Anda di halaman 1dari 9

TUGASAN REKA BENTUK PDP

EDUP3053:
TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
MATA PELAJARAN PENGKHUSUSAN:
 PENDIDIKAN ISLAM (AKIDAH)
TAJUK:
 ALLAH BERSIFAT BAQA’
MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN:
 MODEL ASSURE (BERORIENTASIKAN BILIK
DARJAH)
ASSURE
A : Analyze Learner (menganalisis Pelajar)
1. Murid ditunjukkan dua benda maujud (satu
tumbuhan yang hidup dan satu tumbuhan yang mati).
2. Murid diminta untuk memerhati dan menganalisis
perbandingan antara kedua-duanya.
3. Bersoal jawab dengan murid tentang benda maujud
yang diperhati.
4. Jawapan murid dirumuskan dan dikaitkan dengan
sifat Baqa’ Allah.
S : State Objectives (menyatakan Objektif)
Selepas proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Menyatakan pengertian dan hukum Allah bersifat Baqa'
dengan tepat selepas mendengar penerangan guru.
2. Membaca dalil naqli serta pengertian dengan betul
selepas aktiviti menyusun kad.
3. Menyenaraikan 3 kesan beriman dan akibat tidak
beriman dengan sifat Baqa' dengan jelas selepas aktiviti
perbincangan.
S : Select Methods, Media and Materials (memilih
Kaedah, Media dan Bahan)
Kaedah: Bahan:
• Bertulis (lembaran • Benda maujud (tumbuhan hidup
kerja) dan tumbuhan mati)
• Lisan (soal jawab, • Kad kalimah ayat Al-Quran
pembentangan • Kad ayat
berkumpulan)
• Kad Manila
Media:
• Power point
• Papan putih
U : Utilize Media (gunakan Media)
1.Murid diminta untuk menyenaraikan benda-benda yang difikirkan akan kekal
selama-lamanya dan menulisnya di dalam peta bulatan (i-Think) di papan putih.
2.Murid dan guru berbincang mengenai idea-idea yang disenaraikan.
3.Murid mendengar penerangan guru tentang pengertian sifat Baqa' Allah dan
hukum mempercayainya melalui slaid Powerpoint.
4.Beberapa orang murid diundi secara rawak mewakili kumpulan untuk
menyatakan kembali pengertian sifat Baqa' Allah dan hukum mempercayainya.
5.Murid yang berjaya menjawab diberikan 5 markah untuk kumpulan.
R : Require Learner Participation (menggalakkan
Penglibatan Pelajar)
1. Guru memaparkan kesan beriman dan akibat tidak beriman
dengan Allah bersifat Baqa' melalui slaid Powerpoint.
2. Setiap kumpulan diminta untuk membaca dan memberikan
contoh secara lisan bagi setiap pernyataan.
3. Contoh jawapan murid ditulis guru di dalam peta buih
berganda yang diletakkan di papan putih.
4. Jawapan murid dikembangkan atau diperbetulkan dengan
penerangan guru.
E : Evaluate and Revise (melakukan
Penilaian dan Pengubahsuaian)
1. Dalam kumpulan, murid diberi kad-kad ayat berkaitan kesan beriman
dan akibat tidak beriman dengan Allah bersifat Baqa’.
2. Murid diminta berbincang dan menyenaraikan kad-kad ayat tersebut
mengikut kategori kesan atau akibat diatas kad Manila yang diedarkan.
3. Wakil setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil
perbincangan.
4. Kumpulan lain menilai jawapan mereka dengan bimbingan guru.
5. Kumpulan yang berjaya diberikan 5 markah.

Anda mungkin juga menyukai