Anda di halaman 1dari 3

JURNAL PRAKTIKUM FASA 2

Nama Siswa Guru : MUHAMMAD HAZIQ BIN ABU SHAH


No. Kad Pengenalan : 990807-04-5089
Program : PISMP
Pengkhususan / Opsyen : PISMP AMBILAN JUN 2018 / BAHASA MELAYU
Sekolah : SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN
Minggu Praktikum : 2 (KEDUA)
Tarikh : 09 JULAI 2021
Tajuk : PENGLIBATAN MURID DALAM SESI PDPR
Kategori : INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL
Pensyarah Penyelia : TN. HJ. AMIR BIN HAMZAH
Guru Pembimbing : EN. HAIRI BIN SAID

1. ISU YANG DIFOKUSKAN

Isu dan permasalahan yang dihadapi sepanjang minggu kedua PdPR ini adalah wujud
kekangan beberapa orang murid sukar/ tidak dapat melibatkan diri secara langsung dalam
aktiviti yang dikendalikan oleh guru secara atas talian. Perkara ini dapat dibuktikan apabila
hanya satu per empat daripada keseluruhan ahli kelas sahaja yang menghantar tugasan yang
diberikan melalui medium yang telah ditetapkan.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU)

Sedia maklum, dalam era pandemik COVID-19, segala bentuk pengajaran dan pembelajaran
umumnya akan dilaksanakan secara maya. Perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan
kepada saya bagi mendapatkan hasil kerja murid yang dihantar melalui medium Google
Classroom yang telah ditetapkan. Hal ini demikian kerana hanya sesetengah murid sahaja
yang menghantar hasil tugasan yang diberikan berpandukan aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan. Isu ini kemungkinan berlaku kerana kekangan penggunaan gajet dalam
kalangan murid yang terhad, capaian rangkaian internet yang perlahan sehingga mereka tidak
dapat menghantar tugasan yang diberi melalui penghantaran gambar. Kesannya, rekod hasil
kerja murid tidak dapat dilaporkan dengan baik dan saya tidak dapat mengesan tahap
pemahaman dan pencapaian murid berpandukan prestasi mereka yang sebenar.
3. KAJIAN LAMPAU TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS)

Kerja rumah juga dapat dijadikan peringkat persediaan kepada para murid untuk menghadapi
pelajaran yang sukar dilaksanakan di bilik darjah terutamanya ketika sesi pembelajaran
secara PdPR kini. Tamir (1985) telah menyenaraikan kesan pemberian kerja rumah kepada
murid adalah untuk memastikan murid dapat menguasai isi pelajaran dengan baik serta
memberi peluang kepada murid untuk belajar dari berbagai-bagai sumber. Dengan cara ini,
murid akan memperbaiki kelemahan mereka ketika sesi PdPR berlangsung.

Menurut Ee Ah Meng (1990) pula, selain daripada meningkatkan kefahaman dan


pengayaan kepada murid berkaitan sesuatu mata pelajaran yang diajar, tugasan atau kerja
rumah yang diberikan adalah bertujuan untuk menyediakan peluang bagi murid-murid untuk
cuba mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dan meningkatkan sesuatu kemahiran lain
yang telah diperoleh sewaktu pembelajaran. Hal ini jelas dapat dilihat melalui sesi PdPR ini
yang mana murid-murid dapat meneroka dan menggunakan pelbagai aplikasi untuk
menghantar tugasan kerja sekolah.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH

Saya telah berbincang bersama guru pembimbing untuk mendapatkan maklumat dan
mengikut rapat perkembangan murid-murid yang terlibat melalui kerjasama ibu bapa. Saya
juga sedaya upaya mengubah strategi pelaksanaan aktiviti PdPR daripada berbentuk
kompleks kepada yang lebih mudah dan ringkas.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN

1 Minggu

6. TINDAKAN SUSULAN

Saya perlu :

a) Mengikut rapat perkembangan murid dengan menghubungi ibu bapa / penjaga bagi
mendapatkan maklumat.
b) Membuat semakan khusus terhadap semua murid melalui senarai semak
penghantaran tugas.
c) Sekiranya kedua-dua cara ini tidak dapat dilakukan, saya akan membuat tindakan
susulan sebaik sahaja pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dilaksanakan.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN

09 Julai 2021
8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN

Strategi menangani yang banyak diutarakan dalam kajian ini ialah bentuk sikap tegas dalam
kalangan pelajar. Guru perlu mengamalkan sikap yang lebih tegas dalam mengurus pelajar
dalam kelas. Sikap ini memberi gambaran kepada pelajar tentang kepentingan mematuhi dan
mengikuti arahan guru. Pada masa yang sama guru juga perlu memahami situasi dan
keadaan pembelajaran ketika ini dan perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya terhadap
tindakan yang diambil.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA)

Guru khususnya guru praktikum perlu mengadaptasi norma baharu dalam sistem pendidikan
di Malaysia yang meliputi aspek pengajaran dan pembelajaran atas talian. Segala urusan dan
hal kerja memerlukan perbincangan dan komunikasi yang baik agar segala maklumat dan
pengetahuan dapat diperoleh secara menyeluruh.

Disediakan oleh:

………………………………………
MUHAMMAD HAZIQ BIN ABU SHAH
SISWA GURU PRAKTIKUM FASA 2

RUJUKAN

Tamir (1985). Kajian Dalam Keberkesanan Kerja Rumah. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa & Pustaka Sdn. Bhd

Ee Ah Meng. (1990). Pendidikan Bimbingan & Kauneling. Petaling Jaya : Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

REKOD SEMAKAN

Disemak oleh Guru Pembimbing: Disemak oleh Pensyarah Penyelia:

……………………………………… ………………………………………
Nama : En. Hairi bin Saad Nama :
Tarikh : 09 Julai 2021 Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai