Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

SULTAN MIZAN

PENULISAN AKADEMIK
EDUP 2082
(PSIKOLOGI PENDIDIKAN)

Nama : RAIHAN BINTI ALIAS


Angka Giliran : 2021102410053
No Kad Pengenalan : 950221-03-6058
Program : PDPP YIK
Ambilan : JUN 2021
Kumpulan/Unit : PAI1
Nama Pensyarah Kursus: ENCIK MOHD NAZIDI BIN OTHMAN

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


PENULISAN 20 JUN 2021 29 JULAI 2021
AKADEMIK
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T,
kerana di atas limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan Kerja Kursus ini
dengan jayanya walaupun menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan. Alhamdulillah.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Encik Mohd Nazidi bin Othman, selaku pensyarah saya di atas sokongan, nasihat
dan bimbingan yang diberikan banyak membantu kepada kejayaan dalam penghasilan
Kerja Kursus ini. Segala bantuan, semangat, strategi dan kebijaksanaan beliau telah
banyak mengajar saya untuk menjadi seorang pelajar dan pendidik yang baik.

Ucapan terima kasih kepada suami tersayang, Muhammad Anas bin Mohd Razi atas
kesabaran, sokongan, bantuan, toleransi, cinta dan doa seluruh keluarga , sehingga kerja
kursus ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Sesungguhnya segala pengorbanan
yang telah dilakukan amat saya sanjungi dan akan saya ingati sepanjang hayat ini. Akhir
kata, ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam memberikan sumbangan cadangan dan bantuan dalam menyiapkan
kerja kursus ini. Semoga Kerja Kursus ini dapat dijadikan wadah ilmu yang berguna untuk
tatapan umum.

2
ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN 4
2. TEORI HUMANISTIK 5
3. TEORI SOSIAL 6
4. APLIKASI TEORI SOSIAL DAN HUMANISTIK 7
5. IMPLIKASI TEORI SOSIAL DAN HUMANISTIK 8
6. RUMUSAN 10
7. RUJUKAN 11
8. LAMPIRAN 12

3
1.0 PENGENALAN

Dasar pendidikan yang digubal telah disesuaikan dari masa ke semasa adalah untuk
meningkatkan mutu sistem pendidikan bagi memenuhi keperluan semasa dan keperluan akan
datang. Sehubungan dengan itu konsep dan proses pendidikan mestilah merangkumi aspek
intelek, jasmani, serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat menghormati
sebagaimana disarankan oleh imam Al-Ghazali. Dalam hal ini juga pendidikan perlu difokuskan
terhadap memperkembangkan potensi pelajar sehingga ke peringkat yang optimum bagi
menjadikan mereka rakyat yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Pendekatan pengajaran guru di dalam bilik darjah amat bergantung kepada bagaimana pelajar
mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Ahli-ahli psikologi telah mengkaji bagaimana
pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori pembelajaran. Teori-teori itu telah
dibahagikan kepada teori pembelajaran Behaviorisme, Sosial, Kognitif, Humanistik dan
Konstruktivisme. Sebagai seorang guru mereka perlu memahami dan menguasai model, strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dalam situasi murid yang berbeza di dalam bilik
darjah agar pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna.

4
2.0 TEORI HUMANISTIK

Teori Humanistik, Maslow memberi penekanan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan
keperluan-keperluan tertentu yang akan membolehkan seseorang itu terus membesar, berkembang
dan mencapai kepada kesempurnaan. Maslow menerangkan keperluan manusia secara hieraki
seperti piramid kerana mempunyai peringkat yang tersusun iaitu bermula dengan keperluan fisiologi,
keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan kendiri dan keperluan
kesempurnaan kendiri. Bagi memenuhi keperluan ini keperluan yang paling bawah dalam hieraki
adalah paling diutamakan dan mesti dipenuhi sebelum keperluan lain dipenuhi. Sekiranya
keperluan di peringkat bawah tidak dipenuhi atau dipuaskan maka terjadilah masalah psikologi pada
individu tersebut.

Pendekatan Humanistik menekankan keseluruhan murid dengan kata lain aspek emosi dan
sosial kehidupan murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara
semulajadi untuk belajar, dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna. Pendekatan ini
juga menekankan betapa pentingnya peranan guru dalam memberi sokongan dan mengambil berat
serta bergantung lebih kepada menerangkan sebab sesuatu perkara perlu dilakukan dengan cara
tertentu.Teori ini juga berpendapat pembelajaran hanya bergantung kepada emosi dan perasaan. Ia
menegaskan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh
itu pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi
murid-murid sendiri.

Mengikut Psikologi Humanistik mempunyai keinginan mencapai kecemerlangan kendiri, maka


guru memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan lagi ke tahap optimum.
Teori Humanistik mengiktiraf murid-murid adalah manusia biasa mempunyai sikap, perasaan,
emosi, kepercayaan dan harapan yang tertentu.

Justeru itu, Teori Humanistik menegaskan kepentingan cara pengajaran dan pembelajaran yang
dapat mematuhi kehendak individu mengikut perkembangan emosinya. Humanistik mementingkan
keunikan murid dan kewibawaan guru serta aspek afektif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

5
3.0 TEORI SOSIAL

Teori pembelajaran sosial yang telah diperkembangkan oleh Albert Bandura (1977) cuba
menghuraikan mengapa seseorang melakukan sesuatu tindakan. Bandura mengatakan bahawa
sesuatu tindakan itu merupakan hasil interaksi antara ketiga-tiga faktor iaitu manusia,
persekitaran dan tabiat manusia. Tidak satupun dari tiga faktor ini boleh dikatakan sebagai
penentu kepada sesuatu tindakan secara berasingan. Walau bagaimanapun, Bandura (1977)
berpendapat bahawa walaupun wujud interaksi antara tiga komponen ini, namun sebahagian
daripada komponen ini mungkin lebih berpengaruh dari yang lain pada masa tertentu bagi
menghasilkan sesuatu tindakan.

Teori pembelajaran sosial Bandura (1997) turut menekankan tentang peranan persekitaran
dalam pembentukan peribadi manusia. Menurut teori ini, masyarakat yang mendefinisikan tugas
dan peranan remaja serta norma-norma yang berkaitan dengan tingkah laku. Manusia pula akan
membentuk perasaan, nilai dan tingkah laku melalui permerhatian terhadap apa yang dilakukan
oleh ahli masyarakatnya. Bandura (1997) juga berpendapat, kanak-kanak dan remaja banyak
belajar melalui peniruan. Menurutnya, tingkah laku remaja terhasil akibat daripada pengalaman
pengasuhan kanak-kanak. Oleh itu, kebanyakan tingkah laku remaja adalah mengikut kehendak
ibu bapa dan masyarakat. Tingkah laku yang menyeleweng pula adalah akibat pengasuhan
dan proses sosialisasi yang kurang sempurna. Perubahan-perubahan dalam masyarakat
seterusnya menghasilkan perubahan dalam persepsi terhadap masyarakat.

Tuntasnya, Teori Pembelajaran Sosial merupakan satu proses pembelajaran melalui


peniruan. Pembelajaran merupakan fitrah manusia iaitu sikap semulajadi yang ada pada setiap
individu. Justeru, sikap ini harus dikembangkan oleh guru melalui Teori Pembelajaran Sosial.
Guru perlu mengplikasikannya dalam bilik darjah bagi membantu pembentukan peribadi yang
positif dalam kalangan murid-murid. Lebih dari itu, guru perlu mempertimbangkan kesesuaian
model yang akan ditunjukkan kepada mereka. Pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air,
jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Maka guru perlu berusaha untuk
memastikan pelajar yang berakhlak mulia dapat dilahirkan.

6
4.0 APLIKASI TEORI HUMANISTIK DAN SOSIAL DALAM PDPR

Bandura telah mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui
pemerhatian atau permodelan iaitu pemerhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan dan
motivasi (Subki, 2011:110-111). Sebahagian besar manusia belajar melalui peniruan tanpa mengira
umur. Bandura menyatakan bahawa pembelajaran peniruan merupakan suatu proses semulajadi
(1997). Justeru, pembelajaran melalui peniruan merupakan fitrah yang tetap bagi setiap individu.
Atas sebab inilah penulis berpendapat bahawa Teori Pembelajaran Sosial amat sesuai dijalankan
dalam proses pembelajaran dalam bilik darjah pada abad ke-21 terutamanya dalam situasi PDPR
sekarang.

Bagi merealisasikan hasrat yang dicita-citakan, guru berperanan sebagai role model dan
model simbolik yang menunjukkan perwatakan yang positif dalam bilik darjah supaya murid dapat
menirunya (Subki, 2011: 112). Sebagai contoh, guru perlu menggunakan bahasa yang sopan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi dan teknik yang digunakan perlu
disesuaikan dengan kebolehan murid untuk meniru tingkah laku tersebut. Setiap perlakuan guru
akan dinilai oleh murid kerana guru merupakan individu yang signifikan bagi mereka. Jiika guru tidak
menunjukkan perilaku yang baik, apatah lagi murid. Maka muncullah peribahasa Melayu yang
berbunyi ‘guru kencing berdiri, murid kencing berlari’.

Seterusnya, teori ini juga boleh diaplikasikan melalui didik hibur iaitu permainan dan simulasi
untuk menjadikannya lebih menarik dan berkesan. Melalui teknik main peranan dan simulasi, guru
boleh mengajarkan nilai dan peranan watak-watak yang penting. Guru perlu memberi penjelasan
kepada murid mengenai tingkah laku yang baik dan menggalakkan mereka untuk mengaplikasikan
perlakuan tersebut dalam situasi sebenar. Situasi ini sama apabila murid menonton televisyen dan
melihat pelbagai jenis perlakuan yang positif dan negatif. Murid akan membuat peniruan secara
tidak langsung tanpa memikirkan baik buruknya.

Guru juga perlu menyemai nilai-nilai murni dan sentiasa menggunakan psikologi serta
simulasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ianya dilihat dapat membentuk murid ke arah
yang lebih proaktif dan produktif. Contohnya, guru boleh membuat aktiviti seperti kuiz, teka-teki,
bercerita dan bertanyakan pelbagai soalan yang mencabar minda kepada murid agar kemahiran
kognitif mereka dapat berkembang secara berterusan. Melalui aktiviti ini juga, murid dapat
berimaginasi dan seterusnya dapat memikirkan idea-idea baharu dan bernas sesuai dengan tahap
mereka.

Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya adalah berdasarkan teori
Humanistik. Berdasarkan teori ini, guru haruslah menerima semua murid sebaik- baiknya walaupun
7
mereka daripada keluarga yang berpendapatan rendah, daif dan kurang cemerlang dalam
akademik. Perbezaan latar belakang ini akan mempengaruhi sikap murid di dalam bilik darjah.
Mereka akan sentiasa berasa rendah diri dan gemar bersendirian. Oleh itu, sebagai guru, haruslah
menerima murid seadanya tanpa pilih kasih. Layanan yang adil dan sama rata di antara haruslah
disamaratakan agar mereka tidak berasa disisihkan. Guru juga perlu memberi peluang kepada
murid untuk memilih tugasan dan aktiviti pembelajaran sendiri dan berusaha menjadi fasililator untuk
memupuk sikap, kepercayaan dan tabiat yang baik dalam diri murid itu sendiri.

Antara aplikasi teori ini kepada pengajaran dan pembelajaran di kelas ialah membentuk suasana
bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar
mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti
tersebut. Yang kedua, memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi
motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

Yang seterusnya, merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan
meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan
penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan
menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi. Guru juga haruslah memupuk nilai
motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa
depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi.

5.0 IMPLIKASI TEORI SOSIAL DAN HUMANISTIK DALAM PDPR

Guru merupakan ejen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Tugas murni ini telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tahun
1988 iaitu:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

8
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

Sehubungan dengan itu juga, guru merupakan pengaruh yang paling penting dalam
perkembangan pelajar daripada segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat
penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah akan
melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan
pengajaran pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif, efektif dan psikomotor pelajar.

Jangkaan guru juga dapat mempengaruhi prestasi pelajar. Dalam bidang psikologi ia disebut
sebagai ‘self fulfilling prophecy’ iaitu manusia akan melakukan sesuatu yang dijangka mereka akan
lakukan, sehinggakan jangkaan yang tidak berasas pun akan menimbulkan tindak laku yang
diharapkan itu. Jadi guru yang mempunyai sangkaan bahawa pelajarnya lemah akan mendapati
pelajarnya benar-benar lemah (Zaleha 1995). Terdapat banyak kajian dan tulisan yang berkaitan
dengan perlakuan guru dan kesannya terhadap pencapaian pelajar. Kajian-kajian tersebut
memperlihatkan kesan-kesan positif dan negatif tentang implikasi sikap, nilai prestasi guru terhadap
pencapaian pelajar. Holt (1970) mendedahkan sikap dan pengajaran guru di bilik darjah sebagai
punca kegagalan pelajar mengembangkan potensi mereka. Beliau lebih kuat mengkritik sistem
pendidikan yang berlaku di sekolah sebagai kurang mampu memenuhi prinsip pembelajaran dan
perkembangan potensi individu pelajar.

Antara implikasi yang berkait rapat dengan Teori Pembelajaran Sosial terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang pertama ialah sebagai seorang guru, amat penting bagi kita memberi setiap
orang murid peluang untuk memerhati dan mencontohi pelbagai jenis model yang menunjukkan
tingkahlaku yang diingini. Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan bahawa kita sendiri boleh
menunjukkan tingkahlaku yang boleh diteladani serta memaklumkan kepada anak murid berkenaan
kesan sesuatu tingkahlaku yang tidak bermoral, melanggar norma-norma masyarakat dan undang-
undang, bersifat eksploitasi dan manipulasi dan sebagainya.

Sekiranya rasa kurang keyakinan dan rasa rendah diri murid dapat difahami, proses pengajaran
dan pembelajaran akan berlangsung dengan cara yang sepatutnya kerana murid akan berasa masih
dihargai dan disayangi walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza. Guru juga perlu bersifat
penyayang dan memupuk nilai kendiri positif dalam kalangan murid. Oleh itu, guru perlulah sentiasa
memastikan keperluan asas murid telah dipenuhi dengan sewajarnya kerana kesempurnaan kendiri
9
hanya boleh dicapai selepas keperluan asas telah dipenuhi. Guru perlu memberi layanan yang
mesra kepada murid- murid agar hubungan dapat dierat dan diperkukuhkan. Hubungan yang rapat
antara guru dengan pelajar akan melahirkan motivasi intrisik yang tinggi dalam diri pelajar. Dengan
ini, perasaan rendah diri dapat diatasi. Sikap guru seperti ini akan mewujudkan hubungan yang baik
antara guru dan murid. Justeru, pembelajaran dapat berlangsung dalam suasana yang selesa dan
kondusif.

Berdasarkan kedua-dua teori ini, implikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran memang
tidak boleh disangkal lagi. Sebagai guru, kita haruslah mengaplikasikan teori ini sebaik mungkin bagi
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dikehendaki sekali gus melahirkan murid yang
berjaya dan berakhlak mulia.

Rumusan

Para pelajar pada hari ini sering mengharapkan sesuatu yang menarik, berkesan dan tidak
membebankan semasa proses pembelajaran. Maka, prinsip dalam teori-teori pembelajaran amat
penting bagi membantu guru memilih strategi pengajaran dan membantu proses pembelajaran
murid secara optimum. Hal ini juga dapat membantu guru dalam memastikan objektif dan matlamat
sesuatu pembelajaran dan pengajaran tercapai. Tuntasnya, kesemua prinsip-prinsip teori
pembelajaran yang telah dikaji oleh ahli-ahli psikologi pendidikan dapat dimanfaatkan pada semua
peringkat pembelajaran dan tidak terhad kepada peringkat tertentu mahupun mata pelajaran
tertentu. Tambahan lagi, pengaplikasian prinsip-prinsip teori pembelajaran seperti teori sosial dan
teori humanistik dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran meneroka skop yang lebih luas
dan efisyen.

10
RUJUKAN

Abdullah al-Hadi Muhamed, Rorzumah Baharudin, Rumaya Johari, Mansor Talib, Tan Jo-Pei,
Asnarulkhadi Abu Samah & Amna Md. Noor. (2001). Laporan Akhir Kajian Salah laku di kalangan
Pelajar Sekolah Menengah dan Rendah: Implikasi untuk Polisi. Fakulti Ekologi Manusia, Universiti
Putra Malaysia.

Azhar Ahmad & Ab. Halim Tamuri.( 2010). Pembelajaran Pengaturan Kendiri dalam Pendidikan Islam.
Dlm. Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bandura, A. (1997). Social learning theory. Prentice-Hall.

Choong Lean Keow (2008). Murid dan Alam Belajar untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah
Pengajian Empat Tahun.: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Faridah Abu Hassan, Naimah Ishak, Hamidah Yusof & Habibah Abdul Rahim. (2005). Kemiskinan dan
pendidikan: Perubahan minda orang Melayu ke arah kecemerlangan pendidikan akademik. Dlm.
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Jil. 7, Disember 2005, hlm. 25-56. Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Holt, J. (1970). How Children Fail. Penguin.

Maslow, Abraham H. Motivation and Personality. (1954). Ed. Cynthia McReynolds. 3rd ed. Harper and
Row, Inc., 1987

Mok Soon Sang (2008). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi. Kuala
Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd. Zahir Ahmad. (2003). Pedagogi, Strategi dan Teknik
Mengajar dengan Berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Zaleha Sulaiman. (1995). Pengurusan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah di Luar
Bandar: Kes Empat Buah Sekolah Menengah di Negeri Kedah Darul Aman. Tesis Sarjana.
Universiti Utara Malaysia.

EDU 3103 Murid dan Alam Belajar. [Online]. Diperoleh: http://mabjip.blogspot.com/2009/07/teori-


pembelajaran.html [2009,

11
LAMPIRAN

12
13

Anda mungkin juga menyukai