Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : 2/12

Minggu Praktikum : Kedua

Tarikh Peristiwa/Kejadian : 16 – 21 Julai 2017

Tajuk Jurnal : Minggu Kedua Di SK Batu Lintang

Pada minggu ke-2 berada di SK Batu Lintang saya sedikit sebanyak telah dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana pembelajaran di sini. Mengikut jadual
waktu yang telah disediakan kepada saya, saya perlu mengajar pendidikan islam tahun 5
dan bahasa arab tahun 2. Jadi saya telah membuat persediaan awal sebelum masuk
mengajar pada hari dan waktu yang telah ditetapkan.

Pada hari Isnin saya telah mengajar ayat kefahaman surah Al-Zalzalah. Jadi, saya telah
menyediakan bahan bantu mengajar bagi membantu saya menjayakan pengajaran saya
seperti yang dirancang. Kelas pertama yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan
80% murid dapat memahami pengajaran saya. Akan tetapi, terdapat beberapa kelemahan
yang perlu diperbaiki antaranya ialah pengurusan masa. Hal ini demikian kerana, saya
terlebih banyak masa dalam pengajaran yang pertama ini menyebabkan saya terpaksa
mengulang isi yang sama untuk mencukupkan masa. Di samping itu juga, saya perlu
menggalakkan penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya proses
pengajaran berpusatkan murid. Guru pembimbing saya juga sempat melihat saya
menjalankan sesi pdp pada hari tersebut.

Pada hari selasa pula, saya perlu mengajar 2 kelas iaitu pendidikan islam bagi tahun 5 dan
bahasa arab bagi tahun 2. Bagi subjek pendidikan islam, saya telah mengajar al-Quran bagi
bidang khatam Al-Quran. Sepanjang saya bersama murid-murid tahun 5 bagi bidang khatam
Al-Quran, apa yang saya dapati ialah terdapat beberapa orang murid yang tidak boleh
membaca Al-Quran. Oleh yang demikian, saya perlu membuat tindakan susulan untuk
membantu murid tersebut agar tidak ketinggalan dalam mempelajari Al-Quran. Bagi subjek
bahasa arab pula, saya telah mengajar tajuk “peralatan di dalam kelas”. Namun, pada hari
pertama kelas, saya mengalami sedikit masalah kerana tidak dapat mengawal kelas dengan
baik. Jadi, saya mengalami sedikit kesukaran untuk mengajar kerana terdapat beberapa
orang murid yang tidak mendengar arahan dan membuat bising. Oleh itu, saya perlu
bersikap lebih tegas agar murid mendengar setiap arahan yang diberikan. Saya juga perlu
melakukan aktiviti yang lebih menarik agar dapat menarik minat murid untuk belajar. Namun
begitu, melalui pemerhatian saya, terdapat beberapa orang murid yang pasif yang
memerlukan pemerhatian yang lebih supaya dapat mengikut pembelajaran dengan aktif.
Oleh itu, saya perlu melakukan pelbagai penambahbaikan dalam pengajaran saya agar
dapat menarik minat murid dan dapat melibatkan semua murid dalam pengajaran yang
dijalankan.

Pada hari rabu pula, pada awal pagi saya telah mengajar tahun 5 bagi bidang aqidah. Pada
pengajaran saya kali ini, saya lebih banyak menggalakkan mereka berfikir dengan
melakukan soal jawab bersama mereka. saya mendapati bahawa 90% murid dapat berfikir
dan dapat mengeluarkan idea serta pendapat berkaitan dengan soalan yang diajukan,
Mereka juga turut menunjukkan ciri-ciri yang positif menyebabkan kelas saya dapat berjalan
dengan lancar. Namun, terdapat beberapa oranf murid yang masih malu untuk
mengeluarkan pendapat dan menjawab soalan yang diajukan. Oleh itu, saya perlu lebih
peka serta perlu memberi galakan kepada meraka supaya dapat bergiat aktif dalam sesi
pdp yang dijalankan. Bagi subjek bahasa arab pula, saya telah melakukan beberapa aktiviti
yang menggalakkan murid untuk bergiat aktif, Namun, pada kelas yang ke-2 subjek arab ini,
saya telah dapat mengawal kelas dan pdp dapat berjalan dengan seperti yang dirancang.

Pada hari jumaat pula, saya telah mengajar khat nasakh bagi tahun 5. Pada pengajaran kali
ini, saya hanya menekankan penulisan khat nasakh, Jadi, saya telah mengedarkan
lembaran kerja supaya murid-murid boleh melakukan latih tubi menulis huruf jawi tunggal
dengan menggunakan khat nasakh. Sepanjang sesi pdp yang dijalankan pada minggu ke-2
ini, guru pembimbing saya sentiasa ada bersama saya ketika saya mengendalikan proses
pdp di dalam kelas. Oleh itu, jika terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki, guru
pembimbing akan menegur kelemahan saya dan saya boleh melakukan penambahbaikan
pada pdp yang akan datang.

Disemak Oleh Guru Pembimbing Disahkan Oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : …………………………………….. Tandatangan : ……………………………………..

Nama : …………………………………….. Nama : ……………………………………..

Tarikh : …………………………………….. Tarikh : ……………………………………..

Anda mungkin juga menyukai