Anda di halaman 1dari 4

Pada pendapat saya semua ibu bapa sedar akan hakikat kanak-kanak zaman ini memang lebih bijak

dan mahir menggunakan peralatan teknologi. Malah mereka juga pantas menguasai kemahiran
membaca dan menulis jika dibanding dengan anak-anak yang lahir 20-40 tahun sebelumnya.Kanakkanak yang dahulunya gemar bermain bola sepak, berkhemah, beriadah, ke kelas tarian dan
sebagainya. Namun kanak-kanak sekarang bertukar minat kepada menghantar pesanan teks dan
permainan komputer. Malah ada yang mempunyai akaun di laman rangkaian sosial semuda usia
enam tahun. Bayangkan betapa mudahnya anak-anak diberikan kemudahan teknologi maklumat (IT)
seperti komputer (PC), komputer riba, tablet, permainan video Sony Playstation, Xbox, Wii dan
sebagainya bagi mengisi masa terluang tanpa had dan kawalan daripada ibu bapa.
Persoalannya, adakah benar teknologi telah mencederakan, membahayakan dan merobek naluri
keprihatinan sebagai insan terhadap si kecil? Adakah pendedahan terlalu awal ini memberikan kesan
buruk?
Pengasas laman web Little Kittle, Hafiza Abdul Rahman mengakui, anak cilik zaman ini lebih
mengenali alam siber di usia lebih awal dan memiliki gajet IT sendiri berbanding berinteraksi dengan
dunia luar.
Anak-anak kecil itu hanya perlu menggunakan jari jemari untuk mengakses dunia tanpa sempadan di
Internet.
"Tiada halangan atau sempadan pada pandangan lahiriah si kecil ini kerana arus permodenan telah
mengaburkan dunia sebenar dan mewujudkan dunia digital.
"Pada pandangan mereka cuma ada satu, iaitu dunia hasil gabungan teknologi yang bersifat lebih
interaktif, mudah alih dan boleh menghubungkan jarak jauh dengan lebih singkat.
"Saya tidak setuju dengan pandangan skeptikal dan stereotaip berkenaan penggunaan teknologi
lebih membawa keburukan terhadap anak kecil.
"Ini kerana saya dan suami percaya teknologi memberikan peluang lebih besar jika ia dipantau dan
digunakan bersama. Iaitu tidak hanya meninggalkan anak-anak tersebut berdepan dengan gajet ini
tanpa didikan dan kasih sayang.
"Teknologi ini perlu digunakan dan dimanipulasi sebaiknya dalam setiap institusi kekeluargaan bagi
manfaat jangka panjang bersama.
"Ia tidak hanya terhad kepada melayari rangkaian sosial atau menghantar pesanan ringkas, bermain
permainan komputer," ujar Hafiza yang lebih dikenali dengan nama webnya Mamafiza.
Ujar Hafiza , bila ingin tahu tentang sesuatu, kanak-kanak terbabit boleh mengakses kepada
perpustakaan dengan hanya satu klik saja.
Anak-anak boleh meneroka perkara yang ingin dipelajarinya, membaca akhbar dalam talian, mencari
komuniti online dan berpengalaman berdepan dengan pertembungan budaya berbeza dari seluruh
pelosok dunia .
Semua itu jika diambil dengan cara positif dan berhemah dapat membantu anak-anak membentuk
keterampilan dan peribadi selain lebih berfikiran matang dan cemerlang.

"Dengan pantauan di rumah, anak-anak saya diasuh untuk tidak mempunyai perasaan takut dalam
bereksperimen dengan peranti komputer dan perisian baru.
"Malah mereka turut terlibat dalam proses mereka bentuk grafik, asas rakaman dan suntingan video
serta pengekodan laman web dan pembuatan perisian pintar pada usia yang lebih muda.
"Dengan cara ini anak-anak dapat memahirkan diri dalam melakukan pelbagai tugas dan lebih
yakin," katanya.
Bagi Hafiza, isu keselamatan dan hak peribadi perlu diajar kepada anak-anak sebelum didedahkan
dengan sebarang jaringan Internet.
Katanya, perkara yang paling asas perlu ada ialah disiplin keluarga.
Sebagai contoh, jika keluar bersama keluarga untuk bercuti atau waktu makan, tidak dibenarkan
sama ada anak-anak mahu pun ibu bapa menggunakan gajet.
"Bagi saya, ibu bapa adalah model mutlak. Sekiranya mereka sendiri makan malam sambil menonton
televisyen dan asyik membelek telefon bimbit, ini seolah memberikan isyarat pada si kecil bahawa
perbuatan itu 'boleh' dilakukan dan perlakuan itu diterima.
"Ibu bapa sendiri perlu mengimbangi dunia realiti dan dunia siber sebelum memberi tunjuk ajar buat
anak-anak kecil," katanya yang turut berkongsi panduan dalam laman webnya sendiri
Mamafiza.com.
Menurut Hafiza, ibu bapa boleh cuba mewujudkan projek makmal mini ICT yang menggunakan
teknologi untuk membantu anak cilik membentuk kebolehan berfikir ke tahap lebih tinggi.
Untuk membolehkan keupayaan berfikir secara terbuka, si kecil perlu mempunyai pengetahuan asas
yang kukuh dalam subjek asas seperti membaca, mengira, (asas matematik, bahasa, subjek asas
sains: biologi, fizik, kimia,) yakni yang membolehkan mereka berfikiran kritis serta berkemahiran
dalam menyelesaikan masalah.
"Dengan mewujudkan makmal IT mini di rumah, anak-anak tiada punyai alasan untuk ke kafe siber
kerana wujudnya kelengkapan di rumah yang boleh dipantau oleh ibu bapa sendiri.
"Senario ini dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di kafe siber yang telah
disalahgunakan oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab seperti menjadikannya pusat
judi haram dan juga aktiviti yang tidak sihat di kalangan remaja yang ponteng sekolah," katanya.

Kehadiran teknologi yang canggih dan memudahkan pelbagai urusan pada masa kini bukan sahaja
terkesan bagi golongan dewasa, malahan ia turut mempengaruhi cara pendidikan awal kanak kanak.

Ramai ibu bapa bersetuju teknologi boleh menjadi sumber pendidikan dan hiburan kepada anak
anak. Namun secara tidak sedar, seperti juga perkara lain, jika pendedahan kepada teknologi
samada internet, games, dan waimah aplikasi pendidikan sekalipun terhadap golongan kanak kanak,
berdasarkan kajian yang dijalankan oleh beberapa institusi perkembangan minda dan fizikal kanak
kanak, ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang buruk jika tidak dikawal selia dengan baik.
Merujuk kepada artikel yang ditulis sebelum ini: Aplikasi telefon pintar tablet tidak menjadikan anak
anda lebih pintar merupakan bukti bahawa kesan yang buruk boleh berlaku. Berikut merupakan 6
kesan sampingan teknologi berlebihan kepada kanak kanak (lanjutan dari artikel ditulis sebelum ini):
1. Menganggu waktu tidur
Mendapat tidur yang cukup begitu mencabar untuk anak-anak yang sering sibuk pada hari ini kerna
sering mempunyai kerja rumah dan aktiviti selepas sekolah dalam hari-hari biasa dan aktiviti
kurikulum dan sukan pada hujung minggu. Tambahan pula jika tempoh menonton TV yang purata
sehingga 3 hingga 4 jam sehari, menurut American Academy of Child and Adolescent Psychiatry
mereka mempunyai resepi untuk kekurangan tidur yang serius. Selain itu, rangsangan elektronik,
seperti daripada menonton TV atau menggunakan komputer, telah dibuktikan boleh mengganggu
waktu tidur (ketika hendak tidur, dan selepas waktu tidur).
2. Mengurangkan waktu bersama keluarga dan interaksi bersama.
Apabila kita menggunakan teknologi seperti komputer, permainan, dan TV, kita tidak berinteraksi
bersama-sama. Ia boleh menyukarkan untuk keluarga mencari masa yang berkualiti dan baik untuk
menghabiskan waktu bersama dan berinteraksi bersama sama. Ibu bapa mungkin mahu
mengelakkan seberapa banyak yang mungkin perkara tersebut dari terjadi. Walaupun ia boleh
menjadi seronok untuk menonton sebuah filem di waktu malam bersama keluarga atau bermain
permainan video bersama-sama, hakikatnya adalah bahawa ia mengurangkan waktu berinteraksi
bersemuka bersama sama yang boleh menjadikan anak anda lebih pasif / kurang bercakap.
3. Menggalakkan tahap tumpuan yang singkat.
Kajian telah menunjukkan bahawa masa yang di habiskan terlalu banyak di hadapan TV, Tablet,
Laptop dan sebagainya boleh menyebabkan masalah kurangnya perhatian.
4. Mengganggu prestasi di sekolah.
Berdasarkan kajian, Kanak-kanak yang menonton banyak TV lebih cenderung untuk mempunyai gred
lebih rendah dan kurang membaca buku-buku.
5. Kurang aktiviti fizikal.
Boleh menyebabkan risiko yang lebih tinggi kepada masalah obesiti pada kanak-kanak yang
menonton atau menggunakan teknologi secara berlebihan.
6. Mendedahkan anak-anak dengan banyak iklan dan kandungan yang tidak sesuai.
Banyak rancangan televisyen dan iklan menggambarkan seksualiti dan keganasan serta stereotaip
dan penggunaan dadah dan alkohol terutamanya di internet, serta kandungan yang tidak sesuai

untuk tumbesaran & perkembangan minda kanak kanak boleh terjejas dengan lambakan kandungan
yang tidak sesuai untuk mereka di khuatiri boleh menyebabkan berlakunya kegiatan tidak sihat.
Sedikit kesimpulan yang boleh di buat dari artikel ini adalah, ibu bapa tidak perlu membeli peralatan
seperti tablet atau laptop yang khusus untuk anak anak anda sebaliknya boleh berkongsi bersama
dengan paralatan yang sedia ada dan digunakan oleh anda untuk memudahkan limitasi dan
pemantauan kepada pendedahan teknologi di lakukan dari semasa ke semasa. Carilah aktiviti lain
selain dari memberi hiburan atau pendedahan kepada skrin sesentuh yang akan menjadikan anak
anda lebih sihat dan cergas yang boleh membantu tumbesarannya. :)

Anda mungkin juga menyukai