Anda di halaman 1dari 3

KURIKULUM

1. Apakah PBD?
* Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang
perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara
formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang
pembelajaran.

2. Bila PBD bermula?


* PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun
2011. Pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.

3. Apakah perbezaan PBD dan PBS?


* PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat
holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh
itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP),
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksrian
Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
* PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi
semua mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan
antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat
perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu
guru menambah baik pengajaran mereka.

4. Apakah mata pelajaran yang terlibat dengan PBD?


* Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.
* Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun

6 di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah


menengah.

5. Mengapa PBD penting?


* PBD dapat membantu guru dalam:
* Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
* Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
* Mengetahui keberkesanan pengajaran
* Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
* Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

6. Bagaimana PBD dilaksanakan?


* PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun.
PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
* Pemerhatian
* Penulisan
* Lisan
* Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran,
berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.
7. Apakah pertimbangan profesional?
* Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan
pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan
data perkembangan penguasaan murid dalam pembelajarannya.

8. Bagaimana PBD dilaporkan?


* Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat
pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini
digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.

9. Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah yang dilaksanakan?


* Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam
panitia semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan
berkaitan kaedah dan instrumen pentaksiran yang digunakan. Guru dalam
panitia yang sama juga melakukan moderasi (perbincangan) sesama mereka
dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap murid.
10. Siapakah jawatankuasa pemantauan kualiti PBD?
* Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah, lazimnya dianggotai oleh:
* Pengetua/Guru Besar
* Penolong Kanan Pentadbiran
* Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
* Penolong Kanan Ko Kurikulum
* Penolong Kanan Petang
* Penolong Kanan Pendidikan Khas
* Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
* Ketua Panitia
* Guru Cemerlang
* Jurulatih Utama
* Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar/JK PBS

11. Berapa kerap PBD perlu dilaporkan?


* Sekurang-kurangnya 2 kali setahun

12. Apakah saluran yang disediakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan


KSSM?
* Buku Panduan
* Laman sesawang http://bpk.moe.gov.my
* JPN
* PPD

13. Adakah BPK menyediakan rekod transit?


* Tidak. Perekodan boleh dilakukan dalam dokumen seperti rekod mengajar,
buku catatan guru, senarai semak, templat pelaporan Excel atau lain- lain tempat
merekod yang sesuai.

14. Adakah BPK menyediakan format pelaporan penguasaan murid dalam PBD?
* Untuk tujuan pelaporan, templat pelaporan PBD dalam fail Excel yang
disediakan dalam laman web BPK. Pelaporan dibuat dua kali setahun.
15. Adakah templat pelaporan PBD yang baharu ini untuk semua Tahun dan
Tingkatan?
* Templat pelaporan PBD yang baharu akan disediakan mengikut Tahun/
Tingkatan kurikulum KSSR (Semakan 2017) dan KSSM yang dilaksanakan. Ini
bermakna pada tahun 2018, templat pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun
1, Tahun 2, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Manakala templat pelaporan PBD yang
baharu untuk Tahun 3 KSSR (Semakan 2017) dan Tingkatan 3 KSSM akan dimula
digunakan pada tahun 2019.
* Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan digunakan pada
tahun 2020, Tahun 5 pada tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022. Semua
templat pelaporan yang baharu akan dimuat naik di laman web BPK lebih kurang
enam bulan sebelum tahun pelaksanaannya.

16. Mengapa tiada surat siaran atau pekeliling untuk melaksanakan PBD?
* PBD merupakan sebahagian dari kurikulum. Kurikulum terdiri daripada
kandungan, pedagogi dan pentaksiran. Pentaksiran ini dinyatakan dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran.
Pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran berlaku secara serentak dan tidak
memerlukan surat pekeliling yang berasingan. Surat pekeliling bagi
melaksanakan KSSR (Semakan 2017) ialah SPI Bil. 8/2016 manakala surat
pekeliling bagi melaksanakan KSSM ialah SPI Bil. 9/2016.

17. Apa perbezaan Tahap Penguasaan Umum dengan Tahap Penguasaan


Keseluruhan?
* Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh
semua mata pelajaran bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard
Prestasi mata pelajaran tersebut. Tahap Penguasaan Keseluruhan ialah
penentuan satu Tahap Penguasaan dalam mata pelajaran tersebut pada
penghujung sesi persekolahan iaitu pada akhir tahun persekolahan.

Anda mungkin juga menyukai