Anda di halaman 1dari 2

PENGURUSAN DAN AMALAN KEBERSIHAN BILIK DARJAH

CARA-CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK


MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF

1. Menyapu bilik darjah pada setiap hari pada awal pagi sebelum sesi pembelajaran.
2. Menyusun meja dan kerusi dalam keadaan teratur.
3. Mengelap cermin tingkap sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
4. Memastikan tong sampah kecil ada di dalam kelas dan membuang sampah sarap di
dalam tong sampah besar di luar kelas atau tempat pembakaran 5 minit sebelum kelas
berakhir.
5. Membersihkan sawang labah-labah di setiap penjuru kelas.
6. Menampal jadual waktu, jadual bertugas dan carta organisasi di papan kenyataan kelas.
Jika tiada papan kenyataan, gunakan ruangan dinding yang ada.
7. Pastikan semua murid mematuhi jadual bertugas yang ditetapkan
8. Semua murid dilarang membuang sampah di dalam meja, di bawah meja dan di sekitar
tempat duduk mereka. Buang sampah di tempat yang sepatutnya.
9. Memastikan tiada meja, kerusi yang lebih berada di luar kelas. Angkat dan susun di
tempat yang ditetapkan.
10. Gunakan kreativiti guru kelas dan murid untuk menceriakan bilik darjah masing-masing.
11. Jika terdapat cermin tingkap pecah, kerosakan pada lantai kelas atau papan putih, murid
boleh melaporkan kepada guru kelas untuk diambil tindakan lebih lanjut oleh pihak
sekolah.
KEPRIHATINAN DAN KERJASAMA ANDA
DIUCAPKAN TERIMA KASIH
PESANAN MESRA INI DIBAWAKAN OLEH UNIT 3K MMPM.

‫النظافة من اإليمان‬
'Bersama Membentuk Minda,
Sikap Cintakan Kebersihan'
‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬
MAKLUMAN SEMASA BUAT GURU-GURU TINGKATAN:

1) Guru-guru diingatkan agar memastikan paparan kelas telah


dilengkapkan dengan carta organisasi, jadual murid bertugas dan
jadual waktu pembelajaran.
2) Plastik sampah perlu dibeli sendiri dan pengurusan kebersihan yang
lain boleh rujuk dalam infografik sebelum ini.
3) Infografik Pengurusan dan Amalan Kebersihan Bilik Darjah perlu
ditampal pada papan kenyataan kelas atau dinding kelas. Infografik ini
disediakan oleh unit 3K dan akan diedarkan kepada semua guru kelas
pada minggu ini.
4) Tuan pengetua membenarkan semua guru menggunakan kemudahan
laminate di pejabat sekolah bagi tujuan keceriaan kelas.
5) Unit 3K akan melakukan pemantauan berkala untuk memeriksa
tahap kebersihan asas semua kelas.
6) Selepas cuti hari raya, pemantauan kebersihan kelas akan lebih giat
lagi dan mana-mana kelas yang didapati paling tidak kondusif dan
tidak bersih akan dikenakan denda.
Sekian, makluman awal.
Semoga usaha murni tuan puan dapat menyemai budaya cintakan
kebersihan dalam kalangan anak murid kita.

ّ
‫إن هللا جميل يحب الجمال‬
SLOGAN : 'BERSIH ITU INDAH'
Ingatan mesra bersama
‫برسيه ايت اينده‬ ini dibawakan oleh :
Unit 3K MMPM 2022

Anda mungkin juga menyukai