Anda di halaman 1dari 1

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SEMENYIH Kod Sekolah: BBB 4033

1. Nama Guru
MOHD HAFIZ BIN MOHD ZAINUL
HEBATNYA RASULULLAH
2. Judul 3. Bidang: PENGAJARAN
MENDIDIK
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini ditulis oleh Razali Saaran dan telah diterbitkan oleh MustRead Sdn Bhd pada cetakan
kelima 2013.Buku ini mengandungi 207 mukasurat. Penulis membawa pembaca bahawa dunia
hari ini membayangkan bahawa kerjaya seorang guru semakin tidak dihormati dan dihargai.
Sebahagiannya berpunca dari para guru itu sendiri, tetapi bak kata pepatah “disebabkan nila
setitik rosak susu sebelanga”. Maka kerjaya seorang guru itu dipandang rendah oleh masyarakat.

Buku ini mengupas tentang peranan para guru dalam membimbing anak bangsa bukan hanya
sekadar mengajar bahkan juga menitikberatkan akhlak para guru ketika menagajar dan
membimbing pelajar agar keberkesanan dalam pengajarannya dapat dirasai oleh para guru
seterusnya juga diterima baik oleh murid. Buku ini memberi tumpuan kepada kaedah-kaedah
yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu serta nasihat kepada para
sahabat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Untuk menjadi guru yang dihormati jagalah hubungan dengan Allah dan manusia yang lain.
2. Pelbagai kaedah yang ditunjukkan Rasulullah SAW dalam bersoal jawab, bergurau senda,
memberi nasihat dan dalam meraikan muridnya.
3. Banyak rujukan daripada ayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW untuk menjadi guru yang
dirahmati dan dihormati.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Mengajar dan mendidik anak-anak murid dengan pkaedah dan teknik Rasulullah SAW.
2. Menjadi sumber inspirasi dan motivasi dalam menyampaikan ilmu dan melaksanakan PdPc
berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................ ........................................................
(MOHD HAFIZ BIN MOHD ZAINUL) ( )

Anda mungkin juga menyukai