Anda di halaman 1dari 6

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

KISAH perjalanan Baginda Rasulullah dari Kota Mekah ke Masjid Al-Aqsa merupakan
perjalanan yang tidak masuk akal bagi mereka yang menggunakan akal semata-mata.
Ini kerana jarak perjalanan itu hampir 1,250 kilometer.

Disebabkan itu, ramai dalam kalangan orang yang beriman pada mulanya menjadi kufur
disebabkan tidak percaya tentang apa yang dikhabarkan oleh Baginda Rasulullah lebih-lebih lagi
Baginda mengkhabarkan bahawa perjalanan tersebut hanya mengambil masa tidak sampai
semalaman.

Baginda bukan sahaja diperjalankan dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di
Palestin) bahkan Baginda Rasulullah telah diangkat sehingga ke Sidratul Muntaha yang mana
melepasi langit ke-7.

Sebelum terjadinya peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah menghadapi banyak ujian yang sangat berat
terutamanya tentangan hebat dalam usaha dakwah.

Antaranya Baginda diusir dan ditolak oleh penduduk di kota Thaif. Rasulullah juga kehilangan
dua insan yang sangat disayangi dan sangat penting dalam hidupnya iaitu isteri kesayangan
Baginda Siti Khadijah serta bapa saudara yang banyak membantu Baginda iaitu Abu Thalib.

Oleh itu Israk Mikraj merupakan hadiah dan sebagai imbalan daripada apa yang telah Rasulullah
hadapi terutamanya pada tahun sama yang juga dikenali sebagai tahun kesedihan.

Baginda Rasulullah menerima perintah Allah S.W.T. untuk mengerjakan solat lima waktu sehari
semalam.

Perintah itu diturunkan secara langsung oleh Allah kepada Baginda tanpa adanya perantaraan
Malaikat Jibril seperti sebelum daripada ini.

Israk dan Mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Rasulullah SAW yang wajib
diimani oleh umat Islam berdasarkan bukti-bukti daripada al-Quran dan as-Sunnah.

Firman Allah SWT:

١ ‫ُسْبَح ٰـ َن ٱَّلِذ ٓى َأْسَر ٰى ِبَعْبِدِهۦ َلْي اًۭل ِّمَن ٱْل َمْس ِج ِد ٱْل َح َر اِم ِإَلى ٱْل َمْس ِج ِد ٱَأْلْق َص ا ٱَّلِذ ى َبٰـ َر ْك َنا َح ْو َلُهۥ ِلُنِر َيُهۥ ِمْن َءاَيٰـ ِتَنٓاۚ ِإَّنُهۥ ُهَو ٱلَّسِميُع ٱْل َبِص يُر‬

Peristiwa besar ini amat luar biasa yang dialami oleh Nabi SAW dan dianggap sebagai satu anugerah
daripada Allah SWT. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya. Dua keajaiban itu adalah
‘Israk’ dan ‘Mikraj’ yang berlaku hanya dalam satu malam.

Israk – Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa.


Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine.

Mikraj – Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah

Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha
dan ke Mustawa.

Kronologi Peristiwa

 Israk

Nabi Muhammad SAW dibawa oleh Malaikat Jibril AS dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan
menunggang Buraq. Sebelum baginda memulakan perjalanannya, hati baginda dibersihkan oleh
Malaikat Jibril AS dengan air suci Zam Zam. Sepanjang perjalanan apabila sampai tempat-tempat
yang tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya
berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.

Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

 Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.


 Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
 Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa AS dilahirkan).

Semasa dalam perjalanan, baginda telah melalui pelbagai peristiwa antaranya ialah baginda melihat
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah)
yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai.

Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad
“Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan
yang lebih banyak. Diringkaskan kisah ini Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada
Buraq.

Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia
dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang
berisi arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya.

Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda
akan menjadi sesat.

 Mikraj

Peristiwa Mikraj pula bermula daripada Masjid Al-Aqsa kemudian baginda diangkat ke langit dengan
menaiki tangga daripada syurga. Rasulullah SAW bersama Malaikat Jibril AS naik ke atas tangga
pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). Baginda menaiki daripada langit
pertama hingga ke sepuluh dan disetiap langit baginda bertemu dengan para-para nabi dan melalui
pelbagai peristiwa antaranya Baginda dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70
ribu orang yang masuk syurga tanpa hisab. Di langit Kesepuluh (tanpa ditemani malaikat Jibril)
Rasulullah SAW dapat menyaksikan Allah SWT dengan matanya sendiri, lalu baginda sujud.

Dari pertemuan itu, baginda menerima wahyu dan perintah dari Allah SWT iaitu penerimaan ibadah
solat. (Yang mana ketika itu, baginda diperintahkan solat sebanyak 50 waktu.) Kemudian
dikurangkan menjadi 10 waktu. Akhirnya, dikurangkan sebanyak 5 waktu. 5 waktu yang kini kita
lakukan setiap hari iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

 Selepas Mikraj

Setelah itu, baginda pulang ke Masjidil Haram. Kemudian, baginda menyampaikan wahyu dan
perintah Allah solat 5 waktu itu kepada umat di Mekah.

Ketika itu ada yang percaya dan ada yang tidak percaya sehingga ada yang murtad dari Islam.
Tetapi, sahabat baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila dikhabarkan kepadanya tentang
peristiwa ini, beliau sedikit pun tidak ragu bahkan membenarkan malah lebih membenarkan
sekiranya ada yang lebih hebat lagi dari peristiwa Isra’ dan Mikraj ini. Sejak itu beliau diberi gelaran
‘As-Siddiq’ yang memberi maksud ‘Yang Membenarkan’.

KEAJAIBAN SEPANJANG PERJALANAN ISRAK &


MIKRAJ
Antara perkara yang dilihat Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa berkenaan seperti berikut:

1. Balasan Bagi Mereka Yang Suka Mengumpat.

Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam aku dimikrajkan, aku
melalui satu kaum yang mempunyai kuku daripada tembaga. Mereka mencakar muka dan dada mereka. Aku
lalu berkata: “Siapa mereka ini, wahai Jibril?” Jibril menjawab: “Mereka ialah orang yang memakan
daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah mereka.” (HR Ahmad & Abu Daud)

2. Bahana Bagi Pendakwah Yang Melupakan Diri.

Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tatkala saya diisrakkan, saya melihat beberapa
orang yang lidahnya dipotong dengan gunting dari api. Saya bertanya, ‘Wahai Jibril, siapakah mereka itu?’
Dia menjawab: ‘Mereka adalah para khatib umatmu, mereka memerintahkan kepada orang-orang untuk
berbuat kebaikan, namun mereka melupakan diri mereka sendiri padahal mereka membaca kitab. tidakkah
mereka menggunakan akalnya?” (HR Ahmad)

3. Haruman Keluarga Masyitah.

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda: “Nabi Muhammad SAW tercium satu bau
yang amat harum. Apabila baginda SAW bertanya pada Jibril AS, Jibril menjawab: “Itulah bauan Masyitah
(tukang sikat anak perempuan Firaun) dan anak-anaknya. Satu hari, ketika dia (yakin Masyitah) sedang
menyikat rambut anak perempuan Firaun, tiba-tiba sikat terjatuh dari tangannya. Ketika mengambil sikat itu
ia berkata, ‘Bismillah (Dengan nama ALLAH).’ Lalu anak perempuan Firaun bertanya: ‘Adakah kamu
menyebut nama bapaku?’ Masyitah menjawab, ‘Tidak, tetapi aku menyebutkan nama Tuhanku dan Tuhan
bapamu, iaitu ALLAH’. Lantas anak perempuan Firaun memberitahu kepada ayahnya (Firaun), lalu
Masyitah dibunuh bersama anak-anaknya.” (HR Ahmad)

4. Telapak Kaki Bilal Didengari Di Syurga.

Daripada Abu Hurairah RA, telah berkata Nabi Muhammad SAW kepada Bilal ketika solat Fajar: “Wahai
Bilal! Khabarkan kepadaku amalan yang paling utama telah kamu lakukan sejak memeluk Islam. Ini kerana,
aku mendengar gerakan kaki di sisiku di dalam syurga.” Bilal menjawab: “Tidak ada amalan utama yang
aku amalkan kecuali aku akan berwuduk pada waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan
wuduk tersebut di samping solat-solat yang diwajibkan ke atasku.” (HR Bukhari)
5. Melihat Dajal Dalam Rupa Asalnya.

Diriwayatkan daripada Nawwas bin Sam’an al Kilabi dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bukan
dajal yang aku khuatirkan akan memudaratkan kalian. Kerana jika dajal muncul, sedangkan aku masih
berada di antara kalian, maka akulah yang akan menghadapinya, bukan kalian. Jika dia muncul, sedangkan
saya tidak lagi berada di antara kalian, maka setiap orang Muslim wajib membela dirinya, dan ALLAHLAH
yang menjaga setiap orang Muslim sepeninggalanku. Sesungguhnya dajal adalah seorang yang berusia
muda, berambut kerinting, dengan bola mata yang menonjol. Dan sesungguhnya pasukan berkudanya
memenuhi kawasan antara negeri Syam dan Iraq, lalu menyebar ke segala penjuru. Hai hamba-hamba
ALLAH, berpendirian teguhlah kalian.” (HR Muslim)

6. Diperlihatkan Nabi-nabi Dan Umat Masing-masing.

Ibn Anas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Nabi Muhammad SAW melintasi nabi-nabi
AS dan melihat umat masing-masing. Ada nabi yang umatnya satu kaum, ada nabi yang umatnya beberapa
orang sahaja dan ada nabi yang tidak berumat walau seorang pun. Kemudian baginda SAW melihat lautan
manusia yang besar. Apabila baginda bertanya: “Siapa mereka? Dijawab kepada baginda SAW: “Itulah
Musa bersama umatnya.” Kemudian dikata kepada Nabi Muhammad SAW: “Angkatlah pandanganmu dan
lihatlah di ufuk sana dan ufuk sana.” Apabila Rasulullah SAW melihatnya, dikatakan kepada baginda:
“Itulah umatmu. Di antara mereka akan ada 70,000 orang yang bakal memasuki syurga tanpa hisab.” (HR
Tirmidzi)

7. Khasiat Berbekam.

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA, daripada Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda: “Sebaik-baik hari
untuk kalian (berbekam) adalah hari ketujuh belas, kesembilan belas dan kedua puluh satu, baginda
bersabda: “Tidaklah aku melewati sekumpulan malaikat pada malam aku diisrakkan kecuali mereka berkata;
‘Engkau harus berbekam wahai Muhammad’.” (HR Ahmad)

HIKMAH PERISTIWA ISRAK MIKRAJ


 Israk Mikraj Adalah Perjalanan Yang Nyata

Peristiwa Israk Mikraj ini merupakan perjalanan dan pengalaman Rasulullah SAW yang benar-benar terjadi
dan, bukan hanya perjalanan rohani atau mimpi Baginda semata-mata.

Dalam peristiwa ini, Rasulullah SAW mendapatkan perintah secara langsung tanpa perantara dalam suruhan
mengerjakan solat lima waktu. Ini adalah bukti bahawa Israk Mikraj berbeza dengan penurunan wahyu-wahyu
Allah yang lainnya.

Rasulullah juga mengalami perjalanan itu dalam keadaan sedar dan dengan sepenuh hati Baginda. Selepas
peristiwa itu, Baginda segera menceritakan kepada para sahabat dan pengikut Baginda dengan ingatan yang
sangat jelas.

 Tanda Kekuasaan Allah SWT

Peristiwa Israk Mikraj merupakan salah satu bukti dan tanda kekuasaan Allah SWT Allah juga ingin
menunjukkan betapa besarnya kekuasaan-Nya dengan menjadikan sebuah peristiwa yang boleh dianggap
ganjil bahkan hal yang lebih hebat daripada itu.

Dengan kehendak Allah, boleh dilakukan apa-apa saja mengikut kehendak-Nya. Allah SWT dengan jelas telah
menyatakan bahawa Israk Mikraj adalah bertujuan untuk memperlihatkan kekuasaan-Nya.

 Bentuk Kemuliaan Allah SWT Kepada Rasulullah SAW


Sebelum terjadinya peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah SAW menghadapi banyak ujian yang sangat berat,
terutamanya tentangan hebat dalam usaha dakwah Baginda. Antaranya Baginda diusir dan ditolak oleh
penduduk di kota Thaif.

Rasulullah SAW juga kehilangan dua orang yang penting, iaitu isteri kesayangan Baginda, Siti Khadijah dan
bapa saudara yang banyak membantu iaitu Abu Thalib.

Oleh itu, Israk Mikraj merupakan hadiah dan sebuah pengganti dari apa yang telah Rasulullah SAW hadapi
terutamanya pada tahun yang sama.

 Bukti Kerasulan Nabi Muhammad SAW

Israk Mikraj juga memperlihatkan sebahagian bukti akan kebesaran Allah selain bertujuan memantapkan dan
mengukuhkan kerasulan Rasulullah SAW.

Selain itu Israk Mikraj juga diciptakan untuk memuliakan Rasulullah SAW sebagai seseorang yang dipilih
oleh Allah SWT.

Peristiwa ini juga bertujuan mempersiapkan kekuatan jasad, jasmani, rohaniah, dan aqliah Rasulullah SAW
dalam menjalankan tugas-tugas kenabian Baginda.

 Bukti Ajaran Rasulullah SAW Bersifat Menyeluruh

Peristiwa Israk atau perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Madinah),
menunjukkan bahawa ajaran yang dibawa Rasulullah SAW bukan hanya untuk masyarakat Mekah sahaja
tetapi agama kepada seluruh umat manusia yang ada di muka bumi.

 Perintah Didirikan Solat Lima Waktu

Peristiwa Mikraj atau perjalanan Rasulullah SAW ke Sidratul Muntaha adalah tempat berlakunya peristiwa
Rasulullah menerima perintah Allah SWT untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.

Perintah ini adalah secara langsung diberikan oleh Allah kepada Baginda tanpa perantara.

Walaupun pada awalnya Allah SWT memerintahkan didirikan sebanyak 50 waktu, namun Rasulullah SAW
memohon agar dikurangkan sehinggalah perintah solat menjadi lima waktu sehari semalam seperti hari ini.

Perintah solat lima waktu ini sangat dipegang erat oleh Rasulullah SAW dan Baginda sangat menitikberatkan
kepada umat Baginda supaya tidak meninggalkan solat lima waktu kerana ianya adalah tiang agama Islam dan
kunci diterima segala amalan di dunia.

 Pembersihan Hati untuk Menghadap Allah SWT

Diriwayatkan, sebelum peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah SAW telah ‘dibedah’ oleh malaikat bagi
membersihkan jiwa Baginda dari dari sifat-sifat buruk seperti was-was.

Ini memberi gambaran kepada umat Islam bahawa sebelum menghadap Allah SWT dalam menjalankan
ibadah, seharusnya membersihkan dulu jiwa dan hati dari segala sifat buruk.

Selain itu, segala amalan ibadat hendaklah disertai dengan niat yang betul dan ikhlas. Allah berfirman bahawa
Islam itu bersih, maka bersihkanlah jiwa raga kerana sesungguhnya tidak akan masuk syurga kecuali orang-
orang yang bersih.

Sungguh banyak hikmah yang dapat diambil oleh umat Islam sebagai iktibar daripada peristiwa ini.
Jadi sebagai umat Islam umumnya, dan pengikut Nabi Muhammad SAW khususnya haruslah kita jadikan
peristiwa ini sebagai pangajaran utama dalam mengejar ibadah terutamanya dalam mendirikan solat lima
waktu.

Wallahua’lam.

Anda mungkin juga menyukai