Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru
RAHMAT DISEBALIK DUGAAN
2. Judul 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Kedamaian dan ketenangan hidup merupakan harapan setiap insan, bahkan jiwa manusia menginginkan
agar kesenangan itu abadi dalam kehidupannya. Tidak selamanya langit itu cerah, kadang-kadang mendung
mewarnai perjalanan hari kerana ia merupakan permintaan suatu ketentuan. Begitu juga dalam kehidupan
insan bahawa setiap penderitaan, dugaan dan kesengsaraan merupakan ketentuan ilahi yang harus
diterima dengan hati yang jenih. Tidak ramai yang tahan dalam menerima ujian Allah SWT., mungkin kerana
dorongan hawa nafsu yang cintakan kehidupan di dunia ini. Tidak ramai selama hidup manusia di dunia ini
yang mana sangat sedikit sekali bilangan manusia yang tahan diuji.Sesungguhnya sangat besar rahmat
yang tersimpan di sebalik dugaan bagi insan yang sabar. Tidak ada suatu nikmat yang dikurniakan Allah
SWT., kepada seseorang , lalu diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang
menimpa dirinya dengan sabar melainkan Allah akan mengganti yang lebih baik bagi dirinya,
kata Umar bin Abdul. Aziz.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini sangat bermanfaat bagi kita sebagai manusia dalam menghadapi dugaan. Banyak kaedah yang
diberikan semasa kita sedang menghadapi dugaan. Jiwa insan perlulah lebih kuat dan sentiasa
mengingatkan diri bahawa dalam dugaan pasti ada ganjaran yang diberikan. Jangan mudah berputus asa,
sentiasa positif dalam setiap ketentuan, terima qada dan qadar. Seseorang yang bermotivasi tinggi sentiasa
menghiasi peribadinya dengan sifat kesabaran .

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Sebagai seorang guru, saya mestilah berlaku adil kepada semua pelajar tanpa melihat pada keturunan,
warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin, kaya atau perbezaan agama dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan.

2. Untuk menjadi contoh yang terbaik kepada pelajar, saya seharusnya menunjukkan nilai-nilai murni seperti
bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan, berakhlak mulia, amanah dan sentiasa menasihati
pelajar supaya taat kepada Tuhan dan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan
segala larangan-Nya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(SITI ZUBAIDAH BINTI AHMADDON) ( )

Anda mungkin juga menyukai