Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERSARAAN PUAN HAJJAH JUNAIDAH BT MOHD SAMBAS

ْ ْ َّ ْ
.‫من ا َّلر ِح ْيم‬
ِ ‫هللا الرح‬
ْ
ِ ‫بس ِم‬
َْ َ ْ َ َ ْ ََ َ َ َ َ َّ َ َ َّ َ ْ ‫ ْ َ مَل‬9 َ َّ ُ ْ َ ْ َ
.‫ِي ِدنا ُم َح َّم ٍد َو َعلى ِآل ِه وأصح ِاب ِه أجم ِعين‬98ِّ ‫السال ُم َعلى َس‬‫ والصالة و‬،‫ِب العا ِ ين‬8ِّ ‫الحمد ِلل ِه ر‬
Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu,
agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada PUAN
HAJJAH JUNAIDAH BT MOHD SAMBAS yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru.
Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan
kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan
pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan
BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul
tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan
kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau
menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah,
daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang
sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta
kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini
sebagai perpisahan yang diBerkati.
َ َ َ ْ َّ ُ َّ َ ْ َ َ َ ً ْ ُ ْ َ ً ُّ َ َ ْ َ ْ َ َ َ ُّ َ َ َ ً ْ ُ ْ َ ً ْ َ َ َ َ َ ْ َ ْ َ ْ َّ ُ َّ َ
‫ وال تجع ِل اللهم ِفينا وال‬،‫ وتفرقـنا ِمن بع ِد ِه تفرقا معصوما‬،‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
َ ْ َ َ ْ َ
.‫َم َع َنا َوال َم ْن َيت َب ُع َنا ش ِق ًّيا َوال َمط ُر ْو ًدا َوال َم ْح ُر ْو ًما‬
َّ ‫اب‬ َ ‫األخ َرة َح َس َنة ًَوق َنا َع َذ‬ َ َ َ َ َ َ ْ ُّ َ َ َ َّ َ
ِ.‫النار‬ ِ ِ ِ ‫ربنا ءا ِتنا ِفي الدنيا حسنة و ِفي‬
‫ َ مَل‬C َ َّ ُ ْ َ ْ َ َ َّ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ َّ َ ُ َ C َ َ َ ُ َّ َ َ
.‫العا ِ ْي َن‬ ‫ والحمد ِلل ِه ر ِّـِب‬،‫صلى هللا على س ِّـِي ِدنا محم ٍد وعلى ء ِال ِه وصح ِب ِه وسلم‬ ‫و‬

Anda mungkin juga menyukai