Anda di halaman 1dari 1

Doa Majlis Persaraan Guru dan Jamuan Akhir Tahun

‫ِبْس ِم اِهلل ْالَّرمْح ِن ْالَّر ِح ْيم‬.


‫ِه ِع‬ ‫ِلِه‬ ‫ٍد‬ ‫ِد‬ ‫ِم‬ ‫ِل ِه‬
‫ َو الَّص َالةُ َو الَّسَالُم َعَلى َس ِّي َنا َحُمَّم َو َعَلى آ َو َأْص َح اِب َأَمْج َنْي‬، ‫َاَحْلْم ُد َّل َر ِّب اْلَعاَل نْي‬.
Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar
Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan
dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran,
ketabahan dan kekuatan kepada:

EN. AHMAD SAUKI BIN HARUN


TN HJ AHMAD FAUZI BIN MUSTAFA
yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatan sebagai seorang guru. Moga bagi mereka selepas
bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan,
kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.
Allahumma Ya Munzilar Rahmah wa Ya Fatihal Barakah
Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada mereka dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas
segala jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru.
Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak
pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan
pentadbir yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan
anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat meeka menjadi pendorong
untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.
Allahumma Ya `Aalim wa Ya Qadhial Hajat

‫يا سميع بصير‬


Golongkanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur.
Jauhkanlah kami daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang
berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang
halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan
juga di akhirat.
Ya Zal Jalali Wal Ikram
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan
jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

‫ َو َال ْجَتَعِل الَّلُه َّم ِفْيَنا َو َال َمَعَنا َو َال َمْن َيْتَبُعَنا َش ِق ًّيا‬،‫ َو َتَفُّر َقَـَنا ِم ْن َبْع ِدِه َتَفُّر قًا َم ْع ُصْو ًم ا‬،‫َالَّلُه َّم اْجَعْل ْمَجَعَنا َه َذ ا ْمَجًعا َمْر ُحْو ًم ا‬
.‫َو َال َم ْطُر ْو ًدا َو َال ْحَمُر ْو ًم ا‬
.ِ‫َر َّبَنا َءاِتَنا يِف الُّد ْنَيا َح َس َنةً َو يِف اَألِخ َر ِة َح َس َنةً َو ِقَنا َعَذ اَب الَّنار‬
. ‫ َو اَحْلْم ُد ِلَّلِه َر ِّب الَعاَلِم َنْي‬، ‫َو َص َّلى اُهلل َعَلى َس ِّيِدَنا َحُمَّم ٍد َو َعَلى َءاِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai