Anda di halaman 1dari 11

4/11/2018 27 Rejab Peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad ‫ | ﷺ‬Shafiqolbu

(h ps://shafiqolbu.files.wordpress.com/2014/05/27-rejab-peristiwa-israk-mikraj-
nabi-muhammad.jpg) .

Pada tarikh 27 Rejab setiap tahun, umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan
majlis sambutan Israk dan Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab,
setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬dari Mekkah ke Madinah. Apabila
bercerita tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang
kisah perjalanan Rasulullah ‫ ﷺ‬bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh
dibahagikan kepada dua fasa:

1. Israk yakni perjalanan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬menaiki binatang Buraq dari Masjidil
Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang
ketujuh. Perjalanan Nabi Muhammad‫ ﷺ‬ini telah diabadikan oleh Allah ‫ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ‬
‫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬di dalam Al-Quran:

https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/05/27/27-rejab-peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad-%ef%b7%ba/ 2/15
4/11/2018 27 Rejab Peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad ‫ | ﷺ‬Shafiqolbu

Firman Allah ‫ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬:

‫س ْﺑ َﺣﺎنَ اﻟﱠ ِذي أ َ ْﺳ َر ٰى ِﺑﻌَ ْﺑ ِد ِه ﻟَﯾ ًْﻼ ِ ّﻣنَ ْاﻟ َﻣ ْﺳ ِﺟ ِد ْاﻟ َﺣ َر ِام ِإﻟَﻰ ْاﻟ َﻣ ْﺳ ِﺟ ِد‬ُ
‫ﯾر‬ُ ‫ﺻ‬ ‫ﺎر ْﻛﻧَﺎ َﺣ ْوﻟَﮫُ ِﻟﻧُ ِرﯾَﮫُ ِﻣ ْن آﯾَﺎ ِﺗﻧ َۚﺎ ِإﻧﱠﮫُ ُھ َو اﻟ ﱠ‬
ِ َ‫ﺳ ِﻣﯾ ُﻊ ْاﻟﺑ‬ َ َ‫ﺻﻰ اﻟﱠ ِذي ﺑ‬ َ ‫ْاﻷ َ ْﻗ‬
١﴿

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam
dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati
sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha
Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah ‫ ﷺ‬hanya berlangsung pada satu


malam. Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan
bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu
malam dan dalam keadaan baginda ‫ ﷺ‬sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan
roh Nabi Muhammad‫ ﷺ‬bukannya roh sahaja.

Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah ‫ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ‬
‫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬menegaskan “asra bi ‘abdihi lailan” yang bermaksud memperjalankan hamba-
Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi
Muhammad ‫ ﷺ‬yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya
rohnya sahaja.

Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi “asra
bi rohi ‘abdihi lailan” yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu
malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan
bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi Muhammad‫ ﷺ‬dalam
keadaan tubuh dan rohnya serentak.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis
imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku
atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun
sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-
Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/05/27/27-rejab-peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad-%ef%b7%ba/ 3/15
4/11/2018 27 Rejab Peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad ‫ | ﷺ‬Shafiqolbu

Setelah Rasulullah ‫ ﷺ‬menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada


masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan
mendustakan Baginda ‫ﷺ‬. Fitnah terhadap Baginda ‫ ﷺ‬bertambah kuat malah ada
juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad
kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan Baginda ‫ﷺ‬, maka iman
mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar
apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah
diberitahu oleh Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬lalu beliau dengan tegas menyatakan :

“Benar! Aku mengakui bahawa engkau merupakan Rasulullah . Jika baginda ‫ﷺ‬ ‫ﷺ‬
mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap
beriman kepadanya.”

Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar
dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang
membawa maksud pembenar.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬berjumpa dengan pelbagai
keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang
peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali
sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik
peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.

A. Sebelum Israk dan Mikraj

Sebelum melalui kejadian Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad‫ ﷺ‬mengalami


pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda ‫ﷺ‬
dicuci dengan air zam-zam serta dibuang ketulan hitam (‘alaqah) iaitu tempat
syaitan membisikkan was²nya. Kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke
dalam dada Rasulullah ‫ﷺ‬. Setelah itu, dada Baginda ‫ ﷺ‬dijahit dan dimeterikan
dengan “khatimin nubuwwah”.

Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama “Buraq” untuk ditunggangi


oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/05/27/27-rejab-peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad-%ef%b7%ba/ 4/15
4/11/2018 27 Rejab Peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad ‫ | ﷺ‬Shafiqolbu

B. Semasa Israk

(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Nabi Muhammad ‫ﷺ‬diiringi (ditemani) oleh


malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat² tertentu (tempat² yang mulia dan
bersejarah), Rasulullah ‫ ﷺ‬telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat
sebanyak dua rakaat.

Di antara tempat² berkenaan adalah:

1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah ‫ ﷺ‬akan melakukan hijrah.


2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah
‫;ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬
3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan);

Peristiwa Ajaib

Dalam perjalanan itu juga Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬menghadapi gangguan jin ‘Afrit
dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa² simbolik yang amat ajaib.

Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi
https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/05/27/27-rejab-peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad-%ef%b7%ba/ 5/15
4/11/2018 27 Rejab Peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad ‫ | ﷺ‬Shafiqolbu

dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah ‫ ﷺ‬dibertahu oleh Jibrail :


“Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan
sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”
2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah ‫ ﷺ‬diberitahu oleh Jibrail : “Itulah bau
kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak²nya
(termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh
oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu ‫ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬
mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).”
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali
dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian
dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah ‫ﷺ‬: “Itulah orang² yang
berat kepala mereka untuk sujud (solat).”
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan
dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan.
Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah
orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang
busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: “Itulah lelaki
dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing²
mempunyai isteri / suami.”
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail:
“Itulah orang yang makan riba`.”
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya,
tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: “Itulah orang tak dapat
menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting
besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti
biasa. Kata Jibrail: “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu
yang dia sendiri tidak melakukannya.”
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Kata Jibrail: “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat
dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang bercakap besar
(Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.
Rasulullah ‫ ﷺ‬tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. “Jika
Rasulullah ‫ﷺ‬
memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan
mengutamakan dunia daripada akhirat.”
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah ‫ﷺ‬
berhenti. Rasulullah ‫ﷺ‬tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang
mensesiakan umurnya sampai ke tua.”

https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/05/27/27-rejab-peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad-%ef%b7%ba/ 6/15
4/11/2018 27 Rejab Peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad ‫ | ﷺ‬Shafiqolbu

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah ‫ ﷺ‬untuk bertanyakan


sesuatu. Kata Jibrail: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti
saat hari kiamat.”

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬turun dari Buraq. Kemudian


masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia`
dan mursalin menjadi makmum.

Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bekas yang berisi arak
dan susu. Rasulullah ‫ ﷺ‬memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: “Baginda ‫ﷺ‬
membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi
sesat.”

C. Semasa Mikraj

(Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ‫)ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬:

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi Muhammad h ‫ ﷺ‬dan
Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu
Hafzhah).

1. Di Tangga Pertama:

Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan
Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang² yang makan riba` dan harta anak
yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan
buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Di Tangga Kedua:

https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/05/27/27-rejab-peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad-%ef%b7%ba/ 7/15
4/11/2018 27 Rejab Peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad ‫ | ﷺ‬Shafiqolbu

Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan
bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

3. Di Tangga Ketiga:

Naik langit ketiga. Rasulullah ‫ ﷺ‬bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

4. Di Tangga Keempat:

Naik tangga langit keempat. Rasulullah ‫ ﷺ‬bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5. Di Tangga Kelima:

Naik tangga langit kelima. Rasulullah ‫ ﷺ‬bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang
dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Di Tangga Keenam:

Naik tangga langit keenam. Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬bertemu dengan Nabi². Seterusnya
dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah ‫ ﷺ‬mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu
dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk
syurga tanpa hisab.

7. Di Tangga Ketujuh:

Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi
Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh
beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah ‫ﷺ‬.

Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Dikau akan berjumapa dengan Allah pada ‫ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬
malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu:

“LAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.”

https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/05/27/27-rejab-peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad-%ef%b7%ba/ 8/15
4/11/2018 27 Rejab Peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad ‫ | ﷺ‬Shafiqolbu

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada
umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah
lima kalimah, iaitu:

“SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU


AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL-
‘ALIYYIL-‘AZHIM.”

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok
dalam syurga.”

Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah ‫ ﷺ‬dan Jibrail masuk ke
dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul² di atas Baitullah di
Mekah).

8. Di Tangga Kelapan:

Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-


Muntaha. Rasulullah ‫ ﷺ‬menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air
yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun²,
batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata² yang
indah. Unggas² emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.
Baginda ‫ ﷺ‬dapat menyaksikan juga sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.
Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik
penunggunya.

9. Di Tangga Kesembilan:

Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ‫ﷺ‬masuk di


dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang
lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering
basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu
bapanya.

10. Di Tangga Kesepuluh:

Rasulullah ‫ ﷺ‬sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat


menyaksikan Allah ‫ ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian
berlakulah dialog antara Allah ‫ ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬dan Muhammad, Rasul-Nya:

https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/05/27/27-rejab-peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad-%ef%b7%ba/ 9/15
4/11/2018 27 Rejab Peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad ‫ | ﷺ‬Shafiqolbu

Allah ‫ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬: “Ya Muhammad!”

Nabi Muhammad ‫ﷺ‬: “Labbaika.”

Allah ‫ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬: “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.”

Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬: “Wahai Tuhanku! Dikau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan
Dikau berikan dia kerajaan yang besar. Dikau berkata-kata dengan Musa. Dikau berikan
Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Dikau kurniakan kerajaan kepada
Sulaiman yang tidak Dikau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman
menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Dikau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan
izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati.
Dikau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.”

Allah ‫ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬: “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai
berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku
jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada
hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (Surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada
sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat² di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu
perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah,
sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji² Liwa-ul-hamd, maka
Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan
umatmu lima puluh (waktu) solat.”

D. Selesai Munajat

Selepas selesai munajat, Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S.
kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah ‫ ﷺ‬merayu
kepada Allah ‫ ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat
itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya
Allah ‫ ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan
mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/05/27/27-rejab-peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad-%ef%b7%ba/ 10/15
4/11/2018 27 Rejab Peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad ‫ | ﷺ‬Shafiqolbu

E. Selepas Mikraj

Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-


Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang
sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang
kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu
(Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira
18 bulan sebelum hijrah).

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Penutup

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang
diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita
menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang
baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang
memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya
memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah ‫ ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬dan takut
kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar
kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-
bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam
(apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang² kafir di zaman Nabi
‫ ﷺ‬langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬
sebaik Baginda bercerita kepada mereka.

https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/05/27/27-rejab-peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad-%ef%b7%ba/ 11/15
4/11/2018 27 Rejab Peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad ‫ | ﷺ‬Shafiqolbu

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan
kudrat atau kekuasaan Allah ‫ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬. Allah ‫ ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬telah menunjukkan bukti²
kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda ‫ﷺ‬.

Firman Allah ‫ﺳﺒﺤﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰ‬:

‫س ْﺑ َﺣﺎنَ اﻟﱠ ِذي أ َ ْﺳ َر ٰى ﺑِﻌَ ْﺑ ِد ِه ﻟَﯾ ًْﻼ ِ ّﻣنَ ْاﻟ َﻣ ْﺳ ِﺟ ِد ْاﻟ َﺣ َر ِام ِإﻟَﻰ ْاﻟ َﻣ ْﺳ ِﺟ ِد‬
ُ
١﴿ ‫ﯾر‬ ُ ‫ﺻ‬ ‫ﺎر ْﻛﻧَﺎ َﺣ ْوﻟَﮫُ ِﻟﻧُ ِرﯾَﮫُ ِﻣ ْن آﯾَﺎ ِﺗﻧ َۚﺎ ِإﻧﱠﮫُ ُھ َو اﻟ ﱠ‬
ِ َ‫ﺳ ِﻣﯾ ُﻊ ْاﻟﺑ‬ َ َ‫ﺻﻰ اﻟﱠ ِذي ﺑ‬ َ ‫ْاﻷ َ ْﻗ‬

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari
Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar
Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’:
Ayat 1).

‫وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Artikel Berkaitan:

1. Kelebihan Bulan Rejab (Klik Di Sini)


(h ps://shafiqolbu.wordpress.com/2011/06/04/kelebihan-bulan-rejab/)
2. Zikir Dan Istighfar Rejab (Klik Di Sini)
(h ps://shafiqolbu.wordpress.com/2011/06/17/zikir-rejab/)
3. Amalan Sepanjang Bulan Rejab (Klik Di Sini)
(h ps://shafiqolbu.wordpress.com/2011/06/05/amalan-sepanjang-bulan-rejab/)

.
https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/05/27/27-rejab-peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad-%ef%b7%ba/ 12/15

Anda mungkin juga menyukai