Anda di halaman 1dari 3

JURNAL PRAKTIKUM FASA 2

Nama Siswa Guru : MUHAMMAD HAZIQ BIN ABU SHAH


No. Kad Pengenalan : 990807-04-5089
Program : PISMP
Pengkhususan / Opsyen : PISMP AMBILAN JUN 2018 / BAHASA MELAYU
Sekolah : SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN
Minggu Praktikum : 4 (KEEMPAT)
Tarikh : 30 JULAI 2021
Tajuk : PENGGUNAAN YOUTUBE SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN
Kategori : PEDAGOGI DAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pensyarah Penyelia : TN. HJ. AMIR BIN HAMZAH
Guru Pembimbing : EN. HAIRI BIN SAID

1. ISU YANG DIFOKUSKAN

Pada 28 Julai 2021, proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi kelas 4 Al
Ikhlas telah dilakukan melalui aplikasi Youtube secara tidak segerak. Berdasarkan
pemerhatian yang telah dijalankan, saya dapati bahawa proses PdPR yang dijalankan tidak
berjalan seperti yang dirancang. Terdapat kekangan dan masalah yang timbul
memandangkan berlaku kebatasan penggunaan gajet di rumah. Maka, terdapat separuh
sahaja daripada bilangan murid yang menyertai sesi PdPR yang dijalankan tersebut.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU)

Hasil daripada analisis yang dijalankan, saya dapati bahawa masalah yang timbul tersebut
tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan oleh masalah rangkaian internet yang dihadapi
oleh murid-murid serta diri saya sendiri. Hal ini menyebabkan isi pengajaran dan arahan
tidak dapat disampaikan dan diterima dengan lebih efisien. Di samping itu, saya dapat
perhatikan bahawa sesetengah murid tidak dapat menyertai pengajaran mengikut waktu
yang sepatutnya disebabkan oleh kekangan peranti berikutan ibu bapa yang bekerja pada
waktu pagi.
3. KAJIAN LAMPAU TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS)

Menurut Eileen Ferrance (2000), punca utama mengapa proses pengajaran dan
pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan baik adalah kerana sistem kawalan bilik darjah
yang lemah. Keadaan ini timbul disebabkan oleh beberapa perkara termasuklah proses
penerimaan arahan yang tidak jelas disebabkan faktot-faktor tertentu.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH

Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, saya mencadangkan beberapa alternatif


penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :

1. Membina bahan bantu mengajar yang menarik agar dapat membimbing murid untuk
mencapai objektif pengajaran.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN

1 Minggu

6. TINDAKAN SUSULAN

Saya mengambil tindakan susulan dengan mengambil langkah berjaga-jaga untuk membina
bahan bantu mengajar yang lebih menarik agar murid yang tidak mengikuti PdPR secara
Youtube turut dapat menerima pengajaran yang sama.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN

30 Julai 2021

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian


sebagaimana yang dinyatakan telah memberi impak positif. Hal ini dapat dilihat apabila
hamper keseluruhan daripada jumlah murid di dalam kelas 5 Kiambang mampu mengikuti
kelas pada hari tersebut dengan baik. Hal ini dapat dibuktikan melalui pengisisan Google
Form pada akhir kelas sehingga tamat minggu tersebut.
9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA
ADA)

Saya dapat mempelajari cara untuk mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran dengan lebih
menarik. Saya juga akan memperkasakan lagi usaha bagi memastikan murid-murid dapat
belajar dengan lebih efisien.

Disediakan oleh:

………………………………………
MUHAMMAD HAZIQ BIN ABU SHAH
SISWA GURU PRAKTIKUM FASA 2

RUJUKAN

Eileen Ferrance .(2000). Action Research, United States: The Education Allianc

REKOD SEMAKAN

Disemak oleh Guru Pembimbing: Disemak oleh Pensyarah Penyelia:

……………………………………… ………………………………………
Nama : En. Hairi Bin Said Nama : Tn. Hj. Amir bin Hamzah
Tarikh : 31 Julai 2021 Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai