Anda di halaman 1dari 4

FAQ PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

(Sumber : https://www.moe.gov.my/en/soalan-lazim-menu/kurikulum/kurikulum)

1. Apakah PBD?
• Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan
sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

2. Bila PBD bermula?


• PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011.
Pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.

3. Apakah perbezaan PBD dan PBS?


• PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik
iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat
empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksrian Psikometrik (PPsi) dan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
• PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi
semua mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan
antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat
perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru
menambah baik pengajaran mereka.

4. Apakah mata pelajaran yang terlibat dengan PBD?


• Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.
• Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di
sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.
5. Mengapa PBD penting?
• PBD dapat membantu guru dalam:
i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran
iv. Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
v. Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

6. Bagaimana PBD dilaksanakan?


• PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
i. Pemerhatian
ii. Penulisan
iii. Lisan
• Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran,
berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.

7. Apakah pertimbangan profesional?


• Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan
pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data
perkembangan penguasaan murid dalam pembelajarannya.

8. Bagaimana PBD dilaporkan?


• Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan
dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada
peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.
9. Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah yang dilaksanakan?
• Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia
semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah
dan instrumen pentaksiran yang digunakan. Guru dalam panitia yang sama juga
melakukan moderasi (perbincangan) sesama mereka dalam melakukan pertimbangan
profesional terhadap murid.

10. Siapakah jawatankuasa pemantauan kualiti PBD?


• Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah, lazimnya dianggotai oleh:
i. Pengetua/Guru Besar
ii. Penolong Kanan Pentadbiran
iii. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
iv. Penolong Kanan Ko Kurikulum
v. Penolong Kanan Petang
vi. Penolong Kanan Pendidikan Khas
vii. Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
viii. Ketua Panitia
ix. Guru Cemerlang
x. Jurulatih Utama
xi. Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar/JK PBS

11. Berapa kerap PBD perlu dilaporkan?


• Sekurang-kurangnya 2 kali setahun

12. Apakah saluran yang disediakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan KSSM?
• Buku Panduan
• Laman sesawang http://bpk.moe.gov.my
• JPN
• PPD
13. Adakah BPK menyediakan rekod transit?
• Tidak. Perekodan boleh dilakukan dalam dokumen seperti rekod mengajar, buku
catatan guru, senarai semak, templat pelaporan Excel atau lain- lain tempat merekod
yang sesuai.

14. Adakah BPK menyediakan format pelaporan penguasaan murid dalam PBD?
• Untuk tujuan pelaporan, templat pelaporan PBD dalam fail Excel yang disediakan
dalam laman web BPK. Pelaporan dibuat dua kali setahun.

15. Adakah templat pelaporan PBD yang baharu ini untuk semua Tahun dan Tingkatan?
• Templat pelaporan PBD yang baharu akan disediakan mengikut Tahun/ Tingkatan
kurikulum KSSR (Semakan 2017) dan KSSM yang dilaksanakan. Ini bermakna pada
tahun 2018, templat pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan
1 dan Tingkatan 2. Manakala templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 3
KSSR (Semakan 2017) dan Tingkatan 3 KSSM akan dimula digunakan pada tahun
2019.
• Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan digunakan pada tahun
2020, Tahun 5 pada tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022. Semua templat
pelaporan yang baharu akan dimuat naik di laman web BPK lebih kurang enam bulan
sebelum tahun pelaksanaannya.

16. Mengapa tiada surat siaran atau pekeliling untuk melaksanakan PBD?
• PBD merupakan sebahagian dari kurikulum. Kurikulum terdiri daripada kandungan,
pedagogi dan pentaksiran. Pentaksiran ini dinyatakan dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran. Pelaksanaan kurikulum dan
pentaksiran berlaku secara serentak dan tidak memerlukan surat pekeliling yang
berasingan. Surat pekeliling bagi melaksanakan KSSR (Semakan 2017) ialah SPI Bil.
8/2016 manakala surat pekeliling bagi melaksanakan KSSM ialah SPI Bil. 9/2016.

17. Apa perbezaan Tahap Penguasaan Umum dengan Tahap Penguasaan Keseluruhan?
• Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh semua mata
pelajaran bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran
tersebut. Tahap Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap Penguasaan
dalam mata pelajaran tersebut pada penghujung sesi persekolahan iaitu pada akhir
tahun persekolahan.

Anda mungkin juga menyukai