Anda di halaman 1dari 13

1. Apakah PBD?

 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam


sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif;
sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

2. Bila PBD bermula?


 PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun
2011. Pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.

3. Apakah perbezaan PBD dan PBS?


 PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat
holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat
komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
& Kokurikulum (PAJSK), Pentaksrian Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD).

 PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi
semua mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara
seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan
kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik
pengajaran mereka.

4. Apakah mata pelajaran yang terlibat dengan PBD?


 Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.

 Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6
di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.

5. Mengapa PBD penting?


 PBD dapat membantu guru dalam:

i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh


ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran
iv. Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
v. Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
6. Bagaimana PBD dilaksanakan?
 PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:

i. Pemerhatian
ii. Penulisan
iii. Lisan

 Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran,


berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.

7. Apakah pertimbangan profesional?


 Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan
pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan
penguasaan murid dalam pembelajarannya.

8. Bagaimana PBD dilaporkan?


 Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan
dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat
sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.

9. Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah


yang dilaksanakan?
 Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam
panitia semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan
kaedah dan instrumen pentaksiran yang digunakan. Guru dalam panitia yang sama juga
melakukan moderasi (perbincangan) sesama mereka dalam melakukan pertimbangan
profesional terhadap murid.
10. Siapakah jawatankuasa pemantauan kualiti PBD?
 Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah, lazimnya dianggotai oleh:

i. Pengetua/Guru Besar
ii. Penolong Kanan Pentadbiran
iii. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
iv. Penolong Kanan Ko Kurikulum
v. Penolong Kanan Petang
vi. Penolong Kanan Pendidikan Khas
vii. Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
viii. Ketua Panitia
ix. Guru Cemerlang
x. Jurulatih Utama
xi. Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar/JK PBS

11. Berapa kerap PBD perlu dilaporkan?


 Sekurang-kurangnya 2 kali setahun

12. Apakah saluran yang disediakan bagi mendapatkan


maklumat berkaitan KSSM?
 Buku Panduan
 Laman sesawang http://bpk.moe.gov.my
 JPN
 PPD

13. Adakah BPK menyediakan rekod transit?


 Tidak. Perekodan boleh dilakukan dalam dokumen seperti rekod mengajar, buku
catatan guru, senarai semak, templat pelaporan Excel atau lain- lain tempat merekod yang
sesuai.

14. Adakah BPK menyediakan format pelaporan penguasaan


murid dalam PBD?
 Untuk tujuan pelaporan, templat pelaporan PBD dalam fail Excel yang disediakan
dalam laman web BPK. Pelaporan dibuat dua kali setahun.

15. Adakah templat pelaporan PBD yang baharu ini untuk


semua Tahun dan Tingkatan?
 Templat pelaporan PBD yang baharu akan disediakan mengikut Tahun/ Tingkatan
kurikulum KSSR (Semakan 2017) dan KSSM yang dilaksanakan. Ini bermakna pada
tahun 2018, templat pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan 1
dan Tingkatan 2. Manakala templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 3 KSSR
(Semakan 2017) dan Tingkatan 3 KSSM akan dimula digunakan pada tahun 2019.

 Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan digunakan pada tahun
2020, Tahun 5 pada tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022. Semua templat pelaporan
yang baharu akan dimuat naik di laman web BPK lebih kurang enam bulan sebelum tahun
pelaksanaannya.

16. Mengapa tiada surat siaran atau pekeliling untuk


melaksanakan PBD?
 PBD merupakan sebahagian dari kurikulum. Kurikulum terdiri daripada
kandungan, pedagogi dan pentaksiran. Pentaksiran ini dinyatakan dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran. Pelaksanaan
kurikulum dan pentaksiran berlaku secara serentak dan tidak memerlukan surat pekeliling
yang berasingan. Surat pekeliling bagi melaksanakan KSSR (Semakan 2017) ialah SPI
Bil. 8/2016 manakala surat pekeliling bagi melaksanakan KSSM ialah SPI Bil. 9/2016.

17. Apa perbezaan Tahap Penguasaan Umum dengan Tahap


Penguasaan Keseluruhan?
 Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh semua
mata pelajaran bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran
tersebut. Tahap Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap Penguasaan dalam
mata pelajaran tersebut pada penghujung sesi persekolahan iaitu pada akhir tahun
persekolahan.
Standard 4: Pembelajaran dan
Pemudahcaraan
STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN 
PENYATAAN STANDARD 
Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan
pengajaran (PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan
potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada
tahap optimum secara berterusan.
ASPEK DAN KRITERIA KRITIKAL

ASPEK KRITERIA KRITIKAL


Guru bertindak sebagai perancang untuk
memastikan kesediaan dan persediaan
ASPEK 4.1:
yang rapi dalam melaksanakan
Guru Sebagai Perancang
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc).
Guru bertindak sebagai pengawal
ASPEK 4.2:  pelaksanaan PdPc untuk memastikan
Guru Sebagai Pengawal kelancaran proses pembelajaran
mengikut perancangan.
Guru bertindak sebagai
pembimbing untuk membolehkan 
ASPEK 4.3
murid menguasai pengetahuan,
Guru Sebagai Pembimbing
kemahiran dan mengamalkan nilai
berdasarkan objektif pelajaran.
Guru bertindak sebagai
ASPEK 4.4 
pendorong untuk meningkatkan
Guru Sebagai Pendorong
motivasi murid dalam pembelajaran.
ASPEK 4.5: Guru berperanan sebagai penilai untuk
Guru Sebagai Penilai mengesan tahap penguasaan murid.
Murid bertindak sebagai pembelajar
ASPEK 4.6:
aktif untuk menguasai pengetahuan dan
Murid Sebagai Pembelajar
kemahiran serta mengamalkan nilai
Aktif
positif.
STANDARD KUALITI DAN
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
 

STANDARD KUALITI TINDAKAN UNTUK MENCAPAI


BIL
(STAK) STANDARD (TUMS)
Menyediakan RPH, menentukan kaedah
Guru merancang
pentaksiran, menyediakan sumber
pelaksanaan
pendidikan, menetapkan bilik/ruang
PdPc secara
4.1.1 sebagai tempat pembelajaran secara
profesional dan
spesifik, mengikut keupayaan murid,
sistematik.
peruntukan masa dan arahan yang
 
berkuat kuasa.
Mengelola isi pelajaran pelajaran dan
Guru mengawal
peruntukan masa serta memberi peluang
proses
kepada penyertaan aktif
4.2.1 pembelajaran secara
murid dengan menepati objektif
terancang.
pelajaran, mengikut keupayaan murid
 
dan secara berterusan dalam PdP.
Mengawasi komunikasi dan perlakuan
Guru mengawal
murid, menyusun atur kedudukan murid
suasana
dan mewujudkan persekitaran
pembelajaran secara
4.2.2 pembelajaran yang
profesional dan
menyeronokkan secara berhemah,
terancang.
mengikut kesesuaian dan keperluan,
 
secara menyeluruh dan berterusan.
Memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi
pelajaran dan kemahiran, memandu
murid membuat keputusan dan
Guru membimbing menyelesaikan masalah serta
murid secara menggunakan sumber pendidikan,
4.3.1
profesional dan dan menggabung isi pelajaran dengan
terancang. kemahiran/mata pelajaran lain mengikut
keperluan dan keupayaan
murid dengan betul, tepat, secara
berhemah dan bersungguh-sungguh.
 

 
 

STANDARD KUALITI TINDAKAN UNTUK MENCAPAI


BIL
(STAK) STANDARD (TUMS)

Merangsang  murid  berkomunikasi dan


berkolaboratif, mengemukakan soalan
yang menjurus ke arah pemikiran kritis
dan kreatif dan membuat keputusan
Guru mendorong 
atau menyelesaikan masalah,
minda murid
mewujudkan peluang untuk murid
4.4.1 melaksanakan aktiviti
memimpin dan mengemukakan soalan
pembelajaran secara
berkaitan isi pelajaran serta
terancang.
memperoleh pengetahuan dan
kemahiran secara kendiri berdasarkan
objektif pelajaran, mengikut keupayaan
murid dan secara berterusan.
Guru mendorong emosi Memberi pujian, galakan, penghargaan
murid melaksanakan dan keyakinan serta prihatin terhadap
4.4.2 aktiviti keperluan murid secara berhemah,
pembelajaran secara menyeluruh dan berterusan.
terancang.
Menggunakan pelbagai kaedah
pentaksiran, menjalankan aktiviti
Guru melaksanakan pemulihan dan pengayaan, membuat
penilaian secara refleksi serta  menyemak hasil kerja
4.5.1
sistematik dan murid berdasarkan objektif  pelajaran,
terancang. mengikut ketetapan pelaksanaan
pentaksiran yang berkuat kuasa, secara
menyeluruh dan berterusan.
Memberi respons, berkomunikasi dan
melaksanakan aktiviti secara
Murid melibatkan diri kolaboratif, berpemikiran kritis dan
dalam proses kreatif, mengemukakan soalan,
4.6.1 pembelajaran secara menyelesaikan masalah dan
berkesan. mengaitkan isi pelajaran dengan
  kehidupan berdasarkan objektif
pelajaran, secara aktif, yakin dan
berhemah.
 
PENDIDIKAN adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa
sistem pendidikan komprehensif dan mantap sejajar dengan perkembangan
zaman, sesuatu bangsa atau negara boleh dianggap sebagai gagal dalam
melaksanakan tanggungjawab kepada rakyatnya.

Oleh yang demikian, transformasi dalam pendidikan perlu dilaksanakan


supaya rakyat Malaysia mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.

Lantas, bagi memperkasakan sistem pendidikan, Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia (PPPM) dilancarkan pada 6 September 2013. Hasrat
PPPM adalah untuk meningkatkan status pendidikan negara di mata dunia
supaya selaras dan sejajar dengan perkembangan yang berlaku di negara
lain seterusnya dapat menjadi penanda aras di peringkat antarabangsa.
Dalam usaha untuk mentransformasikan pendidikan negara, tidak dapat
dinafikan peranan guru adalah paling utama. Guru umpama berlian yang
memantulkan kilauan bergemerlapan dan pada ketika sama dirinya begitu
bernilai.

Peranan guru mencabar

Hal demikian kerana guru adalah golongan yang berada di barisan hadapan.
Susulan itu, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar untuk
merealisasikan hasrat PPPM. Komitmen dan usaha mempertingkatkan kualiti
pendidikan adalah sebahagian tugas utama guru bagi menjamin kualiti murid
yang dihasilkan serta kesejahteraan rakyat Malaysia pada masa hadapan.

Bersandarkan kepada input inilah, maka guru memainkan peranan signifikan


untuk merealisasikan PPPM dalam tempoh pada tahun 2013 hingga tahun
2025. Jadi kali ini saya ingin berkongsi dengan pendidik bagaimana guru
harus memainkan peranan untuk merealisasikan PPPM dalam memikul
amanah dan tugasan mereka.

Guru Berperanan Melonjakkan Kualiti Pendidikan Negara Ke Tahap Global.


Bagi merealisasikan PPPM, guru memainkan peranan untuk melonjakkan
kualiti pendidikan negara ke tahap bertaraf dunia. Dalam konteks
merealisasikan hasrat PPPM ini, guru perlu memiliki satu wawasan yang
unggul untuk mentransformasikan pelbagai aspek pendidikan, berpemikiran
aras tinggi dan mampu berinovasi supaya mampu meningkatkan keberhasilan
sekolah dan kemenjadian murid.

Hal ini jelas sekali menunjukkan bahawa guru memikul amanah yang cukup
mencabar untuk menjadikan anak murid mampu bersaing di peringkat global.
Lantas, sekiranya anak didik ini mampu berdiri dan duduk sama rendah
dengan rakannya di negara lain di arena antarabangsa, maka guru terlebih
dulu perlu mencapai standard ke tahap global supaya ilmu yang dicurahkan
mengikut acuan dihasratkan dalam PPPM.

Oleh demikian, guru perlu melihat keberhasilan diri sendiri dalam konteks
global kerana anak murid yang dididik pada hari ini adalah kejayaan atau
kegagalan modal insan yang akan dibentuk dalam PPPM nanti. Guru perlu
memastikan diri mereka dilengkapi dengan kemahiran pedagogi bersifat
holistik, meneroka penggunaan model pembelajaran pelbagai mod yang
memanfaatkan teknologi supaya dapat mencungkil kemahiran berfikir aras
tinggi serta mengukuhkan pembelajaran murid.
Bagi mencapai tahap ini, guru perlu mencabar diri sendiri untuk memastikan
pemikiran kreatif dan inovatif, pemikiran kritis dan penaakulan serta
keupayaan belajar berjaya diasah oleh guru kepada anak murid sebagai
persediaan mereka untuk menghadapi arus globalisasi. Kementerian
Pendidikan akan sentiasa berusaha dan bertanggungjawab menyediakan
kepelbagaian akses kemahiran kepada guru untuk memastikan mereka
sentiasa bersiap siaga mengharungi gelombang transformasi pendidikan
negara. Guru seharusnya tepuk dada tanya minda sama ada perlu
mengharungi gelombang transformasi ini dengan fikiran positif atau
sebaliknya. Jelaslah peranan guru menjadi keutamaan untuk melonjakkan
sistem pendidikan negara supaya mampu bersaing di arena antarabangsa.

Guru perlu memiliki iltizam tinggi untuk menguasai Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT). Memetik kata-kata Pendeta Za'aba yang menegaskan
bahawa ilmu pengetahuan adalah asas terpenting yang menyelamatkan
manusia daripada belenggu kemunduran. Justeru, pendidikan dan
penghayatan ilmu perlu dimantapkan supaya kita kekal relevan dalam
persaingan menuju negara maju.

Guru juga harus berani meneroka pelbagai cabang ilmu untuk


mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran berkesan. Sehubungan itu,
Anjakan Transformasi Ketujuh iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran di sekolah harus disambut dengan minda positif oleh
guru. Dalam PPPM, satu penanda aras dikenali sebagai Standard Teknologi
Pendidikan Kebangsaan (NETS) memerlukan semua guru di bilik darjah
mencapai standard iaitu memudah dan mencetus inspirasi pembelajaran
serta kreativiti murid.

Selain itu, guru juga perlu mereka bentuk dan membangunkan pengalaman
pembelajaran serta pentaksiran era digital. Oleh yang demikian, guru perlu
mampu mempamerkan cara bekerja dan mengajar era digital. Dalam situasi
sama, guru juga perlu mempromosikan serta menjadi model masyarakat
digital yang bertanggungjawab. Selanjutnya, guru perlu membabitkan diri
dalam pembangunan dan kepemimpinan serta mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat.

Situasi ini menunjukkan komitmen Kementerian Pendidikan adalah tidak


berbelah bahagi dalam usaha mempersiapkan generasi muda dan guru ke
tahap global. Bagi memastikan guru menjadikan amalan terbaik dalam
pedagogi, Kementerian Pendidikan telah mewujudkan satu perpustakaan
video pengajaran guru melalui Video e-Guru bagi membantu guru yang
memerlukan inspirasi untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran
mereka.

Guru perlu jadi suri teladan

Kementerian Pendidikan telah menyediakan segala akses itu, maka guru


perlulah bersedia membuka minda untuk menjadikan kemahiran ICT sebagai
amalan terbaik dalam pedagogi. Manakah mungkin ilmu boleh disalurkan
kepada anak murid jika sekiranya guru dangkal dan cetek mengenai medium
ilmu itu yang perlu disebarluaskan. Justeru, guru harus membuat refleksi
mengenai tahap kompetensi masing-masing supaya seiring dengan dasar
langit terbuka dunia masa kini.
Lebih daripada itu, guru perlu menjadi suri teladan untuk penghayatan nilai
dan perpaduan dalam kalangan murid seperti mana yang ada dalam hasrat
PPPM ini. Hasrat itu telah diterjemahkan dalam Anjakan Transformasi Ketiga
iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Anjakan ini tentunya menjadi
keutamaan untuk membangunkan murid secara holistik. Generasi hari ini
bakal mewarisi dunia yang penuh dengan pelbagai cabaran hebat dari
kemusnahan alam sekitar, impak globalisasi hinggalah kepada konflik
pembangunan.

Kita semua menyedari bahawa penghayatan nilai rohani adalah salah satu
tonggak utama dalam pendidikan. Sementara masyarakat ghairah mengejar
kemajuan duniawi, pembentukan insan yang beriman dan bersahsiah mulia
seharusnya tidak disisihkan. Berdasarkan PPPM, setiap murid menghabiskan
lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah semasa mereka
berusia 7 tahun hingga 17 tahun.

Dalam tempoh ini, sekolah menjadi institusi penting untuk penghayatan nilai
dan pemupukan perpaduan. Guru bukan saja harus berperanan sebagai suri
teladan kepada murid dalam apa juga tindakan dan tingkah laku mereka,
malah turut bersama memikul hasrat Kementerian Pendidikan untuk
menghasilkan murid yang dibangunkan dengan identiti nasional yang kukuh
melalui pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum serta aspek
pembangunan sahsiah murid. Oleh yang demikian, guru perlu melihat
peranan ini bukan saja sebagai amanah untuk aset pembangunan negara,
malah juga turut disemai sebagai satu tanggungjawab kepada penciptaNya.

Persoalannya, apakah yang hendak dicapai daripada peranan guru untuk


anjakan transformasi ini? Sudah pastilah setiap murid yang meninggalkan
alam persekolahan adalah seorang warga global yang dipupuk oleh guru dan
institusi sekolah dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang
utuh. Selain itu, setiap murid yang menamatkan alam persekolahan bersedia
menjadi pemimpin bagi diri, keluarga, organisasi serta negara, seterusnya
bersaing di persada antarabangsa. Bagi menghasilkan acuan ini, guru
perlulah melihat betapa besarnya amanah yang harus dipikul oleh mereka
kerana generasi di hadapan kita hari ini, bakal melakarkan keberhasilan
negara dalam aspek landskap kepemimpinan negara dan sumbangannya di
arena antarabangsa.

Sayugia diingatkan bahawa PPPM adalah transformasi pendidikan negara


yang menjadi salah satu usaha untuk mencapai misi negara. PPPM akan
terus kaku dan terkunci sekiranya tidak berlaku anjakan paradigma pada
semua peringkat yang merangkumi pusat, negeri, daerah, sekolah, guru, ibu
bapa dan murid. Semua peringkat itu perlu memahami dengan teliti mengenai
hasrat Kementerian Pendidikan supaya tidak berlaku ketirisan maklumat dan
fungsi masing-masing.

Dengan usaha yang bersungguh-sungguh melalui transformasi bersepadu ke


atas setiap pihak berkepentingan, sudah pasti sistem pendidikan negara
mampu menangani cabaran yang sentiasa berubah pada abad ke-21.
Sesungguhnya, keghairahan untuk meningkatkan kualiti pendidikan
seharusnya menjadi slogan dan iltizam kepada warga guru kerana di bahu
mereka terletak anak-anak murid yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan
untuk bersaing di peringkat global. Mudah-mudahan hasrat murni sistem
pendidikan di Malaysia menjelang tahun 2025 dapat direalisasikan untuk
memastikan sistem pendidikan di negara kita menjadi antara yang gemilang
di dunia.

Penulis ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi


VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk


Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara
INTERVIEW

Anda mungkin juga menyukai