Anda di halaman 1dari 10

TEKS JURUPANTUN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berbahagia . [nama dan jawatan ]


Yang Berusaha . [ nama dan jawatan ]
Yang Dihormati [nama dan jawatan ]
Yang dihormati dif-dif jemputan,
Yang dihormati para hakim, guru-guru pengiring, para pemantun dan hadirin yang
dikasihi lagi dimuliakan.

Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi kerana pada hari ini kita sama sama dapat bersapa
mesra dalam Pesta Pantun Peringkat . sambil berhubung mesra,
kita dapat menghayati keindahan warisan Melayu yang tak luput ditelan zaman biarpun
arus kemajuan dihirup segar sekarang ini.

Negeri nama diberi,


menyimpan sejarah sepanjang masa;
meraut seni menyulam tradisi,
tersimpul ikatan jalinan mesra.

Sebelum gelanggang pantun dibuka, saya mempersilakan pasukan pantun dari


....... dan pasukan dari mengambil
tempat masing-masing.

Saya mempersilakan barisan hakim yang dedikasi dan bijaksana mengambil tempat
mengikut prosedur masing-masing. Pihak majlis mempersilakan.

Eloklah saya memperkenalkan barisan pemantun pada hari ini. Di sebelah kanan saya
ialah pasukan pantun dari . dengan membariskan:

Pemantun pertama
Pemantun kedua
Pemantun ketiga
Pemantun simpanan

Manakala di sebelah kiri saya ialah pasukan pantun dari .


dengan membariskan:

Pemantun pertama
Pemantun kedua
Pemantun ketiga
Pemantun simpanan

87
Hakim-hakim yang dedikasi dalam melaksanakan tugas ialah:

Hakim 1 ( Isi ) K. Hakim


Hakim 2 ( Isi )
Hakim 3 ( Bahasa )
Hakim 4 ( Bahasa )
Hakim 5 ( Persembahan )

Di sebelah saya ialah penjaga masa yang sentiasa setia dengan penggunaan masa
yang telah ditetapkan iaitu

Landasan peraturan wajar dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para peserta.


Sehubungan itu, saya bacakan peraturan peraturan pertandingan pantun:

1. Pantun yang dibenarkan ialah pantun empat kerat dengan dua baris pembayang
dan dua baris maksud.

2. Masa yang dibenarkan untuk menjual dan membeli pantun ialah:


2.1 Masa menjual pantun 15 saat untuk pusingan pertama dan 90 saat untuk
pusingan ketiga.
2.2 Masa untuk membeli pantun 90 saat untuk pusingan pertama, kedua dan
ketiga.
2.3 Untuk pusingan ketiga, masa menjual dan membeli pantun ialah 90 saat.
2.4 Pantun hanya boleh dijual dan dibeli setelah loceng dibunyikan iaitu:

(A) JUAL PANTUN

Loceng dibunyikan sekali sebaik sahaja jurupantun meminta pemantun


menjualkan pantun dan loceng akan dibunyikan dua kali setelah tamat masa
menjual iaitu tamatnya 15 saat untuk pusingan pertama dan kedua. Sementara
pusingan ketiga masa menjual pantun adalah 90 saat.

(B) BELIAN PANTUN

Loceng dibunyikan sekali sebaik sahaja dan jurupantun meminta pemantun


membeli pantun. Loceng dibunyikan dua kali menandakan masa membeli pantun
telah tamatnya, iaitu 90 saat. Pantun yang dibeli / dijawab selepas loceng dua kali
dibunyikan diberikan 0 markah oleh semua hakim.

Pemantun yang gagal menjual pantun dalam tempoh masa yang dibenarkan
diberi 0 markah oleh semua hakim. Sebaliknya pembeli pantun tersebut tetap
dikehendaki membeli pantun berasaskan tema yang sepatutnya dijual oleh
pihak lawan.

Pembeli pantun tidak dibenarkan meminta mengulang pantun yang dijualkan


oleh penjual pantun kecuali atas permintaan jurupantun setelah mendapat arahan
daripada ketua hakim.

2
88
Setiap pemantun dikehendaki menjual 3 rangkap pantun berdasarkan tema yang
ditetapkan dan membeli 3 rangkap pantun yang dijual.

Pertandingan pantun dijalankan dalam tiga pusingan.

Jika berlaku seri, pasukan yang mendapat markah isi tertinggi dikira sebagai
pemenang. Sekiranya berlaku seri juga, maka markah bahasa akan diambil kira.

PEMBAHAGIAN MARKAH

Isi : 20 markah
Bahasa : 20 markah
Persembahan : 10 markah

PERTANDINGAN INI DIHAKIM OLEH LIMA HAKIM

Isi : 2 hakim
Bahasa : 2 hakim
Persembahan : 1 hakim

Pemantun tidak dibenarkan berbincang atau meniru dalam kumpulan masing-


masing. Sekiranya berlaku perbincangan atau meniru, markah akan dipotong
sebanyak 50 markah daripada jumlah markah keseluruhan pasukan.

Pada pusingan ketiga, semua pemantun hendaklah berpantun secara spontan /


bebas berdasarkan tema yang terkawal yang dipilih oleh pemantun sendiri.
Prosedurnya, selepas sahaja selesai pusingan pertama, para pemantun hendaklah
menyerahkan semua kertas / nota / buku / bahan kepada urus setia. Maksudnya,
tidak ada apa-apa bahan bersama-sama pemantun. Pemantun akan diberi kertas
kosong, mencabut undian tema, diberikan 90 saat untuk menjual dan membeli
pantun berdasarkan tema tersebut secara spontan.

Semua pemantun hendaklah berpantun secara spontan / bebas berdasarkan


tema pemantun sendiri. Pemantun mesti menyerahkan tema pantun kepada
jurupantun untuk diumumkan oleh jurupantun sebelum menjualkan pantun
masing-masing. Pembeli pantun tidak dibenarkan meminta mengulang tema
pantun yang disebutkan oleh jurupantun pantun kecuali atas budi bicara
jurupantun setelah mendapat arahan daripada ketua hakim. Pantun hendaklah
dicipta dan dijual dalam masa 90 saat. Pemantun juga tidak boleh mempunyai
sebarang bahan rujukan, iaitu tidak ada apa-apa bahan bersama-sama pemantun
kecuali kertas kosong dan alat tulis yang telah diberikan semasa pusingan kedua.

Pada pusingan ketiga juga, pemantun boleh menjualkan pantun dengan tema
yang sama dalam pusingan pertama dan kedua. Bagaimanapun, untuk memperoleh
markah yang baik, sewajarnya pemantun dapat menjualkan pantun yang berbeza
seperti aspek pembayang, soalan, pemilihan diksi dan lain-lain.

3
89
[ Pilih salah satu pantun di bawah untuk dibaca ]

Indah cuaca senja menjelang,


lebat rimbun pohon mengkudu;
Bismillah kata pembuka gelanggang,
silat pantun anak Melayu.

ATAU

Mekar budaya bangsa tersohor,


falsafah bangsa pengukir zaman;
Pesta pantun hidup subur,
agar terpelihara budaya berzaman.

FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN PERTAMA

1 A

2 B

3 C

KE PUSINGAN PERTAMA
(Pilih dan baca salah satu pantun di bawah)

1 Ke Tanjung Arus memburu rusa,


tiadakan sunyi bertemu jiran;
gelanggang pantun menggamit rasa,
pusingan pertama menguji fikiran.

ATAU

2 Di kala senja dingin terasa,


nyaman suasana indah terperi;
pusingan pertama debaran terasa,
(rujuk tema) tema diberi.

ATAU

3 Tampak pemuda setia menanti,


asuhan tok guru jadi panduan;
pusingan pertama debaran menanti,
hati terusik jelingan rakan.

4 90
ATAU

4 Hajat si miskin menumpang si kaya,


berbincang mesra tersemat di hati;
hajat hati biarlah berjaya,
pusingan pertama ujian menanti.

Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, tema pada pusingan pertama ini
ialah (bacakan tema-ulang tema dua kali)

Nota : Jurupantun, sila rujuk format pertandingan pusingan pertama.

Baiklah, dipersilakan pemantun pertama dari . menjualkan pantun kepada


pemantun pertama dari.

Arahan jurupantun:

1. Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 90 saat dari
sekarang.

ATAU

2 Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 90 saat dari sekarang.

ATAU

3 Pantun dijual penuh makna. Sila jawab dalam masa 90 saat dari sekarang.

Nota : 1 Setelah pantun dibeli / dijawab, jurupantun perlu merujuk kepada ketua
hakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. ( sama ada hakim
bersedia atau tidak)

2 Rujuk format pertandingan pusingan pertama agar arahan boleh diberi


dengan baik kepada pemantun.

91
5
FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KEDUA

1 A

2 B

3 C

PUSINGAN KEDUA

(Pilih dan baca salah satu rangkap pantun sahaja)

1 Lambaian Pak Tua tercuitnya hati,


Berpisah keluarga ke tengah lautan;
Pusingan pertama berlalu pergi,
Pusingan kedua semaraknya cabaran.

ATAU

2 Tampak pemuda jiwa semarak,


Kepada penggawa memohon restu;
Debaran berpesta kian memuncak,
Pusingan kedua

ATAU

3 Si dara jelita bersenda loka,


Bersimpuh manja terhibur hati;
Pusingan kedua gelanggang terbuka,
Minda diuji debaran menanti.

Baiklah, dipersilakan pemantun pertama dari . menjualkan pantun kepada


pemantun pertama dari.

Arahan jurupantun:

1. Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 90 saat dari
sekarang.

ATAU

91
6
2 Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 90 saat dari sekarang.

ATAU

3 Pantun dijual penuh makna. Sila jawab dalam masa 90 saat dari sekarang.

Nota : 1 Setelah pantun dibeli / dijawab, jurupantun perlu merujuk kepada ketua
hakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. ( sama ada hakim
bersedia atau tidak)

2 Rujuk format pertandingan pusingan pertama agar arahan boleh diberi


dengan baik kepada pemantun.

FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KETIGA

1 A

2 B

3 C

KE PUSINGAN KETIGA

(Pilih dan baca salah satu pantun di bawah)

1 Terasa mesra tersusun madah,


Dara jelita baru bersua;
Pusingan kedua berakhir sudah,
Cabaran menanti di pusingan ketiga.

ATAU

2 Awan nan biru tampaknya indah,


Di laman anggerik cantik berseri;
Ke pusingan ketiga hati tak gundah,
(bacakan tema) tema diberi.

7
ATAU

3 Rumpun serai padat berbaris,


Bunga mawar indah mencelah;
Budaya berpantun penyeri majlis,
Pusingan ketiga bertambah meriah.

ATAU

4 Di laman mawar tampaknya bersih,


Sayang sekali ditimpa hujan;
Pusingan ketiga tema dipilih,
(bacakan tema) menjadi sebutan.

ATAU

5 Pinggiran rimba tumbuhnya palas,


Tumbuh mencelah pohonan pala;
Di pusingan ketiga pantun berbalas,
Hati yang tenang penawar segala.

Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, di pusingan ketiga, tema-
tema pilihan dibuat melalui undian. Oleh itu setiap peserta diminta memilih tema pantun
berdasarkan _______ . Para peserta diberi masa selama 90 saat untuk mencipta
pantun secara spontan. Pemantun tidak dibenarkan meniru sebarang nota/merujuk
kepada mana-mana nota untuk mencipta pantun.

Nota : Jurupantun sila rujuk format pertandingan pusingan ketiga.

Contoh Arahan :

Peserta pertama daripada pasukan. sila ke meja jurupantun untuk mencabut


undi.

Setelah pemantun duduk.

Anda telah mendapat tema .. Sila cipta pantun dalam masa 90 saat dari
sekarang.

Setelah pantun dijual.

1 Anda telah mendengar pantun itu tadi. Sila jawab 90 saat dari sekarang.

ATAU

8
92
94
2 Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 90 saat dari sekarang.

ATAU

3 Pantun dijual penuh bermakna. Sila jawab dalam masa 90 saat dari sekarang.

ATAU

4 Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 90 saat dari sekarang.

Nota : 1 Setelah pantun dibeli/dijawab, jurupantun perlu merujuk kepada ketua hakim
pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. (sama ada hakim bersedia atau
tidak)

2 Rujuk format pertandingan pusingan pertama agar arahan boleh diberi


dengan baik kepada peserta.

Nota : Jurupantun sila rujuk format pertandingan pusingan ketiga.

Contohnya: Di pusingan ketiga ini, pemantun pertama dari akan


menjualkan pantun kepada pemantun ketiga dari .

Arahan jurupantun

1 Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 90 saat dari
sekarang.

ATAU

2 Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 90 saat dari
sekarang.

ATAU

3 Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 90 saat dari
sekarang.

Nota : 1 Setelah pantun dibeli/dijawab, jurupantun perlu merujuk kepada ketua


hakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. (sama ada hakim
bersedia atau tidak}

2 Rujuk format pertandingan pusingan pertama agar arahan boleh diberi


dengan baik kepada pemantun.

93
9
Hadirin-hadirat yang dirahmati,

Begitulah berakhirnya jual beli pantun antara pasukan .. dengan pasukan pantun
dari Semuanya tampak meriah dan bercambah kembali susila
berpantun dalam kalangan generasi alaf baru ini.

Kenari bersenda di dahan ara,


tiadakan sunyi bersama kawan;
budaya berpantun bersambut mesra,
biarlah abadi sepanjang zaman.

Sementara menanti keputusan daripada para hakim yang menjalankan tugas dengan
penuh dedikasi, saya memberi peluang kepada mana-mana pelajar atau penonton
untuk menjualkan pantun kepada para peserta yang ada di kiri dan di kanan saya ini.
Dipersilakan

Sampailah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita mengetahui pemenang dalam


pertandingan ini. Sebelum itu,

Tiada kata seindah madah,


dicipta lagu tersentuh rasa;
jika terdapat silap dan salah,
maaf dipinta setiap masa.

Nota : Sila baca keputusan dengan cermat sebelum mengumumkan pemenang.

Tahniah kepada pasukan yang berjaya, manakala kepada pasukan yang gagal, kecewa
bukan penawar segala. Berusahalah agar ruang kegagalan menjadi penawar berharga
untuk mencipta kejayaan yang membanggakan. Akhirnya,

Mekar mewangi bunga cempaka,


Daun semalu dikirai jangan;
Akar budi santun bahasa,
pantun Melayu kekal berzaman.

Ampun maaf andainya terkasar bahasa , terkhilaf bicara dan kurang berhemah ketika
mengendalikan pertandingan yang menjadi perhatian semua pihak.
Sekian, assalamualaikum..

96
95
10

Anda mungkin juga menyukai