Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Bersyukur kepada Allah s.wt yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah dipertanggunjawabkan kepada saya. Semasa membuat dan menyiapkan tugasan ini saya dapat menimba ilmu berkaitan dengan ilmu kebudayaan melayu di Malaysia terutamanya berkaitan dengan hubungan etnik sama ada dari segi gaya hidup dan adat-adat setiap kaum.

Di samping itu, saya dapat menambahkan pengetahuan tentang amalan masyarakat melayu yang telah dipengaruhI oleh pengaruh luar sama ada pengaruh Islam, india mahupun barat. Saya amat bersyukur kerana dapat hidup dalam negara yang aman dan harmoni dengan masyarakat majmuk yang berbeza agama, bangsa dan warna kulit. Bahkan saya dapat mengetahui berkaitan dengan konsep kebudayaan melayu, konsep ketamudunan dan sebagainya.

Dalam pada itu, dalam proses menyiapkan tugasan ini banyak pengetahuan saya perolehi seperti pengaruh-pengaruh luar yang masih kekal digunakan pada masa kini selagi tidak melanggar ajaran agama Islam. Selain itu, saya dapat melatih diri saya untuk besabar dan terus bersemangat dalam melaksanakan tugasan ini kerana tugasan ini telah dibuat penambahbaikkan disebabkan ada beberapa kesilapan. Di samping itu, saya juga akan lebih berhati-hati dalam membuat tugasan ilmiah sama ada dari segi ejaan, format dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai