Anda di halaman 1dari 2

‫ الَّص َالةُ الَّسَال َلى ِّيِدَنا َّم ٍد‬، ‫ِب ِم اِهلل ْالَّرمْح ِن ْالَّر ِح م َا ُد ِلَّلِه ِّب اْل اَلِم‬

‫َو ُم َع َس َحُم‬ ‫َر َع نْي َو‬ ‫َحْلْم‬ ‫ْي‬ ‫ْس‬


. ‫َعَلى آِلِه َأْص اِبِه َأَمْجِعَنْي‬
‫َو َح‬ ‫َو‬
Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar
Pada saat dan detik yang penuh barakah ini, kami menghulurkan tangan
pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan
kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan
kepada
Cikgu Haji Idris Bin Abd Majid
Cikgu Sarpani Bin Ahmad
Cikgu Eng Yu Moi
yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru.
Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan
bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman
dan ketenangan.
Ya allah kami memohon juga kerahmatan mu dan keberkatan mu agar kau
berikan kekuatan ketabahan kepada:
Cikgu Musa Bin Kassim
Cikgu Nur Sazila Bin Mattusar
yang akan meneruskan perjuangan sebagai pendidik yang cemerlang gemilang
dan terbilang seterusnya Berjaya dunia dan akhirat di tempat yang baru
dengan azam dan tekad yang baru untuk kemenjadian pelajar dan anak bangsa
di tanah air yang kita cintai ini.
Justeru kami berhimpun di sini pada hari ini, bagi menyatakan penghargaan
dan pengiktirafan kami, sebagai mengenang jasa bakti yang telah mereka
sumbangkan, untuk Dunia Pendidikan khususnya di SMK DSE.

Allahumma Ya Munzilar Rahmah wa Ya Fatihal Barakah


Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan
keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan
sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan
BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah
mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik,
pemimpin yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran,
demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan,
dan semangat mereka menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan
sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat


Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan
bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu.
Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang
sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan
generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di
dunia dan juga di akhirat.
Ya Zal Jalali Wal Ikram
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang
diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

‫ َو َال ْجَتَعِل‬،‫ َو َتَفُّر َقَـَنا ِم ْن َبْع ِدِه َتَفُّر قًا َم ْع ُصْو ًم ا‬،‫َالَّلُه َّم اْجَعْل ْمَجَعَنا َه َذ ا ْمَجًعا َم ْر ُحْو ًم ا‬
‫َر َّبَنا اِتَنا يِف‬.‫الَّلُه َّم ِفْيَنا َو َال َمَعَنا َو َال َمْن َيْتَبُعَنا َش ِق ًّيا َو َال َم ْط ْو ًدا َو َال ْحَم ْو ًم ا‬
‫َء‬ ‫ُر‬ ‫ُر‬
.ِ‫الُّد ْنَيا َح َس َنةً َو يِف اَألِخ َر ِة َح َس َنةً َو ِقَنا َعَذ اَب الَّنار‬
. ‫ َو اَحْلْم ُد ِلَّلِه َر ِّب الَعاَلِم َنْي‬، ‫َو َص َّلى اُهلل َعَلى َس ِّيِد َنا َحُمَّم ٍد َو َعَلى َءاِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai