Anda di halaman 1dari 2

BILANGAN JURNAL : 5/12

MINGGU PRAKTIKUM : Kelima

TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN : 31 Julai – 4 Ogos 2017

TAJUK JURNAL : kebersihan kelas

1.Masalah / Peristiwa

Saya telah berada di SKBL selama 5 minggu dan masalah yang telah dikenalpasti sepanjang
keberadaan saya di sekolah ini ialah kebersihan kelas. Tahap kebersihan kelas adalah tidak
memuaskan. Hal ini demikian kerana, murid sesi pagi perlu berkongsi kelas dengan murid-murid sesi
petang iaitu murid tahap 1. Apabila murid tahap 1 menggunakan kelas, maka banyak sampah yang
dibuang di dalam kelas menyebabkan persekitaran kelas menjadi kotor. Apabila murid tahun 1 datang ke
sekolah iaitu pada sesi pagi, terdapat banyak sampah dan ini akan menyebabkan kelas menjadi tidak
ceria dan bersepah. Apabila keadaan kelas dipenuhi dengan sampah, saya terpaksa menyuruh murid-
murid untuk mengutip sampah sebelum memulakan sesi pdpc dan ini telah menyebabkan masa
mengajaran saya sedikit terganggu.

2.Analisis

Setelah membuat beberapa penganalisian, saya mendapati bahawa kekangan ini mungkin berlaku
kerana:

i. Perkongsian kelas antara sesi pagi dan sesi petang.


ii. Murid membuang sampah merata-rata

3. Cadangan Tindakan Susulan

Antara cadangan tindakan susulan yang dapat saya ambil dan laksanakan ialah:

i. Menerapkan nilai kebersihan di dalam diri murid.


ii. Meminta murid memastikan kelas bersih sebelum sesi pdpc bermula.
iii. Sentiasa peka dengan kecerian kelas.
DISEMAK OLEH GURU PEMBIMBING: DISEMAK OLEH PENSYARAH PENYELIA:

TANDATANGAN : …………………………………. TANDATANGAN : …………………………………


NAMA : …………………………………. NAMA : …………………………………
TARIKH : …………………………………. TARIKH : …………………………………
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba untuk mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Peranan guru dalam
menyediakan suasana pembelajaran yang selesa amatlah diperlukan agar dapat memastikan murid
dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan sesi pdpc dapat berjalan seperti yang dirancang.
Suasana pembelajaran yang kondusif amatlah diperlukan agar objektif pembelajaran yang ditetapkan
dapat dicapai dengan jayanya. Hal ini demikian kerana, jika bilik darjah berada dalam suasana yang
kondusif murid akan lebih bersemangat untuk belajar dan ini secara tidak langsung dapat menarik minat
murid untuk datang ke sekolah.

Anda mungkin juga menyukai