Anda di halaman 1dari 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

KERJA KURSUS
PEDAGOGI
EDUP 2093

PELAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM


TAHUN 5 TOPIK ADAB BERJUAL BELI
Nama : LUQMAN AL-HAKIM BIN ISMAIL
Angka Giliran :
No Kad Pengenalan :
Kumpulan : PDPP Pendidikan Islam 1
Ambilan : Jun 2021
Kursus : EDUP 2093 Pedagogi Pendidikan
Nama Pensyarah : Encik Ding Ak Giri

TUGASAN TARIKH MULA TARIKH HANTAR


Merangka pelan pembelajaran
bermakna dan memberi rasional dan
justifikasi terhadap aplikasi konsep-
konsep dan model pembelajaran
bermakna dengan menggunakan
14 JUN 2021 16 JULAI 2021
pendekatan, strategi, kaedah dan
aktiviti yang sesuai.
-(1600 patah perkataan)

Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah

Tanda tangan pelajar: Tarikh :


ISI KANDUNGAN

Bil Kandungan Muka Surat


Penghargaan 3
Pendahuluan 4
1.0 Pendekatan yang digunakan: 5-6
1.1 Pendekatan Atas Talian
1.2 Pendekatan Berpusatkan Murid
2.0 Strategi yang digunakan 7-8
2.1 Tayangan Slaid
2.2 Persembahan Cerita
2.3 Persembahan Khalayak Kelas
2.4 Soal Jawab
3.0 Kaedah yang digunakan 9-10
3.1 Perbincangan
3.2 Bercerita
3.3 Lakonan
3.4 Sumbangsaran
Penutup 11
Rujukan 12
Lampiran 13-16

PENGHARGAAN

2
Segala puji bagi Allah, kerana dengan izinNya saya dapat menyempurnakan tugasan kerja
kursus ini pada tarikh yang ditetapkan. Tugasan ini berkaitan pembinaan pelan pembelajaran
bermakna dan memberi rasional dan justifikasi terhadap aplikasi konsep-konsep dan model
pembelajaran bermakna dengan menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan aktiviti yang
sesuai. Dengan tugasan ini saya dapat memperkemaskan lagi pemilihan pendekatan, strategi,
kaedah dan aktiviti yang tepat berdasarkan topik yang hendak saya ajar.

Kerja kursus ini dapat saya laksanakan dengan sempurna. Hasil kerja ini atas bantuan pelbagai
pihak. Antara mereka termasuklah orang perseorangan. Mereka yang dimaksudkan ialah rakan
sekelas yang banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Dalam menyempurnakan
tugasan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ding Ak Giri selaku
pensyarah kursus ini. Tidak lupa juga kepada keluarga saya yang banyak memberi sokongon
dan mendoakan kesejahteraan saya.

Natijahnya, saya berharap dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan daripada kerja kursus
ini dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

PENDAHULUAN

3
Untuk melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan terhadap
murid, sangat penting bagi seorang guru itu untuk merangka dan merancang apa yang hendak
diajar terlebih dahulu. Ini menunjukkan guru itu bersedia untuk menyampaikan pengajaran. Dan
dalam perancangan itu, perlulah ada satu pelan pembelajaran bermakna yang mengandungi
aplikasi konsep-konsep dan model pembelajaran bermakna dengan menggunakan pendekatan,
strategi, kaedah dan aktiviti yang sesuai.

Setelah membuat sedikit pembacaan dan rujukan terhadap Dokumen Standard


Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP), saya telah memutuskan untuk melaksanakan pelan
pembelajaran bermakna ini berdasarkan tajuk Berjual Beli Dengan Berhemah. Tajuk ini terletak
di bawah Bidang Adab untuk Pendidikan Islam Tahun 5. Saya memilih tajuk ini kerana antara
subjek yang saya mengajar di sekolah ialah subjek Pendidikan Islam Tahun 5 dan pada tajuk ini
juga dapat dilakukan banyak aktiviti yang bersesuaian mengikut kehendak dan perancangan
saya.

1.0 PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN

1.0 JUSTIFIKASI TERHADAP RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (Arahan tekal-


Huruf besar dalam keseluruhan ayat hanya untuk permulaan bab sahaja)

1.1 PENDEKATAN ATAS TALIAN ( Arahan tekal- Guna huruf besar pada awal perkatan
sahaja)

Pendekatan Atas Talian

Secara umumnya, keseluruhan sesi pengajaran dan pembelajaran kini dilaksanakan


secara atas talian. Hal ini kerana pada masa sekarang Malaysia masih lagi bergelut dengan
wabak pandemik covid-19 yang mendesak agar semua tempat-tempat yang menjadi tempat
perkumpulan orang ramai ditutup. Dalam hal ini, sekolah yang merupakan tempat murid
menimba ilmu juga tidak terkecuali untuk ditutup. Oleh itu semua guru dan murid-murid
haruslah beralih kepada sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Walaupun
sekolah ditutup, tetapi menuntut ilmu merupakan suatu proses sepanjang hayat dan tidak boleh

4
berhenti. Disebabkan itu kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewajibkan
agar sesi PdPR sentiasa berjalan agar para pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka.

Kerajaan juga telah memberikan peruntukan terbesar kepada KPM iaitu sebanyak
RM50.4 bilion atau mewakili 15.6 peratus daripada keseluruhan RM322.5 bilion peruntukan
belanjawan negara. Sejumlah RM7.4 bilion juga akan diperuntukkan oleh Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi meningkatkan khidmat jalur lebar pada
tahun 2021 dan 2022. Kerajaan juga telah menghabiskan banyak kos untuk memberikan
pelbagai kemudahan dapat dinikmati oleh pelajar dan guru. Contohnya seperti kemudahan
Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang sangat berguna pada waktu sesi
PdPR ini. Antara fungsi-fungsi yang terdapat dalam Portal DELIMa KPM ialah Digital
Textbook,Canva, Microsoft Office 365 (Word, Excel, Power Point) yang telah diberikan secara
percuma untuk semua murid dan guru, perkhidmatan Google seperti Gmail, Google Classroom,
Google Meet dan banyak lagi. Kesemua maklumat dan data ini menunjukkan kesungguhan
kerajaan dalam Sektor Pendidikan walaupun negara sedang dilanda wabak pandemic covid-19.
Sehubungan dengan itu, saya telah mengambil peluang ini untuk menjalankan sesi PdP saya
ini dengan menggunakan medium Google Meet yang banyak membantu dan memudahkan
saya untuk menyampaikan sesi PdP terhadap murid-murid saya.

1.2 PENDEKATAN BERPUSATKAN MURID

Dalam kebanyakan aktiviti yang telah saya jalankan pada sesi PdP tersebut, saya telah
menggunakan pendekatan berpusatkan murid. Saya menggunakan pendekatan ini kerana
ianya merupakan satu cara pengajaran yang sangat penting untuk perkembangan potensi
murid-murid yang seimbang. Hal ini kerana dengan pemusatan murid, akan terjadinya
komunikasi dua hala yang memerlukan murid terlibat secara langsung. Sistem interaksi dua
hala akan memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Ia bukan
hanya membantu pelajar dari segi pemahaman tetapi ia juga membantu pelajar lebih mudah
untuk mengingati apa yang mereka pelajari. Jika dulu, sistem pengajaran konvensional hanya
melibatkan guru memberi input kepada pelajar, dan kadang kala berlaku pelajar menjadi bosan
apabila hanya mereka hanya mendengar apa yang diberikan oleh guru.

Selain itu, saya juga menggunakan pendekatan ini kerana ianya bertepatan dengan
Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21) yang telah dilaksanakan oleh KPM bermula tahun 2014.

5
PAK21 ini merupakan satu perubahan dalam pendidikan yang sangat ditekankan oleh KPM. Hal
ini kerana pada zaman era globalisasi yang makin berkembang pesat kini, sistem pendidikan
juga harus mengalami perubahan kerana negara memerlukan generasi yang mampu berdaya
saing. Sebab itulah PAK21 ini boleh dikatakan suatu proses pembelajaran berasaskan murid.
Kesemua elemen-elemen PAK21 ini menjurus kepada kemenjadian murid dengan
menggalakkan penglibatan secara langsung daripada murid seperti elemen kolaboratif,
komunikasi, kreativiti dan lain-lain lagi.

Walaupun PdP yang saya jalankan ini dilakukan di atas talian, ia tidak menghalang saya
untuk menjalankan aktiviti yang menggunakan pendekatan pemusatan murid. Walaupun tidak
dinafikan lebih banyak aktiviti berpusatkan murid dapat dijalankan pada sesi bersemuka di
sekolah, tetapi terdapat juga beberapa aktiviti yang melibatkan murid yang dapat dijalankan
walaupun ianya dilakukan di atas talian seperti aktiviti bercerita, menjawab soalan, memberi
pendapat, berdialog dan lain-lain.

2.0 STRATEGI YANG DIGUNAKAN

2.1 TAYANGAN SLAID

Pada peringkat permulaan aktiviti PdP itu, iaitu ketika set induksi, saya telah
menggunakan tayangan slaid sebagai strategi permulaan saya. Banyak sebab mengapa saya
memilih untuk menggunakan tayangan slaid PowerPoint. Antaranya ialah dengan
menggunakan pembentangan PdP melalui slaid PowerPoint, ia memudahkan saya untuk
memasukkan apa-apa sahaja gambar yang bersesuaian dengan sesi PdP saya yang tidak ada
dalam buku teks. Kerana gambar atau bahan rangsangan yang terdapat pada buku teks itu
agak terhad dan menyebabkan saya tidak dapat mempelbagaikan contoh-contoh gambar yang

6
berkaitan dengan tajuk yang saya hendak ajar. Selain itu juga dengan menggunakan slaid
PowerPoint ia juga dapat membuatkan saya menyampaikan isi kandungan PdP saya dalam
pelbagai bentuk animasi dan pengurusan grafik yang boleh membuatkan pelajar lebih tertarik
dan lebih seronok untuk belajar. Saya juga boleh masukkan audio-visual dan kesan transisi
yang menarik dan bersesuaian dengan PdP saya. Saya juga boleh mengubah warna slaid
pembentangan saya itu menggunakan warna yang menarik dan banyak lagi. Penggunaan slaid
PowerPoint ini merupakan salah satu contoh kelebihan penggunaan kemudahan teknologi
pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

2.2 PERSEMBAHAN CERITA

Pada langkah pertama saya di dalam aktiviti PdP, saya memulakan dengan meminta
murid untuk bercerita tentang pengalaman mereka sekiranya pernah menghadapi pembeli atau
penjual yang tidak berhemah. Saya menggunakan strategi ini untuk merangsang minda murid
serta memberikan kepada mereka gambaran awal tentang tajuk yang akan mereka pelajari.
Selain itu juga saya ingin mewujudkan komunikasi dua hala dalam pembelajaran serta ingin
menggalakkan murid-murid bercakap bagi memupuk keberanian mereka dan meningkatkan
kemahiran pertuturan mereka. Perkara ini selaras dengan kehendak kerajaan yang
menginginkan murid lebih banyak berkomunikasi bagi muwujudkan generasi yang mampu
berdaya saing kerana seperti yang telah maklum bahawa komunikasi ini salah satu daripada
elemen di dalam PAK21.

2.3 PERSEMBAHAN KHALAYAK KELAS

Pada langkah ketiga dalam aktiviti PdP , saya telah mengarahkan murid-murid untuk
membuat persembahan dengan berlakon. Saya telah memilih 4 orang murid. Dua daripada
mereka harus melakonkan watak penjual, dan dua daripada mereka harus melakonkan watak
pembeli. Saya juga telah memberikan 2 situasi jual beli yang berbeza kepada mereka. Tujuan
saya melakukan aktiviti berlakon ialah supaya mereka dapat mengaplikasikan adab-adab jual
beli yang mereka telah pelajari itu ke dalam kehidupan harian. Mereka tidak hanya belajar teori
sahaja tetapi mereka juga mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Dalam tingkatan taksonomi
bloom, mengaplikasi berapa di tahap yang ke 3. Setelah murid-murid habis melakonkan watak
penjual dan pembeli yang berhemah, rakan-rakan mereka yang lain haruslah memberi penilaian

7
terhadap lakonan itu. Penilaian itu merangkumi adakah terdapat adab-adab jual beli pada
lakonan itu? Adakah mereka menjadi penjual dan pembeli yang berhemah? Apakah yang perlu
diperbaiki dalam lakonan itu? Aktiviti penilaian ini penting untuk membantu mereka berfikir di
aras yang tinggi. Berdasarkan taksonomi bloom, menilai berada pada tahap yang ke 5. Oleh itu
penting bagi murid untuk dapat menilai sesuatu situasi itu dengan baik.

2.4 SOAL JAWAB

Sepanjang sesi PdP dijalankan, saya telah banyak melontarkan persoalan kepada
pelajar saya. Terutamanya ketika hujung sesi PdP. Ini kerana saya ingin memastikan murid-
murid saya memahami apa yang mereka pelajari pada hari itu. Saya juga ingin memastikan
agar objektif pembelajaran tercapai. Selain itu juga dengan bersoal jawab, saya dapat
membuatkan murid-murid saya sentiasa fokus sewaktu PdP dijalankan. Menurut kajian yang
dilakukan oleh (Abdul Rasid Jamian ,2013), teknik soal jawab ini merupakan teknik yang paling
banyak digunakan oleh guru-guru di sekolah. Ini kerana dengan bersoal jawab, guru dapat
menarik minat murid supaya memberikan tumpuan terhadap aktiviti pembelajaran. Selain itu,
daripada soalan yang diberikan oleh guru, sekiranya murid tidak dapat menjawab soalan itu,
guru boleh melakukan pengulangan untuk tujuan peneguhan atau melakukan penerangan
semula untuk menjelaskan perkara yang masih belum jelas.

3.0 KAEDAH YANG DIGUNAKAN

3.1 PERBINCANGAN

Saya telah menggunakan kaedah perbincangan pada peringkat set induksi dan langkah
ke 3. Perbincangan ini berlaku antara guru dengan murid-murid. Perbincangan itu berkisar
tentang apakah yang difahami oleh murid-murid daripada gambar-gambar serta adab-adab jual
beli yang dipaparkan oleh guru. Dengan perbincangan, ia dapat menggalakkan murid untuk
berfikir secara kreatif dan kritis. Murid-murid juga akan cuba untuk melibatkan diri dalam
perbincangan yang dilaksanakan sekali gus dapat mewujudkan komunikasi dua hala. Hal ini

8
akan menyebabkan murid-murid banyak berkomunikasi dan berkolaboratif bersama-sama
untuk memahami topik yang sedang dibincangkan.

3.2 BERCERITA

Seterusnya saya telah menggunakan kaedah bercerita dalam aktiviti pembelajaran yang
dijalankan. Saya telah meminta murid-murid untuk bercerita tentang pengalaman mereka
menghadapi penjual atau pembeli yang tidak berhemah. Antara sebab saya memilih kaedah ini
ialah dengan bercerita ia dapat mewujudkan suasana yang menyenangkan dan mengasyikkan.
Selain itu cerita yang sarat dengan nilai-nilai murni, mampu menanamkan sikap positif yang
berguna dalam pembentukan budi pekerti atau keperibadian murid-murid. Dengan bercerita
juga, terdapat banyak aspek yang boleh dipelajari oleh murid-murid dalam satu-satu masa.
Penggabungjalinan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, menulis dan membaca
yang berlaku ketika murid-murid mendengar atau membaca cerita dapat membantu mereka
menajamkan lagi kemahiran-kemahiran yang terlibat.

3.3 BERLAKON

Saya menggunakan kaedah berlakon kerana ingin memastikan murid-murid dapat


mengaplikasikan adab-adab jual beli yang telah dipelajari ke dalam kehidupan harian. Selain
daripada saya menginginkan murid-murid bertutur, saya juga ingin mencungkil bakat mereka
dalam bidang lakonan. Saya juga inginkan suasana kelas bertambah ceria dengan adanya
aktiviti berlakon ini.

3.4 SUMBANGSARAN

Pada akhir PdP, saya menggunakan kaedah sumbangsaran. Iaitu saya menggalakkan
murid menyumbangkan idea dengan memberikan kesimpulan terhadap topik pelajaran yang
mereka pada hari itu. Saya telah memilih secara rawak beberapa murid untuk memberitahu
kepada saya 3 adab-adab sebagai penjual dan pembeli dan apakah kepentingannya beradab
ketika berjual beli. Sebab saya memilih kaedah ini ialah kerana saya ingin murid-murid sentiasa
memberi tumpuan dalam kelas, mencapai objektif pembelajaran, berfikir secara kreatif dan kritis
serta dapat memperbaiki kesilapan mereka jika jawapan yang mereka berikan itu kurang tepat.

9
KESIMPULAN

Berdasar pelan pembelajaran bermakna ini, saya dapat menyimpulkan bahawa sangat
sangat penting bagi guru untuk merangka pembelajaran dengan menggunakan pendekatan,
kaedah, strategi dan teknik yang tepat dengan aktivi yang hendak dijalankan. Saya juga dapat
mengesan beberapa kekurangan yang terdapat pada sesi pengajaran dan pembelajaran saya
ini dan saya akan memperbaikinya pada masa yang akan datang.

10
RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2019) Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Pendidikan Islam,
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nor Suhanna binti Abdullah (2020), Pendidikan Islam Tahun 5, Kementerian Pendidikan Malaysia

(Arahan tekal- Rujukan tak perlu letak nombor bilangan


Judul buku atau tajuk artikel di italik
Indent pada baris kedua untuk setiap rujukan
Rujukan yang ada dalam senarai rujukan perlu wujud dalam teks penulisan )

11
3.Kamarul Azmi Jasmi Norhafizah Salleh (2013) Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
Berpusatkan Pelajar dalam Kecemerlangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan Guru di
Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes ,
Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia

4. Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, Mohd. (2007)


Pedagogi: strategi dan teknik mengajar dengan berkesan

5. Berita harian (2020) 1.7 juta pelajar hadapi 'miskin digital'

6. Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman, Sufiza Ishak (2013). Interaksi Lisan Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

LAMPIRAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Pendidikan Islam


Tahun 5 Bestari
Tarikh/Hari 5 Julai 2021/Isnin
Masa 12:10 pagi – 1.10 pagi
Bilangan Murid 22

12
Bidang Adab
Nilai Kasih Sayang, Bertolak Ansur, Bertanggungjawab,Saling
Memahami, Bersabar
Tajuk Berjual-Beli dengan Berhemah
Standard kandungan 6.2 Merumus adab berjual beli yang menepati syarak dan
mengamalkannya secara beradab dan istiqamah
Standard pembelajaran 6.2.1 Menyatakan pengertian dan hukum jual beli berdasarkan
dalil naqli
6.2.2 Menerangkan adab berjual beli
6.2.3 Mengaplikasi adab berjual beli
6.2.5 Mengamalkan adab berjual beli yang menepati syara’
secara beradab dan istiqamah
Objektif pembelajaran Di akhir pembelajaran, pelajar akan dapat:
1. Menjelaskan pengertian dan hukum jual beli
2. Mengetahui adab-adab sebagai penjual dan pembeli
3. Mengaplikasikan adab jual beli dengan betul
Kriteria kejayaan 1. Dapat menjelaskan pengertian dan hukum jual beli
2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 adab sebagai
penjual dan pembeli
3. Menganalisis 2 kepentingan beradab ketika berjual beli
Pengetahuan sedia ada Pelajar boleh membezakan antara pembeli yang beretika dan
tidak beretika
Pendekatan Pendekatan Pemusatan Murid, Dalam Talian
Elemen merentas Bahasa, Nilai Murni, dan Sains Dan Teknologi
kurikulum
Bahan Bantu Mengajar Buku Teks, Laptop dan Tablet
(BBM)
KBAT Menilai
Pentaksiran Pemerhatian dan Lisan
Kemahiran Berfikir Kemahiran kritis
Elemen 6K Komunikasi, Kolaboratif
PAK21 Pembelajaran koperatif

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah / Isi Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran Catatan


Masa
Set Gambar beberapa Kaedah : Perbincangan Teknik:
induksi situasi yang Strategi : Tayangan slaid Perbincangan kelas

13
(5 minit) berlaku semasa 1. Guru memberi ucapan salam dan meminta berdasarkan bahan
jual beli murid-murid membaca doa sebelum rangsangan
memulakan pembelajaran. Nilai:
2. Pelajar ditunjukkan beberapa gambar  Rasional
situasi yang berlaku semasa jual beli  Berhemah
menggunakan BBM:
3. Pelajar ditanya tentang pendapat mereka  Laptop
berkenaan apa yang berlaku di dalam  Tablet
gambar tersebut
 Buku Teks
4. Guru membimbing murid mengenali adab
PAK-21:
berjual beli daripada gambar
 Mahir
5. Pelajar membaca objektif pembelajaran
berkomunikasi
dan kriteria kejayaan yang perlu dicapai
 Bersifat Ingin
untuk sesi pengajaran dan pembelajaraan
Tahu
hari ini.
Langkah 1 Mentakrif maksud Kaedah : Bercerita Teknik:
(5 minit) jual beli Strategi : Persembahan cerita Bercerita , Bacaan
1. Pelajar diminta berkongsi pengalaman Nilai:
sekitaranya pernah menghadapi pembeli  Rasional
atau penjual yang tidak berhemah.  Berhemah
2. Guru menjelaskan pengertian jual beli, BBM:
hukum dan dalil naqli berkaitan tajuk.  Laptop
3. Pelajar membaca bersama-sama dalil naqli  Tablet
tentang berjual beli serta maksudnya
 Buku Teks
4. Pelajar diminta untuk memberikan contoh
PAK-21:
jual beli dalam kehidupan harian
 Mahir
berkomunikasi
Langkah 2 Mengenal adab Kaedah : Perbincangan Teknik:
(10 minit) sebagai penjual Strategi : Tayangan slaid Pemerhatian
dan pembeli yang 1. Guru menayangkan slaid berkenaan Soaljawab
berhemah serta senarai adab-adab sebagai penjual dan Nilai:
mengikut garis pembeli yang berhemah dan mengikut  Rasional
panduan syarak syarak.  Berhemah
dan 2. Pelajar diminta untuk memberikan contoh BBM:

14
kepentingannya situasi yang ringkas tentang cara-cara  Laptop
beradab ketika berjual beli dengan  Tablet
bimbingan guru  Buku Teks
3. Pelajar ditanya tentang apakah PAK-21:
kepentingan beradab ketika berjual beli.  Mahir
4. Guru menjelaskan kepentingan berkomunikasi
kepentingan adab berjual beli kepada  Bersifat Ingin
individu
Tahu
Langkah 3 Mengaplikasikan Kaedah : Lakonan Teknik:
(5 minit) adab-adab jual beli Strategi : Persembahan khalayak kelas Main peranan
1. Guru memilih 4 murid untuk melakonkan Nilai:
situasi jual beli yang berhemah.  Rasional
2. Daripada 4 orang murid yang dipilih, 2  Berhemah
orang murid perlu berlakon menjadi BBM:
penjual, dan 2 orang lagi menjadi pembeli.  Laptop
3. Rakan-rakan dikehendaki menilai adab-  Tablet
adab jual beli yang terdapat pada lakonan.
 Buku Teks
4. Guru menilai penglibatan murid melalui
PAK-21:
pemerhatian dan memberikan bimbingan
 Mahir
jika perlu.
berkomunikasi

Penutup Rumusan Kaedah : Sumbangsaran Teknik:


(5 minit) Pelajar dapat Strategi : Soal Jawab Pemahaman
menjelaskan 1. Pelajar dipilih secara rawak untuk Latih Tubi
kepentingan menjelaskan kenapa kita perlu beradab Nilai :
mengamalkan adab semasa menjalankan aktiviti jual beli. Bertolak-Ansur
jual beli dalam 2. Guru memberi latihan pengukuhan PAK-21:
kehidupan harian berkaitan tajuk menggunakan laman Bermaklumat
sesawang ‘Wordwall’

Tahniah dan syabas cikgu. RPH telah disediakan dengan betul dan sistematik. Saya sangat
bangga dengan cikgu.

15

Anda mungkin juga menyukai