Anda di halaman 1dari 10

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Sultan Hisamuddin Alam Shah Kod Sekolah: WBA0002

Nur Nabilah Bt Muhammad Nasir


1. Nama Guru
Kejurulatihan Dan Sains Sukan
2. Judul 3. Bidang: Pendidikan

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:-


-
6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

Buku ini mengulas pelbagai kaedah dan persoalan dalam bidang sukan mahupun sains sukan.
Ianya merangkumi aspek teori, latihan fizikal dan mental serta pengaplikasiannya dalam
mempertingkatkan prestasi sukan.
Antara lain, pengkhususan kepada jurulatih sukan yang serius sewaktu merancang dan
melaksanakan latihan untuk meningkatkan prestasi atlet. Kandungannya juga dapat
meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang kejurulatihan. Manakala aspek lain pula
dikhususkan untuk guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat Sains Sukan dalam
bidang pedagogi dan perancangan yang berkesan dalam sukan.
Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatihan sukan yang membahagikan latihan
kepada empat bidan iaitu fizikal dan fisiologikal, teknkal, psikolgikal dan taktikal. Bidang fizikal dan
fisiologikal menyentuh aspek suaian anatomi dan fisilogi asas, teori kecergasan serta prinsip dan
kaedah latihan sukan. Semua aspek ini terdapat dalam buku ini.
Bidang teknkal meliputi aspek kemahiran sukan seperti kemahiran asas, kemahiran lanjutan,
kemahiran individu dan berpasukan. Bidang mental atau psikologikal menyentuh aspek seperti
motivasi, imej kendiri, penetapan matlamat, ketenangan dan komunikasi dalam sukan. Manakala
bidang taktikal pula meliputi aspek sistem pertandingan, kekuatan dan kelemahan lawan, serta
set-pieces.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan amat luas dan dalam skopnya. Oleh itu,
pembelajaran dan kajian secara sainstifik serta usaha-usaha yang lain perlu dilakukan untuk
membantu jurulatih sukan memperkayakan ilmu pengetahuan, memurnikan kaedah dan cara
serta pedekatan dalam membimbing atlet untuk mencapai kecemerlangan.
Buku ini jga memberi kefahaman tentang pengertian sukan dan menghuraikan konsep-konsep
latihan sebagai ilmu asas keperluan melatih. Beberapa huraian mengenai kejurulatihan dan siste
tubuh badan manusia turut membantu pembacanya mengenali aspek-aspek asas mengenai
falsafah serta pembinaan fizikal manusia.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk melatih
atlet awal remaja. Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat, mengembangkan
bakat dan menajamkan bakat pelajar di sekolah. Di samping itu, terdapat juga idea bagaimana
untuk mengekalkan minat atlet terhadap sukan yang mereka ceburi.
Asas yang penting ialah corak latihan yang baik untuk mengembangkan bakat seseorang atlet.
Setiap atlet perlu diasuh kemahiran asas kepada pemahiran spesifik. Atlet yang ramai perlu
diorganisasikan secara baik. Aspek yang sering dilupai ialah pemakanan atlet. Atlet perlukan
pemakanan yang baik dan lengkap. Ilmu ini penting untuk guru yang melatih pasukan sekolah
untuk memacu pasukannya menempa kejayaan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NUR NABILAH BT MUHAMMAD NASIR) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Sultan Hisamuddin Alam Shah Kod Sekolah: WBA0002

1. Nama Guru Nur Nabilah bt Muhammad Nasir

2. Judul Cikgu Bukan Ultraman. 3. Bidang: Motivasi

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis
Mendidik anak - anak abad ke 21 merupakan cabaran besar buat para guru hari ini. Cara dan
pendekatan yang digunakan mungkin sedikit sebanyak berbeza dengan pendekatan terdahulu.
Alvin Toffler, seorang pemikir dan futuris barat pernah menyatakan di dalam buku Rethinking
The Future, bahawa " Buta huruf di abad 21 bukan hanya dialami oleh orang - orang yang tidak
tahu membaca dan menulis sahaja, tetapi mereka yang tidak mahu belajar, berhenti belajar dan
mengulang kembali belajar ( learn, unlearn, relearn)."

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Menjadi seorang guru di zaman kini mungkin tidak sama seperti 20 tahun dahulu. Kini guru bukan
sahaja mengajar di dalam kelas tetapi dihujani dengan kerja-kerja pengkeranian lain yang boleh
dikatakan melebihi dari waktu mengajar. Malam bukanlah waktu berehat sahaja, tetapi
bertungkus lumus menyiapkan data-data, minit dan laporan aktiviti. Maka, guru era ini seharusnya
menyediakan diri dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan agar dapat menjalankan tugas mereka
dengan sebaiknya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Membaca kembali buku ini menimbulkan kesedaran kepada saya. Saya sangat mencadangkan
buku ini untuk dibaca oleh golongan pendidik. Apabila kita rasa lelah dengan karenah pelbagai
pihak. Bacalah buku ini.  Mungkin dapat memberikan inspirasi dan semangat yang baru kepada
anda.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NUR NABILAH BT MUHAMMAD NASIR) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Sultan Hisamuddin Alam Shah Kod Sekolah: WBA0002

1. Nama Guru Nur Nabilah bt Muhammad Nasir

2. Judul A Juz A Day: Summary Of Quran 3. Bidang: Motivasi

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

The Qur’an refers to a wealth of human experience, seeking to enrich our lives on earth before
our eventual return to our Maker, the Most High.

Although it is impossible to articulate a translation that establishes clearing the majestic nature of
the Qur’an in any language of the world, nevertheless, Muslims need to become more familiar
with the overall coherence of its message in their native language.

The aim of this work before you is to highlight key themes and messages of the Qur’an that will be
recited throughout our lives so those who are not able to understand the Arabic reading can feel a
connection with what they will hear and recite by reading this summation.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Though it is a summary for each Juz, gosh this is more than enough for me. The summary
emphasize on the important points which I find very helpful for me. It helps to not only understand
the Quran but gives me a deeper appreciation for what I’m reading. Definitely an amazing read.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

A good book, comprises of the main theme for each surah. Easy to understand but I suggest to
those who plan to read it to read it alongside the tafseer for the whole quran for better
understanding. The knowledge gain from Quran will help me to be a better teacher.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NUR NABILAH BT MUHAMMAD NASIR) ( )
Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Sultan Hisamuddin Alam Shah Kod Sekolah: WBA0002

1. Nama Guru Nur Nabilah bt Muhammad Nasir


Pengurusan Keselamatan
3. Bidang: Pengetahuan dan
2. Judul Kebakaran Di Pejabat-Pejabat
Professional
Kerajaan Dan Swasta
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada pentadbir, pegawai, kakitangan dan
anggota mana-mana organisasi, termasuk di sekolah. Isi kandungannya lebih mudah difahami
justeru persembahan yang lebih berbentuk senaraian, carta dan ilustrasi.
Pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan menerusi segi tiga sains
kebakaran, iaitu bahan api, haba dan oksigen. Pepatah “mencegah lebih baik daripada
mengubati” akan hanya berkesan jika disokong oleh pengetahuan tentang punca penyalaan,
tindak balas kimia dan reaksi berantai yang berlaku. Alat pemadam api yang disediakan pula
hendaklah bersesuaian dengan risiko kebakaran seperti persekitaran, kemalangan, atau
perbuatan khianat.
Pengetahuan tentang cara api marak dan merebak boleh membantu pengawalan
kebakaran, dan langkah bagi mengelakkan kecederaan atau kehilangan nyawa penghuni
bangunan. Segala tatacara pengungsian bangunan (sehelai sepinggang) hendaklah dipatuhi
supaya tiada sesiapa yang terperangkap. Asap tebal boleh membunuh dalam beberapa saat,
manakala api boleh marak dalam beberapa minit sahaja.
Buku ini juga menunjukkan kaedah pemadaman dengan memutuskan segi tiga kebakaran, iaitu 
dengan cara melaparkan, melemaskan dan menyejukkan bahan api. Bahagian akhir buku
menampilkan audit kebakaran, pengurusan keselamatan bangunan, dan peruntukan undang-
undang yang berkenaan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Asertif / tegas diri (menjaga hak diri sendiri, dan menjaga hak orang lain)
2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses membuat keputusan)
3. Akauntabiti (bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan)
4. Kepatuhan (mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadi)

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang masa


2. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika berada dalam bangunan
3. Memberi jalan kepada murid untuk memperoleh pengetahuan yang sah dalam sains kebakaran

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


........................................................ ........................................................
(NUR NABILAH BT MUHAMMAD NASIR) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Sultan Hisamuddin Alam Shah Kod Sekolah: WBA0002

1. Nama Guru Nur Nabilah bt Muhammad Nasir


3. Bidang: Pengetahuan
2. Judul Rahsia Minda Hebat
Professional
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Buku ini memberi panduan untuk pelajar, remaja, ibu bapa, guru dan setiap individuyang ingin
meningkatkan keupayaan diri. Buku ini juga mudah untuk difahami kerana isi kandungannya
dipermudahkan dalam nota ringkas,flashers,subtopik, quotation dan kisah.
Gambar rajah dan foto memberi gambaranyang lebih jelas tentang petua dan
konsep.Selain itu juga,mbuku ini banyak memaparkan rajah saintifik dan jadual
yangmemantapkan penerangan. Ayat al-Quran, hadis dan doa yang amat berguna untuk hafalan
dan rujukan. Bukan itu sahaja malah, di dalamnya terdapat juga fakta yang menarik lagi
mengejutkan yang perlu kita ketahui. Buku ini memberi bnanyakmaklumat kerana kandungan
terkini dan dimantapkan dengan fakta dan kajian yang lebih menarik untuk diamalkan dalam
kehidupan seharian kita.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1.Ikhlas
2.Prihatin
3.Bekerjasama
4.Mementingkan masa
5.Bertanggungjawab

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Melalui buku ini, kita dapat meningkatkan kemahiran interpersonal kita dalam mengendalikan
P&Pserta cara dan adab berinteraksi dalam majlis formal dan tidak formal

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NUR NABILAH BT MUHAMMAD NASIR) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Sultan Hisamuddin Alam Shah Kod Sekolah: WBA0002

1. Nama Guru Nur Nabilah bt Muhammad Nasir

2. Judul Perkembangan Kanak-Kanak 3. Bidang: Pendidikan


4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Meliputi proses perkembangan kanak-kanak dari sudut fitrah kejadian manusia menurut perspektif
agam dan biologi. Menceritakan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangannya, prinsip-
prinsip asas perkembangan dan peringkat-peringkat perkembangan serta teori-teori yang
berkaitan. Selain itu buku ini juga menceritakan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
serta ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Teori-teori psikologi yang dikemukakan dapat membolehkan guru atau individu yang berminat
mengetahui perkembangan kanak-kanak serta memahami ciri keindividuan kanak-kanak tersebut.
Kesedaran akan kepentingan pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak dalam dunia
pendidikan adalah amat releven bagi memahami, mengenali dan membentuk perilaku positif
kanak-kanak selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Kepentingan ilmu dalam prinsip asas perkembangan kanak-kanak dapat diaplikasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NUR NABILAH BT MUHAMMAD NASIR) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Sultan Hisamuddin Alam Shah Kod Sekolah: WBA0002

1. Nama Guru Nur Nabilah bt Muhammad Nasir


3. Bidang: Amalan dan Nilai
2. Judul Budaya Kerja Cemerlang
Profesionalisme
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi 5 bab. Bab 1 menerangkan tentang konsep dan keadaan kerja.Bab 2 pula
menerangkan tentang pembentukan peribadi positif di tempat kerja. Bab ini menyentuh tentang
rahsia ’A-B-C’ dalam kerja iaitu A untuk adab, B untuk bantu dan C untuk Ceria. Tidak kira sama
ada kita adalah pengurus, pentadbir mahupun pekerja sokongan, kita perlu ”beradab” sesama
sendiri. Kadangkala kita tidak perlu terlalu berhati-hati dalam mempamerkan sikap sopan santun
mahupun hormat-menghormati kerana ia lebih berkesan apabila dilaksanakan secara spontan.
Ketika melaksanakan tugasan harian, kita boleh mempraktikkan cara seperti berikut:
a) Nyatakan hasrat dan permintaan dengan memulakan ungkapan, ”Tolong”.
b) Maklum balaskan setiap jawapan walaupun berbentuk negatif dengan ucapan,”Terima kasih”.
c) Terima sebarang kegagalan atau kecuaian secara ikhlas dengan menyatakan, ”Saya minta
maaf”
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

a) Ikhlas
b) Prihatin
c) bertimbang rasa
d) bekerja sama
e) mementingkan masa
f) boleh dipercayai
g) bertanggungjawab
h) berdisiplin diri

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini mengemukakan pelbagai pendekatan untuk menjadi pekerja yang bermotivasidalam apa
sahaja bidang yang diceburi. Ini boleh diaplikasikan dalam suasana sekolah dandalam bidang
pendidikan serta boleh membawa faedah kepada guru, murid serta sekolahsebagai sebuah
organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NUR NABILAH BT MUHAMMAD NASIR) ( )

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Sultan Hisamuddin Alam Shah Kod Sekolah: WBA0002

1. Nama Guru Nur Nabilah bt Muhammad Nasir


3. Bidang: Pengetahuan
2. Judul Bagaimana Menyelesaikan Kerja
Profesional
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi 72 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus yang
berkesan seperti pandai memilih keutamaan berhubung dengan matlamat mereka berbanding
matlamat orang lain, belajar melindungi diri mereka daripada gangguan yang tidak dijangkakan,
mereka belajar melegasi tugas merancang,memberikan tumpuan kepada perkara-perkara penting
dan mengetepikan perkara remeh-temeh.
Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan bagaimana membuat laporan selepas
tindakan, buruknya sifat kelam-kabut, modifikasi perlakuan, rintangan, beg kerja, kategori
penggunaan masa, komunikasi, surat-menyurat, krisis, pengagihan kerja, system fail,
keseronokan bekerja dan lain-lain lagi.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna terutama
kepada pentadbir pendidikan

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah mengurus masalah pengajaran
dan pembelajaran para pelajar dan juga masalah pengurusan pendidikan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NUR NABILAH BT MUHAMMAD NASIR) ( )

Anda mungkin juga menyukai