya fikir kalau rakit mesti dibuat menggunakan buluh. Jadi ini merupakan pelajaran baru buat saya.
Selain dari segi peralatan saya juga telah nampak gambaran cara buat rakit dan bagaimana aktivti rakit
dilaksanakan.

Seterusnya bagi aktiviti kembara pula, saya dapat mengetahui cara menggunakan kompas dengan
menggunakan aplikasi di telefon pintar dan cara membaca kompas dengan betul.

Sejujurnya saya bukanlah seorang yang aktif dalam bidang ini jadi saya rasa agak gementar untuk menjalani
Program BIG, namun begitu setelah diberi pendedahan oleh para pensyarah tentang aktiviti2 ini saya rasa
kesal pula kerana tidak dapat menjalankan aktivti ini bersama-sama rakan. saya harap suatu hari nanti saya
akan diberi peluang untuk melaksanakan aktiviti ini bersama murid-murid di sekolah kelak dan apa yang telah
saya perolehi daripada kelas ini pasti akan saya sampaikan kepada mereka supaya mereka dapat
melaksanakan aktivti-aktiviti ini dengan mengaplikasi SOP yang betul supaya keselamatan mereka terjamin.

Anda mungkin juga menyukai