Anda di halaman 1dari 6

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK AYER HITAM Kod Sekolah: KEE 4041

1. Nama Guru
SUZANA BINTI ABU YADZIT
2. Judul 3. Bidang: KESIHATAN
AKU VS KANSER
4. Tarikh Pembentangan TIADA 5. Masa:
TIADA
6. Tempat Pembentangan

7. SINOPSIS

Buku ini mengandungi 139 halaman muka surat. Penulis menceritakan kisah hidup apabila
disahkan menghidap kanser pangkal hidung tahap 3, dalam buku ini dia (penulis) menceritakan
dari awal dia mengetahui simptom penyakit ini dan seterusnya langkah-langkah yang diambil
untuk rawatan susulan, kekuatan, sokongan daripada keluarga serta sahabat handai.. mungkin
baginya peluang hidup tipis tapi dengan kesungguhan melawan penyakit dia (penulis) akhirnya
berjaya dan kembali sihat sepenuhnya. Kanser pangkal hidung yang dihidapi oleh penulis, sikit
pun tidak rasa sakit. Sekiranya tiada benjolan yang ketara di leher penulis dahulu, sudah pasti dia
sendiri tidak tahu bahawa menghidap kaser! Sebab itu ada yang kata kanser ni salah satu silent
killer. Tiba-tiba saja sudah stage 3-4 yang mana stage 3 & 4 bagi kanser adalah di klasifikasikan
sebagai kronik.

Jadi, apa yang sakitnya kalau kita tak sedar kehadiran kanser tu?

Sekali lagi, ini jawapan penulis sebagai survivor NPC. Waktu yang sakit adalah kesan daripada
rawatan radioterapi yang mana kalau ikut standard rawatan dia adalah sebanyak 33 kali.
Meskipun nampak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku sewaktu rawatan tetapi kesan daripada
amaun radiasi yang tinggi menyebabkan ulser yang teruk di dalam mulut serta kerongkong.
Waktu ni, memang tidak ada makanan yang berjaya lalu. Macam penulis, milk shake sahaja yang
dipaksa telan untuk sumber tenaga. Ada sesetengah pesakit yang langsung tak mampu untuk
menelan, doktor akan masukkan susu melalui tiub. Klimaks dia adalah antara sesi yang ke 20
sehingga 2 minggu setelah sesi yang terakhir. Sebab itu ramai yang kurus kering lepas habis
rawatan.Kebarangkalian kelenjar air liur untuk rosak juga adalah sangat tinggi dimana selepas
habis rawatan, pesakit akan menghadapi kekeringan di dalam mulut. Jadi hendak bercakap atau
makan haruslah kerap minum air masak bagi membantu membasahkannya.

Apa pun, NPC adalah sebaik-baik kanser. Sentiasa peka dengan diri serta sebarang perubahan
mendadak pada kesihatan anda. Rawat sebelum terlambat.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Sokongan dari segi fizikal, mental, rohani amatlah perlu dilakukan oleh orang-orang
terdekat kepada pesakit kanser agar mereka dapat berjuang melawan sel-sel kanser.
2. Seorang pesakit kanser janganlah mudah berputus asa apabila telah disahkan sebagai
pengidap kanser kerana kekuatan dalam diri amat penting untuk melawan penyakit dalam
diri sendiri.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Guru boleh memberi maklumat kepada pelajar mengenai penyakit berbahaya seperti
kanser melalui penulisan karangan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( SUZANA BINTI ABU YADZIT ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK AYER HITAM Kod Sekolah: KEE 4041

1. Nama Guru
SUZANA BINTI ABU YADZIT

2. Judul KETUK HATI (SENTAPNYA TUH 3. Bidang: KEAGAMAAN


DISINI!)
4. Tarikh Pembentangan TIADA 5. Masa:
TIADA
6. Tempat Pembentangan

7. Kehiidupan yang tidak akan berulang lagi apabila kematian menjemput setiap orang. Hidup yang
sekali ini perlu dihabiskan dengan penuh rasa kegembiraan pada setiap hari. Inilah antara intipati
yang cuba ditonjolkan oleh pengarang dalam buku setebal 184 muka surat.

Alangkah lucunya manusia. Tahu pula hidup hanya sekali, tetapi masih diisi dengan perkara yang
sia-sia. Berbaloikah hanya menghabiskan kehidupan dengan kegembiraan yang sia-sia di dunia
tetapi sengsara dialam abadi? Berbaloikah kaya didunia, tetapi papa kedana memohon
mengemis di akhirat nanti? Kawan, masih muda tidak bermakna akan hidup lama, masih muda
tidak bermakna kematian masih malu-malu mahu menjemput.
Karya ini adalah himpunan catatan penulis yang menyentuh segenap aspek kehidupan. Antara
kisah yang dimuatkan adalah berkenaan perlawanan bola sepak, dimana kita bukan sahaja boleh
menonton semata-mata, bahkan mengambil pengajaran daripada sisi berbeza. Penulis
menyentuh isu kehebatan pasukan yang bertanding sehingga menghasilkan keputusan seri, serta
isu masa tambahan. Kedua-duanya nampak mudah dimata kita, namun besar ibrahnya jika dilihat
dengan mata hati.
Justeru, semoga coretan-coretan dalam buku ini mampu mengetuk pintu hatimu untuk berjalan di
lorong yang Dia redhai di sepanjang hidupmu.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Kita perlulah seimbangkan keperluan rohani di dunia dan akhirat agar kematian kita
adalah kematian yang diredhoi.
2. Kita janganlah terlalu leka dengan keseronokan duniawi semata-mata hingga lupa
memenuhi diri dengan ilmu akhirat.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Guru perlu menekankan nilai-nilai kerohanian dan nilai-nilai murni setiap kali sesi
pembelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( SUZANA BINTI ABU YADZIT ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK AYER HITAM Kod Sekolah: KEE 4041

1. Nama Guru
SUZANA BINTI ABU YADZIT

140 TIPS PENDIDIKAN ANAK


2. Judul 3. Bidang: KEAGAMAAN
BERSIKAP POSITIF MENURUT
RASULULLAH S.A.W
4. Tarikh Pembentangan TIADA 5. Masa:
TIADA
6. Tempat Pembentangan

7. SINOPSIS
Nabi SAW memerhatikan anak-anak mereka dengan menyuruh memotong rambutnya sehingga
tidak menyerupai anak-anak bukan muslim. Dinyatakan dalam salah satu hadis Nabi SAW dan
Nafi dari Ibnu Umar, “Sesungguhnya Nabi SAW melihat anak kecil yang dipotong sebahagian
rambutnya dan ditinggalkan pada sebahagiannya. Maka Nabi melarang mereka akan perkara
tersebut,beliau bersabda:”Kamu potong keseluruhan rambut tersebut atau kamu biarkan
keseluruhannya.” Sesungguhnya Rasul kita tidak menyukai puteri-puterinya seorang muslim
menyerupai perbuatan anak-anak orang kafir. Janganlah cinta kita terhadap anak, mendorong
kita untuk meniru apa-apa yang telah mereka lakukan. Namun yang dikehendaki oleh nabi
terhadap puteri-puterinya adalah membuat tanda yang nampak dan menunjukkan perbezaan
serta karateristik tersendiri bagi anak-anak muslim, bukan mengikut dan meniru perilaku
oooorang-orang bukan muslim, seperti kebanyakan yang kita lihat pada manusia sekarang
ini,kecuali orang yang telah diampuni oleh allah.
Antara tips berguna dalam buku ini ialah Nabi SAW amat mempunyai rasa belas terhadap anak
kecil sekalipun dia adalah anak hasil zina. Baginda juga mengadakan sambutan untuk anak-anak
kecil dan mewasiatkan untuk melaksanakan aqiiqah. Baginda juga memberi nama pada anak-
anak dengan nama yang paling baik dan melarang ibu bapa memberi nama-nama yang buruk
dan tidak baik bagi anak-anak mereka.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengikut sunnah rasulullah agar dapat melahirkan
modal insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.
2. Anak-anak yang dididik dengan nilai-nilai agama islam akan mempunyai akhlak yang
baik.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Guru boleh menerapkan pendidikan mengikut sunnah Nabi SAW kepada para pelajar
ketika waktu pengajaran dan pembelajaran atau diluar waktu PdPC

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( SUZANA BINTI ABU YADZIT ) ( )

Anda mungkin juga menyukai