Anda di halaman 1dari 11

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH DALAM PENJAWAT AWAM

1.0 Pengenalan
Sebelum dibincangkan persoalan di atas, sedikit huraian berkaitan dengan nilai dan
etikafokus dalam perkhidmatan awam. Nilai merupakan suatu konsep yang
berkaitan dengan kepercayaan, amalan dan pegangan seseorang individu yang
merujuk kepada garispanduan yang dipersetujui oleh sesuatu kelompok manusia.
Malah, nilai dilihat sebagai corak pemikiran dan kelakuan yang diamal dan diterima
dalam sesuatu kelompok. Perbincangan tentang konsep nilai boleh dilihat daripada
hujah-hujah yang dikemukakan oleh para sarjana di bawah.
Menurut Shepard (1990) dalam penjelasannya tentang nilai melihat ianya
berkaitan dengan prinsip-prinsip dalam kebudayaan yang mengandungi idea tentang
apa yang kebanyakan manusia dalam sesuatu masyarakat inginkan. Oleh itu, nilai
merupakan suatu perkara yang sangat luas dalam kehidupan manusiacara
pemikiran, tindakan, perbuatan, dan kefahaman yang dipersetujui bersama dalam
sesuatu kelompok masyarakat. Penjelasan Shepard lagi tentang nilai dapat
diperkukuhkan lagi dengan apa yang dijelaskan oleh Robbins (1990) yang
mendefinisikan nilai sebagai asas yang mempengaruhi kelakuan dan cara hidup
sesuatu kelompok atau masyarakat. Manakala etika kerja boleh ditakrifkan sebagai
budaya kerja yang di dalamnya terangkum pelbagai perkara yang diperlukan dalam
usaha mencapai matlamat organisasi. Menurut Toffler (1986) mengatakan bahawa
penyesuaian diri terhadap sesuatu ukuran atau standard yang telah ditetapkan
dalam sesuatu profesion mahupun dalam kumpulan.

Penjawat awam merupakan pekerjaan yang mana berinteraksi bersama


dengan orang awam. Sebagai contoh, polis, kastam, imigresen, bahagian
pentadbiran awam di pejabat-pejabat kerajaan, tentera dan banyak lagi. Oleh hal
yang demikian, apabila berinteraksi dengan orang awam maka akan timbul isu
ataupun masalah di mana akan adanya salah laku seperti rasuah, salah guna kuasa
dan sebagainya yang berkaitan dengan orang awam. Namun, ada juga masalah
daripada sikap penjawat awam itu sendiri di mana kelewatan dalam bekerja dan juga
penyelewengan dalam tugasnya. Maka, dengan tujuan untuk mencegah dan
mengawal, pelbagai usaha dan langkah telah dijalankan oleh kerajaan untuk
memerangi gejala-gejala seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa
dalam kalangan penjawat awam.
Gejala-gejala seperti yang telah dinyatakan di atas sebenarnya berlaku dalam
bidang pekerjaan apa sekalipun waimah oleh pekerja swasta sekalipun aka nada
berlaku isu sebegini. Namun, di media sosial tersebar lebih meluas berkaitan
dengan penjawat awam disebabkan penjawat awam mempunyai hubungan yang
lebih dekat dengan orang awam di mana orang awam lebih cepat dan dekat untuk
menilai setiap tindak tanduk penjawat awam ini. Oleh disebabkan itu, penjawat
awam tidak boleh melakukan kesilapan walaupun sebesar zarah kerana mereka
sentiasa diperhatikan oleh orang awam. Justeru itu, kerajaan telah memutuskan
untuk memperbaiki kesilapan-kesilapan yang berlaku di dalam penjawat awam.

2.0 POLISI/DASAR PENJAWAT AWAM


Mulai 1 Januari 2012, Kerajaan memperkenalkan Saraan Baru Perkhidmatan Awam
(SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia. SBPA membawa perubahan
radikal melalui kaedah pengambilan dan pemilihan calon yang lebih ketat (stringent)
bagi memperoleh dan mengekalkan bakat terbaik sejajar dengan usaha menyokong
transformasi Perkhidmatan Awam ke arah yang lebih dinamik, responsif dan
berorientasikan prestasi.
Sebagai pelengkap kepada kitaran pengurusan bakat dalam Perkhidmatan
Awam dan bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam,
Kerajaan memperkukuhkan lagi dasar pemisah bagi membolehkan tindakan tegas
diambil terhadap pegawai bermasalah dan berprestasi rendah di samping
mempunyai tahap integriti yang boleh mencemarkan imej serta menjejaskan
penyampaian Perkhidmatan Awam. Dasar pemisah ini juga menyediakan laluan
keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai
yang mempunyai masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk
menjalankan tugas. Pelaksanaan dasar pemisah ini akan mengekalkan pegawai
yang

komited

dan

berprestasi

bagi

membolehkan

Perkhidmatan

Awam

meningkatkan lagi daya saingnya untuk mendepani cabaran persekitaran masa kini
dan akan datang selaras dengan prinsip rakyat didahulukan dan pencapaian
diutamakan.
Seterusnya, menurut Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy, Asmak Ab.
Rahman & Mohd Izani bin Mohd Zain menyatakan bahawa dasar yang berkaitan
dengan nilai dan pembudayaan profesionalisme dalam Perkhidmatan Awam di
negara ini telah diusahakan dengan giatnya sekitar tahun 1980an iaitu selaras

dengan tuntutan pembangunan semasa termasuklah isu globalisasi yang melibatkan


persaingan

antarabangsa

dalam

pelbagai

bidang

termasuk

ekonomi

dan

perkhidmatan. Antara dasar-dasar tersebut ialah Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam


dalam Pentadbiran, Dasar Pandang ke Timur, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah,
Dasar Kepimpinan Melalui Teladan dan Dasar Persyarikatan. Dasar Penerapan
Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran yang diperkenalkan pada tahun 1985 misalnya
memberi penekanan kepada aplikasi nilai dalam sektor pentadbiran kerajaan. Dasar
Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran yang diperkenalkan pada tahun 1985
misalnya memberi penekanan kepada aplikasi nilai dalam sektor pentadbiran
kerajaan. Dalam hal demikian, sebelas nilai utama telah dipilih sebagai teras kepada
pelaksanaan dasar tersebut yang diyakini boleh diterima oleh semua pihak tidak
mengira latar belakang agama dan kepercayaan. Nilai-nilai tersebut ialah amanah,
tanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisiplin, bekerjasama,
berbudi mulia dan bersyukur. Kesemua nilai itu diharap menjadi asas kepada
pembentukan sebuah identiti masyarakat yang disegani, bermaruah dan bersatu
atas semangat perpaduan nasional.
Di samping itu, Dasar Pandang ke Timur pula yang memberi fokus kepada
nilai dan etika kerja yang positif dalam menjayakan pembangunan negara. Dengan
mengambil negara Jepun dan Korea sebagai model, dasar ini bertitik tolak kepada
tiga program yang diperkenalkan iaitu perubahan struktur, perubahan sikap dan
latihan serta kursus. Pendekatan perubahan sikap misalnya meliputi pelaksanaan
perkhidmatan cemerlang, konsep bersih, cekap dan amanah dan kepimpinan
melalui teladan. Melalui dasar ini yang memberi penekanan terhadap nilai dan etika
kerja yang positif, ia dapat mempertingkatkan nilai dan mutu pengeluaran sekaligus
mewujudkan masyarakat yang dinamik dan progresif. Dasar Penswastaan yang

diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1983 juga turut memberi penonjolan
kepada usaha kerajaan untuk mempertingkatkan tahap dan keberkesanan
perkhidmatan. Memandangkan kerajaan terpaksa memikul beban kewangan yang
tinggi

untuk

melaksanakan

program-program

pembangunan,

dasar

ini

memperakukan kerjasama dengan sektor swasta untuk menampung implikasi


kewangan. Nilai bekerjasama yang diterapkan antara sektor kerajaan (awam) dan
swasta yang juga nilai yang ditekankan dalam Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam
dalam pentadbiran akan menghasilkan satu kualiti perkhidmatan yang lebih baik
sekaligus membantu ke arah pembinaan efektif governan yang dicita-citakan.
Untuk menangani masalah ketidakhadiran petugas maka kerajaan telah
mengambil inisiatif dengan melaksanakan peraturan penjawat awam. Ketidakhadiran
bertugas merupakan kesalahan tatatertib yang sering dilakukan oleh pegawai awam.
Ia berdasarkan statistik kes-kes tatatertib (tahun 2002 hingga 2010) yang dilaporkan
oleh Ketua Jabatan dan jumlah kesalahan tidak hadir bertugas ini menyumbang
sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan kes-kes tatatertib pegawai awam setiap
tahun. Di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993, tidak hadir bertugas bermaksud tidak hadir bagi apa-apa tempoh masa pada
masa dan di tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bertugas serta tidak
hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa
sebab yang munasabah. Pegawai yang tidak hadir bertugas boleh dikenakan
tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A)395/1993] dan mereka yang
bersalah boleh dikenakan hukuman sehingga buang kerja.

3.0 PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG


Langkah yang dilakukan oleh kerajaan ialah dengan menguatkuasakan undangundang. Kerajaan telah menguatkuasakan hukuman yang lebih keras. Di bawah
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, tidak ada hukuman minimum
ditetapkan sekiranya seseorang individu didapati bersalah kerana rasuah. Pada
masa yang sama, bagi kes-kes yang tidak didakwa, tindakan disiplin jabatan
lazimnya adalah ringan (contohnya pengeluaran amaran). Ini menyebabkan
kurangnya alat pencegahan terhadap penerimaan rasuah. Di samping itu, struktur
hukuman yang lebih keras juga akan dilaksanakan terhadap pegawai awam yang
disabitkan kesalahan (kakitangan awam dan ahli pentadbiran, perundangan dan
kehakiman), kerana ia melibatkan amanah dan dana awam.
Langkah seterusnya ialah membangunkan pangkalan data pesalah `nameand-shame (namakan dan malukan) Pendekatan name and shame dalam bentuk
pangkalan

data

awam,

yang

dilaksanakan sebagai langkah

menyenaraikan
pencegahan

para

pesalah

rasuah,

akan

tambahan dalam membanteras

pengambilan rasuah. Selain itu, pangkalan data awam juga akan berfungsi bagi
mempermudah keputusan pengambilan kerja, terutamanya bagi jawatan yang
sensitif yang melibatkan kuasa dan amanah. Pada masa ini, tidak terdapat jalan
yang mudah untuk membuat semakan terhadap pesalah rasuah. Mereka yang
disabitkan kesalahan hanya dapat disemak menerusi jurnal undang-undang,
Jabatan Penjara atau Pendaftar Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini.
Pangkalan data tersebut bertujuan membetulkan situasi ini dan menjadikan senarai
semakan tersebut boleh diakses oleh orang ramai menerusi laman web SPRM.
Hanya rekod sabitan kesalahan baru dari 1 Januari 2010 dan seterusnya dapat
diperoleh di pangkalan data ini. Sementara maklumat mengenai pesalah akan

didedahkan kepada orang ramai selama tiga tahun, semua maklumat yang diperoleh
akan disimpan di pangkalan data ini tanpa batasan waktu untuk rujukan dalaman. Di
samping inisiatif-inisiatif utama ini, kami juga akan melaksanakan inisiatif-inisiatif lain
yang direka bentuk untuk mengurangkan rasuah besar. Ini termasuk mendedahkan
jumlah peruntukan kerajaan dan perbelanjaan yang terhasil daripada setiap ahli
parlimen selain membangunkan skim ganjaran dan pengiktirafan untuk kakitangan
awam yang memberikan bantuan dalam kes rasuah.
Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh JPJ Jabatan
Pengangkutan Jalan telah melaksanakan AES pada bulan Ogos 2012, yang
bertujuan mengurangkan berlakunya rasuah melalui aktiviti penguatkuasaan trafik
automatik. Walaupun program ini menerima beberapa kritikan, NKRA Membanteras
Rasuah percaya bahawa isu peringkat awal ini hanyalah masalah kecil berbanding
dengan manfaat keseluruhan program.

4.0 Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Insititut Integriti


Malaysia

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009


Usaha penting yang signifikan adalah dengan penggubalan Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang telah diluluskan oleh Parlimen dan telah
berkuatkuasa pada 1 Januari 2009. Matlamat utama akta ini adalah untuk
menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan
swasta dengan menubuhkan satu badan pencegahan rasuah yang bebas, Akta ini
juga turut bertanggungjawab mendidik pihak berkuasa awam, pegawai awam dan

orang awam tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran awam,
swasta dan komuniti. Melalui pengenalan akta, keanggotaan SPRM seramai 5,000
orang akan ditambah dalam tempoh 5 tahun bagi mempercepatkan proses
penyiasatan dam memberikan perkhidmatan pencegahan rasuah yang lebih baik
kepada masyarakat.
Institut Integriti Malaysia (IIM)
Penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) juga selari dengan hasrat kerajaan
mengurangkan rasuah disamping ianya adalah untuk meningkatkan tahap integriti
sebagai suatu cara hidup rakyat Malaysia melalui prinsip-prinsip etika yang sesuai.
IIM juga menjadi jentera penggerak dan pelaksana Pelan Integriti Nasional (PIN)
yang dilancarkan pada tahun 2004 yang antara lain mensasarkan peningkatan
kecekapan

sistem

penyampaian

perkhidmatan

awam

melalui

dwi

objektif

pengukuhan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang terbaik disamping
peningkatan integriti pengurusan dan pentadbiran perkhidmatan awam.
5.0 KURSUS PENINGKATAN PROFESION
Langkah kerajaan seterusnya ialah menjalankan kursus peningkatan profesion
seperti LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan). LDP dijalankan kepada guru-guru yang
mengajar di sekolah yang mana guru perlu melaksanakan 7 kali LDP ini bagi
melengkapkan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Manakala bagi penjawat awam lain pula menurut Pelan Integriti MOA
kerajaan telah melaksanakan kursus peningkatan profesion yang bersesuaian
dengan bidang masing-masing. Antara programnya itu ialah Program Pembangunan
Pegawai Muda berintegriti. Hal ini demikian untuk meningkatkan kesedaran
tanggungjawab dengan tugas diamanahkan di samping pemantapan integriti dan

menjauhi perbuatan rasuah dan perbuatan-perbuatan lain. Justeru ianya mampu


meningkatkan integriti dan menjadi pegawai contoh kepada pegawai lain.

BIBLIOGRAFI
Annual report. (2012). GOVERNMENT TRANSFORMATION PROGRAMME.
Diperoleh

pada Mei

3,

2016 daripada

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/BM_GTP2012_AR_Full.pdf
Jabatan Perkhidmatan Awam. (2010). Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir
Bertugas. Putrajaya: Sektor Pembangunan Dasar Tatatertib Dan Keutuhan.
KERAJAAN MALAYSIA. (2011). Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Dalam
Perkhidmatan Awam. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun
2011.
PELAN INTEGRITI MOA 2014-2018. Kementerian Pertanian dan Asas Tani
Malaysia.
Robbins, S.P. (1991). Organizational behavior: concepts, controversies and
application. (4th edition). Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.
Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy, Asmak Ab. Rahman & Mohd Izani bin Mohd
Zain. (2009). Pengukuhan Nilai Dan Profesionalisme Di Kalangan Penjawat
Awam Ke Arah Efektif Governan Di Malaysia. Jurnal Syariah, 17, 559-592.
Shepard, J.M. (1990). Sociology. (4th. Edition). New York: West Publishing.

Anda mungkin juga menyukai