Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

56000 KUALA LUMPUR

UNIT KOKURIKULUM
TUGASAN KERJA KURSUS
(KUMPULAN)
SEMESTER: 4 PISMP TAHUN: 2022

KOD KURSUS PRKA3012

KURSUS PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Nama Pelajar MUHAMMAD YAHYA BIN HARON

MUHAMMAD NAZHAN HAIKAL BIN HARNAPI

MUHAMMAD ALIFF BIN SUHAIMI

Angka Giliran 2020172340240

2020172340239

2020172340235

No Kad 001217010897
Pengenalan
001023060909

000914030717

Kumpulan/Unit PS3T2-1

Nama Pensyarah DR. HAJARUL BAHTI BINTI ZAKARIA

Tarikh Hantar 1 MAC 2022

Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah


telah saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:
LAPORAN PERBINCANGAN HASIL SIMULASI PENGAJARAN MIKRO

1.0 Pengenalan kepada pengajaran mikro

Pengajaran mikro merupakan suatu sistem kawalan praktis dengan menumpukan latihan
yang khusus ke arah mempertingkatkan kemahiran tingkah laku untuk mengajar dalam situasi
yang terkawal menurut Syed Ismail Syed Mustapa, Mohd Noor Ahmad dan Rozman Rosely
(2017) yang dipetik daripada kata-kata Elen dan Eve (1998). Manakala menurut Mok Song Sang
(2003) pula mengatakan bahawa sebelum menjadi seorang guru, dia perlu menerima latihan
perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Oleh yang demikian, siswa guru boleh
menjadikan pengajaran mikro ini sebagai satu cara untuk melatih diri untuk melengkapkan ilmu
pedagogi pengajaran untuk menjadikan situasi pengajaran dan pembelajaran itu bermakna dan
bermanfaat kelak nanti.

2.0 Sesi pengajaran Mikro

Bagi menjalankn pengajaran mikro, kumpulan kami terdiri daripada tiga orang, salah
seorang daripada kami sebagai guru dan selebihnya sebagai murid. Pada simulasi pengajaran
mikro ini kami memilih kemahiran set induksi untuk subjek Sains Tahun 4. Berdasarkan tema
Sains Hayat, tajuk 2.0 iaitu Manusia dengan Standard Kandungan 2.1 Pernafasan Manusia dalam
mengadakan simulasi pengajaran mikro. Kemahiran set induksi telah digunakan dalam
pengajaran mikro ini bagi tujuan menarik perhatian murid untuk menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran selanjutnya dan juga bertujuan untuk murid lebih bersedia bagi melakukan
proses pengajaran dan pembelajaran Subjek Sains.
3.0 Kekuatan

Dalam simulasi pengajaran mikro menggunakan kemahiran set induksi, kebolehan guru
untuk menarik perhatian murid adalah sangat jelas kerana guru telah memulakan pengajaran
dengan memberi salam dan bertanya tentang khabar murid. Di sini dapat lihat bahawa guru telah
memainkan peranannya untuk menarik perhatian murid untuk berinteraksi dengan guru. Hal ini
menyebabkan murid tidak kaku dan berdiam diri di dalam kelas yang membawa kepada
penglibatan aktif murid-murid. Oleh itu, kekuatan dalam simulasi pengajaran mikro ini
menunjukkan murid dan guru saling berinteraksi antara satu sama lain

Seterusnya, kekuatan lain yang dapat diperhatikan dalam simulasi pengajaran mikro ini
adalah guru pandai membuatkan murid lebih ceria dan bersemangat untuk memulakan
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dilakukan oleh guru dengan cara mengarahkan murid untuk
menarik nafas supaya murid kembali segar dan bersedia untuk belajar. Selain untuk
menyegarkan murid, aktiviti menarik nafas juga berkait dengan tajuk pelajaran Sains yang diajar
iaitu pernafasan manusia. Oleh itu, jelaslah bahawa kekuatan ini terhasil daripada satu aktiviti
yang boleh dikaitkan dengan tajuk pelajaran.

Kekuatan yang ketiga dapat perhatikan daripada simulasi ini adalah penggunaan Bahan
Bantu Mengajar (BBM) yang digunakan oleh guru amat berkesan untuk membuatkan murid
memahami isi pelajaran yang akan dilakukan. Penggunaan World Wall sebagai BBM yang
digunakan oleh guru telah berjaya membuatkan murid berjaya menentukan organ pernafasan
manusia dengan tepat. Oleh itu, kuiz yang dilakukan oleh guru telah menyebabkan murid faham
apa yang telah diajarkan oleh guru berkaitan organ pernafasan manusia dan menyebabkan murid
seronok dengan permulaan yang dilakukan oleh guru sebelum pengajaran dan pembelajaran
selanjutnya diteruskan
4.0 Kelemahan

Dalam melaksanakan set induksi yang ditugaskan, kumpulan kami mendapati terdapat
beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti seperti masa yang digunakan untuk menyelesaikan
set induksi terlalu lama. Hal ini telah mengakibatkan masa untuk proses pembelajaran yang lain
lebih terhad dan pembelajaran utama yang ingin disampaikan pada kelas hari itu tidak dapat
disempurnakan dengan baik. Selain itu, disebabkan kelas atas talian yang berlangsung terdapat
murid yang mempunyai masalah talian dan ia telah menjadi kelemahan kedua bagi sesi set
induksi yang dilakukan. Oleh yang demikian, tumpuan murid menjadi terganggu dan beralih
kepada ragam rakan mereka dan menyebabkan mereka tidak fokus terhadap sesi set induksi
yang diberikan oleh guru.

5.0 Penambahbaikan

Berdasarkan kelemahan yang dapat dikesan daripada sesi pengajaran tersebut,


beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan. Antaranya, guru boleh membuat satu sesi set
induksi yang lebih padat dan teratur supaya masa yang digunakan untuk set induksi tidak terlalu
lama. Contohnya, guru boleh mengatur semula masa dengan cara meringkaskan pengenalan
kepada organ pernafasan kerana murid sudah tahu organ asas pernafasan manusia tersebut.
Selain itu, masalah talian yang dihadapi oleh murid boleh ditangani dengan cara guru memberi
video rakaman set induksi lebih awal kepada murid supaya murid dapat membuat rujukan lebih
awal sebelum kelas bermula. Hal ini kerana, apabila guru membuat video set induksi terlebih
dahulu dan menghantar kepada murid maka murid akan dapat menonton video tersebut di luar
waktu kelas selepas di muat turun.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, berdasarkan video simulasi pengajaran yang telah dibuat, didapati


pengajaran yang dilakukan bersesuaian dengan murid tahun 4 kerana tidak terlalu mendalam
dan mudah untuk difahami. Set induksi yang dibuat dapat menarik minat murid serta
meningkatkan motivasi murid untuk memberi fokus kepada pengajaran guru.
7.0 Rujukan

Mok S.S. (2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI : Komponen 3 :Profesionalisme Keguruan
Sekolah Rendah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mustapa, S. I. (2017). Persediaan Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor:


Sasbadi Sdn. Bhd.

Mohd. Baharudin Othman dan Mod. Khairie Ahmad. (2004). Pengantar komunikasi.
Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai