Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA


PENGURUAN (PISMP)
AMBILAN JUN 2021
SEMESTER 1 TAHUN 1

PENULISAN

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD TAUFIQ BIN


MOHAMMAD NOR
ANGKA GILIRAN : 2021092340071
NO KAD PENGENALAN : 021106-03-1685
KUMPULAN/UNIT : PAI 3
KOD DAN NAMA KURSUS : PIMK3013/ PENGAJIAN KURIKULUM
PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH
RENDAH
NAMA PENSYARAH : USTAZ RAHIM BIN MOHAMED
TARIKH HANTAR : 6 OGOS 2021
NOMBOR TELEFON : 013-656 5154

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

1
Isi Kandungan

Bil Tajuk Muka Surat


Penghargaan 3

1.0 Pengenalan 4

2.0 Ciri-Ciri Guru Pendidikan Islam Abad ke- 4-6


21
3.0 Penutup 7
4.0 rujukan 7

2
Penghargaan

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat


masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada


pensyarah tercinta saya, Ustaz Rahim bin Mohamed kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada IPG
Kampus Dato Razali Ismail kerana memberi tugasan ini serta telah menyediakan
kemudahan internet dan perpustakaan untuk saya mencari sumber rujukan.

Begitu juga kepada ibu bapa dan rakan-rakan yang memberikan sokongan moral
yang tidak terhingga sehingga saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Mereka juga
banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

3
1.0 Pendahuluan

Pada zaman sekarang, pengajaran dan pembelajaran bukanlah asing bagi setiap
individu yang bergelar pendidik dan pelajar. Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan
aktiviti yang diusahakan bersama guru dan muridnya. Maka, tanpa adanya salah satu
individu tersebut, maka pengajaran tidak akan berlaku dengan berkesan. Kebiasaannya,
sebelum memulakan proses pengajaran, guru akan megatur merancang teknik ataupun
kaedah yang sesuai dengan topik yang ingin dibincangkan. Manakala pembelajaran pula
adalah proses interaksi pelajar dengan guru agar berlakunya pemindahan ilmu
pengetahuan atau penguasaan kemahiran atau pembentukan sikap. Lantaran itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-
21 (PAK21) yang bermula pada tahun 2014. Dengan ini, setiap pelajar telah didedahkan
dengan kaedah pembelajaran yang berkesan dan mampu merangsang serta
meningkatkan kemahiran komunikasi, berfikiran kritis, produktif tinggi, bernilai murni dan
mahir dalam penggunaan teknologi maklumat.

2.0 Ciri-Ciri Guru Pendidikan Islam Abad ke-21

2.1 Penguasaan Teknologi Moden Dalam Pengajaran

Pada abad ke-21 ini, kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
bukanlah sebuah perkara yang asing lagi. TMK ini merupakan satu platform ataupun
wadah yang sering digunakan oleh setiap individu dalam kehidupan seharian. Oleh itu,
sebagai Guru Pendidikan Islam yang berwibawa, kita seharusnya memanfaatkan
sepenuhnya TMK kerana ia membawa banyak kebaikan dan kemudahan bagi
membantu proses pengajaran. Menurut Sapariah Hashim et.al (2013), negara maju
dapat berkembang dengan pesat disebabkan oleh teknologi yang mereka guna sangat
berkesan kepada para pelajar. Oleh itu, penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan langkah ataupun kaedah yang kreatif dan inovatif serta sesuai
tidak kira apa mata pelajaran sekalipun. Dengan adanya TMK, pelajar dan guru dapat
mencari maklumat dengan mudah. Ini juga akan menjimatkan masa pelajar dan guru
kerana mereka tidak perlu pergi ke perpustakaan tetapi hanya perlu memiliki peranti
yang dapat mengakses rangkaian internet sahaja. Tambahan lagi, TMK juga dapat
membantu pelajar dalam meningkatkan daya kreativiti dan inovasi. Ini kerana
kebanyakkan pelajar menggemari pembelajaran dalam bentuk infografik ataupun peta i-
Think. Ciri-ciri yang terdapat pada peta i-Think adalah isi atau point yang ringkas,
menarik dan mudah difahami. Jadi, tidak hairanlah pelajar zaman sekarang lebih gemar
menggunakan gadjet dalam mencari maklumat berbanding dengan membaca buku.

4
2.2 Kemahiran Pedagogi

Guru Pendidikan Islam alaf ke-21 perlulah mahir dalam pedagogi. Sesi
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan menjadi lebih berkesan dan lebih efektif jika
guru memanfaatkan penggunaan kemahiran pedagogi. Jika guru tidak bertindak
sedemikian, maka para pelajar akan cepat bosan dan tidak akan fokus dalam
pembelajaran mereka. Lebih teruk lagi pelajar-pelajar terdedah kepada masalah
kesihatan mental apabila mereka terlalu tertekan dengan pembelajaran yang tidak
difahami. Menurut National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019 mendapati
bahawa sebanyak 424,000 kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental. Oleh
itu, guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan mengatur strategi dengan betul
agar dapat melahirkan sesi PdP yang menyeronokkan dan berkesan. Antara contoh
kepelbagaian kaedah pengajaran adalah dengan menukarkan pengajaran lisan kepada
pengajaran melalui video ataupun melakukan simulasi. Ini kerana, dengan melakukan
simulasi, pelajar akan lebih faham kerana mereka melakukannya sendiri. Sebagai
contoh, jika kita mengajarkan cara bertayamum dengan lisan sahaja, maka pelajar sukar
untuk faham langkah yang betul dalam tayamum itu berbanding dengan mereka
melakukan simulasi. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa setiap guru perlulah
mengasah kemahiran pedagogi supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif dan dapat menghindarkan murid daripada gangguan mental.

2.3 Menguasai Ilmu Pengetahuan

Penguasaan yang tinggi dalam ilmu pengetahuan amatlah penting bagi seorang
guru Pendidikan Islam. Sememangnya guru Pendidikan Islam perlu fasih dan mahir
dalam ilmu agama tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk guru Pendidikan Islam
belajar dan meneroka ilmu yang baharu. Sebenarnya guru yang mempunyai
penguasaan dalam pelbagai bidang adalah guru yang cemerlang dan berguna kepada
masyarakat dan negara. Sebagai contoh, kita seorang guru Pendidikan Islam dan kita
juga seorang yang mahir dalam bidang sains. Jadi dalam proses pengajaran dijalankan,
kita boleh kaitkan ilmu al-Quran dengan ilmu Sains. Dengan ini, kita dapat menjawab
segala pertanyan pelajar di samping pelajar akan dapat memahami dengan lebih jelas.
Selain itu, guru yang cemerlang bukan sahaja fasih dalam mengajar, membaca, menulis
atau menghafal akan tetapi dia juga mempunyai ilmu kemahiran. Contohnya, guru
Pendidikan Islam mempunyai kemahiran dalam TMK yang menyebabkan proses
pengajarannya berjalan lancer dan berkesan. Dengan ini objektif pendidikan negara
untuk melahirkan murid yang dapat menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
akan tercapai.

5
2.4 Memahami Psikologi Pendidikan

Kefahaman dalam psikologi pendidikan juga amat penting bagi guru Pendidikan
Islam. Menurut Barlow (1985), psikologi pendidikan ialah sebuah pengetahuan
berdasarkan riset psikologis yang menyediakan serangkaian sumber-sumber untuk
membantu dan melaksanakan tugas sebagai seorang guru dalam proses belajar
mengajar secara lebih efektif. Psikologi pendidikan ini juga menjadikan seorang guru itu
faham akan perkembangan pelajar serta akan menganggap pelajar tersebut sebagai
anaknya. Antara cara untuk memahami pelajar adalah dengan mengambil berat
terhadap keadaan semasa pelajar supaya hubungan guru dengan pelajar menjadi lebih
erat. Guru juga tidak boleh terus menghukum pelajar jika tugasan yang diberikan tidak
disiapkan olehnya. Ini kerana kebanyakkan pelajar yang tidak menyiapkan tugasan
adalah pelajar yang bermasalah sama ada masalah dari dirinya sendiri ataupun dari
keluarga dan sebagainya. Jadi, langkah yang terbaik adalah dengan mencari punca dan
cara mengatasi pelajar yang tidak menyiapkan tugasan. Tambahan lagi, dengan
memahami tingkah laku pelajar serta memahami ciri pertumbuhan dan perkembangan
pelajar, guru dapat memberikan dorongan, motivasi serta nasihat yang sesuai dengan
situasi pelajar itu di samping guru dapat mengatur strategi sama ada dalam konteks
berfokus atau umum. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi pelajar
dalam akademik.

2.5 Kemahiran Kaunseling

Kemahiran kaunseling sebenarnya bukan untuk guru kaunseling sahaja tetapi


untuk semua individu yang bergelar guru. Ini kerana, kemahiran kauseling dapat
memudahkan guru untuk berurusan dengan pelajar sama ada dalam menangani
masalah emosi, social dan banyak lagi. Secara tidak langsung, guru Pendidikan Islam
yang mempunyai kemahiran kaunseling ini dapat memberi nasihat serta motivasi
kepada pelajar di samping menjadikan pelajar tersebut lebih yakin dengan keupayaan
dirinya. Tambahan pula, guru ini juga dapat mengurangkan masalah disiplin di kalangan
pelajar. Ini kerana rata-rata pelajar yang mempunyai masalah disiplin adalah pelajar
yang kurang perhatian ataupun emosinya terganggu. Oleh sebab itu, kemahiran
kaunseling ini sangat penting bagi setiap guru supaya guru tersebut dapat membantu
pelajar yang menghadapi masalah di samping dapat memperbaiki proses pengajaran ke
tahap yang lebih baik.

6
3.0 Penutup

Jelaslah bahawa PAK21 merupakan kaedah pembelajaran yang wajib


diterapkan oleh guru kepada pelajar. Sebagai seorang guru Pendidikan Islam, kita
haruslah menjadi contoh teladan kepada guru-guru dan para pelajar supaya kehidupan
kita sebagai umat Islam seimbang dengan ilmu dunia mahupun akhirat. Kita juga
haruslah sentiasa rendah diri dan memperbaiki diri dari masa ke semasa. Hal ini secara
tidak langsung dapat memberikan aura positif kepada para pelajar untuk menuntut ilmu
dengan kita. Oleh hal yang demikian, kita dapat menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang seronok serta selaras dengan PAK21.

4.0 Rujukan

Hafizhah Zulkifli, & Nur Adibah Awi. (2021). Amalan Kreatif Guru Pendidikan Islam
Dalam Pembelajaran Abad ke-21. ASEAN Comparative Education Research
Journal on Islam and Civilization, 40-54.
Haidar Putra. (2016). Pemberdayaan Pendidikan Agama Islam di Sekolah. Jakarta:
Prenadamedia Groups.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025- Laporan Awal. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nurul Nadhirah, & Mohamed Yusoff. (2018). Pembelajaran Abad Ke-21. Bnagi: Fakulti
Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sapariah Hashim et.al. (2013). Isu dan Cabaran Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Terhadap Literasi Awal Kanak-Kanak Prasekolah.
Sarimah Hashim, Shaharom Noordin. (2008). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar
dengan Berkesan. Shah Alam: PTS Publications and Distributors Sdan. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai