Anda di halaman 1dari 3

Teknik Bermain Rekoder

Untuk bermain rekoder dengan baik, teknik permainan rekoder yang betul perlu
diamalkan.

Teknik Asas Sebelum Meniup Rekoder: Postur.


Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang
rekoder.
Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. (Elakkan
daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan.)
Cara Memegang Rekoder
Cara memegang rekoder yang betul akan memberi keselesaan dan memudahkan
pergerakan jari semasa bermain rekoder.
a. Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian pangkal.
b. Tangan kanan memegang bahagian hujung badan rekoder.
c. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.
Penjarian

(a) Tangan Kiri

Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder.

Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.

Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.

Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

(b) Tangan Kanan


Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.

Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.

Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.

Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.

Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil.

Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan


flet.

SusunanJariPadaLubangRekoder

Penjarian Not B, A, G, C, D

Anda mungkin juga menyukai